Dikatakan penyibuk dalam hal rumah tangga Lufya. Rita Rudaini terus beri keterangan lanjut sampai warganet pun masuk campur

Dikatakan penyibuk dalam hal rumah tangga Lufya. Rita Rudaini terus beri keterangan lanjut sampai warganet pun masuk campur

Rita Rudaini beri komen warganet mengenai hal rumah tangga Lufya Omar. SELEPAS dikatakan cuba mencampuri urusan keluarga Lufya Omar dan bekas suaminya Dr Che Hafiz berkaitan isu nafkah, aktres Rita Rudaini tampil mempertahankan perbuatannya sebelum ini.

https://thebulletinmedia.blogspot.com/2020/08/tular-gara-gara-watak-nurul-wafariena.html
Ujar Rita, 44, tindakannya yang turut sama mempertahankan Lufya kerana isu tersebut hangat diperkatakan dalam masyarakat.”Saya tak fokus hal dia pun. Satu Malaysia tegur dia, termasuklah saya… tapi satu teguran saya pun dah rasa tergugat? Benda senang tak payah menyusahkan,” ujarnya ketika membalas komen-komen warganet di ruangan Instagram mStar Online Official.

ARTIKEL MENARIK:Tular gara gara watak Nurul. Wafariena kejutkan orang ramai apabila dia membuka cerita pekerjaan asal dia sebelum melakonkan watak tersebut




Komen Rita menjelaskan tindakannya mempertahankan Lufya.Pada minggu lalu, Rita yang juga ibu kepada dua orang anak lelaki itu memberi peringatan kepada Dr Che Hafiz supaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anaknya Laana Haura.Kata Rita, kecanggihan teknologi yang ada hari ini lebih memudahkan urusan pemberian nafkah.


Bagaimanapun, menerusi laporan mStar pada Khamis, Dr Che Hafiz atau nama sebenarnya Che Muhammad Hafiz Che Baharum kurang senang dengan teguran itu dan meminta Rita tidak mencampuri urusan peribadi dia dan bekas isterinya.Sementara itu, Rita turut membalas komen warganet yang meminta Lufya untuk menggunakan saluran yang betul dalam mendapatkan hak anaknya.Rita berkata, tindakan yang dilakukan Lufya dalam membawa kes itu ke mahkamah adalah satu cara yang tepat berbanding meluahkannya di media sosial.

Nafkah anak tak perlu masuk mahkamah pun kalau si bapa tu tahu tanggungjawab pada darh daging.

Pelakon filem Mami Jarum ini bagaimanapun berkata, status sebagai selebriti membuatkan berita sensasi itu cepat dihidu dan menjadi mainan di media.”Maaf, dia dah gunakan saluran yang betul dengan pergi ke mahkamah. Apa yang tak betulnya? Yang doktor tu guna media sosial, telefon wartawan sana sini nak bagi kenyataan tu macam mana?


“Kalau mereka tak guna media sosial pun, Lufya tu kan selebriti… kalau dia bukan selebriti tak ada siapa nak ambil tahu.”Mahkamah tu penuh wartawan, jadi selebriti kena hadap la semua ni. Kalau tak nak hadap, cari kerja lain.”Itu yang orang luar tak faham, apabila keluar media saja kata selebriti yang kecoh-kecohkan. Silap tu,” komen Rita.

Dr Che Hafiz tahu tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.Dalam pada itu, Rita turut meminta warganet untuk mengubah persepsi terhadap selebriti dan berharap isu nafkah dapat diselesaikan secara baik tanpa perlu dibawa ke mahkamah.”Cuba ubah persepsi tu dan fahamkan. Apa-apa doa yang terbaik semoga bapa Haura jalankan tanggungjawab kepada anak.


Loading...
loading...


“Takkan nak tunggu masuk mahkamah minta nafkah? Nafkah anak tak perlu masuk mahkamah pun kalau si bapa tu tahu tanggungjawab kepada darh daging,” katanya.Untuk rekod, Dr Che Hafiz berpisah dengan Lufya dengan talak satu pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.


Bukan Nak Cari Publisiti Tapi Demi Kebaikan. Lufya Omar Mahu Bekas Suami Dia Contohi Seorang Artis Lelaki Ini. Tapi Ini Pula Jawapan Dr Che Hafiz

Penyanyi, Lufya Omar berharap agar bekas suaminya Dr. Che Hafiz dapat mencontohi sifat pelakon, Sharnaaz Ahmad yang amat menyayangi dan perihatin mengenai kebajikan anak. Menurut Lufya, bekas suaminya itu sudah tidak berjumpa dengan anaknya hampir setahun setengah.

“Dia nak jumpa anak I okay. I dah cakap banyak kali siap ada bukti mesej. I cakap you can come to the house jumpa anak. “Kalau tak nak datang rumah tengok muka kita ke you can go to library atau playground. “Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Sebagai contoh Sharnaaz, saya sangat hormati dia. Dia ada masalah yang besar juga. Saya petik benda ni sebab nak jadikan dia satu benda yang positif.


“Dia turunkan ego dia, kemarahan dia dan sebagainya dia tolak tepi sebab anak. Itu saya respect. Anak saya perempuan, saya tak boleh terima. Lama dia tak jumpa anak. “Dalam setahun lebih, dia tak jumpa anak. Saya fikir pasal Haura masa depan dia. Kesian dia,” katanya jujur. Lufya yang menitiskan air mata turut memberitahu, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa dia tidak membenarkan suaminya itu berjumpa dengan anaknya selain daripada kawasan rumah.

“Ada video dia panggil daddy tapi tak pandang. So macam mana dia kata saya halang pula. Kalau betul-betul sayang anak, dari mula dah boleh nampak rindukan anak. “Ada sebab kenapa tak boleh tapi saya tak boleh cerita. Saya seorang ibu dan saya seorang perempuan saya kena jaga anak saya.

“Saya tak nak share tapi adalah sebabnya. Kalau dia tak nak bincang dengan saya tak mengapa just jumpa anak,” jelasnya lagi. Bekas peserta Akedemi Fantasi musim ke-6 itu berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Nurflix.tv anjuran Nurflix Inisiative di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam pada Khamis. Jelas Lufya lagi, sekiranya masih tiada maklum balas berhubung isu ini, dia tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke tengah.

“Saya minta orang di luar sana berdoa supaya saya dapat berbincang dengan baik atau bawanya ke tengah. “Saya akan tuntut pasal anak. Saya nak pergi umrah bawa anak pun tak boleh. Sejak dari itu saya mula fikir macam mana nak sekolah. “Soal nafkah dan anak semua tu saya tak nak cakap lagi sebab saya dah ulang banyak kali. “Saya bukan nak aibkan dia, saya nak bagi kesedaran. Ni bukan kes cari glamor ini kes masa depan anak,” katanya yang turut menambah, nasihat yang baik dari orang sekeliling juga penting.


“Kalau kawan yang baik, dia takkan bagi nasihat bukan-bukan dan bawa ke tempat bukan-bukan. “Kawan yang baik akan ajak you pergi kelas agama, muhasabah diri supaya jadi orang baik bapa yang baik walau you tak bersama dengan I lagi,” katanya. Terdahulu, Nurflix.tv merupakan platform streaming TV Online yang menawarkan kandungan digital yang berlandaskan aspek adab dan akhlak.Lufya bakal tampil menerusi rancangan berjudul The Khadijas yang turut bakal melibatkan ramai selebriti wanita, antaranya Ernie Zakri, Sherry Al-Hadad, Hawa Rizwana dan ramai lagi.-mstar

Berpisah Sebab Orang Ketiga. Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Bekas Suami Lufya Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Punca Mengejutkan Perpisahan Mereka.

Bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar, Dr Che Hafiz menafikan dakwaan yang mengatakan dia meminati kaum sejenis. Tegas Dr Che Hafiz, perpisahan yang berlaku disebabkan tidak ada persefahaman antara dirinya dengan Lufya.

“Dkwaan yang mengatakan saya suka dengan kaum sejenis itu adalah tidak benar sama sekali. Saya bukan gay. Takkan bila badan sado dengan ramai kawan lelaki terus dicop minat kaum sejenis? “Perpisahan saya dengan Lufya bukan disebabkan saya suka lelaki ataupun ada orang ketiga. Tetapi kami tidak ada persefahaman dan beberapa perkara yang saya tak boleh kongsikan kepada umum.

“Zaman sekarang ini bukan saya saja terkena, ramai lagi kat luar sana. Mereka boleh ja guna gambar saya untuk buat akaun palsu. “Saya hanya ada akaun Facebook dan Instagram saja. Kalau nak kenal siapa individu sebenar di sebalik identiti saya itu ajak la dia keluar.

“Saya sebagai doktor takkan nak buat macam tu. Baik saya buat perkara yang mendatangkan faedah. “Walaubagaimanapun, saya tetap memandang perkara ini serius sebab tak lama lagi saya akan buka sebuah klinik sendiri. Jadi saya taknak orang salah faham dan fikir bukan-bukan,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pemilik nama Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menasihati agar orang ramai lebih berhati-hati serta tidak cepat melatah dengan perkara yang belum sahih. Saya tak salahkan warganet yang membuat andaian kerana mereka tidak tahu hal sebenar. Mereka hanya komen berdasarkan pengetahuan yang mereka tahu dengan dipengaruhi orang sekeliling.

“Saya nasihatkan kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam hal seperti ini. Jangan terlalu cepat percaya dengan isu yang belum pasti kesahihan dan kebenarannya,” katanya lagi. Dr Che Hafiz mengesahkan rumah tangganya sudah berakhir selepas berpisah talak satu pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Dr Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: gempak

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post