Pernah diuji dalam hubungan cinta. Sufian Suhaimi kejutkan orang ramai dengan mendedahkan dia sudah menghadiri kursus kahwin

Pernah diuji dalam hubungan cinta. Sufian Suhaimi kejutkan orang ramai dengan mendedahkan dia sudah menghadiri kursus kahwin

KUALA LUMPUR – Sentiasa bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada bila-bila masa sekiranya sudah sampai jodoh, penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan sudah pun mengikuti kursus pra-perkahwinan sebagai persediaan awal.

Pernah diuji dalam hubungan cinta. Sufian Suhaimi kejutkan orang ramai dengan mendedahkan dia sudah menghadiri kursus kahwin
Ujar pelantun lagu Di Matamu itu, meskipun belum mempunyai calon isteri, namun dia sentiasa berdoa agar dipertemukan jodoh memandangkan keluarganya juga sudah memberi lampu hijau untuk dia mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL MENARIK:Wardina dimalukan oleh warganet. Suami Wardina mula bertindak untuk buat sesuatu ini selepas Wardina teruk dikenakan oleh warganet




“Saya sentiasa bersedia untuk berkahwin, bila-bila masa sahaja. Meskipun sekarang saya akui agak selesa solo tetapi tidaklah sampai membuatkan saya tidak mahu kahwin. Rasa itu tetap ada cuma mungkin belum sampai jodoh.

“Sebagai persediaan, saya sudah pun menghadiri kursus pra-perkahwinan beberapa minggu lalu bersama dua orang rakan yang akan berkahwin tidak lama lagi,” ujarnya ketika ditemui ketika majlis penyerahan anugerah 2020 Mid Year JOOX Top Music Awards Top 5 Hits (Local) di pejabat Aries Music Sdn. Bhd., Cheras semalam. Sufian menerima anugerah tersebut berikutan single miliknya berjudul Janji menjadi salah sebuah lagu tempatan yang paling banyak didengari di platform JOOX dari Januari hingga Jun 2020.

Tambah Sufian, 28, disebabkan melihat ramai rakan yang sudah mendirikan rumah tangga termasuk teman serumah ketika zaman belajar membuatkan dirinya tergerak untuk menghadiri kursus itu pada 15 Ogos lalu. “Rakan-rakan di sekeliling sudah ramai berkahwin, cuma saya yang belum. Meskipun diri sendiri sudah bersedia tetapi perkara yang belum cukup sekiranya seseorang mahu berkahwin adalah dengan menjalani kursus.

“Kursus itu pun sebenarnya bukan sekadar untuk kita hadir kerana mahu kahwin sahaja tetapi sebahagian daripada majlis ilmu. Daripada bosan duduk di rumah kerana PKPP tanpa berbuat apa-apa, waktu itu saya fikir lebih baik ikut kawan-kawan. Boleh juga menambah ilmu agama yang pernah belajar dulu,” jelasnya. – K! ONLINE

Akui Pendapatan Mula Terjejas. Sufian Suhaimi Beranikan Diri Buat Bisnes Yang Jarang Dilakukan Oleh Artis Lain Dan Ternyata Sambutan Perniagaannya Amat Menggalakkan

BERDEPAN kebimbangan dan masalah yang sama seperti orang lain, penyanyi Sufian Suhaimi mengaku pendapatannya turut terjejas akibat penularan Covid-19.Bagaimanapun, Sufian, 28, berkata, tempoh tersebut digunakan sebaiknya dengan memberi tumpuan terhadap bidang perniagaannya yang diceburi “Rasanya bukan penggiat seni sahaja terkesan tapi satu dunia. Tak boleh nak promosi lagu dan membuat persembahan seperti biasa tapi bagi saya, waktu ini kita kena cuba juga biasakan. Sufian bersyukur sempat lancar perniagaan pada awal tahun.”Kita kena cari jalan bagaimana untuk bertahan. Kita kena seimbang dan realitisik. Sama ada nak buat sesuatu yang betul-betul minat atau macam mana kita nak bertahan dalam waktu yang mencabar ini.


“Alhamdulillah, saya rasa bertuah kerana telah lancarkan perniagaan pada awal tahun. Jadi, waktu macam ini saya boleh gunakan intuí fokus kapada bisnes itu.”Saya dah tiga tahun dalam bidang muzik. Jadi, waktu dunia muzik tak berapa nak rancak, kita fokus bisnes. Sekurang-kurangnya dapat imbangkan antara minat dan kelangsungan hidup,” kata Sufian kepada mStar.


Loading...
loading...


Kalau bukan PKP pun, saya memang tak suka tempat yang ada ramai orang.

Penyanyi lagu Di matamu itu berkongsi perkara itu ketika ditemui di rakaman sebuah program realiti di Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini. Sufian melancarkan produk bantal zikir untuk bayi pada awal Januari lalu. Dalam pada itu, tiga bulan berkurvng dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak membuatkan dia berasa tertekan. Kata Sufian, bagi dirinya yang tidak suka bers0sial dan lebih memilih menghabiskan masa di rumah menjadikan tempoh PKP yang dilalui sebagai sebagai satu kelebihan. “Kebetulan saya memang suka duduk rumah. Kalau bukan PKP pun, saya tak suka tempat yang ramai orang. Tempat karaoke atau kedai mamak pun saya tak pergi. “Masa PKP itu, saya rasa seperti satu dunia bersama saya. Semua orang duduk rumah tapi sudah tentu ada rasa bosan tapi saya dah bersedia lama untuk perkara ini. Siapkan rumah dengan aktiviti hiburan yang bermanfaat,” ujarnya

Sufian Suhaimi terdesak sampai ingin guna `Tinder`

SELEPAS berdepan episod putus tunang dan kegag4lan dalam hubungan cinta, penyanyi Sufian Suhaimi nampaknya ingin mencuba aplikasi temu janji bagi mencari pasangan hidup baharu. Menerusi laman Twitter, Sufian, 28, berkata dia tidak teragak-agak untuk menggunakan aplikasi Tinder yang diketahui merupakan salah satu laman s0sial popular untuk mencari pasangan atau kekasih. “Aku main Tinder juga ni kang (nanti),” tulis Sufian. Luahan hasrat penyanyi lagu Di Matamu ini menarik perhatian warganet dan menerima hampir 7,000 retweet serta lebih 14,000 tanda suka daripada pengikut.

Rata-ratanya terhibur dengan status yang ditulis Sufian itu dan mencadangkan pelbagai cara dan aplikasi yang sesuai untuk mencari jodoh. Malah, ada juga yang menyarankan bekas tunang Elfira Loy itu mencuba aplikasi temu janji berkonsepkan Islamik iaitu Till Jannah dan Salam Jodoh. “Jangan buat kelakar… terd3sak sangat ni Pian! Haha, sabar Pian, jumpa la tu nanti yang tak pandang harta benda. “Sabar Pian, awak boleh dapat lebih baik dari itu. Main dekat area masjid je Pian, Insya-Allah… Allah tolong.

“Cuba aplikasi Till Jannah, Insya-Allah… tak pun try Salam Jodoh,” komen pengikut. Menerusi laporan mStar pada awal tahun ini, Sufian berkata kesibukan kerja bukan penghalang untuk dia kembali bercinta. Bagaimanapun, dia enggan terbvru-bvru mencari cinta selain menyerahkan kepada takdir. “Kalau nak ikutkan untuk tahun 2020 ini saya memang ada perancangan untuk kerjaya seni tapi itu bukan alasan untuk tutup pintu hati.

“Saya tak letakkan sebarang sasaran untuk bercinta sebab sekarang ni pun belum ada kekasih atau calon yang sesuai,” ujarnya. Pada Februari tahun lalu, Sufian dikatakan sudah mempunyai kekasih baru apabila foto lelaki miripnya bermesra dengan seorang wanita tersebar. Namun, dia menafikan individu tersebut adalah dirinya dan menganggap ada lelaki lain yang mempunyai wajah seirasnya. Terdahulu, Sufian pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy pada 6 Oktober 2017 namun hubungan itu berakhir pada 19 Februari 2018.

“So sweet la korang… nampak sesuai dengan Sufian Suhaimi!” – Jasmine Suraya ulas aksi romantik dalam ICSYV

AKSI romantis pelakon Jasmine Suraya dan penyanyi Sufian Suhaimi dalam program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) yang bersiaran di TV3 pada malam Ahad lalu dapat tumpuan penonton. Mengakui teruja dapat bergandingan bersama Sufian dalam program tersebut, Jasmine berkata dia sedar ada peminat mengharapkan hubungan mereka lebih daripada seorang kawan. “Selepas program itu berakhir, ada penonton yang tinggal kan komen kata kami berdua nampak sweet… sweet ke? mungkinlah kut! Tapi tak ada apa pun, cuma kawan-kawan sahaja.

“Sebelum rakaman saya tak tahu Sufian adalah artis jemputan, selepas di set baru saya tahu. Jadi kita berbual macam biasa sahaja, borak-borak! Selepas program itu berakhir kami sambung chit chat di Instagram live buat pertama kali. “Saya akui ada peminat suka kalau kami bercinta, tapi buat masa ni saya tak terfikir tentang benda itu… saya berkawan dengan semua orang, kalau ada jodoh, adalah ya!,” katanya kepada mStar. Jasmine akui selesa berkawan dengan Sufian. Dalam episod akhir ICSYVMY, Jasmine diundang menjadi panel jemputan bersama pelakon Datuk Fizz Fairuz, Yusry Abdul Halim, Mark Adam dan Jihan Muse membantu artis jemputan menyiasat dan mencari penyanyi sebenar.

Sepanjang program tersebut bersiaran, penampilan Jasmine dan Sufian antara yang menjadi perhatian penonton lebih-lebih lagi mereka sebelum ini pernah digosipkan bercinta. Dalam pada itu, Jasmine atau nama sebenar Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 30, berkata dia selesa berkawan dengan Sufian kerana karakter ringkas dan bersahaja penyanyi itu. Instagram Jasmine dibanj1ri komen peminat yang mengharapkan mereka menjalinkan hubungan cinta. “Sejujurnya Sufian seorang lelaki yang sangat simple, baik orangnya. Dia ada karakter tersendiri membuatkan kita rasa senang nak berkawan. “Itu dari apa yang saya nampak… lagi satu, kalau kita berbual dengan dia terus rasa selesa dan tak kekok,” katanya yang mengakui masih bujang dan belum mempunyai kekasih. Sebelum ini, Jasmine pernah muncul sebagai pelakon dalam muzik video lagu nyanyian Sufian berjudul Janji yang telah dimuat naik di laman Youtube pada Februari lalu.

“Kami Sebenarnya…” – Jasmin Suraya Chin Jelaskan Hubungannya Dengan Sufian Suhaimi

Baru-baru ini, timbul spekul4si mengenai hubungan Sufian Suhaimi dan pelakon Jasmine Suraya Chin apabila penyanyi itu muncul memberi kejutan buat Jasmine dalam satu acara majlis. Bagaimanapun, Jasmine berkata dia selesa berkawan rapat dengan Sufian dan tidak kisah jika warganet mengaitkannya dengan penyanyi lagu Di Matamu itu. Malah, Jasmine mengakui ‘jatuh cinta’ dengan lagu nyanyian Sufian. “Kalau ada peminat yang nak kaitkan saya dengan Sufian, saya tak boleh berkata apa. Kami sebenarnya berkawan baik dan dia adalah penyanyi yang sangat berbakat.

“Setakat ini, tidak ada kcmn yang saya terima daripada warganet. Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih,” katanya kepada Harian Metro. Dalam pada itu, Jasmine berkata dia yang mengajak Sufian untuk keluar makan dan mereka selesa untuk berkongsikan pengalaman cinta masing-masing. “Pada mulanya, saya mengajak dia keluar makan. Saya pun tak sangka dia akan datang dan berikan kejutan dengan menyampaikan lagu Di Matamu buat saya. “Pengalaman kami dalam percintaan sebelum ini lebih kurang sama. Jadi, kami saling berkongsi cerita,” katanya.-hmetro

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post