Daler sedih dengan pemergian nenek yang sudah dianggap lebih daripada seorang ibu.NENEK kepada pelakon Daler Yusuf iaitu Muhammadiyeva Shodi menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Uzbekistan akibat Covid-19, Jumaat.
Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, meluahkan rasa sedih dengan pemergian nenek yang sudah dianggap lebih daripada seorang ibu.”Dia lebih daripada seorang ibu kepada saya. Al-Fatihah,” tulis Daler secara ringkas di laman Instagram miliknya pada Jumaat.
ARTIKEL MENARIK:Dikatakan penyibuk dalam hal rumah tangga Lufya. Rita Rudaini terus beri keterangan lanjut sampai warganet pun masuk campur
Daler juga memuat naik foto kenangan dia mencium pipi Allahyrhm neneknya di laman sosial.Pada Rabu, Daler memberitahu neneknya dalam keadaan k0ma selepas dijangkiti Covid-19.Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan takziah daripada warganet yang mendoakan agar nenek Daler ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Menerusi laporan mStar pada Rabu, Daler memberitahu neneknya ketika itu dalam keadaan krit1kal dan terdapat jangkitan pada bahagian paru-paru nenek yang berusia 76 tahun tersebut.Memandangkan Daler kini berada di Kuala Lumpur, pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup itu mengakui dia berasa bimbang memikirkan kesihatan neneknya.Hasil semakan di laman sesawang Worldmeter pada Rabu, seramai 27,300 orang telah dijangkiti Covid-19 di negara berkenaan.-mstar
Daler Yusuf Resah Akan Kesihatan Neneknya Yang Semakin Merosot Ekoran Sakit Yang Ini. Dia Saran Warganet Lakukan Sesuatu Ini Buat Neneknya
Daler bimbang keadaan kesihatan neneknya yang semakin menggusarkan kerana Covid-19. Pelakon Daler Yusof memaklumkan neneknya yang menerima rawatan di sebuah hospital di Uzbekistan akibat disahkan Covid-19 kini berada dalam keadaan menggusarkan. Menurut Daler atau nama sebenar Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, doktor memberitahu terdapat sesuatu di bahagian paru paru neneknya itu.
“Assalamualaikum semua, nenek Daler positif Covid-19 dan dia berada dalam keadaan menggusarkan di Uzbekistan. “Dia sekarang ini dalam keadaan tidak sedarkan diri dan doktor cakap paru-paru nenek dalam keadaan membimbangkan,” katanya menerusi Instagram pada Rabu. Nenek Daler kini sedang menerima rawatan di Uzbekistan. Pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup ini turut berkongsi foto bersama wanita itu. Memandangkan dia berada di Kuala Lumpur, Daler mengakui bimbang memikirkan keadaan kesihatan neneknya itu.
Daler tak tahu nak buat macam mana… tolong doakan nenek saya, please! Justeru itu, dia memohon orang ramai mendoakan agar neneknya sembuh daripada jangkitan virus tersebut. “Daler tak tahu nak buat macam mana… tolong doakan untuk nenek saya, please!,” ujarnya. Sementara itu, rata-rata pengikut tinggalkan komen mendoakan supaya nenek Daler terus kuat berusaha mencegah Covid-19 dan sihat seperti biasa. Hasil semakan di laman sesawang Worldmeters, seramai 27,300 orang telah disahkan Covid-19 di negara berkenaan.
Liat bayar hutang punya fasal, Daler Yusuf dedah Sherzod bukan adiknya
Daler jelaskan Sherzod hanya kawan baik sahaja. Dulu mengaku adik-beradik sekarang lain pula? Pelakon Daler Yusuf menjelaskan dia dan model Sherzod Yusuf bukanlah adik-beradik kandung atau mempunyai sebarang pertalian adik beradik seperti dikatakan sebelum ini. Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Muhammad, 27, menerusi laman Twitter berkata, mereka hanya berkawan baik ketika sama-sama memulakan kerjaya di Malaysia.
“Salam semua, saya sedar apa yang sedang hangat di Twitter berkaitan Sherzod. Saya ingin jelaskan tentang perkara ini. “Saya dan dia hanya kawan baik sejak kami berdua sama-sama memulakan kerjaya di Malaysia. Tapi kami bukan adik beradik kandung. Sherzod dan saya membesar di tempat berlainan di Uzbekistan dan kami menghormati satu sama lain seperti adik-beradik,” katanya. Daler menjelaskan perkara itu di Twitter miliknya.
Daler tampil menjelaskan perkara itu selepas Sherzod dikatakan berhutang dan liat untuk membayar hutang kepada seseorang individu. Individu berkenaan menyebarkan perkara berkenaan berikutan tidak berjaya menghubungi Sherzod yang dipercayai sudah tinggalkan negara ini.
Tambah Daler, dia sudah pun menghubungi serta meminta Sherzod menyelesaikan perkara berkenaan secepat mungkin. “Saya sudah mesej dan bercakap dengan dia secara baik tentang perkara yang sedang berlaku. Dia juga akan mengambil perlakuan untuk menyelesaikan hal itu,” ujarnya. Sementara itu, pelakon drama Encik Suami Mat Salleh Celup itu meminta orang ramai berhenti mengaitkan dirinya dengan perkara yang tak baik yang dilakukan lelaki itu.
Dia juga meminta maaf jika terdapat salah faham terhadap perkara berkenaan sehingga menyangka mereka mempunyai hubungan adik-beradik. “Saya harap orang ramai tidak lagi mengaitkan dirinya untuk menyelesaikan perkara ini dan saya tidak bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan,” ujarnya. Sebelum ini, 9 Ogos tahun lalu, Daler melalui temubual mStar Online mengakui dia dan Sherzod merupakan adik-beradik. Kedua-dua mereka mempunyai permit untuk bekerja dan belajar di negara ini.
‘Saya bukan suami orang’ – Daler Yusuf
Setahun menceburi dunia seni secara mendalam tanpa dikait dengan kontroversi, permulaan tahun 2017 menguji langkah bakat baharu yang sedang mencipta nama, Daler Yusuf apabila dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dalam diam.
Memberikan reaksi terkejut ketika diajukan persoalan mengenai statusnya, riak wajah dan emosi jejaka kacukan Melayu-Uzbekistan itu seperti membayangkan dirinya seperti menyimpan sesuatu yang cuba untuk tidak dikongsi bersama umum. “Saya tidak pernah terfikir akan ditanyakan soalan ini. Sejak awal pembabitan, saya cuba menghindarkan daripada berbicara mengenai isu peribadi tetapi apabila memilih laluan ini, mahu atau tidak saya perlu meleraikannya. Cuma buat masa ini, tiada apa yang mampu saya ulas.
“Saya masih baharu dalam bidang ini, jadi fokus utama saya ialah mengukuhkan kerjaya seni. Apa juga persoalan mengenai peribadi, saya tidak mahu ulas,” katanya. Status Daler atau nama sebenarnya, Daler Yusuf Muhammad menjadi tanda tanya apabila sisipan Bintang Popular, BH, menerusi ruangan Kak Pora, hari ini menyiarkan gosip mengenai dirinya yang dikatakan sudah berkahwin sebelum menceburi dunia hiburan.
Terus diasak mengenai kesahihan gosip yang diperkatakan, jejaka berusia 24 tahun itu sekadar memberikan jawapan ringkas. “Ya atau tidak apa yang mampu saya katakan, saya bukan suami orang. Selebihnya, tiada komen,” kata Daler yang terlebih dulu mencipta nama dalam bidang peragaan. Tidak hanya dikatakan sudah berumah tangga, perkahwinan Daler juga dilaporkan berlaku kerana terpaksa. Bagaimanapun, usah cepat membuat andaian kerana isu berumah tangga secara terpaksa itu tidak mempunyai kaitan dengan kontroversi perkahwinan rahsianya.
Semua itu ialah sebahagian daripada tuntutan watak Ian Hadif yang dilakonkan Daler dalam drama arahan, Hashim Rejab yang diadaptasi daripada novel Encik Suami Mat Salih Celup. Drama yang akan menghiasi slot Dahlia di TV3 itu menyaksikan Daler bergandingan dengan Nelydia Senrose yang melakonkan watak Iman Amani.
“Sudah sebulan penggambaran drama ini berlangsung di lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Penggambaran dijangka selesai pada 20 Februari depan. Dalam drama ini, Ian terpaksa berkahwin dengan Iman apabila pertunangan gadis itu akhirnya terlerai menjelang hari pernikahan.
“Demi persahabatan antara dua keluarga, Ian terpaksa menikahi Iman biarpun mereka tidak pernah bercinta. “Sejujurnya, saya menyukai jalan cerita drama ini kerana ia memaparkan pelbagai plot cerita yang berlainan menguji karekter saya, terutama mengenai keinginan Ian terhadap ibunya,” katanya.
Wow! Daler Yusuf Bagi Sekuntum Bunga, Ruhainies Malu-Malu!
Pelakon Daler Yusof akhirnya melafazkan kata cintanya kepada aktres kecil molek, Ruhainies. Daler memberikan sekuntum bunga ros warna merah jambu tanda kasih sayangnya kepada gadis itu. Tapi, jangan salah sangka kerana itu hanyalah salah satu babak dalam episod akhir drama mini bersiri 3 Gadis Manis (3GM) musim ketiga! Memegang watak sebagai Kirin, Ruhainies berpasangan dengan Daler yang menggalas karakter Que.
Saksikan episod akhir 3GM yang boleh ditonton di laman Facebook, YouTube dan IGTV Astro Gempak! 3 Gadis Manis musim ketiga mengisahkan mengenai persahabatan tiga gadis yang makin rapat sejak mula tinggal serumah di ibu kota Kuala Lumpur.Selain Ruhainies dan Daler, ia turut menampilkan lakonan Julia Farhana, Puteri Aishah dan Hafeez Mikail. Drama lapan episod ini juga mempamerkan karekter setiap tiga gadis yang saling memberi inspirasi untuk terus tabah menangani liku liku hidup serta usaha dalam mencari cinta sejati.
Bukan itu sahaja, selain daripada lapan buah episod istimewa yang boleh ditonton sekarang ,www.tigagadismanis.com.my para penonton berpeluang untuk menyertai peraduan kuiz di portal rasmi bagi mengetahui perwatakan diri yang sesuai seperti dalam 3 Gadis Manis. 3 Gadis Manis turut dimeriahkan dengan kehadiran Nivea sebagai peneraju utama menerusi Rose & Argan Oil in Lotion, Cherry Blossom & Jojoba Oil in Lotion dan Vanilla & Almond Oil in Lotion.
via Era Kini
Post a Comment