Pelakon yang membintangi watak utama dalam Black Panther, Chadwik Boseman telah pergi buat selamanya pada usia 43 tahun kerana sakit.
Boseman pergi buat selamanua di kediaman beliau di Los Angeles dengan isteri dan kaum keluarga terdekat bersama beliau di sisi.
ARTIKEL MENARIK:Mengejutkan Shuk mengaku pernah buat benda ni dengan wanita itu. Akhirnya setelah lama berdiam diri Shuk tampil bongkarkan sesuatu. Warganet terkejut dengan apa yang dibongkarkan.
Berita pemrgian beliau turut dikongsikan di akaun peribadi Chadwick di Twitter, Chadwick telah disahkan menghidapi sakit kol0n tahap ketiga pada tahun 2016. Beliau tidak memberitahu keadaan beliau kepada sesiapa (selain ahli keluarga terdekat) dan tetap meneruskan penggambaran filem yang berada dalam jadualnya. Hilangnya seorang wira di hati peminat. Chadwick pastinya akan sentiasa seorang aktor yang hebat dan raja Wakanda.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: VOCKET
Kekalkan usus sihat
Tahukah anda usus kita terutama usus besar penuh dengan bakteria dan organisma lain? Beberapa bakteria berkenaan sebenarnya sangat penting untuk kesejahteraan kita. Kajian terkini menunjukkan mengekalkan usus yang sihat membantu memastikan nutrien penting diserap daripada makanan yang kita makan. Usus sihat juga menjamin sistem imun yang sihat dan mencegah beberapa penyakit serius seperti sakit kolon.
Tahap gangguan penghadaman
Kebanyakan orang sekali-sekala mengalami masalah penghadaman kecil seperti sembelit, cirit-birit dan kembung atau keadaan yang lebih serius seperti gastritis dan kesakitan abdomen yang berkaitan dengan ulser peptik.
Namun begitu, penting untuk memberi perhatian kepada sebarang tanda atau simptom berkaitan masalah usus seperti turun cairan merah, kesakitan dan sebarang kesukaran atau perubahan corak pembuangan air besar serta penurunan berat badan. Dapatkan rawatan awal walaupun sesetengah tanda atau simptom boleh dirawat tanpa penggunaan ubat-ubatan atau rawatan. Jangan abaikan masalah ini dan membiarkannya melarat.
Enam langkah jaga usus. Gaya hidup dan tabiat makan boleh menjejaskan kesihatan sistem penghadaman anda. Ada enam langkah mudah yang anda boleh lakukan setiap hari untuk menjaga kesihatan usus:
1. Makan lebih serat!
Anda perlu mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan serat. Kehadiran serat membantu melembutkan najis dan mencegah sembelit serta mengurangkan simptom beberapa gangguan penghadaman contohnya, buasir dan sindrom iritasi usus. Untuk mengekalkan usus yang sihat, anda memerlukan serat daripada pelbagai jenis sumber makanan seperti roti mil penuh, beras brown, buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang dan oat.
Panduan Diet Malaysia menyarankan kita mengambil sekurang-kurangnya 25 gram serat setiap hari. Separuh daripada bijian yang diambil haruslah terdiri daripada bijirin penuh. Anda digalak meningkatkan pengambilan serat secara beransur-ansur untuk mencegah masalah kembung dan ketidakselesaan perut terutama jika anda tidak biasa dengan pengambilan makanan tinggi serat.
2. Banyak minum air
Air membantu melembutkan najis dan menggalakkan peredaran melalui sistem penghadaman anda. Serat bertindak seperti span dan menyerap air. Tanpa cecair, serat tidak boleh melakukan tugasnya dan akan menyebabkan sembelit. Air juga memberi faedah kesihatan lain – tiada kalori! Secara purata, anda harus mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari (kira-kira dua liter) dan pada bila-bila masa apabila anda rasa dahaga!
3. Hadkan pengambilan kafein
Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, kola dan minuman ringan boleh meningkatkan asid di dalam perut, seterusnya menyebabkan pedih ulu hati bagi sesetengah orang. Jika anda tidak boleh berhenti minum kopi atau teh, hadkan pengambilan kepada satu atau dua cawan sehari.
4. Dapatkan pro dan prebiotik secukupnya
Terdapat ribuan bakteria yang hidup di dalam usus anda. Sesetengahnya bakteria baik yang memberi faedah kepada kesihatan dan pada masa sama usus kita juga ada bakteria yang memudaratkan. Mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan bakteria tidak baik adalah penting.
Bagaimanakah anda boleh mencapai keseimbangan ini? Salah satu cara mudah dengan mengambil makanan yang kaya dengan probiotik (yang mengandungi bakteria baik) dan juga mengambil prebiotik (‘makanan’ untuk bakteria baik) secukupnya.
Probiotik yang juga dipanggil ‘bakteria baik’ terdapat secara semula jadi di dalam usus dan dalam beberapa jenis makanan seperti yogurt, minuman susu berkultur, keju dan tempe. Prebiotik ialah bahan yang menggalak pertumbuhan atau aktiviti mikro organisma seperti probiotik yang menyumbang kepada kesihatan usus. Prebiotik terdapat dalam makanan yang tinggi serat seperti pisang, bijirin penuh dan beberapa jenis sayuran (lik dan bawang). Sesetengah produk komersial mengandungi serat khas yang dipanggil inulin dan oligofruktosa (frukto-oligosakarida) yang juga prebiotik.
5. Makan diet berkhasiat yang rendah lemak
Makanan berlemak tinggi seperti makanan bergoreng, burger, sosej dan hidangan berminyak melambatkan penghadaman dan boleh menyebabkan sakit perut serta pedih ulu hati. Beberapa kajian juga menunjukkan pengambilan lemak yang tinggi juga boleh mempengaruhi komposisi bakteria usus.
6. Banyak bersenam
Hadkan aktiviti sedentari seperti bermain permainan komputer atau menonton televisyen. Sebaliknya lakukan lebih banyak aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari atau menari. Sebarang senaman yang meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung juga memberi faedah kepada penghadaman anda. Ini merangsang otot usus, sekali gus menyebabkan makanan diedarkan dengan lebih cekap melalui usus anda.
Pupuk tabiat membuang air besar yang sihat
Pastikan anda memupuk tabiat membuang air besar yang baik seperti pergi ke tandas sekali sehari dan elakkan daripada menahan keinginan untuk membuang air besar. Satu lagi tabiat yang perlu dipupuk adalah mendapatkan saringan kesihatan tetap untuk mengesan sebarang masalah seawal mungkin. Mengabaikan kesihatan usus anda boleh mengakibatkan masalah yang serius.
Usus, Bakteria Usus dan Cara Mengekalkan Kesihatan Usus Anda
Tahukah anda bahawa usus di dalam perut anda tidak memerlukan input dari otak untuk berfungsi? Benar, usus tidak memerlukan dorongan atau impuls otak untuk melakukan untuk melaksanakan proses penghadaman kerana ia tidak memerlukannya. Usus bertindak dengan caranya dan “otaknya” yang tersendiri. Tidak terdapat organ lain dalam tubuh anda yang mampu melakukan hal sebegitu selain usus. Ingin mengetahui apakah lagi fakta-fakta menarik mengenai usus anda? Teruskan pembacaan anda ke peringkat yang seterusnya bagi membantu anda memahami mengenai kesihatan usus anda.
Fakta-fakta menarik berkenaan usus yang mungkin tidak anda tahu
100 juta neuron di dalam usus
Kemampuan usus untuk “berfikir” secara tersendiri bukanlah satu perkara yang mengejutkan, anda tahu mengapa? Ini kerana terdapat berjuta-juta neuron dalam gegelungnya yang panjang (9 meter usus yang bermula dari esophagus hingga anus). Neuron yang terdapat pada usus adalah lebih banyak daripada neuron yang terdapat dalam sistem saraf tunjang atau sistem saraf periferal.
Sistem saraf yang tersendiri
Sistem saraf enterik yang merupakan mekanisme pengawalan pencernaan dan penghapusan – adalah sistem yang mengawal usus anda dan berfungsi dengan sendirinya. Sesetengah saintis melihatnya sebagai sebahagian daripada sistem saraf pusat, manakala sesetengah yang lain menganggapnya sebagai entiti yang tersendiri.
Laluan informasi dari usus anda ke otak
Terdapat satu saraf pendengaran besar (visceral nerve) yang tertanam dalam usus anda iaitu saraf vagus. Penyelidikan telah mendedahkan bahawa sehingga 90 peratus daripada seratnya membawa maklumat dari usus ke otak, dan bukan dengan cara yang sebaliknya. Dengan kata lain, otak menafsirkan isyarat dari usus sebagai emosi.
Kebanyakan serotonin terdapat dalam usus
Serotonin adalah sebatian yang terdapat dalam platelet cairan merah dan serum yang menyekat saluran cairan merah dan bertindak sebagai neurotransmitter. Ia dipercayai membantu mengawal mood dan tingkah laku sosial, selera makan dan pencernaan, tidur, ingatan, dan keinginan serta fungsi seksual. Tahap serotonin yang rendah telah dikaitkan dengan kemurungan dan 95 peratus serotonin tubuh anda boleh dijumpai di bahagian usus.
Usus yang sihat mungkin melindungi tulang anda
Dalam penyelidikan mengenai hubungan antara serotonin dan usus, para saintis menemui satu hubungan yang tidak dijangka antara usus dan tulang. Perencatan pembebasan serotonin usus boleh menyebabkan pengurangan kepadatan tulang pada tikus kajian. Kajian ini sedang mengkaji mengenai ubat-ubatan baru yang bertujuan untuk menangani osteoporosis.
Makanan mempengaruhi mood anda
Pelbagai jenis makanan yang “diperkenalkan” kepada usus melalui tiub makan (feeding tube) telah menunjukkan mengubah mood seseorang individu tanpa disedari oleh seseorang individu mengenai apa yang mereka makan. Lemak dilihat meningkatkan perasaan gembira dan keseronokan seseorang kerana ia dilihat memicu pelepasan dopamine. Karbohidrat pula merangsang pelepasan serotonin.
Membantu anda ketika anda mengalami flu dan selsema
Usus menjadi rumah kepada 70 peratus sel imun anda dalam bentuk tisu limfoid yang berkaitan dengan usus (gut-associated lymphoid tissue) atau GALT. GALT berperanan dalam memadam dan menyingkirkan patogen. GALT bekerja bersama-sama microbiotik usus untuk membantu anda dalam masa-masa kesukaran seperti ketika mengalami flu dan selsema.
Apa yang perlu saya tahu mengenai mikrobiotik usus?
Mikrobiotik usus kedengaran seperti satu istilah saintifik yang sukar untuk difahami? Sebenarnya, konsepnya mudah sahaja. Mikrobiotik usus, seperti yang ditakrifkan oleh ahli biologi molekul, Joshua Lederberg, adalah merupakan keseluruhan mikroorganisma, bakteria, virus, protozoa, dan kulat, dan bahan genetik kolektif mereka yang terdapat dalam saluran gastrointestinal (GIT). Seseorang individu mempunyai kira-kira 300 hingga 500 spesies bakteria yang berlainan dalam saluran penghadaman mereka. Walaupun sesetengah mikroorganisma berbahaya kepada kesihatan kita, banyak mikroorganisma yang sangat bermanfaat dan bahkan perlu untuk tubuh yang sihat.
Banyak penyelidikan yang dilaksanakan sejak dua dekad yang lalu telah menunjukkan hubungan antara kesihatan usus dan sistem imun, mood, kesihatan mental, penyakit autoimun, gangguan endokrin, keadaan kulit dan sakit. Menurut Dr. EM Quigley melalui kajiannya berkenaan bakteria usus yang telah diterbitkan dalam Journal of Gastroenterology and Hepatology, mempunyai pelbagai jenis bakteria baik dalam usus anda dapat meningkatkan fungsi sistem imun anda, memperbaiki simptom kemurungan, membantu memerangi obesiti, dan menyediakan banyak faedah lain.
Bagaimanakah saya boleh mengetahui sekiranya saya mempunyai usus yang tidak sihat?
Terdapat pelbagai tanda yang boleh memperlihatkan bahawa anda mempunyai usus yang tidak sihat. Berikut merupakan antara tanda yang paling kerap berlaku yang menunjukkan bahawa anda mempunyai keadaan usus yang kurang baik:
Perut meragam
Gangguan perut seperti gas, kembung perut, sembelit, cirit-birit dan pedih ulu hati boleh menjadi antara petanda usus yang tidak sihat. Usus yang baik mempunyai hanya sedikit sahaja kesukaran dalam memproses makanan dan menyingkirkan sisa dari tubuh badan.
Pemakanan tinggi gula
Diet yang tinggi dengan makanan yang diproses dan gula tambahan boleh mengurangkan jumlah bakteria yang baik dalam usus anda. Ketidakseimbangan ini boleh menyebabkan peningkatan keinginan terhadap gula yang boleh meningkatkan kerosakan usus anda. Jumlah gula halus yang tinggi, terutamanya sirap jagung fruktosa tinggi, telah dikaitkan dengan peningkatan keradangan dalam badan. Keradangan boleh menjadi pendahulu kepada beberapa penyakit dan juga sakit.
Perubahan berat badan yang tidak disengajakan
Pertambahan atau kehilangan berat badan tanpa membuat perubahan pada diet atau senaman anda mungkin menjadi tanda usus yang tidak sihat. Usus yang tidak seimbang boleh menjejaskan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien, mengawal gula cairan merah, dan menyimpan lemak. Penurunan berat badan mungkin disebabkan oleh pertumbuhan bakteria usus kecil (small intestinal bacterial overgrowth), sementara peningkatan berat badan mungkin disebabkan oleh kerintangan insulin atau keinginan untuk makan terlalu banyak disebabkan penyerapan nutrien yang berkurangan.
Gangguan tidur atau keletihan yang berterusan
Usus yang tidak sihat boleh menyumbang kepada gangguan tidur seperti insomnia atau tidur yang kurang baik, dan oleh itu membawa kepada keletihan yang kronik. Kebanyakan serotonin dalam tubuh iaitu sejenis hormon yang mempengaruhi mood dan tidur, dihasilkan di bahagian usus. Oleh itu, kerosakan usus dapat menjejaskan kemampuan anda untuk tidur dengan baik. Sesetengah gangguan tidur juga dikaitkan dengan risiko fibromyalgia; keadaan rematik yang dicirikan oleh kesakitan otot atau muskuloskeletal dengan kelenturan dan kelembutan setempat pada titik-titik tertentu pada badan.
Iritasi kulit
Keadaan kulit seperti ekzema mungkin juga berkaitan dengan keadaan usus yang rosak. Keradangan di bahagian usus yang disebabkan oleh gaya pemakanan yang buruk atau alahan makanan boleh menyebabkan peningkatan “kebocoran” protein tertentu keluar ke dalam badan, yang boleh pula merengsakan kulit dan menyebabkan keadaan seperti ekzema.
Keadaan autoimun
Penyelidik perubatan terus mencari bukti baharu mengenai kesan usus pada sistem imun. Usus yang tidak sihat boleh meningkatkan keradangan yang sistemik dan mengubah fungsi sistem imun yang betul. Ini boleh membawa kepada penyakit autoimun, di mana badan kena dirinya sendiri berbanding daripada tubuh badan yang berbahaya.
Intoleransi makanan
Intoleransi makanan adalah hasil daripada kesulitan mencerna makanan tertentu dan ini berbeza daripada alergi makanan yang disebabkan oleh reaksi sistem imun terhadap makanan tertentu. Intoleransi makanan mungkin disebabkan oleh kualiti bakteria yang tidak baik dalam usus. Ini boleh menyebabkan kesukaran mencerna makanan pencetus dan simptom yang tidak menyenangkan seperti kembung perut, gas, cirit-birit, sakit perut, dan loya. Terdapat beberapa bukti bahawa alahan makanan juga mungkin berkaitan dengan kesihatan usus.
Jadi, apa yang boleh saya lakukan sekarang untuk meningkatkan kesihatan usus saya?
Jangan risau kerana anda boleh meningkatkan tahap kesihatan usus anda dengan beberapa langkah mudah. Ia tidaklah sesukar yang disangka kerana kesemuanya bermula daripada perubahan gaya hidup dan pemakanan anda sendiri. Ikuti langkah-langkah seperti berikut:
Kurangkan tahap stres anda
Tahap stres kronik yang tinggi memberi tekanan kpada seluruh tubuh anda, termasuklah usus anda. Terdapat beberapa cara untuk anda mengurangkan stres dan ini termasuklah meditasi, berjalan kaki, mendapatkan urutan, menghabiskan masa dengan rakan atau keluarga, menggunakan minyak pati, mengurangkan pengambilan kafein, ketawa, yoga, dan juga mempunyai haiwan peliharaan.
Dapatkan tidur yang mencukupi
Tidak mendapat tidur yang mencukupi atau kualiti tidur yang rendah dapat memberi impak yang serius kepada kesihatan usus anda, yang boleh menyumbang kepada masalah tidur yang lebih banyak. Cuba untuk memberi keutamaan bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 7 – 8 jam tidur tanpa gangguan setiap malam.
Makan secara perlahan-lahan
Mengunyah makanan anda dengan teliti dan makan makanan anda lebih perlahan dapat membantu menggalakkan pencernaan dan penyerapan nutrien yang lengkap. Ini boleh membantu anda mengurangkan ketidakselesaan penghadaman dan memelihara usus yang sihat.
Minum banyak air
Minum banyak air telah terbukti mempunyai kesan yang baik terhadap lapisan mukosa usus, serta bakteria-bakteria yang baik dalam usus. Kekal hidrat adalah cara mudah untuk menggalakkan usus yang sihat.
Ambil prebiotik atau probiotik
Menambahkan suplemen prebiotik atau probiotik untuk diet anda mungkin merupakan cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan usus anda. Prebiotik menyediakan “makanan” yang bertujuan untuk mempromosikan pertumbuhan bakteria bermanfaat di dalam usus, sementara probiotik adalah bakteria hidup yang baik. Individu yang mengalami penambahan bakteria, seperti SIBO, tidak boleh mengambil probiotik. Tidak semua suplemen probiotik berkualiti tinggi atau akan memberi manfaat. Adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu apabila memilih suplemen probiotik atau prebiotik untuk memastikan manfaat kesihatan yang terbaik.
Kurangkan pengambilan antibiotik tanpa keperluan
Walaupun antibiotik sering diperlukan untuk memerangi jangkitan bakteria, pengambilan secara berlebihan adalah salah satu kebimbangan kesihatan awam yang signifikan yang boleh menyebabkan kerintangan antibiotik. Antibiotik juga boleh merosakkan mikrobiota usus dan imuniti. Beberapa laporan kajian melaporkan bahawa walaupun 6 bulan selepas penggunaannya, usus masih kekurangan beberapa spesies bakteria yang berfaedah.
Semak intoleransi makanan
Sekiranya anda mengalami gejala seperti kekejangan, kembung perut, sakit perut, cirit-birit, ruam, loya, keletihan, dan refluks asid, anda mungkin mengalami intoleransi makanan. Anda boleh cuba menghilangkan makanan pemicu yang biasa untuk melihat jika simptom anda bertambah baik. Jika anda boleh mengenal pasti makanan atau makanan yang menyumbang kepada simtom tersebut, anda mungkin akan melihat perubahan positif dalam kesihatan pencernaan anda dengan mengubah tabiat pemakanan anda.
Tukar diet anda
Mengurangkan jumlah pengambilan makanan yang diproses, tinggi gula, dan tinggi lemak yang anda makan boleh menyumbang kepada kesihatan usus yang lebih baik. Selain itu, makan banyak makanan berasaskan tumbuhan dan protein tanpa lemak boleh memberi kesan positif kepada usus anda. Diet yang tinggi dengan kandungan serat telah terbukti menyumbang kepada mikrobiotik usus yang sihat.
Apakah jenis makanan yang saya boleh makan untuk meningkatkan kesihatan usus saya?
Terdapat juga beberapa makanan yang boleh anda makan untuk mempromosikan pertumbuhan bakteria bermanfaat secara aktif dan seterusnya menyumbang kepada kesihatan anda secara keseluruhan. Makanan-makanan yang disarankan ini termasuklah:
Makanan berserat tinggi
Makanan serat tinggi seperti kekacang, oat, gandum, pisang, buah beri, asparagus dan daun bawang telah menunjukkan kesan positifnya terhadap kesihatan usus dalam banyak kajian. Serat adalah bahan yang paling penting untuk kesihatan usus. Serat memainkan peranan penting dalam salah satu penyakit pencernaan yang paling biasa di seluruh dunia iaitu diverticulitis (keradangan usus). Menurut kajian yang dijalankan pada tahun1998 yang diterbitkan dalam The Journal of Nutrition, makan makanan yang kaya dengan kandungan serat yang tidak larut telah didapati mengurangkan risiko diverticulitis sebanyak 40 peratus.
Bawang putih dan bawang
Bawang putih dan bawang mungkin mempunyai beberapa ciri anti-sakit dan ciri peningkatan sistem imun berdasarkan pelbagai kajian, yang berkait rapat dengan beberapa fungsi utama usus. Beberapa manfaat ini adalah anekdot, walaupun beberapa penyelidikan telah dilakukan.
Makanan yang ditapai
Makanan yang difermentasi seperti kimchi, sauerkraut, yoghurt, tempe, miso, dan kefir adalah sumber makanan probiotik yang hebat. Walaupun kualiti makanan ini berbeza-beza, faedah-faedah mereka terhadap mikrobiotik usus juga telah dikaji dan terbukti dengan baik.
Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2014 yang diterbitkan dalam Polish Journal of Microbiology telah menunjukkan bahawa tempe boleh meningkatkan bakteria yang sihat, termasuklah Lactobacillus. Selain itu, satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Medicinal Food telah mengesahkan bahawa kimchi adalah tinggi dengan probiotik, dan merupakan bahan makanan yang sangat baik untuk kesihatan usus.
Kajian lain turut menunjukkan bahawa kimchi dapat membantu melawan sakit, obesiti, penuaan, dan sembelit, selain menyumbang kepada sistem imun tubuh, kesihatan kulit, dan kesihatan otak. Penggunaan miso dalam makanan Jepun bukanlah satu perkara yang asing. Miso adalah sejenis pes kacang soya yang ditapai dan digunakan dengan pelbagai fungsi terutama sekali sebagai perasa masakan. Miso mengandungi banyak bakteria baik dan berpotensi menghalang sakit dan menurunkan tekanan cairan merah.
Makanan yang meningkatkan kolagen
Makanan yang kaya dengan kolagen seperti sup tulang dan salmon boleh memberi manfaat kepada keseluruhan kesihatan dan kesihatan usus. Kebanyakan manfaat ini adalah kesimpulan anekdot dan penyelidikan lanjut boleh dilaksanakan. Anda juga boleh cuba meningkatkan pengeluaran kolagen tubuh anda melalui makanan. Cuba tambah pelbagai jenis makanan, seperti cendawan, produk tenusu yang baik, atau daging tertentu.
Usus manusia adalah lebih kompleks daripada apa yang difikirkan sebelum ini dan mempunyai kesan besar terhadap kesihatan keseluruhan tubuh. Usus yang sihat menyumbang kepada sistem imun tubuh yang kuat, kesihatan jantung, kesihatan otak, mood yang lebih baik, tidur yang berkualiti, dan pencernaan yang berkesan. Kesemua ini boleh membantu mencegah beberapa jenis sakit dan penyakit autoimun. Perubahan gaya hidup yang anda lakukan boleh memberi kesan positif kepada kesihatan usus anda dan kesihatan anda secara keseluruhan.
SUMBER : HelloDoktor via apampink
Post a Comment