Baru-baru ini, perkongsian Amyza Aznan di Instagram mengejutkan ramai apabila pelakon itu dilaporkan telah dimasukkan ke hospital setelah sakit ketika berada di set penggambaran. Akui sibuk sangat bekerja sehingga membuatkan dirinya sakit, Amyza berkata keadaannya kini semakin baik dan perlu berehat.
Menerusi perkongsiannya itu, Amyza memuat naik fotonya terlantr di hospital.
ARTIKEL MENARIK:Beriya bagi tahu ibu nak kahwin dengan Emir. Akhirnya setelah sekian lama menyepi Mira Filzah dedahkan kisah cinta dia dengan Emir. Rupa rupanya ibu yang jadi punca Mira Filzah terbuka hati.
“Saya ok, jangan bimbang semua. Bila setiap hari kau tiada masa rehat kerana sibuk dengan memenuhi tunturan kerja. “Jadi, bila Allah bagi rehat, saya rehat la. tq so much to all doctors and nurses yang sangat efisen tak terluah dengan kata-kata,” katanya.
Dalam pada itu, Amyza turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan dan krew penggambaran ZGB Production kerana sentiasa memberi sokongan moral dan semangat ketika dia ditimpa sakit dan musibah. Difahamkan, Amyza kini sedang sibuk melakukan penggambaran beberapa drama terbaru untuk slot televisyen tempatan iaitu ‘Isabella’ dan ‘Hello, Jangan Tapau Cintaku.”-rotikaya
Masih Bermasam Muka Dengan Zarina Anjoulie Akhirnya Mengejutkan Ini Yang Terjadi Pada Amyza Aznan. Katanya Rezeki Tak Putus Bagai Hujan Jaatuh Ke Bumi.
MESKIPUN tengah brbalah dengan pelakon kontroversi Zarina Anjoulie masih berlanjutan, namun ia tidak menghalang pelakon Amyza Aznan menerima banyak tawaran dalam bidang lakonan. Menurut Amyza yang bergelar dirinya sebagai kak Kaia, 44, dia menerima semua tawaran tersebut bukan disebabkan terlalu tamaak tetapi enggan membuatkan pihak lain berkecil hati.
Amyza berkata dia percaya dengan pengalaman selama 20 dalam industri berserta personalitinya yang kelakar dan bakat yang ada menjadikan dirinya berjaya membawa pelbagai watak. Amyza kongsi perkara itu di Instagram.
“Hari ini kak Kaaia bergegas ke set shooting yang lain. Alhamdulillah… rezeki semakin mencurah-curah bak hujan jatuh ke bumi. Bukan taamak, tapi tak nak kecilkan hati orang. Kalau tolak nanti kecil hati orang. 20 tahun di dalam industri dengan personaliti kelakar kak Kaaia dan bakat yang dipinjamkan Allah untuk merealisasikan pelbagai watak,” kata Amyza.
Pelakon drama bersiri popular Budak Tebing itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik sedutan rakamn sedang menjalani penggambaran sebuah drama. Ruang komen di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada warganet yang turut memuji lakonannya.
Belajar dan terus belajar supaya terus relevan serta dapat anugerah lagi AMYZA AZNAN, PELAKON. Kes saman antara Zarina dan Amyza masih dalam proses mahkamah sejak April lalu sehingga kini. Dalam pada itu, Amyza memberitahu dia akan terus belajar dalam bidang lakonan supaya dirinya kekal relevan dan memenangi lagi anugerah.
“Belajar dan terus belajar supaya terus relevan serta dapat anugerah lagi,” ujarnya. Amyza pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 menerusi drama Batik Zakiah pada tahun lalu.
Artikel berkaitan : Ekoran Kes Yang Melibatkan Emelda Rosmila Dan Zarina Anjoulie. Emelda Dedahkan Perkara Sebenar Yang Ramai Tak Tahu Tentang Isu Ini
Pelakon Emelda Rosmila berkongsi pengalaman sepanjang bergelar anak seni. WALAUPUN enggan mengakui dirinya seorang aktres yang hebat, Emelda Rosmila sudah melalui pelbagai cabaran sepanjang hampir 20 tahun dalam industri seni. Menurut Emelda, 40, dia sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik setiap kali menggalas tanggungjawab memainkan sesuatu watak dalam sesebuah karya di samping menimba ilmu baharu untuk perbaiki kelemahan. “Mel bukan seorang pelakon yang hebat, tapi Mel akan cuba berikan yang terbaik tiap kali diberi tanggungjawab menggalas apa-apa watak.
“Setiap hari ada pelajaran baru yang membuka minda untuk perbaiki kelemahan,” tulisnya. Emelda tidak hiraukan populariti sepanjang bergelar anak seni. Menerusi perkongsian di Instagram pada Jumaat, Emelda berkata dia menggemari watak serta karya berat yang mencabar dirinya sebagai seorang aktres. Pelakon filem Sembunyi: Amvkan Azazil ini turut berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar anak seni yang pernah melakukan pelbagai aksi di banyak lokasi penggambaran. “Mel suka watak berat. Mel suka proses kreatif untuk mengenal satu-satu watak… suka dengan karya-karya yang hebat dan mencabar. “Banyak dah Mel buat, masuk hutan keluar hutan, masuk laut terjun sungai, terbang, panjat gua daki bukit, meraung meng1lai dan macam-macam lagi.
Ada orang hargai, ada juga tak nampak kesungguhan itu kerana dikaburi dek populariti.
“Untuk jadi pelakon hebat kita kena sanggup menempuh cabaran itu dengan bijaksana,” katanya. Emelda berkata ada segelintir pihak yang tidak menghargai bakatnya kerana popularitinya yang tidak terlalu menyerlah berbanding selebriti lain.mIsteri kepada aktor Adlin Aman Ramlee ini mengakui tidak memerlukan populariti mahupun kontr0versi murahan untuk meneruskan kariernya dalam industri seni, cukup sekadar menjaga tatatertib serta hubungan sesama rakan sekerja.
“Ada orang hargai, ada juga tak nampak kesungguhan itu kerana dikaburi dek populariti. Emelda mula aktif berlakon sejak tahun 2000. “Dari dulu Mel memang suka jadi diri sendiri. Tak tag1hkan populariti, tak perlu kontr0versi murahan untuk dikenali. “Cukup hanya menjaga tertib diri, menghormati kerja dan hubungan sesama rakan kerja, belajar baiki kelemahan setiap masa,” ujarnya. Malah, Emelda percaya bahawa tawaran berlakon yang datang disebabkan oleh kepercayaan terhadap bakatnya serta keselesaan pihak produksi untuk bekerjasama dengannya.
Emelda sempat mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang sentiasa menantikan karya baharu lakonannya. Emelda berkata menjadi insan seni memerlukan disiplin yang tinggi. Dia turut mengingatkan dirinya serta pengikutnya agar bersederhana dalam segala hal, jujur serta sentiasa merendah diri dalam melakukan pekerjaan.”Mel yakin setiap tawaran yang datang adalah kerana kepercayaan kepada bakat dan keselesaan mereka bekerja dengan Mel. “Tak semua menghargai bakat yang sedikit ada pada Mel, tapi ada pengikut dan peminat setia yang sentiasa menanti cerita terbaru dari Mel. Untuk itu, terima kasih korang, love you! “Bersederhanalah dengan apa sahaja yang kita lakukan, jujur ikhlas dalam pekerjaan, baik dengan semua orang, jangan sombong dan membangga diri. Sentiasa merendah diri. “Tiada apa yang kita punya, semua Allah SWT yang punya. Jadi, relaks saja,” katanya.-mstar
Ekoran tuntutan 4 juta Zarina Anjoulie. Giliran Emelda Rosmila pula buat tuntutan dan sempat dia dedahkan sesuatu yang mengejutkan ini
PELAKON Emelda Rosmila mengakui sudah berfikir masak-masak sebelum mengambil keputusan memfailkan saman dan menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta terhadap pelakon, Zarina Anjoulie. Emelda, 40, atau nama sebenarnya Emelda Rosmila Abdul Hamid berkata, dia tidak terbabit langsung mengeluarkan fitnh terhadap Zarina melalui kumpulan Telegram Covid-19 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) seperti yang didkwa. “Kalau dia cuba nak ambil kesempatan atas sebab-sebab tertentu, saya rasa saya berhak pertahankan diri untuk tegakkan kebenaran. Saya tahu berkenaan kumpulan Telegram itu kerana ada terbaca mengenainya, tapi saya nafikan ada di dalamnya. “Saya tak pernah ada masalah dengan sesiapa sepanjang pembabitan dalam industri seni. Ini adalah cabaran yang pertama kali saya kena lalui,” katanya kepada Harian Metro.
Emelda yang ditemani peguamnya, Nasser Yusof dari Lacmof Lawyers berkata, dia mempunyai bukti tidak pernah terbabit dalam kumpulan Telegram itu. “Ia bukan saya kerana saya tak pernah g4nggu orang. Setiap perkara berkaitan seni, saya akan merujuk terus kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi dengan menghubunginya dan bukan menerusi WhatsApp atau atau Telegram. Saya pun tak pernah jumpa Zarina atau berkawan dengannya. Cuma, saya tahulah dia juga pelakon,” katanya. Emelda berkata, dia tidak tahu apa yang diinginkan Zarina dalam situasi sekarang, namun terpaksa bertindak apabila pelakon itu terus men0hm4hnya dengan pelbagai isu. “Rasanya ini masa yang tepat untuk saya ambil tindakan terhadap perbuatannya yang menjejaskan reputasi saya. Dia yang mula failkan s4man dan apabila berbincang dengan peguam, barulah tindakan ini diambil. Saya s4man semula atas perkara yang dia malu kan saya antaranya kata saya batu ap1 dan pelbagai lagi,” katanya.
Mengulas komen warga net yang lebih memihak kepada Zarina dan mengata fasal dia, Emelda berkata, dia tidak terkesan langsung dengan perkara ini. “Saya tak terjejas langsung kerana ini perkara kecil. Saya sudah jadi artis hampir 20 tahun, jadi ada sedikit kekebalan di situ. Saya tak boleh tutup mulut orang nak bercakap, tapi benda ini tak mengg4nggu saya pun samada sebagai individu atau pelakon. Ibaratnya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” kata isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramlee ini. Sementara itu Nasser berkata, jumlah tuntutan RM1 juta hanya formaliti dan terpulang kepada mahkamah untuk menentukannya. “Tujuan anak guam saya ambil tindakan bukan kerana wang tapi lebih kepada mempertahankan kebenaran di mana dia dit0hmah,” katanya. Ditanya sekiranya pihak Zarina mahu berbincang untuk penyelesaian kes, Nasser berkata, ia perlu melalui mahkamah. “Kalau ada apa-apa cadangan penyelesaian daripada pihak plaintif, kami sedia untuk pertimbangkan. Buat masa ini, arahan anak guam saya ialah teruskan kes dan saya akur,” katanya.-hmetro
Post a Comment