Kumin hembuskan nafas terakhirnya semalam. Rakan baiknya dan isteri perjelaskan situasi sebenar punca pemergian Kumin yang meraih perhatian ramai

Kumin hembuskan nafas terakhirnya semalam. Rakan baiknya dan isteri perjelaskan situasi sebenar punca pemergian Kumin yang meraih perhatian ramai

KUMIN pergi buat selamanya semalam . BEKAS anggota kumpulan KU2, Kumin, 49, hembuskan nafas terakhirnya di rumahnya di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Kuala Lumpur, hari ini.Berita pemergian Kumin atau nama sebenarnya Khuzami Ismail disahkan rakan baiknya yang juga pelakon, Yank Kassim.


Yank ketika dihubungi berkata, dia dihubungi isteri Kumin kira-kira 12 tengah hari memaklumkan berita sedih itu.”Isterinya keluar membeli makanan.

ARTIKEL MENARIK:Perkongsiannya di IG mengejutkan pengikut. Amyza Aznan dedahkan dia alami sakit ketika berada di set penggambaran dan ini rupanya punca


Bagaimanapun, apabila kembali ke rumah dia mendapati Kumin berada di atas lantai di tepi katil. Kebiasaannya Kumin akan berada di atas katil tapi kali ini kedudukannya di atas lantai. Tak pasti sama ada dia terjatvh atau ada perkara lain. Apabila didekati Kumin sudah tidak bernyawa,” katanya kepada Harian Metro.

Yank berkata, dia tidak tahu apa punca pemergian Kumin. Ini kerana Kumin sudah sihat selepas dimasukkan ke hospital sebelum ini, cuma dia tidak boleh berjalan kerana masih lemah. Pada 31 Julai lalu, Kumin dimasukkan ke Hospital Ampang akibat angiin pasang dan air berlebihan dalam badan dan dibenarkan keluar pada 7 Ogos.-mstar

Selepas Bob Kuman, Kini Kumin pula pergi buat selamanya

KUALA LUMPUR: Pelawak Kumin atau nama sebenar, Khuzami Ismail, 49, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Lembah Maju, Ampang, tengah hari tadi. Berita sedih itu disahkan teman baik Kumin, Yank Kassim yang menerima panggilan daripada isteri Kumin kira-kira 30 minit lalu

“Isteri beliau memberitahu, dia keluar membeli barang di kedai pagi tadi. Sekembalinya ke rumah, dia mendapati Kumin terbaring di lantai dengan wajah kebiru-biruan. “Setahu saya, Kumin sudah sihat selepas dimasukkan ke hospital, akhir Julai lalu akibat sesk nafas, angin pasang dan air berlebihan dalam badan.

“Selain itu, beliau berhadapan masalah pergerakan badan yang terhad,” kata Yank kepada BH Online. Namun, ketika ini, Yank belum dapat memastikan bila dan di mana jnzh Allahyrhm akan disemadikan. “Saya masih menguruskan perkara ini,” katanya.

Aktif sejak era 1990-an, Kumin dan teman baiknya, Allahyrhm Bob Kuman pernah menubuhkan kumpulan duo dikenali sebagai KU2 yang cukup popular ketika itu. Sepanjang bersama, KU2 menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001). Berbanding Allahyrhm Kuman yang banyak berlakon, Kumin memberi fokus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi. Kumin dan isteri bagaimanapun tidak dikurniakan anak.-ctto

Dibawa Ke Hospital Dengan Bantuan Bomba. Ini Keadaan Kumin Yang Sebenar Dan Dia Dedahkan Sakit Yang Dia Alami

KUMIN KU2 berada di Hospital Ampang sejak semalam.”ALHAMDULILLAH, saya masih sihat dan dipanjangkan umur lagi,” kata pelakon dan pelawak dikenali Kumin KU2, 49, yang kini menerima rawatan di Hospital Ampang akibat angin pasang dan air berlebihan dalam badan sejak semalam.

Kumin atau nama sebenar Khuzami Ismail dihubungi berkata dia bersyukur kepada Allah kerana keadaan kesihatannya makin stabil dan bertambah baik.”Terus-terang, kalau semalam keadaan saya memang teruklah. Tapi, hari ini Alhamdulillah syukur kesihatan saya lebih baik dan boleh dikata, 80 peratus sudah stabil.”Bagaimanapun, memandangkan saya didatangi angin pasang dan ada air berlebihan dalam badan, doktor memaklumkan saya perlu tinggal di wad sekitar lima atau enam hari lagi,” katanya kepada Harian Metro.


Menurut Kumin, kini dia berhadapan masalah pergerakan terhad. Ujarnya, dia masih tidak boleh bergerak banyak dan hanya duduk di katil sahaja.Menceritakan keadaan awalnya sebelum mendapatkan rawatan di hospital, Kumin berkata dia sudah berasa sakit sejak beberapa hari lalu. Namun, dia kuatkan semangat untuk bertahan kerana mahu menyiapkan penggambaran drama dibintangi.

“Namun, semalam memang saya dah tak boleh tahan lagi. Saya mengalami sesak nafas, diikuti berlakunya angin pasang di rumah dan perlu segera ke hospital.”Saya memohon pertolongan rakan iaitu pelakon Yank Kassim untuk bawa ke hospital. Tetapi, ketika itu saya dah tak boleh bergerak kerana kebas anggota badan.


Loading...
loading...


“Jadi, untuk penyelesaian selepas menghubungi pihak ambulans, saya hubungi pula pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah untuk bantu bawa saya turun dari kediaman ke hospital,” katanya.Mengulas juga berita palsu tersebar mengatakan dia pergi buat selamanya, Kumin berkata hal membabitkan nyawa seseorang ini bukan perkara lawak yang boleh dicanang sesuka hati.

“Saya tahu, mungkin ada di antara warganet ini yang keliru tentang saya, Kuman mahupun Abam. Namun, saya Kumin masih sihat dan Alhamdulillah Allah panjangkan umur lagi.”Apapun, saya harap pihak di luar sana lebih peka dan berhati-hati menyebarkan berita. Tolonglah, jaga perasaan orang lain terlebih dahulu, apatah lagi membabitkan berita pemergian” katanya.

Terdahulu, Kumin mula aktif dalam industri hiburan sejak era 1990-an. Dia bersama rakan baiknya Allahyrhm Bob Kuman pernah menubuhkan  kumpulan duo dikenali KU2 yang berjaya melonjakkan populariti mereka meskipun bertubuh besar.Selama membina nama bersama KU2, duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).Berbanding Allahyrhm Kuman yang banyak berlakon,  Kumin pula memilih lebih memberi fokus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.

Bomba bantu bawa Kumin KU2 ke hospital

Kumin dimasukkan ke hospital akibat berlakunya angin pasang pada Jumaat.PELAWAK Kumin dikejarkan ke hospital selepas mengadu kebas anggota badan akibat berlakunya angin pasang.Kumin atau nama sebenar Khuzaimi Ismail, 49, dibawa ke Hospital Ampang, Selangor kira-kira pukul 5.50 petang Jumaat dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah.


Kejadian itu dikongsikan oleh pelakon Yank Kassim di Facebook miliknya dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan pelawak terbabit.”Badannya kebas… kena angin pasang dan berlebihan air, dia sedang berehat di wad 6D katil 21. Semoga dia cepat sembuh,” tulis Yank. Kumin dibawa ke hospital dengan bantuan pasukan bomba.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi mStar pada Sabtu turut mengesahkan perkara itu.Zed berkata, Kumin kini masih dirawat dan berada dalam keadaan stabil.”Ya, Kumin masih berada di hospital dan sedang dirawat, Alhamdulillah dia berada dalam keadaan stabil.”Saya baru sahaja bercakap dengan dia di telefon dan bertanya khabar dia,” kata Zed.

Selain berlakon, Kumin pernah mengecap populariti sebagai penyanyi duo KU2 dan kini fokus kepada kerja belakang tabir sebagai pengurus produksi.KU2 turut dianggotai Allahyrhm pelawak Bob Kuman atau nama sebenar Husni Mohd Rawi.Duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi (1994), Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

Sumber:mstar

Kumin KU2 Tak Cerewet Tapi Tegas

Pernah mengecap populariti sebagai penyanyi, namun minat Khurzaimi Ismail lebih berfokus pada kerja-kerja di belakang tabir. Bahkan, tanpa sedar, anak jati Negeri Sembilan ini sudah terlibat dalam dunia produksi sejak lebih 20 tahun lalu.

Khurzaimi atau lebih mesra disapa sebagai Kumin pernah mencipta nama di persada seni melalui kumpulan KU2, sekitar 1990-an. KU2 turut dianggotai pelakon dan pelawak, Allahyrhm Husni Mohd Rawi atau Bob Kuman. Meskipun berbadan besar, kumpulan ini cemerlang menghasilkan empat album iaitu Motivasi (1994), Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

“SAYA SEBENARNYA DAH TERLIBAT DALAM DUNIA PRODUKSI SEJAK JADI PENYANYI LAGI. “DULU-DULU, SAYA SELALU FREE PADA HUJUNG MINGGU. KETIKA ITU, SAYA LEBIH SENANG UNTUK TERLIBAT PADA KERJA-KERJA DI BELAKANG TABIR. “ BOB PULA LEBIH KE HADAPAN DALAM BIDANG NYANYIAN,” KATANYA PADA MEDIA HIBURAN.

Jadi pengurus produksi

Selesa menggalas tugas sebagai pengurus produksi, Kumin ternyata tidak mensia-siakan kelebihannya sebagai selebriti. Tambahan pula, katanya, tugasnya itu memerlukannya untuk merancang dan menguruskan perjalanan keseluruhan produksi.

“KERJA SAYA BERMULA DARIPADA A SAMPAI Z SERTA MERUPAKAN INDIVIDU KETIGA PENTING SELEPAS PENERBIT DAN PENGARAH. “TANGGUNGJAWABNYA BERMULA DARIPADA MENYEDIAKAN KERTAS KERJA (PROPOSAL), MENGENAL PASTI SKRIP, MENYEDIAKAN DAN MENGAWAL ANGGARAN PERBELANJAAN PRODUKSI, MELANTIK, MENYELIA SERTA MENJAGA KEBAJIKAN SEMUA TENAGA KERJA PRODUKSI. “SEKURANG-KURANGNYA, GELARAN SELEBRITI MEMUDAHKAN SAYA UNTUK MENCARI PELBAGAI CONTACT (KETAWA),” KATANYA.

Rentetan itu, lelaki berusia 46 tahun ini sangat berprinsip dalam melaksanakan tugasnya.“SAYA SANGAT TEGAS DALAM SOAL CALL TIME. SAYA BUKAN CEREWET, TAPI SAYA SANGAT STRAIGHT DALAM KERJA. “TAPI, HARI INI ORANG ANGGAP CALL TIME SEBAGAI MAIN-MAIN, SEDANGKAN IA MUSTAHAK BAGI MELANCARKAN SHO0TING.

“KALAU ORANG LNGGAR CALL TIME, SAYA TAK AKAN MARAH, TAPI SAYA AKAN MENYANYI DI TELINGANYA DAN BAGI TEGURN SINIS (KETAWA). “SAYA JUGA TAK AKAN MULAKAN SHO0TING SEKIRANYA TAK DAPAT SKRIP PENUH.

“BAGI SAYA, PENGURUS PRODUKSI WAJIB BACA SKRIP UNTUK DAPATKAN SEMUA GAMBARAN MENGENAI SHOOTING TERSEBUT. “KALAU TAK BACA SKRIP, MACAM MANA NAK LEPASKAN BAJET?,” KATANYA. Teks oleh: Ayu Zainal

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post