'Kalau betul dapat RM40,000 semalam, buat apa saya nak berlakon lagi? - Chacha Maembong

'Kalau betul dapat RM40,000 semalam, buat apa saya nak berlakon lagi? - Chacha Maembong

Beberapa hari lalu, pelakon Chacha Maembong menafikan dia terbabit dalam kes sindiket Macau Scam dan perjudian online serta pengubahan wang haram yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

'Kalau betul dapat RM40,000 semalam, buat apa saya nak berlakon lagi? - Chacha Maembong



Chacha atau nama sebenar Siti Aisyah Ismail, 24, tampil sekali lagi menafikan dirinya terbabit dalam aktiviti pelacuran kelas atasan yang mendapat bayaran RM20,000 hingga RM40,000 untuk perkhidmatan satu malam.

ARTIKEL MENARIK:‘Jual Diri’ dengan harga puluh ribu ringgit? presiden Seniman beritahu kenapa ada artis yang tergamak buat begitu


Menurut Chacha, tuduhan yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu dilihat sengaja menjejaskan karier seni dan perniagaan yang sedang diusahakannya pada waktu ini. 


"Kalau betul saya dapat RM40,000 satu malam, buat apa nak berlakon lagi?


"Saya bekerja dari dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitnah macam-macam, teruskan. Satu hari akan terbukti juga," katanya. 

Loading...
loading...


Menurut laporan Harian Metro, sejak gosip yang mengaitkan namanya itu tersebar di media sosial, dia menerima banyak mesej peribadi yang bertanyakan apakah dakwaan itu benar atau sebaliknya. 


Semua tuduhan itu timbul disebabkan perangai lamanya. Namun, Chacha menegaskan dia telah berubah dan jika masih ada berkata mengenainya, tiada apa yang dia dapat lakukan untuk menutup mulut orang. 


Mengenai kenyataan yang dikeluarkan melalui Instagram tempoh hari, Chacha berkata dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduh dia terbabit dengan kes yang sedang disiasat oleh SPRM. 


Ini kerana tuduhan itu sudah melampau dan menjejaskan kerjaya dan perniagaan, malah memberi kesan kepada maruah keluarganya. 


"Saya berani kerana saya tak salah. Jadi apa yang orang nak cakap, cakaplah," katanya. 


Sumber: Harian Metro via The Reporter


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post