Hanis Zalikha muat naik video ank ank selamba je naik atas Hairul Azreen. Tapi sekali benda lain yang warganet perasan. Rupa rupanya ada kelibat lain dalam video tu.

Hanis Zalikha muat naik video ank ank selamba je naik atas Hairul Azreen. Tapi sekali benda lain yang warganet perasan. Rupa rupanya ada kelibat lain dalam video tu.

Pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sememangnya cukup terkenal dalam kalangan peminat dunia hiburan tanah air. Pasangan yang dikurniakan dua orang cahaya mata ini juga sering berkongsi foto-foto dan video-video manarik untuk tatapan peminat di laman Instagram.

Hanis Zalikha muat naik video ank ank selamba je naik atas Hairul Azreen. Tapi sekali benda lain yang warganet perasan. Rupa rupanya ada kelibat lain dalam video tu.



Pada 21 Oktober, Hanis Zalikha telah memuat naik satu video memaparkan gelagat dua orang anaknya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang memanjat Hairul Azreen. Namun, mata warganet turut menangkap kelibat lain dalam video tersebut. Komen-komen warganet banyak yang menegur kelibat si comel Bujibu yang terbongkang di rak sebuah meja kecil.

ARTIKEL MENARIK:'Kalau betul dapat RM40,000 semalam, buat apa saya nak berlakon lagi? - Chacha Maembong




Mungkin ramai yang sudah mengenali Bujibu Chempel, kucing kesayangan keluarga pasangan selebriti itu sejak mereka di awal kehidupan berumah tangga Kucing dari baka ‘British Short Hair’ yang berasal dari Russia tersebut memiliki akaun Instagramnya sendiri dengan pengikut ser4mai 1.5 juta.

Pasangan selebriti tersebut pada awalnya tidak menyangka pun tindakan mereka membuka akaun Instagram untuk kucing itu akan mendapat perhatian ramai. Mesti pengikut akaun @bujibuchempel ni kebanyakan peminat kucing, kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HOT.FM

Berkongsi Sekeping Gambar Ibunya Sedang Berehat Di Hopital Selepas Dikatakan Alami Sakit Ini. Hairul Azreen Mohon Orang Ramai Doakan Ibunya Supaya Cepat Sembuh

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya awal pagi tadi, hero filem Paskal, Hairul Azreen berkongsi sekeping gambar ibunya yang sedang berehat di hospital.Pada perkongsian tersebut, Hairul memberitahu ibunya mengalami str0k serta tekanan darh tinggi.”Mak saya kena str0ke, tekanan darh tinggi.

Doa mak saya sihat. Lepak berdua dengan mak kat hospital,” tulis Hairul Azreen pada kapsyen gambar tersebut.Difahamkan, ibu Khairul Azreen, Habsah Desa telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court sejak empat hari lalu. Ramai teman selebriti dan peminat yang turut mendoakan kesihatan ibu Hairul Azreen.Hairul Azreen Idris berkahwin dengan Hanis Zalikha pada 8 Jun 2015 dan mereka kini telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.-gmpk


Bertutur Dalam Bahasa Inggeris Sepenuhnya. Warganet Nekad Kritik Satu Rakaman Video Hanis Zalikha Sampai Dia Pula Dikritik Dengan Warganet Yang Lain

Pelakon dan hos, Hanis Zalika ada berkongsi satu rakaman video ketika sedang berkongsi satu resepi makanan sarapan pagi menerusi Instagram. Berkongsi resipi mudah, Hanis turut mengakui mereka sekeluarga sangat menggemari menu berkenaan.

“Siapa nak cuba resepi ni untuk breakfast? Blueberries kan selalu orang buat makan camtu je atau paling2 letak dalam yoghurt atau cake. Macam mana kita nak bagi seisi rumah makan blueberries setiap hari. “I came up with this recipe and kitorang semua sangat sangat suka, nak makan setiap pagi! Senang nak buat and boleh simpan banyak. Pagi-pagi sapu je kat roti!

“If you’re like me jenis suka combination savoury (masin) & sweet (manis), akan terasa yummy yummy sangat dish ni. Kita namakan dia Cheesy Blueberry Garlic Spread! Hanis guna blueberries dari US Highbush Blueberries.

“So setiap hari ada tambahan vitamins & mineral intake untuk seisi keluarga! #USHighbushBlueberries #YourBerryBestFriend @littlebluedynamos,” tulisnya. Menerusi rakaman video berkenaan, isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini kelihatan bertutur dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Lantas, terdapat seorang individu yang memberi kritikan terhadap perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata ini. “Tak tau gunakan bahasa Malaysia ke..,” tulis individu terbabit di ruangan komen. Bagaimanpun, terdapat respon peminat lain yang memberi reaksi tindakan individu tersebut. Video: Instagram Hanis Zalikha

Sebak Lihat Pencapaian Anak. Hanis Zalikha Bongkarkan Anak Dia Sudah Pandai Membuat Sesuatu Ini Sampai Warganet Pun Kagum Dengan Telatah Anak Dia

Dalam ramai-ramai anak selebriti, boleh dikatakan anak kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah antara yang menjadi perhatian ramai. Ramai yang suka melihat telatah dua beradik itu yang bijak dan pandai mengikut teladan ibu bapanya. Baru-baru ini perkongsian Hanis menjadi perhatian ramai apabila anak sulungnya, Yusuf meminta untuk belajar cara berwuduk. Menerusi Instagram, Hanis berkongsikan anaknya berusia 4 tahun itu datang ke bapanya untuk bertanyakan sama ada boleh mengajarnya untuk mengambil air wuduk.

Pertanyaan anaknya itu sekaligus membuatkan Hanis berasa sebak seketika ketika dia di dalam bilik mendengar permintaan tersebut.Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada waraganet turut berasa terharu dengan permintaan anak pasangan selebriti itu. Malah, ramai yang memuji Yusuf seorang anak yang cerdik. Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Yusuf akan membesar menjadi anak yang soleh dan terus berbakti untuk ibu dan bapanya suatu hari nanti.-rotikaya



Loading...
loading...


Akhirnya terbongkar jantina anak Fazura bila tiba tiba Hanis Zalikha komen macam ni. Tak sangka rupanya ini jantina anak Fazura buat ramai teruja.

Akhirnya terbongkar jantina ank Fazura bila tiba tiba Hanis Zalikha komen macam ni. Tak sangka rupanya ini jantina anak Fazura buat ramai teruja. PELAKON popular Fazura berkongsi berita gembira apabila kini hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan suaminya yang juga pelakon Fattah Amin. Fazura berkata, kandungannya kini berusia empat bulan dan dia menyifatkan sekarang masa paling tepat untuk mereka menimang cahaya mata.

“Selepas melayari perkahwinan selama dua tahun, saya dan suami Fattah Amin ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. Insya-Allah dengan izin Allah kami bakal menimang cahaya mata kami yang pertama. “Kandungan saya kini dalam bulan keempat. Alhamdulillah, kami sentiasa yakin dengan peraturan Allah dan sesungguhnya ini adalah waktu paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,” katanya.

Pelakon itu turut bersyukur terhadap doa daripada semua pihak sepanjang mereka melayari kehidupan berumah tangga. “Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. “Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang,” katanya. Fazura dan Fattah bernikah pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.-ctto

Hairul Azreen ajak Hanis “buat anak” lagi, waragnet panas hati

PELAKON Hairul Azreen dikritik teruk pengguna Twitter selepas memuat naik sebuah video yang dianggap kurang sopan serta tidak menghormati maruah isterinya iaitu pelakon dan usahawan Hanis Zalikha.Kritikan itu tercetus apabila Hairul, 31, melalui video berdurasi 19 saat secara bergurau berkata “mahu buat anak ketiga” selepas dia selesai menjalani pengambaran filem.

Antara komen pengikut Hairul yang meluahkan rasa kurang senang dengan video tersebut“Ayang, i sho0ting dulu… Ayang jaga anak kita okay? I habis shooting nanti kita buat anak ketiga,” kata Hairul.Lebih menimbulkan rasa kurang senang warganet apabila kata-kata Hairul itu disambut sorakan dan tarian beberapa individu yang dipercayai kru produksi.

Hanis sedang hamil anak kedua mereka.”Respect your wife bro,” kata @yanamatshah.That’s not even a joke. Malu la cerita pada orang hal dalam rumah tangga,” kata @abcdefghijaajaa.“Tolong padam, anda pasti tak nak anak-anak melihat video ini suatu hari nanti. Hormati isteri anda. Ini amat menjijikkan,” kata @vxnicebeach.Video tersebut mendapat respon berbeza di Instagram.Bagaimanapun tidak semua menentang apa yang dilakukan pelakon filem Paskal itu kerana ada juga yang meluahkan rasa terhibur dengan gurauan berkenaan.

Cara jaga anak sering dikritik, Hairul Azreen tiada masa baca komen negatif warganet

Hairul Azreen mempunyai cara tersendiri dalam membesarkan anak-anak.BIARPUN sering dikritik tentang cara membesarkan anak, pelakon Hairul Azreen berkata dia tidak pernah terkesan dengan komen-komen negatif yang dilmparkan kepadanya.

Menurut Hairul, 33, dia dan isterinya Hanis Zalikha tidak mahu membuang masa melayan kata-kata warganet dan hanya fokus menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk anak-anak mereka.”Saya tak terfikir pun nak tengok komen-komen negatif warganet yang kritik cara saya jaga anak-anak.”Saya cuma jaga anak-anak saya dengan cara sendiri. Apa yang saya rasa betul dan tiada masa nak fikir apa yang warganet cakap tentang cara kami jaga anak-anak,” katanya kepada mStar.

Bila saya dengan keluarga, saya tahu dunia saya tu saja.

Pelakon filem Wira ini ditemui pada majlis pelancaran Pusat Penghabisan Stok Al Aqsa Carpets di Shah Alam, baru-baru ini.Pada Oktober tahun lalu, tindakan Hairul memegang kaki perempuannya Alisa Aishah yang ketika itu berusia lima bulan dan membiarkan budak itu berdiri di tapak tangan menerima teguran Angkasawan Negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor.

Dalam pada itu Hairul menganggap sebagai seorang selebriti, apa sahaja yang dilakukan sering disalah anggap oleh orang sekeliling.Namun dia tidak pernah melatah dan cuba melakukan yang terbaik untuk keluarganya.”Bila saya dengan keluarga, saya tahu dunia saya tu saja.”Bagi saya simple… apa yang saya rasa bagus untuk anak, saya buat la. Bila orang luar cakap apa-apa, ia ibarat kisah dongeng Ayah, Anak Dan Keldai ‘ ujarnya.Hairul dan Hanis bersama anak-anak mereka.Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor.Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 3, dan Alisa Aisyah, 1.-mstar

Aksi Hairul Azreen dirikan anak hanya undang padah, padam teguran Dr Sheikh Muszaphar – “Saya sekadar nasihat agar orang ramai tak ikut”

AKSI pelakon Hairul Azreen memegang kaki anaknya, Alisa Aisyah yang baru berusia lima bulan dan membiarkan bayi itu berdiri di tapak tangannya ditegur Angkasawan Negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.Teguran itu dibuat menerusi ruang komen di video yang dimuat naik Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 31, di Instagram pada Ahad.

Perkara itu menjadi perbualan warganet di laman Twitter apabila pelakon berkenaan didkwa memadam teguran di video tersebut.warganet bertanya sendiri pada Dr Sheikh Muszaphar mengenai tegurannya terhadap Hairul.“Salam Hairul, apa yang anda buat adalah mengunci lutut untuk dia berdiri tegak. Ia akan menyebabkan bahagian lutut bengkok selepas ini jika bayi tidak bersedia atau terlalu awal.”Sebab itu bayi hanya akan bersedia untuk berdiri dengan sendiri apabila otot dan tulangnya sudah cukup kuat,” tulis Dr Sheikh Muszaphar.Rata-rata warganet mempertikaikan tindakan pelakon filem Paskal itu seakan tidak mahu menerima teguran yang diberikan.

Saya bimbang melihat Hairul buat anak dia berdiri atas kaki apabila anak perempuannya itu belum cukup kuat. ia mungkin akan menyebabkan lutut menjadi bengkok selepas ini.


Sebelum ini, suami kepada selebriti Hanis Zalikha ini pernah melakukan aksi yang sama terhadap anak lelakinya, Yusuf Iskandar dan anak kepada pelawak Achey.Dalam pada itu, seorang individu mengambil langkah bertanya sendiri di Instagram Dr Sheikh Muszaphar dan berkongsi jawapan angkasawan negara itu di Twitter.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, dia berasa bimbang melihat aksi Hairul itu yang berkemungkinan boleh menyebabkan bahagian lutut anak perempuan aktor tersebut menjadi bengkok.Hairul pernah melakukan aksi yang sama pada anak lelakinya, Yusuf Iskandar.Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang juga pakar operasi ortopedik berkata, niat dia meninggalkan komen tersebut di ruang perkongsian Hairul kerana tidak mahu orang ramai terikut dengan aksi sebegitu.

“Saya bimbang melihat Hairul buat anak dia berdiri atas kaki apabila anak perempuannya itu belum cukup kuat. Ia mungkin akan menyebabkan lutut menjadi bengkok selepas ini.”Tekanan yang tidak sepatutnya berlaku pada bahagian lutut. Sekadar nasihat supaya orang ramai tidak mengikuti cara itu,” katanya.-mstar

“Kalau minta anak ketiga pun apa salahnya, saya yang jaga anak itu” – Hairul Azreen pelik gurauan jadi isu

PELAKON Hairul Azreen beranggapan tindakannya memuat naik video meminta anak ketiga kepada isterinya adalah sekadar gurauan yang tidak keterlaluan.Suami kepada Hanis Zalikha itu berkata, dia hanya ingin menggembirakan pelakon tersebut kerana berasa rindu setelah berjauhan disebabkan menjalani penggambaran sebuah filem.

“Itu memang perangai saya, memang bergurau pun. Saya niat nak gembirakan isteri saya. Sebab saya rasa kita macam jauh, rindu kan.”Mungkin saya tak dapat gembirakan semua orang, saya rasa macam tak ada masalah pun,” katanya kepada mStar.Hairul ditemui pada majlis pengumuman Hanis Zalikha sebagai duta jenama kedai barangan bayi Happikido di Kuala Lumpur pada Rabu.

Bapa kepada Yusuf Iskandar itu berkata demikian ketika ditanya mengenai isu berhubung video yang dimuat naik di Twitter dan Instagram miliknya pada Khamis lalu.Jelas bintang Paskal tersebut, dia dan isterinya tidak mempunyai masalah selepas video berkenaan dimuat naik kerana semua orang yang mengenalinya tahu cara pelakon itu bergurau.

“Kami tiada masalah pun. Saya rasa semua orang tahu cara saya bergurau. Benda ni jadi isu pun saya tak faham.”Kalau saya minta anak ketiga pun, saya akan jaga anak tu juga sebab saya tiada orang gaji,” ujarnya.Tambah Hairul Azreen, dia boleh mendengar kata-kata netizen sekiranya mereka memberikan wang kepadanya.

“Yang penting saya cari duit untuk keluarga saya.”Kalau mereka bagi duit kepada saya, saya okay. Saya boleh dengar cakap mereka,” katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran filem aksi berjudul Wira.Hanis anggap ia sekadar gurauan Hairul.Sementara itu, Haniz Zalikha ketika diminta memberikan reaksi tentang video tersebut berkata, dia melihatnya sebagai gurauan ringan daripada suaminya dan tidak sensitif.

“Saya rasa biasa je, tak tahu pula ada reaksi lain sebab kalau lihat di Instagram Hairul pun semua komen kelakar-kelakar je.”Bila ada reaksi lain, saya hanya menerimanya. Ada orang rasa kelakar, ada rasa tak kelakar. Saya tidak rasa ia sensitif kerana saya kenal dia macam mana,” katanya.

Bagi Hanis Zalikha, suaminya itu komited menjaga anak mereka walaupun menyebut mahu menambah anak melalui video tersebut.”Saya tahu dia sebut tu dengan kasih sayang. Mungkin kalau dia jenis cakap je, tapi tak tahu jaga anak, mungkin benda tu jadi sensitif.”Saya rasa dia rindu dan nak hiburkan saya dari jauh,” katanya yang bakal menyambut kelahiran bayi kedua pada Jun depan.Pelakon Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa itu dilantik sebagai duta Happikido selama setahun kerana sering berkongsi tip keibubapaan bersama lebih 4.8 juta pengikutnya di Instagram.-mstar

Ligamen kaki Hairul Azreen ptus ketika buat ‘stunt’ terjn dari tingkat 2

PELAKON Hairul Azreen berkongsi detik mencemaskan apabila ligamen atau tisu pada kakinya tercedra semasa sedang menjalani penggambaran sebuah filem pada Jumaat.Menurut Hairul, 31, kejadian itu berlaku ketika dia menjayakan satu babak yang memerlukannya terjn dari tingkat dua sebuah bangunan.”Ligament kaki saya puts masa buat aksi terjn dari tingkat dua, doakan saya boleh kembali beraksi semula utk filem Wira.

Hairul mengalami kecedraan di kaki kanan.“Terima kasih Hafizul Kamal sebab hantar saya ke hospital, terima kasih produksi Act2Pictures bayarkan bil saya. Hati sedih tuhan saja tahu,” tulisnya di laman Instagram.Menerusi muat naik tersebut, suami kepada aktres Hanis Zalikha ini berkongsi beberapa keping foto imbasan X-ray memperlihatkan keadaan kakinya.

Malah, kaki yang tercedra itu turut disokong dengan alatan khas iaitu splint kaki.Kecederaan yang dialami di kaki Hairul Azreen.Perkongsian pelakon filem Paskal itu menerima lebih 20,000 tanda suka dan hampir 300 komen daripada pengikut.Hairul kini sedang mengikuti penggambaran filem Wira arahan Adrian Teh yang turut dibarisi pelakon ternama seperti Henley Hii, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan Dain Said.Filem ini turut mendapatkan khidmat pakar lagak ngeri Indonesia, Yayan Ruhian yang pernah menjayakan filem The Raid.-mstar

‘Saya Budak Rmpit, Orang Susah’ – Hairul Azreen

SEPERTI kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Ia mungkin dapat menggambarkan kehidupan pelakon Hairul Azreen.Walaupun kini dilihat agak kurang menyerlah sebagai pelakon namun jejaka berusia 28 tahun ini sebenarnya seorang usahawan menerusi beberapa perniagaan yang diusahakan bersama isterinya, Hanis Zalikha.Hairul kini bergiat aktif dalam bidang perniagaan.

Bagaimanapun kemewahan hasil daripada titik peluhnya selama ini sering dipandang serong malah ada mempertikaikan kesenangan yang dikecapinya hari ini hasil menumpang nama isteri dan anak lelakinya, Yusof Iskandar.Enggan melatah dengan semua tudhn dilmparkan kepadanya, Hairul berkata, apa yang dimilikinya adalah hasil usaha keras dan rezeki daripada Allah.

“Saya dahulu budak rmpit, orang susah tetapi saya ada cita-cita besar dalam hidup saya dan ia tidak akan datang bergolek jika tiada usaha.”Alhamdulillah sebelum berkahwin lagi kehidupan saya sudah berubah dan sejak memenangi pertandingan Fear Factor beberapa tahun dahulu ia turut membuka mata saya.”Wang hasil kemenangan itulah saya gunakan untuk memulakan perniagaan bersama Hanis ketika itu dan Alhamdulillah berkat usaha dan rezeki daripada Allah ia menjadi,” katanya.

Hairul mengakui isterinya adalah tulang belakang kepada kejayaannya pada hari ini kerana pengetahuan Haniz dalam bidang perniagaan banyak membantunya dalam membuat keputusan tepat.”Perniagaan pertama saya pun sya bangunkan bersama Hanis dan ketika itu memang saya tiada ilmu dan pengalaman tetapi isteri saya banyak membantu ketika itu memandangkan dia mempunyai ijazah dalam bidang perniagaan.

“Kami berdua bermula dari bawah untuk sampai ke tahap sekarang dan Alhamdulillah rezeki saya selepas berkahwin dan mempunyai anak semakin murah,” jelasnya.Dalam perkembangan lain, Hairul berkata, tahun ini dia kembali aktif berlakon dan memberitahu baharu sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah filem berjudul Pncri Hati Mr. Cinderella arahan Ahmad Idham.Malah kata Hairul dia juga sedang dalam persediaan untuk memasuki set penggambaran sebuah filem aksi yang akan memulakan penggambaran pada Julai depan.-mstar


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post