PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) — Kenderaan persendirian yang Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun boleh membuat pembaharuan cukai jalan tanpa perlu menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), berkuat kuasa esok.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira permintaan pemilik kenderaan yang mahu diberi kelonggaran memandangkan ada yang menghadapi kekangan kewangan untuk pemeriksaan kenderaan di Puspakom dalam situasi pandemik COVID-19. Berdasarkan rekod, katanya, terdapat lebih 4.27 juta kenderaan yang dikesan telah tamat cukai jalan dalam tempoh satu hingga tiga tahun.
ARTIKEL MENARIK:Keputusan mengenakan sekatan kemasukan dipersetujui dalam mesyuarat khas menteri. Ismai Sabri dedahkan 3 negara Asia ini yang dikenakan sekatan ke Malaysia
“Pemilik kenderaan yang cukai jalan atau LKM luput dalam tempoh kurang tiga tahun atau 36 bulan boleh terus buat pembaharuan,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani program kolaborasi strategik antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), di sini, hari ini.
Sebelum ini, kenderaan persendirian yang tamat LKM dalam tempoh setahun perlu menjalani pemeriksaan kenderaan di Puspakom sebelum dibenarkan memperbaharui cukai jalan dengan kos pemeriksaan ditanggung pemilik kenderaan.
Mengenai tawaran diskaun saman sebanyak 70 peratus sehingga 30 Sept ini, Wee berkata masih ramai rakyat Malaysia didapati suka membuat pembayaran di kaunter.“Saya galakkan orang ramai bayar secara online kerana mereka juga dapat menikmati diskaun saman sebanyak 70 peratus jika bayar secara dalam talian,” katanya.
Mengenai program kolaborasi JPJ, UiTM, UKM dan JPK itu, Wee berkata ia selaras dengan pendekatan dalam Pelan Strategik JPJ 2016-2020 bagi mendaya upaya sumber manusia JPJ ke arah melahirkan modal insan yang kompeten bagi mendepani landskap Revolusi Industri 4.0.
Di bawah Perjanjian Program Pengajian Diploma Eksekutif Pengurusan Pengangkutan dan Penguatkuasaan antara JPJ dan UiTM, seramai 30 pegawai pengangkutan jalan kumpulan pelaksana telah memulakan pengajian sejak September tahun lepas selama 15 bulan di Akademi JPJ Malaysia, Melaka dan dijangka tamat pengajian pada 23 Januari tahun hadapan.
Bagi Program Pengajian Sarjana Polisi Pengangkutan, Logistik dan Penguatkuasaan antara JPJ dan UKM pula, seramai 25 pegawai perkhidmatan awam akan dipilih untuk menjalani pengajian selama 18 bulan di Akademi JPJ Malaysia, Melaka, yang bermula pada Mac atau September tahun depan.
Di bawah Program Pembangunan Modal Insan bagi Bidang Pengangkutan Jalan antara JPJ dan JPK pula, ia bertujuan untuk pembangunan modal insan melalui pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada sumber manusia dalam bidang pengangkutan jalan.
Sumber: BERNAMA
Pengecualian pembaharuan lesen memandu tamat 31 Ogos, orang ramai diberi 30 hari lagi untuk perbaharui
PUTRAJAYA, 29 Ogos — Orang ramai diberi masa sehingga 30 Sept untuk memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM), kerana pengecualian yang diberikan pada Mac lepas akan ditamatkan Isnin ini (31 Ogos).
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pembatalan pengecualian ini adalah selaras dengan kuasa menteri di bawah seksyen 66(1)(x) dan 127 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pengecualian) 2020.
“Bagaimanapun, orang ramai yang memiliki LMM dan LKM yang tamat tempoh masih diberi masa untuk memperbaharuinya dalam tempoh 30 hari sehingga 30 Sept 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini memberikan pengecualian pembaharuan LMM dan LKM kepada orang ramai sejak Mac lepas bagi mengelak kesesakan di kaunter-kaunter agensi-agensi berkaitan, sebagai salah satu inisiatif mengekang penyakit COVID-19.
Pengecualian itu membenarkan orang ramai memandu dan menggunakan kenderaan masing-masing semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan walaupun LMM atau LKM mereka telah tamat tempoh, dengan syarat kenderaan itu mempunyai perlindungan insurans yang sah dan masih berkuatkuasa.
Wee seterusnya mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mendapatkan maklumat sahih dan tidak menyebarkan berita-berita palsu serta sentiasa sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara ketika mengunjungi kaunter JPJ atau mana-mana agensi dalam usaha membebaskan negara sepenuhnya daripada pandemik COVID-19.
— BERNAMA
Harga Lesen Memandu 2020 & Peraturan Baharu Sekolah Memandu
Untuk makluman, terdapat beberapa peraturan baharu lesen memandu yang diperkenalkan. Antaranya setiap institut memandu wajib menyenaraikan harga lesen memandu terkini bagi tahun 2020 — termasuk kereta dan motosikal.
Selain itu, ujian tanpa penguji akan mula dilaksanakan sebelum hujung tahun ini. Institut memandu juga diarah memasang kamera di dashboard kereta bagi mengelakkan kejadian penguji sengaja gagalkan pelajar. Selepas ini juga, semua ujian dibuat secara berkomputer dan dipntau melalui video di bilik kawalan.
Harga Lesen Memandu 2020
Berikut adalah senarai harga lesen memandu mengikut kategori: Motosikal (B2) – RM350, Kereta Manual (D) – RM1,150, Kereta Automatik (DA) – RM1,250. Anda boleh buat pengesahan harga di institut memandu berhampiran (klik link di bawah untuk lihat senarai penuh institut memandu mengikut negeri). Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk portal rasmi JPJ di www.jpj.gov.my
Cara Mengambil Lesen Memandu
Berikut dikongsikan cara-cara mengambil lesen memandu 2020. Adik-adik lepasan PT3 yang genap umur 16 tahun sudah layak untuk mengambil lesen memandu motosikal B2 dan superbike BFull 500cc. Lesen memandu kereta hanya boleh diambil bila anda genap berumur 17 tahun.
Sekiranya berminat untuk mengambil lesen E (bas / lori) sila tunggu umur anda genap 21 tahun dahulu. Di bawah adalah langkah-langkah untuk mengambil lesen memandu kali pertama:Pendaftaran – Daftar di Kaunter Pendaftaran Metro Driving Academy atau juga menerusi website Metro Driving Academy. Pengawai pemasaran akan hubungi anda. Diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).
Kursus KPP – Kursus KPP di Metro Driving Academy diadakan selama 6 jam untuk Kursus Bahasa Malaysia pada hari sabtu & ahad manakala untuk Kursus Bahasa Inggeris pula pada hari ahad sahaja. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.
Ujian Komputer – Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50. Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus di Metro Driving Academy.
Lesen L – Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu. KPP 02 – Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.
KPP 03 – Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02
Ujian QTI – Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.
Ujian Praktikal JPJ – Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ yang diadakan setiap hari khamis bagi Kampus Subang dan hari jumaat bagi Kampus Puchong. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal. Panduan mengambil lesen memandu ini dikongsikan oleh syarikat Metro Driving Selangor.
via Era Kini
Post a Comment