Mengejutkan Shuk mengaku pernah buat benda ni dengan wanita itu. Akhirnya setelah lama berdiam diri Shuk tampil bongkarkan sesuatu. Warganet terkejut dengan apa yang dibongkarkan.

Mengejutkan Shuk mengaku pernah buat benda ni dengan wanita itu. Akhirnya setelah lama berdiam diri Shuk tampil bongkarkan sesuatu. Warganet terkejut dengan apa yang dibongkarkan.

Penyampai radio, pengacara dan pelawak, Shuk Sahar mengakui pernah mengenali wanita yang dikaitkan dengan dirinya. Walaubagaimanapun, penyampai radio Hot FM ini enggan mengungkit lagi kisah terbabit.

Mengejutkan Shuk mengaku pernah buat benda ni dengan wanita itu. Akhirnya setelah lama berdiam diri Shuk tampil bongkarkan sesuatu. Warganet terkejut dengan apa yang dibongkarkan.
“Saya mengaku pernah kenal dia, isteri saya pun tahu. Tapi, benda itu dah selesai pun. Saya sudah berbincang dengan isteri dan saya enggan memberikan komen mengenai perkara yang sudah lepas.

ARTIKEL MENARIK:Wardina dimalukan oleh warganet. Suami Wardina mula bertindak untuk buat sesuatu ini selepas Wardina teruk dikenakan oleh warganet


“Saya mahu move on dan fokus kepada kerjaya serta keluarga. Apa yang penting bagi saya adalah isteri ada bersama di sisi. Saya sangat bersyukur,” katanya. Hujung bulan lalu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakw4an mengenai sikap burvk Shuk yang ditvvduh bermain kayu ti1ga.

D4kwa pengguna yang dikenali sebagai @laudyaTaylor, wanita yang did4kwa menjalinkan hubungan suli1t dengan Shuk dikenali sebagai Fara Salleh. Tambah Shuk, dia bukanlah orang yang tepat mahu menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.

“Saya sendiri tak dapat bagi komen kerana saya tak kenal pun individu yang mengeluarkan cerita terbabit. Saya bukanlah orang yang tepat untuk menjawab semua persoalan. Saya mengakui pernah mengenali wanita yang dikaitkan itu beberapa tahun lalu tetapi semuanya telah pun selesai.

“Hubungan saya dan isteri juga baik-baik sahaja. Sebagai seorang lelaki dan suami, saya tak lari dari melakukan kesal4han. Saya sudah belajar dari pengalaman dan mahu mempertahankan keluarga saya sampai bila-bila,” katanya.

Shuk ditemui di majlis media bersama stesen radio Hot FM dan Kool FM yang diadakan di Red Box, The Gardens baru-baru ini. Di majlis terbabit, dua stesen radio yang menampilkan penyampai mereka telah meraikan media mengikut SOP dengan beberapa acara seperti karaoke serta cabutan bertuah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Shuk Sahar menduakan isterinya? Isteri dikatakan tahu cerita sebenar

Tiada angin tiada ribut, secara tiba-tiba muncul cerita kurang enak membabitkan pelawak Shuk Sahar yang dikatakan menduakan isterinya. Menerusi perkongsian seorang individu di Twitter, penyampai radio Hot FM itu dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh. Individu itu juga membuat pelbagai perkara buruk terhadap Shuk dan Fara.

“Perempuan ini memang suka menggoda laki (suami) orang saja. Kalau boleh yang kepuk (berduit) kemudian dia sara hidup mana-mana lelaki yang solo baru nak up. Apa punya perangai. “Nanti I kongsi pula tentang perempuan itu sama laki orang lain pula,” tulisnya di Twitter. Antara kenyataan yang dikongsikan di Twitter.

Menerusi pemerhatian mStar, wanita yang dikatakan sebagai kekasih Shuk itu sudah memadam akaun laman sosialnya. Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Shuk dan pihak stesen radio Hot FM gagal apabila mereka tidak menjawab panggilan dan mesej. Semakan di Instagram Shuk juga mendapati dia sudah menutup ruang komen.

Berdasarkan perkongsian balas di Twitter, difahamkan isteri Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah sedia maklum mengenai perihal suaminya dan dia dikatakan pernah berinteraksi dengan Fara bagi membincangkan isu mengenai Shuk.

Dalam pada itu, individu tersebut juga berkongsi paparan skrin status yang dipercayai dimuat naik oleh adik ipar kepada Shuk bagi meluahkan rasa berang terhadap wanita yang didakwa bercinta dengan pengacara tersebut. “Sebenarnya, kau yang dedahkan perangai yang tak baik kau sendiri. Lepas itu meroyan macam kakak aku yang kacau hidup kau. Sedar la perempuan. Berapa tahun sudah kau siksa hidup kakak aku.

“Cukup la aku sabar dengan hanya mampu menatap ratapan tangisan kakak aku. Aku mahu buat kau malu pun kakak aku sendiri tak suruh sebab kesian dengan kau. “Tapi kau tiada hati langsung buat kakak aku begitu. Now you know, Allah itu maha adil,” tulisnya. Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.


Loading...
loading...


Shuk tak kecil hati usikan warganet

Dijadikan bahan jenaka apabila disamakan dengan wanita dikenali sebagai Qaseh Eiman, pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar tidak kisah. Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, berkata, dia tidak sangka ada wanita mirip wajahnya, namun tidak mengambil hati usikan tersebut daripada warganet.

“Memang betullah ada tujuh wajah dalam dunia ini. Saya sudah berjumpa orang kedua. Warganet tanya adakah kakak atau adik saya. Kami tiada pertalian saudara dan tiada kena mengena dengan saya,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, tular aksi seorang gadis berang di hadapan pintu masuk gedung perabot popular menarik perhatian warganet. Wajah gadis itu dikatakan mirip Shuk. “Saya tak kisah disamakan dengan Qaseh sebab orang ramai pun tahu, itu bukan saya. Pada saya, benda ini kelakar sebab selagi tidak memberi kesan pada saya. Bagaimanapun, jika betul adik beradik saya yang buat, mungkin saya tak rasa kelakar.

“Bagaimanapun, setakat ini, saya terbuka dan okay sahaja. Saya sendiri pernah muat naik di laman sosial bergurau mengenai kami,” katanya yang ditemui pada majlis memperkenalkan stesen televisyen (TV) swasta terbaharu, Awesome TV, baru-baru ini. Menerusi Awesome TV, Shuk tampil dengan beberapa program baharu.

Menafikan dirinya menjadi anak emas stesen itu, Shuk berkata, bukan dirinya sahaja diberi peluang, malah ramai penggiat seni termasuk artis lama dan baharu diberikan peluang sama rata. “Awesome TV adalah satu platform yang baik, mana bertambahnya satu lagi stesen TV yang sedia ada untuk artis terus berkarya.

“Saya pernah bekerjasama dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Adam Ilyas di TV3 menerusi kafe Pop Yeh Yeh, jadi apabila beliau menghasilkan program bagi Awesome TV, dapatlah saya peluang. “Saya terbabit dengan program bual bicara Shuk Nak Tanya, Anugerah Malam Ini dan Awesome yang seumpama program MeleTOP. Saya baru sahaja selesai merakamkan program Shuk Nak Tanya untuk musim kedua,” katanya.

Shuk yang juga penyampai radio Hot FM itu bersyukur apabila tawaran kerja yang diterimanya tidak putus. “Alhamdulillah, ini boleh dikatakan rezeki selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebab apabila bercakap mengenai pandemik COVID-19, bukan sahaja industri hiburan, malah satu dunia terkesan. “Jadi, saya bersyukur masih mempunyai kerja dan terima kasih kepada Hot FM ketika PKP. Kerja itulah yang banyak menampung hidup saya dan keluarga. Kami tetap bekerja walaupun ke udara dari rumah,” katanya yang akan tampil dengan sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) musim keenam.

Wanita Dedah Shuk Sahar Tidak Setia, Pernah Paksa Hilangkan Kandungan?

Beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat pernyataan mengenai sikap buruk penyampai radio dan pengacara Shuk Sahar yang dikatakan bermain kayu tiga. Ujar pengguna yang dikenali sebagai @laudyaTaylor, wanita yang dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan Shuk dikenali sebagai Fara Salleh. “Perempuan ni memang minat akan laki orang saja, kalau boleh yang then dia konon sara hidup mana lelaki yang solo baru mau up. Apa punya perangai,” kata akaun berkenaan.

Ujar akaun berkenaan, hubungan sulit Fara dan Shuk sejak setahun lalu kini diketahui oleh isteri pelawak berkenaan, Rossalennah Natassyiah Asshaferah. Malah, menerusi paparan skrin yang turut disebarkan di Twitter, Shuk dikatakan telah mencipta akaun palsu @_sflia untuk berhubung dengan Rossalennah dan memberitahu perkara sebenar. Ujar @_sflia Shuk pernah menghamilkannya dan memaksa dia menghilangkan kandungan. “Tak nak mengaku suami ada perempuan lain di belakang? Tak nak mengaku suami dah mengandungkan perempuan lain?

“Nak tengok bukti yang ada? Boleh je… Sampai paksa suami suruh pisah kalau bercontact lagi. Ingat tak tahu? Pura-puralah tak tahu Sera. “Kita tunggu di akhirat kelak. Segala apa yang keluarga kau dah buat pada aku. Suami kau sendiri bawa aku pergi hilangkan anak dalam perut ini. “Masih nak menafikan walaupun sendiri meroyan dalam kereta tadi?”

kata @_sflia yang turut kesal dengan perbuatannya bagi menghilangkan kandungan tersebut. Rossalennah turut memuat naik komen terbabit di akaun Instagramnya namun telah memadamkan status berkenaan. Selain Shuk, Fara juga dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan Shah Jaszle dan Kecik Ogie sebelum ini. Gempak masih cuba menghubungi Shuk dan Rossalennah untuk kepastian lanjut.

Yang penting ada kerja, bukan popular saja

PELAWAK dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar mengakui namanya agak ketinggalan dari segi populariti berbanding rakan pelawak lain sejak memutuskan bekerja di stesen berkenaan sejak 2017 lalu. Shuk atau nama sebenarnya  Mohammad Shukri Mohammed Sahar  34, berkata, dia sengaja mengambil pendekatan itu disebabkan mahu menumpukan kepada kerjaya tetap itu selain mencari rezeki yang menjamin masa depan keluarganya.

“Dulu memang kalau kita fikir balik, populariti itu datang dengan kerjaya dan duit. Tapi apabila saya dapat bekerja di Hot FM sebagai penyampai, saya sudah terfikir ke arah lebih kepada mencari sumber pendapatan daripada populariti. “Saya pun sudah berkeluarga dan ada dua anak, asal saja saya mampu beri mereka makan dan ada rezeki untuk sara hidup, populariti itu saya letak belakang. Sebab zaman sekarang ini, kalau kita tengok semula, pekerjaan itu sangat susah nak dapat.

“Kalau kita tengok orang yang menang banyak pertandingan dan berlakon, apabila terjadinya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiada penggambaran, duduk rumah, baru kita fikir balik jika tiba-tiba tiada kerja,” katanya kepada Harian Metro. Pengacara program I Can See Your Voice Malaysia itu bagaimanapun tidak menafikan rindu untuk kembali menyertai pertandingan besar seperti Maharaja Lawak Mega (MLM). 

Malah, Shuk turut tumpang gembira melihat kejayaan besar ramai rakan lain. “Apabila saya tengok rakan-rakan lain bertanding, kerinduan itu masih ada untuk bersama mereka. Misalnya Man, sekian lama tunggu, tiba-tiba dia masuk balik dan menang juara MLM yang bukan satu gelaran kecil.

“Kepada rakan-rakan yang masuk bertanding dan menang, saya suka tengok kejayaan mereka. Mungkin juga, suatu hari nanti kalau saya sudah ada sedikit masa untuk masuk kembali bertanding MLM, saya teringin juga,” katanya. Shuk pernah menjadi peserta Raja Lawak Musim ke-5 bersama kumpulan Balas pada tahun 2011 dan mendapat tempat ketiga. Tahun lalu, dia turut menjuarai program Super Bintang Bersama Bintang (BBB) di TV3.

Shuk Sahar tayang video mesra dengan isteri. Tapi kenyataan Shuk macam beri gambaran ada kaitan dengan gosip mengenai rumahtangganya. Mengejutkan bila tiba tiba ini yang Shuk bongkarkan.

SELEPAS beberapa hari mendiamkan diri di laman sosial berikutan dkwaan berlaku tidak setia, pelawak dan pengacara Shuk Sahar akhirnya muncul dengan video mesra bersama isteri. Walaupun tanpa menyebut dengan jelas, namun kenyataan Shuk memberi gambaran ia ada kaitan dengan dakwaan mengenai rumah tangganya. “Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf lambat beri ucapan.


Shuk didkwa menjalinkan hubungan sulit dengan wanita bernama Fara Salleh (kanan).

“Cuma nak beritahu, Shuk dan isteri Alhamdulillah tak ada apa-apa. InsyaAllah kalau ada masa yang sesuai nanti Shuk akan bercakap,” kata Shuk menerusi video Instastory. Menerusi rakaman berkenaan Shuk dilihat merangkul isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah sambil berjalan bersama.

Malah Shuk turut meminta isterinya memberikan sedikit ucapan kepada warganet. Sebelum ini, Shuk dikatakan berlaku tidak setia dan dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Kisah yang mendakwa Shuk bermain kayu tiga dengan wanita tersebut menjadi tular sejak Khamis minggu lalu selepas seorang pengguna di Twitter mendedahkan beberapa bukti. Malah individu tersebut juga membuat pelbagai dkwaan burvk terhadap Shuk dan Fara. Bagaimanapun, menerusi pemerhatian mStar, wanita yang didakwa sebagai kekasih Shuk itu sudah memadam akaun laman sosialnya.


Pendedahan mengenai Shuk di Twitter yang menjadi tular.

Berdasarkan perkongsian balas di Twitter, difahamkan isteri Shuk juga sedia maklum mengenai perihal suaminya dan dia dikatakan pernah berinteraksi dengan Fara bagi membincangkan isu mengenai suaminya itu. Dalam pada itu, individu tersebut juga berkongsi paparan skrin status yang dipercayai dimuat naik oleh adik ipar kepada Shuk bagi meluahkan rasa berang terhadap wanita yang didakwa bercinta dengan pengacara tersebut.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar  via apampink
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post