Jangan melihat pada kes baharu sahaja jumlah kes sembuh juga sudah melebihi 20000. Terkini ini 5 perkara penting dalam sidang media KKM yang semua perlu tahu.

Jangan melihat pada kes baharu sahaja jumlah kes sembuh juga sudah melebihi 20000. Terkini ini 5 perkara penting dalam sidang media KKM yang semua perlu tahu.

PUTRAJAYA: Meskipun kian hari terdapat banyak pertambahan kes baharu, khususnya di negeri Sabah, namun kes-kes discaj turut mencatat jumlah yang tinggi setiap hari. Berikut adalah lima perkara penting sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 30 Oktober.

Jangan melihat pada kes baharu sahaja jumlah kes sembuh juga sudah melebihi 20000. Terkini ini 5 perkara penting dalam sidang media KKM yang semua perlu tahu.



1.Sebanyak 779 kes baharu dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif ialah 30,889 kes. 2. Tiga kes pemergian baharu dilaporkan menjadikannya 249 kes. 3. Seramai 491 pesakit telah pulih sepenuhnya menjadikan kes pulih ialah sebanyak 20,248 kes .4. Lapan kluster baharu telah dikesan. 5. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,392 kes.

ARTIKEL MENARIK:Jika mereka tumbang maka seluruh negara juga akan turut terkesan. Sebak bila respon Dr NoorHisham dengan situasi yang dihadapi petugas kesihatan terus itu meraih perhatian orang ramai.

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lapan kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini. Perkara ini disampaikan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media hari ini. Sehingga setakat ini terdapat 133 kluster masih aktif.-AWANI

TERKINI: KKM Kesan 8 Kluster Baru Termasuk Kluster Merpati Di Selangor, Catat 45 Kes Positif Baharu

Ini perisian penuh tentang maklumat kluster baharu yang dikesan hari ini.

1. KLUSTER RUMAH MERAH

Kluster baharu ini melibatkan sebuah Pusat Tahanan Sementara (PTS) di daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke29774) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 28 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 56 lagi kes positif Covid-19. Kesemua kes menerima rawatan di Blok Isolasi Pusat Tahanan Sementara Menggatal. Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 129 individu telah disaring, di mana: 57 kes dikesan positif Covid-19 (56 kes baharu) dan 72 individu dikesan negatif.

2. KLUSTER TELIPOK

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Sebanyak 10 kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 29 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Bomba, Sepanggar. Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana:10 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu) dan 102 individu dikesan negatif.

3. KLUSTER SEMBULAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-26238) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 24 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif Covid-199. Kesemua kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Institut Kemahiran MARA, Sepanggar dan Politeknik Sepanggar. Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 99 individu telah disaring, di mana: 12 kes dikesan positif Covid-19 (4 kes baharu) dan 87 individu dikesan negatif.

4. KLUSTER MERPATI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang, Gombak dan Kuala Langat di negeri Selangor. Sebanyak 45 kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan di tempat kerja pada 29 Oktober 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana: 45 kes dikesan positif COVID-19 (45 kes baharu) dan 71 individu dikesan negatif.

5. KLUSTER ASTAKA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Selangor di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29262) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 31 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 114 individu telah disaring, di mana: 32 kes dikesan positif Covid-19 (31 kes baharu) dan 82 individu dikesan negatif.

6. KLUSTER TITIAN

Kluster baharu ini dikenal pasti di Wilayah Persekutuan Labuan. Sebanyak 11 kes telah dikesan positif COVID-19 hasil saringan bersasar terhadap komuniti berisiko tinggi di Kampung Muslim pada 29 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Labuan. Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 464 individu telah disaring, di mana:11 kes dikesan positif Covid-19 (11 kes baharu). 40 individu dikesan negatif dan 413 individu masih menunggu keputusan.



Loading...
loading...


7. KLUSTER GALA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban dan Jelebu di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-27703) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan petugas kesihatan pada 26 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19. Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana:Lapan (8) kes dikesan positif Covid-19 (2 kes baharu); 98 individu dikesan negatif dan 33 individu masih menunggu keputusan.

8. KLUSTER MELDRUM

Kluster baharu ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Tangkak di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30789) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 29 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lima (5) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 219 individu telah disaring, di mana: Enam (6) kes dikesan positif Covid-19 (5 kes baharu). 138 individu dikesan negatif dan 75 individu masih menunggu keputusan.

Sumber: Sidang Media KKM

TERKINI: 799 Kes Baharu Positif Covid-19 Dengan 3 Kes Pemergian Dicatatkan Hari Ini

Sebanyak 799 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,889  setakat Jumaat (30 Oktober 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 10,392 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 491 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 20,248 bersama 65.6% daripada jumlah keseluruhan kes. Sehingga kini, terdapat 90 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi , di mana 20 kes memerlukan bantuan pernafasan. Manakala, terdapat tiga (3) kes pemergian sekaligus menjadikan jumlah pemergian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 249 orang. Sumber: Sidang Media KKM


275 bekas pesakit Covid-19 diperlukan untuk kajian

Kuala Lumpur: Hanya 106 bekas pesakit Covid-19 berdaftar dengan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) berbanding 275 yang diperlukan bagi membantu kajian mengenai tindak balas antibodi neutralisasi dalam kalangan pesakit Covid-19 di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laporan kajian yang dijalankan sebelum ini mendapati antibodi pesakit yang sudah pulih merosot dan hanya bertahan selama tiga bulan.

“Kajian ini pernah dilaksanakan di Sungai Lui dan kita dapati selepas tiga bulan antibodi bekas pesakit berkurang antara 18 hingga 20 peratus. “Sekarang ini kita perlukan lebih ramai lagi bekas pesakit yang telah pulih untuk melaksanakan satu kajian bermakna dan ditafsirkan dengan baik,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Menurutnya, pihaknya memerlukan 275 individu yang dijangkiti dan pulih sepenuhnya. “Setakat ini baru ada 106 individu berdaftar dalam kajian ini, malah kita juga akan melakukan rawatan susulan kepada mereka untuk lihat perkembangan terkini. “Disebabkan itu kita menggalakkan mereka untuk menyertai kajian ini supaya kita dapat lihat antibodi dalam badan itu sama ada berkekalan atau tidak,” katanya.

Katanya, kajian itu amat penting berikutan banyak persoalan yang memerlukan jawapan diperlukan KKM mengenai pandemik baharu itu. “Kita banyak persoalan (mengenai Covid-19) dan kajian ini yang akan berikan kita jawapan,” katanya.-HMETRO


Kredit - 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post