Dua dua abah pergi menghadap illahi dalam keadaan tersenyum. Iesya Toh tampil dedahkan sikap bapa mertua sebelum pergi menghadap illahi. Rupa rupanya ini yang bapa mertua dia buat.

Dua dua abah pergi menghadap illahi dalam keadaan tersenyum. Iesya Toh tampil dedahkan sikap bapa mertua sebelum pergi menghadap illahi. Rupa rupanya ini yang bapa mertua dia buat.

Semalam, pengacara Iesya Toh ada memuat naik sebuah posting di laman Instagram memaklumkan bahawa bapa mertuanya, Haji Muhamad Sulaiman telah pun pergi menghadap illahi.

Dua dua abah pergi menghadap illahi dalam keadaan tersenyum. Iesya Toh tampil dedahkan sikap bapa mertua sebelum pergi menghadap illahi. Rupa rupanya ini yang bapa mertua dia buat.
Sempat mengucup dahi saat dikfnkn, Iesya turut berkongsi beberapa perkara yang sempat dilakukan oleh ayahnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

ARTIKEL MENARIK:Lia Natalia dimasukkan ke hospital. Mengejutkan bila tiba tiba Lia bongkarkan ini yang terjadi pada dia. Rupa rupanya dalam diam ini yang terjadi.




“MasyaAllah Alhamdulilah Alhamdulilah rezeki dua-dua abah senyum and tenang. Dulu bila orang kata dia senyum, saya puas fikir macam mana. “Bila abah Sanny Toh pergi di Madinah, orang yang menguruskan kirimkan gambar terakhir abah sambil kata dia senyum. MasyaAllah.

“Yang tu memang jelas nmpak, sebab Abah sendiri. Hari ni, Abah mertua juga tersenyum yang ni boleh diagak. “Sebelum Abah pergi menghadap illahi, abah sempat ke rumah semua anak untuk tengok anak-anak ök tak dengan kehidupan masing-masing. Alhamdulilah Abah sangat bangga. Abah sempat belikan mama kereta baru. Memang tak terduga dan Abah tak suka berhutang,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ieasya turut mendedahkan bawa dia baru sahaja merancang untuk membawa keluarga mertuanya untuk pergi bercuti namun mengakui perancangan Allah jauh lebih baik. “Minggu depan, kami plan nak bawak abah mama bercuti ke janda baik. Abah sangat happy and excited! Rupanya, Abah dah BERCUTI dulu.

“Perginya Abah dengan mudah. Alhamdulilah orang masjid yang sentiasa tepat pada waktu solatnya. “Semoga kita yang hidup, sentiasa menjaga waktu solat & tidak perlu menyakiti hati org lain. “Sya share untuk mengingatkan diri sendiri, sungguh kalau kita baik, jaga Allah, pasti pengakhiran kita juga indah “Al-fatihah buat kedua2 Abah tercinta Sanny Toh Bin Abdullah (7.2.2018) dan Hj Muhamad Bin Sulaiman (30.8.2020),” katanya lagi. Melihat di ruangan komen rata-rata warganet dan rakan artis tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman.



Loading...
loading...




Sumber: Instagram Iesya Toh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: MH

Iesya bantu remaja hamil luar nikah

“SYUKUR, alhamdulillah, seorang bayi perempuan selamat dilahirkan semalam. Ya Allah, sebaknya. “Ibunya menghantar mesej langsung (DM) pada saya ketika hamil dan hari ini selamat semuanya tanpa perlu dibuang ‘amanah’ ini,” kata pengacara Iesya Toh.

Menurut Iesya menerusi laman Instagramnya, dia juga memohon kepada semua untuk mendoakan semoga bayi yang selamat dilahirkan remaja hamil luar nikah itu menjadi anak solehah pada masa depan. “Saya juga berharap semoga ibu bayi ini akan memulakan kehidupan baru yang lebih positif,” katanya.

Bagi pemilik nama sebenar, Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, dia juga tampil membantu remaja hamil luar nikah kerana tidak mahu kes buang bayi terus berleluasa. Kata Naib Presiden Wanita Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu, usaha murni dilakukan untuk memastikan remaja hamil luar nikah mendapat pembelaan sewajarnya kerana rata-rata mereka disisihkan keluarga sendiri.

“Saya juga mengambil inisiatif sendiri menerusi laman Instagram untuk mencari gadis malang terbabit dan memberi perlindungan kepada mereka. “Saya anggap ia jihad kerana menggunakan duit simpanan sendiri membiayai kos rawatan klinik, makan minum hinggalah remaja hamil terbabit selamat melahirkan bayi ini di hospital,” katanya. Perkongsian Iesya mengenai usahanya membantu remaja hamil luar nikah turut mendapat maklum balas positif daripada pengikutnya di laman Instagram.

‘Abah pesan jaga ummi’ – Iesya Toh

KUALA LUMPUR: Bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Iesya Toh memaklumkan, bapanya yang pergi menghadap illahi di Madinah, semalam sempat berpesan supaya dia menjaga ibunya dengan baik ketika berbual menerusi aplikasi WhatsApp.

Iesya berkata, walaupun pelik dengan permintaan bapanya itu, dia tidak bertanya lanjut, sebaliknya leka mendengar cerita abah yang berulang kali menyatakan terima kasih kepadanya atas hadiah cukup bermakna itu. “Saya memberitahu abah mengenai program umrah ini, sebulan lalu. Abah nampak teruja dan tidak sabar mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Abah yang menghidap kncing mnis, drh tinggi dan masalah jantung begitu bersemangat mahu menjadi tetamu Allah.

“Sehari sebelum bertolak, saya mula nampak perubahan sikap Abah. Abah kurang bercakap dan ketika di lapangan terbang, saya ada bertanya kerana bimbang jika abah tidak sihat. Abah cuma memberitahu, sukar melelapkan mata. “Saya fikir mungkin abah berdebar menunggu masa untuk berangkat. Sebaik tiba di Tanah Suci, abah sentiasa cergas. Kami sempat beberapa kali berhubung menerusi WhatsApp menggunakan telefon ummi (ibu),” katanya.

Iesya berkata, bapanya tidak membawa telefon bersama dengan alasan tidak mahu ibadahnya terganggu. “Kami adik-beradik sempat mengusiknya, nanti susah mahu ambil gambar tanpa telefon. Mutawif juga memaklumkan abah cukup seronok di sana, malah sering menjadi orang terawal ke masjid.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergian abah,” kata anak sulung tiga bersaudara itu kepada BH Online. Terdahulu, bapa Iesya, Sanny Toh Abdullah, 65, disahkan pergi menghadap illahi di Madinah selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital, kira-kira jam 11 pagi semalam waktu Malaysia. Abah rebah pada Rabu lalu ketika menuju ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah. Abah disembahyangkan di Masjid Nabawi selepas solat Jumaat sebelum dismadikan di Baqi’.

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post