Putrajaya, 11 Nov- Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Port Dickson kini diisytiharkan menjadi zon merah COVID-19, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) sebentar tadi.
Sementara itu, Melaka Tengah menjadi zon jingga manakala daerah Dungun di Terengganu bertukar daripada zon jingga kepada zon kuning.
ARTIKEL MENARIK:‘Sampai masa saya juga akan matii’ – Ini Respon ‘padu’ Dr Hisham pasti buat Menteri terdiam
Selain itu, lokaliti di Medan 88, Salak Tinggi, Sepang juga dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12.01 malam ini sehingga 25 November.
Perintah itu melibatkan 800 penduduk, 284 premis dan 88 unit rumah kedai tempatan susulan 39 kes positif direkodkan sehingga kini.
Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini, tindakan proaktif melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ataupun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membantu mengawal penularan kes. Pelaksanaan PKPB atau PKPD bersasar telah berjaya menurunkan nilai R-naught menjadi kurang daripada nilai 1.
“Kalau kita lihat kes COVID-19 seharian dan ramalan kes seluruh negara daripada 1 Oktober sehingga 14 November. Melihat kepada kadar jangkitan dan unjuran kebolehjangkitan kita bermula dengan R-naught 2.2 dan kebolehjangkitan telah turun kurang daripada 1.
“Semakan semalam menunjukkan 899 kes dicatatkan. Tetapi menurut unjuran R-naught kita sepatutya mendapat 975 kes.
“Pada hari ini 822 kes direkodkan dan kita melihat sepatutnya kita mendapat jangkitan R-naught 1, (bersamaan) 975 kes. Ini menunjukkan untuk tempoh dua hari lepas, kes-kes seharian kita adalah kurang daripada jangkaan dan unjuran, R-naught 1,” katanya.
“Kita telah melihat negeri Sabah, kes semakin berkurangan. Ini adalah petanda baik,” ujarnya.
“Kita harap dalam tempoh seminggu dua lagi kita dapat mengawal keadaan dan penularan jangkitan COVID-19 di Sabah.
“Tetapi kebimbangan kita ialah di Semenanjung. Kalau kita lihat, pergerakan 14 hari taburan kes positif mengikut daerah di Malaysia. Jelas tindakan proaktif melaksanakan PKPB di negeri Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah tindakan tepat kerana kalau kita lihat sekarang ini, keadaan mungkin lebih buruk kalau kita jalankan aktiviti atau tindakan pengurusan PKPB lewat.
Tambahnya, hasil tindakan proaktif, kes-kes di negeri Selangor telah berjaya dikurangkan.
“Kalau kita tunggu daerah di Selangor, KL dan Putrajaya merah, mungkin adalah lewat untuk kita membendung penularan jangkitan COVID-19,” tambahnya.
Sumber: KKM
Kredit - Siakap Keli.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment