Mencari resepi lauk simple? Ini Dia 10 Resepi Lauk Simple & Dapat Dimasak dengan Cepat

Mencari resepi lauk simple? Ini Dia 10 Resepi Lauk Simple & Dapat Dimasak dengan Cepat

Mencari resepi lauk simple? Bukan mudah untuk menyiapkan makanan dalam keadaan kita terkejar-kejar waktu untuk ke pajabat. Wujudnya konflik apabila kita mahu menikmati lauk yang sedap, tetapi mudah dan cepat untuk dimasak. Boleh ke?

10 Resepi Lauk Simple & Dapat Dimasak dengan Cepat
Semestinya ya! Tidak mustahil untuk anda memasak lauk yang ringkas dan mudah. Jadi, berikut kami senaraikan 10 resepi lauk simple untuk anda cuba. Teruskan membaca!

ARTIKEL MENARIK:Resipi Nasi Ayam Paling Mudah, Confirm Anak Makan Tambah Berkali-kali


#1 Ikan Bilis Kentang Berlada


Imej via Facebook

Jika menu ikan bilis kentang berlada ini tidak tersenarai sebagai lauk yang ringkas, memang tak sah. Bahannya sedikit serta cara masakannya juga sangat mudah! Resepi ini dikongsikan oleh Nabillah Zuillkipli di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Ikan bilis
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Belacan

Cara-cara:

  1. Potong nipis kentang & goreng.
  2. Goreng ikan bilis.
  3. Tumbuk cili padi, bawang merah, putih & belacan
  4. Tumis hingga garing.
  5. Masukkan garam & gula.
  6. Masukkan kentang & ikan bilis. Kacau rata.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

#2 Tempe Goreng Daun Kari


Imej via Facebook

Tempe merupakan makanan yang sangat mengenyangkan dan ianya juga kaya dengan protein. Kebanyakan cara masakannya juga mudah, termasuklah jika digoreng bersama daun kari. Resepi ini dikongsikan oleh Razila Razak di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Cili merah

Bahan B:

  • Tempe (digaul kunyit, garam dan sediki serbuk bawang putih)
  • 6 tangkai daun kari
  • Sedikit perasa

Cara-cara:

  1. Kisar kasar bahan A. Ketepikan.
  2. Goreng tempe hingga garing. Ketepikan.
  3. Tumis bahan A. Kemudian, masukkan daun kari.
  4. Setelah bahan tumisan masak, perasakan dengan garam dan perasa.
  5. Masukkan tempe dan gaul rata.

#3 Sotong Goreng Kunyit


Imej via Facebook

Bagi penggemar makanan laut, anda boleh cuba resepi sotong goreng kunyit ini. Selain mudah dan cepat untuk dimasak, rasanya juga sedap. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Hasimah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Serbuk kunyit
  • Minyak
  • Cili besar
  • Bawang besar
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali tanpa minyak.
  2. Masukkan sotong dan serbuk kunyit.
  3. Kacau sebatisotong kering/keluarkan sotong dan biarkan air sotong kerint
  4. Setelah air sotong kering, masukkan minyak, bawang besar dan cili besar.

#4 Ayam Goreng ala KFC


Imej via Facebook

Teringin untuk menikmati ayam goreng ala KFC? Resepi serta bahan-bahannya cukup ringkas. Boleh juga dibuat bekal buat anak-anak anda, pasti mereka suka. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Syaidatul Fazreen di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Rempah kari daging
  • Serbuk perasa
  • Garam / gula

Cara-cara:

  1. Bancuh pekat secawan tepung gandum bersama garam, gula, serbuk perasa dan serbuk kari daging.
  2. Masukkan ayam dan gaulkan. Kalau ingin pedas, boleh tambah 1 sudu serbuk cili.
  3. Salutkan ayam bersama 1 cawan tepung beras, serbuk kari daging dan garam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam menggunakan api sederhana. Pastikan minyak menenggelami ayam dan jangan gaulkan ayam.
  5. Setelah 2-3 minit, balikkan ayam.
  6. Goreng selama 5-10 minit sehingga bunyi gorengan mula perlahan.

#5 Daging Dendeng


Imej via Cookpad

Daging dendeng merupakan resepi yang berasal dari Indonesia, khususnya resepi orang Minangkabau. Cara penyediannya yang mudah serta rasanya enak merupakan antara faktor popularitinya. Resepi ini dikongsikan oleh Rosidah Binti Ahmad di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Bawang rose (digoreng)
  • Daging (diperap dengan kicap manis)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili giling
  • Rempah 3 sekawan
  • Garam
  • Gula
  • Cuka
  • Daun limau purut (penambah aroma)

Cara-cara:

  1. Goreng garing bawang ros.
  2. Goreng daging yang diperap dengan kicap.
  3. Setelah digoreng, tumbuk kasar daging.
  4. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
  5. Tumiskan cili giling bersama rempah 3 sekawan dan bahan kisar.
  6. Masukkan daging, bawang goreng, garam, gula dan sedikit cuka.
  7. Boleh tambahkan daun limau purut untuk aroma.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Loading...
loading...


#6 Ikan Tenggiri Masak Asam


Imej via Facebook

Resepi ikan masak asam ini juga merupakan antara resepi lauk simple yang wajib anda cuba. Mudah dan cepat untuk disediakan. Resepi ini dikongsikan oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Bawang merah/putih (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Serai (dititik)
  • Ikan tenggiri (digoreng)
  • Cili api *optional
  • Bawang besar (dipotong bulat)

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih/merah, halia dan serai sehingga garing kekuningan. Gunakan minyak bekas gorengan ikan tadi.
  2. Masukkan air perahan asam jawa, sekadar sesuap asam jawa.
  3. Boleh dimasukkan sedikit sos tiram, jika mahu.
  4. Adunkan semuanya dengan sedikit gula dan garam.
  5. Masukkan sedikit cili api untuk sedikit rasa pedas, jika mahu.
  6. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
  7. Sedia untuk dihidang.

#7 Ayam Goreng Kunyit


Imej via Facebook

Lauk ini cukup sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas, ditambah pula dengan sambal kicap, pasti memikat hati! Resepi ayam goreng kunyit juga senang untuk dicuba. Resepi ini dikongsikan oleh Nina Mahdar di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 ketul dada ayam (dipotong kecil)
  • 1 sudu besar tepung serbaguna Bestari (boleh tambah sesudu lagi jika mahu lebih garing)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji bawang merah – di hiris tebal
  • 1 inci halia (dihiris halus)
  • Lada merah (dihiris halus)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Bunga kobis
  • Kacang panjang

Cara-cara:

  1. Gaul rata ayam yang dipotong kecil bersama tepung, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari.-
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam. Jika ayam melekat, biarkan seketika.
  3. Tunggu ayam sedikit garing, kemudian lerai-leraikan isi ayam yang melekat tadi.
  4. Goreng sehingga ayam garing. Kemudian, masukkan sayur yang keras dulu seperti lobak dan bunga kobis.
  5. Masukkan bahan lain dan goreng sehingga semuanya masak.
  6. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dihidangkan.

#8 Sotong Goreng Tepung


Imej via Facebook

Mudahkah menyediakan sotong goreng tepung? Semestinya ya! Cara penyediannya tidak terlampau rumit dan ianya juga cepat untuk disediakan. Enak dimakan bersama sos cili! Resepi ini dikongsikan oleh di Atirah Abdullah Shah Aimin di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 1 kg sotong segar
  • 1 biji telur gred A
  • Serbuk perasa
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih

Bahan B:

  • 2 senduk besar tepung serbaguna
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:

  1. Bersihkan sotong dan toskan supaya sotong tidak terlalu mengandungi air.
  2. Gaulkan sotong bersama bahan-bahan A yang lain.
  3. Kacau rata Bahan B.
  4. Panaskan minyak di atas kuali (minyak mesti banyak).
  5. Ambil sedikit sotong satu persatu dan salutkan bersama Bahan B.
  6. Masukkan sotong ke dalam kuali yang dipanaskan tadi dan goreng dengan api yang sederhana.
  7. Goreng sotong sehingga bewarna perang keemasan.
  8. Ulang langkah menyalut bahagian sotong yang lain dengan tepung sehingga kesemua sotong siap digoreng.

#9 Sambal Telur


Imej via Facebook

Merebus dan menumis – ini sahaja langkah penyediaan untuk resepi sambal telur ini. Memang rugi jika anda tak cuba, tambahan pula semasa anda berkejaran ke tempat kerja. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Haidah Md Said di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Telur (direbus)
  • 1 genggam cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Garam
  • Gula pasir/melakaa
  • ½ sudu besar belacan
  • Asam keping / air asam jawa pekat
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Kupaskan kulit telur.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan telur selama 1-2 minit sehingga perang. Ketepikan.
  3. Kisarkan cili kering, bawang putih, belacan dan bawang besar. Masukan sedikit air.
  4. Panaskan minyak untuk menumis sambal, boleh juga tambah minyak gorengan telur tadi.
  5. Tumis bawang hiris hingga layu. Kemudian, masukkan bahan kisar.
  6. Tumis sehingga lada garing menggunakan api sederhana. Pastikan kuali ditutup.
  7. Teruskan mengacau sehingga sambal menjadi garing.
  8. Kemudian, masukkan asam keping atau air asam.
  9. Masukkan gua dan kacau sebati.
  10. Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  11. Setelah sambal masak, masukkan telur dan gaulkan rata.
  12. Biarkan selama 2-3 minit. Sedia untuk dihidangkan.

#10 Ayam Butter


Imej via Facebook

Ayam butter merupakan resepi yang viral beberapa tahun lepas. Rasanya yang lemak berkrim membuatkan ramai orang kita menggemarinya. Langkah peneydiannya juga mudah! Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Q Aini di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • Ayam bahagian dada
  • Susu cair
  • Bawang putih (dihiris halus)
  • Mentega
  • Daun kari
  • Cili padi

Bahan B:

  • 2-3 sudu besar tepung serbaguna bestari
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan air.
  2. Masukkan telur dan garam ke dalam mangkuk, kemudian masukkan ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung serbaguna bestari (pedas) dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam.
  4. Perap ayam selama 30 minit atau lebih.
  5. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  6. Untuk kuahnya, di dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  7. Masukkan susu cair. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  8. Masak sehingga kuah sedikit pekat.
  9. Tambahkan garam dan gula secukupnya. Sedia untuk dihidang.
Kredit : Saji.my.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post