Ank angkat Jasmin Hamid akan tamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Mengejutkan sampai macam ni sekali reaksi Jasmin Hamid.

Ank angkat Jasmin Hamid akan tamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Mengejutkan sampai macam ni sekali reaksi Jasmin Hamid.

Pelakon Jasmin Hamid akui perasannya bercampur baur apabila anak angkatnya, Luqman Hakim bakal menamatkan zaman bujang. Justeru, Jasmin sempat menitipkan ucapan istimewa buat anaknya itu. “Terasa hiba bercampur happy sebab tak lama lagi, anak lelaki sulong saya akan tamatkan zaman bujangnya..

Ank angkat Jasmin Hamid akan tamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Mengejutkan sampai macam ni sekali reaksi Jasmin Hamid.
“Semoga Allah permudahkan segala urusanmu dan menjadi khalifah yang terbaik untuk bidadari mu. “Dah nak jadi suami orang anak ibu ni.. Apa pun terjadi , kamu tetap menjadi anak ibu buat selamanya. “Kasih Ibu hingga Jannah..” katanya.

ARTIKEL MENARIK:Dua dua abah pergi menghadap illahi dalam keadaan tersenyum. Iesya Toh tampil dedahkan sikap bapa mertua sebelum pergi menghadap illahi. Rupa rupanya ini yang bapa mertua dia buat.


Jasmin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Jasmin memuat naik foto bersama Luqman ketika kecil dan terkini. Selain Luqman, Jasmin turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Rohana. Jasmin juga mempunyai seorang anak kandung, Ian Haziq hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Ian Rashid

Tindakan saman Jasmin Hamid buka mata ramai

AKTRES Jasmin Hamid bersyukur tindakan tegasnya mengemukakan saman ftnah terhadap tiga individu yang menghna wajah anak angkatnya, Rohanna Abdul Hamid sebagai ‘bapok’ di media sosial membuka mata ramai.

Jasmin, 46, berkata dia menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram bertanyakan hal itu dan mengambil kesnya sebagai panduan untuk melakukan tindakan sama. “Ramai orang ingat selama ini tiada klausa sebegitu dan menganggap berdepan dengan komen warganet hanya perkara remeh.

“Saya lakukan ini untuk mendidik orang ramai bahawa kita perlu jaga lisan dan tidak sewenang-wenangnya komen melampau. “Saya banyak dapat DM di Instagram berhubung tindakan ini dan mereka mahu lakukan seperti yang dibuat. Alhamdulillah, bagi saya mereka harus teruskan saja dan bersyukur tindakan ini dapat membantu buka mata orang lain,” katanya.

Jasmin juga menegaskan tindakannya membawa kes itu ke muka pengadilan bertujuan membela maruah keluarga terutama Rohanna dan bukannya meraih publisiti. Dia juga bersyukur anaknya itu sudah beransur pulih daripada trauma yang dialaminya.

“Saya bukannya suka meraih publisiti dengan perkara sebegini tapi apabila membabitkan maruah keluarga dan anak tiba-tiba dikecam, sebagai ibu, saya harus bangkit. Lagipun, proses saman-menyaman ini sebenarnya remeh dan bukan mudah.


Loading...
loading...


“Alhamdulillah nasib dia mula terbela. Dia juga semakin pulih daripada trauma,” katanya sewaktu ditemui di majlis pratonton filem lakonan terbarunya berjudul Anak Perjanjian Syaitan. Terdahulu, Jasmin tampil mengemukakan tuntutan saman fitnah terhadap tiga individu pada 2 Mei lalu.

Bagaimanapun seorang wanita yang baru melahirkan bayi lelaki, Izzatul Hairiyah Abdullah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesalahan dilakukan dan akur dengan tuntutan dikemukakan Jasmin. Selain Izzatul, ada dua lagi warganet yang dikenal pasti bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Bagaimanapun perincian mengenai individu terbabit akan dimaklumkan kemudian.

Dia tak diva, pandai bawa diri – Jasmin Hamid

KUALA LUMPUR: Pelakon berpengalaman, Jasmin Hamid memuji sikap dan komitmen yang diberikan penyanyi, Nabila Razali sepanjang penggambaran drama, Pesan Pada Hati. Jasmin yang sebelum ini pernah menegur segelintir pelakon yang bersikap seperti acuh tidak acuh di lokasi penggambaran mengakui, selesa bekerjasama dengan penyanyi yang popular menerusi lagu Pematah Hati itu.

“Dia pandai membawa diri, walaupun bermula dalam industri hiburan sebagai penyanyi. Dia langsung tidak menunjukkan sikap diva. “Sebagai pelakon, kami bekerja tidak ubah seperti sebuah keluarga dan perlu bergaul untuk mendapatkan keserasian. Hanya dari situ, baru ada ‘rasa’ apabila berlakon bersama-sama.

“Pelakon tidak boleh buat hal masing-masing kerana nanti apabila masuk set, keras dan kaku. Pelakon perlu jujur dengan watak dan bukan hanya ‘syok sendiri’ kerana menzahirkan karakter tidak memerlukan populariti, sebaliknya keikhlasan.

“Dengan sikap positif yang dimilikinya itu, saya percaya Nabila akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi,” katanya. Sambil menitipkan pesanan, Jasmin juga berharap, sikap rendah diri akan terus dekat dengan jiwa penyanyi lagu Vroom Vroom itu.

Drama bersiri Pesan Pada Hati terbitan Pena Creative Pictures adalah arahan terakhir Allahyarham Raja Ahmad Alauddin yang turut menampilkan Shukri Yahaya dan Chacha Maembong sebagai pelakon utama. Ia bakal disiarkan menerusi slot Lestary di TV3.

Jasmin sebelum ini, menerusi Instagram meluahkan perasaan kesal dengan sikap segelintir pelakon baharu yang terlalu sibuk dengan media sosial di lokasi penggambaran hingga menjejaskan kualiti kerja mereka. Menerusi entri sama, Jasmin turut menasihatkan pelakon generasi baharu supaya lebih serius dan fokus kepada kerjaya serta tidak terlalu ghairah mengumpul pengikut di media sosial.

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post