Klang: Empat lelaki dan seorang wanita rentung dalam satu kebakaran membabitkan lima rumah di Lorong Mokhtar, Kampung Delek Kanan, di sini pagi tadi.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan pada jam 3.56 pagi, segera bergegas ke lokasi untuk melakukan kerja pemadaman.
ARTIKEL MENARIK:Suspek Dedah Punca Dia Bunuh Kawan Baiknya Kepada Polis.
“Sebaik tiba di lokasi, terdapat satu mangsa lelaki di rumah pertama, warganegara Kemboja manakala empat sekeluarga di rumah kedua terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan (suami), seorang wanita (isteri warganegara Kemboja), seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.
Loading...
loading...
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.20 pagi, kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan oleh bomba.
“Rumah jenis berderet setingkat (bangunan B) berkeluasan 100 x 20 kaki persegi itu musnah 90 peratus,” katanya yang berada di lokasi kejadian.
Sumber : MetroKredit -
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment