Dua penunggang motosikal dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 hanya kerana menurunkan pelitup muka seketika untuk minum air di Daerah Kerian, Parit Buntar, Perak.
Lapor Sin Chew Daily, dua individu berkenaan terdahulu menunggang motosikal untuk menghantar beberapa rakan mereka ke sebuah pusat beli-belah dan menunggu mereka di jalan bertentangan.
ARTIKEL MENARIK:COVID-19: Putrajaya & Port Dickson Jadi Zon Merah Baru, PKPD Di Medan 88 Salak Tinggi Bermula 12 November
Sementara menunggu, mereka membeli dua cawan minuman dan menurunkan pelitup muka ke dagu. Semasa mereka meletakkan cawan minuman ke dalam bakul motosikal tanpa memakai semula pelitup muka, datang tiga lelaki dan menuduh mereka tidak memakai pelitup muka.
Dua daripada lelaki itu dipercayai pegawai berpakaian biasa kerana mereka tidak memakai pakaian seragam dan menegaskan mereka adalah anggota polis. Dua penunggang motosikal itu kemudian diarahkan masuk ke dalam kereta dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.
Kedua-dua penunggang motosikal itu kemudian dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.
Berdasarkan notis tersebut, insiden itu berlaku pada Selasa, 10 November 2020 dan jelas tertera pada notis itu, kedua-dua mereka dikompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Mereka diberi tempoh selama 14 hari untuk membayar kompaun tersebut di Pejabat Kesihatan Daerah Parit Buntar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
Sumber: Sin Chew Daily, World of Buzz
Kredit - The Reporter
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment