Satu perkongsian dari pelakon Izreen Azminda di Instagram jadi perhatian ramai apabila dia memuat naik foto mengenakan niqab. Malah, menerusi ruangan komen bintang ini turut menitipkan kapsyen soal kehidupan. “Sesiapa yg berpagi pagi sedang keinginannya hanya pada dunia. Pasti Allah akan selerakkan urusannya.
“Menjadikan kehidupannya kelam kabut serta menjadikan kefakiran berada dihadapannya. Dia tidak akan memperolehi suatupun dari dunia melainkan apa yg dicatat untuknya. “Manakala sesiapa yg berpagi pagi sedang keinginannya utk mendapat akhirat. Allah akan memperteguhkan keinginannya itu, menjaga urusan hidupnya dan menjadikan kekayaan dihatinya.
ARTIKEL MENARIK:Hanis Zalikha muat naik video ank ank selamba je naik atas Hairul Azreen. Tapi sekali benda lain yang warganet perasan. Rupa rupanya ada kelibat lain dalam video tu.
“DAN DUNIA AKAN DATANG KEPADANYA DENGAN TUNDUK DAN TERPAKSA,” tulis Izreen. Bagaimanapun, Izreen mengakui dia hanya cuba berikan promosi purdah yang disifatkan cukup selesa kala dipakai. “P/s kami masih sama takdak perubahan apa2. Cuma kami nk habaq PURDAH yg kami pakai ni tersangat sangatlah selesa dan senang utk ampa yg berpudah nk buat aktiviti harian dengan girang. “Fuhh ayat girang tu, Level lain maciam la cara penyampaian tu selesa ya amat ampa.
“Sejuk ja lgsg tak panaih.. ampa boleh tgk di @ameliahassanfd @khimar.byameliahassan,” tulisnya. Yang nyatanya, rata-rata peminat menyambut baik penampilan berkenaan dan mendoakan agar aktres berusia 34 tahun ini dipermudahkan urusan.
KOMEN WARGANET:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : mh
Izreen Azminda Terpaksa Tebal Muka Jual Apam Sebab Tiada Job Sejak Terlibat Kontroversi Kahwin Suami Orang. Dia Luah Sesuatu Ini Lepas Lama Berdiam Diri
Izreen menerima sekitar 300-400 tempahan apam setiap hari. Meskipun semakin sibuk dengan bisnes menjual apam, pelakon Izreen Azminda berkata dia tidak pernah berhasrat untuk tinggalkan dunia lakonan. Sebaliknya menurut Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 35, dia hanya memanfaatkan kemahirannya membuat apam Sugar Butter Milk sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagi Izreen, dia tidak kisah dengan tanggapan orang luar terhadapnya malah akui seronok apabila perniagaan yang diusahakan itu mendapat hasil lumayan. Suami tak izinkan Izreen berlakon drama berepisod panjang kerana bimbang mengenai keadaan anak-anak. “Tak bermakna apabila dah berniaga, saya akan tinggalkan dunia lakonan. Apa salahnya ada bisnes sendiri sikit-sikit. Saya ada kelebihan buat apam, jadi saya teruskan sahaja.
“Saya mula berniaga dan buat kuih ini di rumah sejak PKP dan bagi saya, kalau jual apam pun, saya tak kacau duit orang. Saya pun dah tak rasa takut dengan apa orang kata (jual apam sebab tak ada job). “Jujurnya, apabila nampak duit masuk setiap hari, saya jadi seronok. Lagi seronok apabila saya penat di rumah, anak-anak membesar depan mata,” kata Izreen kepada mStar.
Sebelum ini, saya buat seorang sahaja tapi sekarang ada seorang pembantu
Menerusi laporan mStar pada 3 Ogos lalu, Izreen mengakui dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon drama yang memerlukan komitmen panjang kerana mahu mengutamakan keluarga dan perniagaanya. Menurut Izreen, suaminya iaitu Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid juga tidak membenarkan dia mengambil tawaran drama yang panjang kerana bimbang mengenai tanggungjawab menjaga anak-anak.
Dalam pada itu, Izreen memberitahu dia seronok menguruskan perniagaan jualan apam kerana setiap hari menerima tempahan melebihi 300 hingga 400 biji. Izreen bersama suami dan anak-anaknya. “Permintaan tinggi setiap hari, bukan saya nak bangga diri tapi memang betul. Setiap hari saya akan menerima 300 hingga 400 biji tempahan. Apabila pelanggan pertama kali tempah, mesti akan repeat beberapa kali.
“Setiap hari keuntungan boleh cecah sekitar RM1,000. Sebelum ini, saya buat seorang sahaja tapi sekarang ada seorang pembantu. “InsyaAllah kalau ada rezeki lebih bolehlah saya upah ramai pembantu dan mungkin akan kembangkan lagi perniagaan jualan apam,” ujarnya.
Izreen nafi rumah tangga bergolak
Pelakon, Izreen Azminda berang dengan kenyataan mengatakan rumah tangganya dengan suami, Ude Wahid sedang bergolak. Ini berikutan kelibat Izreen dan Ude kelihatan di mahkamah syariah, baru-baru ini. “Saya pergi mahkamah syariah untuk membayar denda kerana kami berkahwin di luar mahkamah. Kita tahulah proses mahkamah memang lama, jadi baru tahun ini mahkamah panggil kami.
“Disebabkan itu, jangan sewenang-wenangnya menabur kata negatif, siasat dahulu. Kepada blogger yang menyebar cerita, jangan jadi tidak cerdik, elok tanya sebelum sebar berita tidak sahih. “Saya berang sebab mereka langgar etika kewartawanan, tidak menemubual, bertanya dan pakai tulis sahaja. Saya dahulu belajar bidang kewartawanan, jadi saya faham kerja menulis ini,” katanya kepada BH Online.
Terdahulu, keluar artikel bertajuk ‘Muncul Di Mahkamah Syariah, Rumah Tangga Izreen Azminda Dilanda Badai?’ oleh sebuah portal hiburan apabila Izreen dan suaminya dilihat berkunjung ke mahkamah. Bagaimanapun, pelakon yang mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 itu tidak terkilan dengan berita yang tersebar kerana ia tidak memberikan kesan padanya.
“Saya tak terkilan kerana perkara ini tidak betul, saya pergi mahkamah untuk selesaikan denda. Kalau betul mungkin saya akan diam, tetapi apabila saya sudah lantang bersuara, maknanya tidak betul. “Warganet juga kena belajar lebih mendalam sebelum nak kata sesuatu pada orang, dekat mahkamah syariah bukan kes perpisahan sahaja, banyak kes lain turut dijalankan,” katanya.
Izreen berkata, dia sudah lali dengan tohmahan dan persepsi negatif sejak kontroversi perkahwinannya bersama Ude tercetus lagi. “Benda negatif memang sayang dengan saya. Boleh dikatakan saya sudah lali berdepan semua ini. Saya okay, tiada masalah lagi setakat ini. Alhamdulillah boleh atasi masalah dengan sokongan suami, keluarga dan rakan,” katanya.
Biarpun begitu, Izreen yang kini menjalankan perniagaan kuih apam, Sugar Butter Milk bersyukur kontroversi tidak menjejaskan perniagaannya, malah mampu mengutip lebih RM1,000 setiap hari. “Alhamdulillah, kontroversi tidak menjejaskan perniagaan. Sudah tiga tahun mestilah orang sudah boleh terima, tetapi saya tak rasa orang lupa kerana ada sahaja komen negatif dalam laman sosial saya. Namun, jumlahnya tidak banyak seperti dulu. Maknanya positif lagi banyak dari negatif.
“Permintaan apam pun tinggi setiap hari, bukan nak memuji diri tetapi saya menerima pesanan antara 300 hingga 400 biji setiap hari. Sehari jualan apam mencecah RM1,000,” katanya. Izreen mula mengusahakan perniagaan itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berniat mengembangkannya apabila melihat permintaan positif dan tinggi daripada orang ramai.-Berita Harian
Aaron penyeri Izreen Azminda
Dramatis popular Izreen Azminda selamat melahirkan anak pertama daripada perkahwinan kedua yang diberi nama Aaron Ibrahim Muhammad Radzi, di Hospital Seri Rampai Specialist, Sabtu lalu. Pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri popular Eksperimen Cinta itu turut berkongsi wajah Aaron di laman sosial instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Ketika dihubungi, Izreen berkongsi pengalamannya melahirkan Aaron yang mana mengalami sesuatu pada Jumaat lalu dan berlaku sedikit cecair merah. “Sebaik tiba di hospital, doktor terus tahan dan memaklumkan sudah sampai masa untuk saya melahirkan serta tidak boleh tunggu lama.
“Aaron selamat dilahirkan jam 1.46 pagi Sabtu lalu dengan berat 2.85 kg,” katanya. Menurut Izreen, suaminya yang juga pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude turut berada di sisinya. “Saya gembira kerana sewaktu melahirkan Aaron, suami ada menemani untuk memberikan sokongan. Tidak seperti saya melahirkan anak pertama, bekas suami tidak dibenarkan masuk kerana operasi terpaksa dijalankan akibat situasi tidak diduga.
“Ude sikit pun tidak rasa takut sewaktu doktor operasi perut saya. Alhamdullilah, semuanya lancar dan baik. Terima kasih buat semua yang mendoakan saya dan juga anak,” katanya. Izreen dan Uda mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017. Sebelum itu, Izreen bernikah dengan sutradara Muhamad Riza pada 2012 namun berpisah dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan terdahulu, Izreen dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar.-My Metro
Izreen Azminda & Ude Wahid Mengaku Ke Mahkamah Syariah Untuk …
Pelakon Izreen Azminda mengakui dia bersama suami, Ude Wahid berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa. Menjelaskan spekulasi rumah tangganya, kata Izreen perkahwinan mereka masih utuh. “Landa badai apa? Saya pergi uruskan denda yang dah bertahun baru mahkamah panggil semalam. “Elok je sister (saya) kat rumah dengan suami ni,” jelasnya menerusi entri di Instagram. Izreen tampil mengulas mengenai laporan sebuah portal hiburan tentang desas-desus kononnya rumah tangga mereka dilanda badai susulan keberadaan mereka di mahkamah syariah.-Gempak
‘Kami elok ja dengan suami di rumah’
“Dari dulu sampai sekarang, suka buat tajuk yang mengundang . Cukup-cukuplah,” reaksi pelakon, Izreen Azminda terhadap artikel yang diterbitkan sebuah portal hiburan. Izreen berkata, tajuk ‘Muncul Di Mahkamah Syariah, Rumah Tangga Izreen Azminda Dilanda Badai?’ itu dianggap keterlaluan dan tidak masuk akal.
Menurut Izreen, kehadirannya ke mahkamah baru-baru ini adalah bagi menyelesaikan urusan denda beberapa tahun lalu. “Bukan portal ini saja, tapi macam-macam blog lagi yang sengaja menggunakan tajuk sensasi demi menarik perhatian pembaca. Sekali gus, tajuk sebegitu sudah mengundang ftnah apatah lagi orang ramai memang suka baca tajuk saja.
“Landa badai apa? Saya elok saja dengan suami di rumah ni. Saya ke sana sebab dipanggil pihak mahkamah untuk menyelesaikan urusan denda yang bertahun lamanya. Tidak ada kaitan pun dengan hubungan rumah tangga saya.
“Dah kering idea nak buat cerita? Lain kali selidik dan tanya dulu. Jangan nak main tulis saja,” katanya kepada Harian Metro. Izreen juga secara sinis mempelawa pihak terbabit untuk membeli produk jualannya iaitu apam Sugar Butter Milk.
“Saya sedang sibuk menyiapkan apam yang ditempah pelanggan. Apa kata portal atau blogger sebegini beli apam yang saya jual ini. Murah saja. “Mana tahu lepas makan apam dapat idea yang lebih bagus. Itu lebih bermanfaat,” katanya.
‘Suka-suka dah jadi serius’
SELEPAS berkahwin kali kedua sejak tiga tahun lalu, pelakon Izreen Azminda, 35, lebih banyak memberi fokus kepada keluarga, suami ada anak. Walaupun jauh di sudut hati kerinduan terhadap dunia lakonan sentiasa membuak-buak, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam tidak mahu pentingkan diri.
Apatah lagi selepas melahirkan anak kedua, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun dua bulan, Izreen perlu meluangkan lebih banyak masa di rumah. Namun, bagi mengisi waktu yang ada Izreen berjinak-jinak dalam bidang perniagaan makanan dengan membuat apam, Sugar Butter Milk yang dibuat sendiri.
Walaupun baru beberapa bulan beroperasi, Izreen yang juga bekas pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2013 bersyukur apabila perniagaan yang pada awalnya sekadar suka-suka itu semakin berkembang maju dan sudah tidak menang tangan melayan tempahan pelanggan.
“Syukur makin lama makin meriah tempahan masuk setiap hari. Daripada hanya seorang bekerja, menjadi berdua dan sekarang sudah bertiga. “Selepas ini mungkin akan berempat. Rezeki ini datang macam-macam cara dengan keizinan-Nya.
“Tapi atas usaha kita juga. Kalau kita bersungguh, hasil pun berganda-ganda. Kalau kita main-main, jadilah usaha separuh jalan. Bagaimanapun, saya bersyukur, perniagaan yang hanya suka-suka ini sudah menjadi serius dan semakin menyeronokkan.
“Tambahan lagi apabila mendapat maklum balas positif daripada pelanggan, hati terus berbunga. Selepas ini kalau ada rezeki terus nak buka kedai bukan jual apam dan puding raja saja, tapi macam-macam lagi kami nak jual,” katanya.
Menurut Izreen yang juga isteri kepada pemuzik bebas, Ude, mendapat pekerja yang baik juga adalah rezeki buat dirinya apatah lagi baru berjinak-jinak sebagai ahli perniagaan. “Bukan ini saja saya anggap rezeki, tapi mendapat pekerja yang bagus seperti sekarang ini pun rezeki bagi saya. Pada saya, apa saja yang kita buat hati kena bersih, ikhlas dan sentiasa positif.
“Negatif ni semua kena buang jauh. Tak elok untuk diri dan rezeki kita. Bersedekah selalu pun boleh jemput rezeki sebenarnya. “Pastikan sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Insya-Allah hidup kita akan lebih bahagia. Tenang dan rezeki senang nak datang,” katanya.
Mengenai kerjaya lakonan, Izreen yang pernah popular menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Eksperimen Cinta mengakui masih mendapat tawaran. “Ada saja tawaran yang datang, tapi buat masa sekarang masa belum mengizinkan. Ditambah pula dengan perniagaan ini. Saya kena fokus satu persatu dahulu.
“Insya-Allah kalau semuanya sudah terkawal dan terurus dengan baik, baru saya fikirkan mengenai lakonan. Tipulah saya kalau tak rindu berlakon. “Kalau boleh nak macam dulu, tapi saya percaya aturan Allah itu lebih baik dan rezeki ada di mana-mana,” katanya.
Alahan teruk kali ini
PENGALAMAN hamil anak pertama dan kedua Izreen Azminda sangat berbeza. Kata pelakon ini, pada tiga bulan pertama usia kandungan keduanya, dia bukan saja mengalami alahan teruk tetapi juga cairan merah.
Izreen yang kini hamil anak pertama daripada perkahwinan kedua bersama Ude atau Muhammad Radzi Abd Wahid bagaimanapun bersyukur kerana semuanya kembali pulih selepas memasuki trimester kedua. Dijangka bakal menimang cahaya mata awal Julai depan, kata Izreen, sepanjang trimester pertama, dia tidak boleh terlalu banyak bergerak dan mengangkat benda berat.
“Awal kehamilan saya perlu kurangkan pergerakan dan elak mengangkat benda berat. Setiap kali saya terangkat benda berat mesti akan berlaku cairan merah. Malahan, sepanjang tiga bulan pertama saya mengalami alahan yang teruk. Saya kerap muntah.
“Dalam tempoh itu, saya tidak boleh lakukan apa-apa. Saya banyak berehat kerana bimbang apa-apa jadi kepada kandungan. Alhamdulillah, situasi itu hanya untuk tiga bulan saja. Selepas itu, saya semakin okey,” katanya. Katanya, ketika kehamilan pertama, dia masih bekerja walaupun ketika itu usia kandungan tujuh bulan. Izreen berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 di Damansara dalam satu majlis tertutup. Walaupun perkahwinan itu penuh kontroversi, semuanya sudah selesai.
Menurut Izreen dan Ude belum tahu jantina anak walaupun kandungan sudah mencecah enam bulan. “Kami sendiri pun tidak tahu jantina bayi. Setakat ini kalau buat pemeriksaan pun tidak nampak alat kelamin. Kedudukan bayi dalam perut membuatkan kami belum tahu. Kalau sudah ada pengesahan daripada doktor, kami akan kongsi.
“Kalau ada rezeki, saya mahu menimang anak perempuan sebab sudah ada anak lelaki. Bagaimanapun, kalau bayi ini lelaki juga, saya okey. Apa yang penting dia sihat dan sempurna,” katanya. Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera,
Muhammad Riza Baharuddin pada 31 Ogos 2012. Bagaimanapun, mereka bercerai pada hujung 2014. Menerusi perkahwinan pertama, Izreen dikurniakan anak lelaki, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia enam tahun. Sementara itu, Ude pernah berkahwin dengan Intan Liana Saleh pada 2013 dan berpisah pada 2018. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri dan Ariq Murqi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment