Jangkitan kedai nasi kandar merebak lebih cepat dari kluster yang lain. Tergamam bila tiba tiba Dr Noor Hisham tampil bersuara lantang bongkarkan sesuatu.

Jangkitan kedai nasi kandar merebak lebih cepat dari kluster yang lain. Tergamam bila tiba tiba Dr Noor Hisham tampil bersuara lantang bongkarkan sesuatu.

KLUSTER Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah dan Kluster Ulu Tiram kini menjadi kumpulan sasar bagi pendekatan tertumpu jangkitan Covid-19.

Jangkitan kedai nasi kandar merebak lebih cepat dari kluster yang lain. Tergamam bila tiba tiba Dr Noor Hisham tampil bersuara lantang bongkarkan sesuatu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi Kluster Ulu Tiram yang dikesan daripada sebuah gereja roman Katolik, saringan bukan sahaja dilakukan di Johor, malah di negeri-negeri lain.

ARTIKEL MENARIK:Ekoran Seorang Buat Masalah. Ismail Sabri Dedahkan Lebih 7000 Penduduk Di Satu Kawasan Ini Terpaksa Lalui PKPD Semula


Bagi Kluster PUI Sivagangga, beliau berkata, saringan lebih tertumpu kepada mereka yang berkunjung ke kawasan berkenaan. “Sekarang ini saringan dibuat kepada mereka yang terdedah kepada kedai makan tersebut, kes-kes positif atau berada dalam lingkungan satu kilometer dari kedai tersebut.

“Tapi kalau ada mereka yang disyaki terdedah kepada kes tersebut, kita akan melaksanakan saringan. “Apa yang kita lihat pada Kluster Sivagangga, kluster ini merebak dengan begitu cepat sekali, berbanding dengan sembilan kluster di negeri-negeri lain termasuk Sarawak,” katanya pada sidang media, petang Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Kluster PUI Sivagangga dimasukkan dalam kumpulan sasar bagi jangkitan Covid-19. Dr Noor Hisham berkata, kajian sedang dijalankan sama ada negara sedang menghadapi satu kluster ‘super spreader’.

“Kementerian dimaklumkan (virus) super spreader dari Mesir dan Pakistan. Besar kemungkinan… ini mungkin satu kluster super spreader. Tetapi kita kena laksanakan ujian dengan teliti, kita akan kultur viru tersebut di makmal, dan melihat virus yang dijangkiti di Kluster Sivagangga,” katanya.

Setakat Khamis, sebanyak enam kes positif baharu dilaporkan dalam Kluster Sivagangga, menjadikan jumlah terkini 30 kes. Tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki yang ingkar arahan kuarantin di rumah menyebabkan 7,000 penduduk di empat mukim di Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) mulai 3 Ogos hingga 30 Ogos depan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mSTar

PKP Kembali. Dr Noor Hisham Bongkarkan Petanda Yang Sudah Ada. Akhirnya Terbongkar Sama Ada PKP Akan Diisytiharkan Atau Tidak. Rakyat Harus Siap Sedia.

MALAYSIA mungkin melaksanakan kembali prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, jika majoriti rakyat terutamanya mereka yang menjalani perintah kuarantin di rumah, terus mengamalkan sikap tidak bertanggungjawab ‘saya tidak peduli’.

Petandanya sudah pun ada, dengan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini, manakala perintah kuarantin mandatori 14 hari di stesen yang ditetapkan bagi mereka yang pulang dari luar negara diwajibkan semula, sejak Jumaat.

Lebih buruk lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan semalam berkata Kuching, Sarawak diisytiharkan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes baharu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata, kerajaan semalam bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula SOP berkaitan PKP yang dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) dan dijangka akan membuat pengumuman mengenainya selepas mesyuarat menteri-menteri Isnin ini.

Beliau berkata, perkara itu tidak menghairankan apabila 2,897 individu di bawah kuarantin mandatori di rumah masih belum melakukan ujian saringan kedua Covid-19 selepas 13 hari pulang dari luar negara. Secara statistik, kes jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat dengan 23 kes dilaporkan semalam berbanding 21, sebelumnya.

Dr Noor Hisham berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 8,884 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 167 kes. Dua hari lalu, beliau berkata, Malaysia mungkin berdepan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 dalam tempoh terdekat jika kadar kebolehjangkitan atau R-naught (R0) naik lebih 1.6.

Semasa menyatakan kebimbangan itu, Dr Noor Hisham berkata, ketika ini kadar R0 naik kepada 1.36 berbanding 0.3 ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir 9 Jun lalu. Katanya, jikalau R-naught (R0) meningkat, ini bererti semakin ramai akan dijangkiti. Apa yang membahayakan adalah kalau R-naught meningkat lebih 1.6.

Kes 3 angka

Kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes COVID-19 kembali mencecah tiga angka, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menguatkuasakan semula PKP fasa satu itu bagi membendung penularan pandemik.

Terkini Akhirnya DS Ismail Sabri Bongkarkan Syarat Untuk Rentas Negeri Balik Kampung Sambut Hari Raya Aidiladha. Rakyat Terkejut Dengan Syarat Yang Diberi.

Melalui sidang media secara langsung sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa tuan rumah yang ingin mengadakan jamuan ketika Hari Raya Aidiladha Jumaat ini perlu patuhi SOP iaitu, hanya 20 tetamu dibenarkan berada di dalam rumah pada satu-satu masa.

Ketika ditanya wartawan tentang merentas negeri, beliau menjawab rakyat Malaysia masih dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Namun, setiap individu haruslah mendisiplinkan diri untuk mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial dan sentiasa mencuci tangan.

Sebenarnya tiada sekatan perjalanan, masih boleh balik kampung cuma patuhi SOP. Walau kerajaan benarkan balik kampung, kita kena pastikan diri terjaga dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.”

Terkini Lagi 16 Kes Positif Covid 19 Dikesan Harini Dan Terdapat Lagi 2 Kluster Baru Diisytiharkan. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bongkarkan Punca Kes Positif Covid 19 Naik Semula Kepada Dua Angka.

Setakat hari ini 22 Julai 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa pertambahan seramai 16 kes baharu positif Covid-19 di negara ini. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 8831. Daripada jumlah tersebut, seramai 142 jkes masih aktif.

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya sebentar tadi. Seramai 4 orang sembuh dan dibenarkan keluar wad. Ini menjadikan jumlah kumulatif untuk kes sembuh meningkat kepada 8566 (96.9%) dengan cacatakan pemergian sifar setakat hari ini.

Jumlah kumulatif untuk kes pemergian kekal kepada 123 (1.39%). Namun, daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19, terdapat 5 pesakit yang masih dirawat di unit rawatan rapi dan seorang memerlukan bantuan penafasan. Bagaimanapun, KKM mengesahkan bahawa terdapat dua kluster baharu iaitu Kluster Hyde Park iaitu sebuah kapal di Pelabuhan Klang. Selain itu, Kluster PUI Melbourne.

Sumber: Dr Noor Hisham


Loading...
loading...


Terkini Satu Lagi Kluster Baru Covid 19 Dikesan Yang Libatkan Petugas Kesihatan. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Dedahkan Puncanya Buat Warganet Terkedu.

utrajaya, 21 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebuah kluster baru (Kluster Sentosa) melibatkan sebuah hospital di Sarawak. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes ke-8773 itu melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak. “Petugas kesihatan yang mengalami gejala saluran pernafasan pada 13 Julai 2020 dan dikesan positif COVID-19 pada 19 Julai 2020,” katanya.

Susulan itu, pengesanan kes aktif telah dijalankan. ”Sehingga 21 Julai 2020, 61 orang telah diasingkan dan disaring. Hasil saringan mendapati 5 kes positif dan 56 negatif. ”Ini menjadikan kluster ini mempunyai 5 kes petugas kesihatan dan 1 kes syarikat pembersihan,” kata Dr Noor Hisham. Kesemua kes sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Tambah beliau lagi, perkhidmatan hospital tersebut masih diteruskan, tetapi pesakit dalam tidak diterima manakala pesakit luar dirujuk ke hospital lain. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Sumber: KKM

Takut Dengan Kewujudan 13 Kluster Baru. Akhirnya PM Bongkarkan Punca Dari Mana Datang Kluster Baru Covid 19 Buat Warganet Terkedu.

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan kes positif Covid-19 dan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, walaupun kes di negara ini kekal rendah tetapi masyarakat tidak boleh leka sekiranya tidak mahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula. “Saya agak bimbang dengan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh PKPP. Contohnya Kluster Restoran Kuala Lumpur dalam kalangan pekerja restoran yang dilaporkan sejak 6 Julai lalu dan Kluster Stutong yang bermula sejak 18 Julai.

“Selain itu, terdapat empat kluster baharu yang dikesan berpunca daripada mereka yang pulang dari luar negara iaitu Kluster di Sarawak sebanyak tiga kes, Kluster di Melaka lima kes, Kluster di Terengganu tiga kes dan Kluster di Kuala Lumpur dua kes.

“Lebih membimbangkan saya, kes positif Covid-19 kembali mencatatkan angka dua digit sejak beberapa hari lalu,” katanya dalam perutusan khas perkembangan terkini PKPP yang disiarkan secara langsung hari ini. Muhyiddin turut tidak menolak kemungkinan bahawa kerajaan akan melaksanakan semula PKP jika kes Covid-19 terus mencatatkan peningkatan.

“Situasi ini tidak boleh diambil mudah oleh kita semua. Saya pasti kita tidak mahu kerajaan kembali melaksanakan ‘lock down’ sekiranya kes-kes Covid-19 meningkat mendadak. “Saya juga berdoa dan berharap agar kita tidak perlu sampai ke tahap itu. Cukuplah tiga bulan kita semua berkurung di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. “Ekonomi negara kita terjejas teruk, perniagaan mengalami kerugian dan ramai yang hilang pekerjaan. Sudah tentu kita tidak mahu kembali hidup dalam kedaan lock down seperti itu,” katanya.

Mengejutkan Jika Kes Positive Covid 19 Terus Meningkat Kepada Dua Digit PM Akan Umumkan Ini Untuk Malaysia. Rakyat Tergamam Dengan Apa Yang Akan Diumumkan Nanti Jika Kes Terus Naik Mendadak.

Sekiranya berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di negara kita dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilaksanakan semula, ianya akan memberi impak yang amat besar kepada ekonomi, menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelas beliau, penutupan semula sektor-sektor ekonomi akan menyebabkan negara kerugian RM2 bilion sehari sekaligus menyebabkan ramai yang akan kehilangan pekerjaan. ”Sekiranya berlaku peningkatah kes Covid-19 secara mendadak dan memerlukan kerajaan menguatkuasakan semula PKP, impaknya kepada ekonomi amat besar.

”Penutupan semula sektor-sektor ekonomi boleh menyebabkan negara kehilangan sekurang-kurangnya RM2 bilion sehari dan secara langsung menyebabkan kehilangan sumber pendapatan bagi  jutaan pekerja di Malaysia,” kata beliau di dalam satu sidang media Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, sebentar tadi.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut berkata, apa yang dapat disimpulkan dalam intipati ucapan Perdana Menteri itu adalah rakyat tidak mengambil mudah kerana ancaman Covid-19 masih wujud di negara kita. Menurut beliau, langkah-langkah yang lebih ketat akan diperkenalkan oleh kerajaan sekiranya jangkitan terus meningkat dan kesan daripadanya akan menyebabkan ekonomi negara terjejas teruk.

Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas PM/Twitter @Khairykj

Terkini Perak Dan 5 Lagi Negeri Lain Diisytiharkan Ini Tentang Covid 19. Mengejutkan Kes Positive Covid 19 Naik Kembali Ke Angka 2 Digit. Kemungkinan Besar PM Akan Umumkan Lockdown.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 setakat 19 Julai 2020, jam 12 tengah hari.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan, terdapat enam negeri yang mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari ini. Antara negeri-negeri yang melaporkan pertambahan kes positif Covid-19 baharu pada hari ini ialah Perak, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menerusi maklumat tersebut, Perak mencatatkan pertambahan 2 kes, Selangor 4 kes, W.P Kuala Lumpur sebanyak 1 kes, Johor 1 kes, Sarawak sebanyak 6 kes manakala Sabah pula mencatatkan 1 kes. Kesemua 15 kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 8,779 kes. Pun begitu, daripada 15 kes positif baharu yang dicatatkan, hanya 11 kes sahaja yang melibatkan warganegara manakala 5 lagi kes positif adalah merupakan kes import.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Perutusan Khas PM Hari Ini Pukul 4 Petang Tentang Covid 19. PKP 2 Akan Diisytiharkan Atau Tidak Rupa Rupanya Ini Yang Akan Diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin Dalam Perutusan Khas PKPP.

(Kemaskini) Kiriman terbaru kami terima menerusi laman Twitter Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perutusan Khas Perkembangan Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan akan diadakan hari ini 20 Julai 2020 pada jam 4 petang. Anda boleh menonton Perutusan Khas ini siaran langsung di RTM, Bernama, TV3 dan Astro Awani.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin

Bersiap Sedia Dengan PKP 2. Kes Positive Covid 19 Kembali Meningkat Kepada 2 Angka. PKP 2 Akan Diisytiharkan Atau Tidak Ini Jawapan Mengejut Dari Dr Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – “Kejayaan menerbitkan rasa puas hati dan rasa puas hati membuahkan kegagalan,” tulis Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah ketika mengulas mengenai kewujudan empat kluster terbaharu Covid-19 di negara ini.

Beliau yang tidak pernah berhenti “membebel” mengenai kewajipan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memuat naik sekeping carta yang menunjukkan data-data mengenai kluster terbaharu itu. Tiga daripada indeks kluster tersebut melibatkan individu yang baru pulang dari luar negara.

Meskipun tidak bergejala dan disahkan negatif pada saringan pertama sebaik tiba di pintu masuk negara, masing-masing disahkan positif Covid-19 beberapa hari kemudian. Dalam hantaran yang pendek di Facebooknya, Dr. Noor Hisham memberitahu, inilah kesannya jika SOP tidak dipatuhi dengan baik.

“Kebimbangan terbesar adalah apabila kita tidak lagi berhati-hati. Tolonglah teruskan mematuhi SOP seperti yang saya selalu ingatkan di setiap peluang yang saya ada. Tanggung jawab memutuskan rantaian Covid-19 sekarang berada di tangan rakyat Malaysia,” katanya lagi. Susulan penemuan empat kluster terbaharu itu, banyak pihak yang mencadangkan supaya arahan kuarantin di rumah yang dilaskanakan sejak 10 Jun lalu disemak semula. – MalaysiaGazette

Mengejutkan Terkini 4 Lagi Kluster Baru Covid 19 Dikesan. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Sesuatu.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa terdapat pertambahan kluster baharu iaitu pertambahan sebanyak 4 kluster baharu hari ini, 17 Julai 2020 melibatkan bukan warganegara dan warganegara.

Terdapat 4 kluster baharu dilaporkan hari ini.

Kluster PUI Shirala, Kluster PUI Pitakwa, Kluster Pusat Perubatan Kuching (hospital swasta), Kluster Jupiter. Kluster PUI shirala adalah kluster jangkitan tempatan berpunca dari kes import. Kes tinggal serumah dengan kes terdahulu iaitu kes ke-8730. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke HSB.

Selain itu, 1 kes Kluster PUI Pitakwa yang merupakan isteri kepada Kes No. 8737. 1 kes Kluster PUI Pitakwa yang merupakan anak kepada Kes No. 8737. Kedua-dua kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu

Manakala, Kluster Jupiter pula adalah kluster dari kes import. 1 kes Kluster Jupiter bukan warganegara yang merupakan kontak rapat kepada kes No. 8723. Kedua-dua kes tidak bergejala positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Bintulu. 1 kes Kluster Pusat Perubatan Kuching melibatkan warganegara dan adalah kontak rapat kes 8,734. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

SUMBER : Siakap Keli

Artikel berkaitan : Ramai Tak Tahu Rupa Rupanya Boleh Tahu Positif Covid 19 Atau Tidak Melalui Telefon Bimbit. Mengejutkan Tak Sangka Macam Ni Caranya.

WABAK Covid-19 tidak lama lagi boleh dikesan menerusi batuk atau bersin pada telefon pintar. Satu sensor yang disambungkan pada peranti itu berupaya untuk memaklumkan seseorang dijangkiti virus itu dalam tempoh hanya 60 saat.

Gajet tersebut pada awalnya dibangunkan untuk memerangi virus Zika yang disebabkan oleh nyamuk, sehingga mencetuskan kecemasan kesihatan global pada 2016 dan ia dikaitkan dengan kecacatan semasa kelahiran.

Ketua projek, Prof Massood Tabib-Azar, yang juga jurutera di Universiti Utah di Amerika Syarikat (AS) berkata: “Idea utama adalah untuk membolehkan orang mempunyai kelengkapan peribadi mereka sendiri untuk mengesan Zika di tempat-tempat yang mereka kunjungi.

“Sebaliknya, rancangan tersebut adalah memprogramnya untuk mengesan Covid-19,” katanya. Jika seseorang bernafas, batuk, bersin atau menghembus pada sensor tersebut, ia akan dapat mengetahui samaa ada mereka menghidap Covid-19,” tambahnya.

Diharapkan aplikasi tersebut boleh didapati dalam tempoh kurang tiga bulan. Satu prototaip yang bersaiz kira-kira sekeping duit syiling, akan berkomunikasi dengan telefon pintar melalui teknologi tanpa wayar Bluetooth.

Pengguna yang memasang sensor ke port pengecasan telefon mereka dan perlu melancarkan aplikasinya, sebelum meletakkan sebilangan rembesan air liur ke atasnya. Kemudian, pengguna perlu menunggu ia berubah warna sekiranya seseorang itu mempunyai virus tersebut.

Beliau turut berharap keputusan tersebut dapat dihantar kepada agensi kesihatan menerusi satu butang. Aplikasi berkenaan dijangka untuk percubaan pada Julai depan, dan ia boleh didapati untuk pembelian pada Ogos sekiranya semua berjalan lancar.

SUMBER : Mstar

Dr Noor Hisham Bersuara Lantang Tentang Individu Yang Degil Mahu Rentas Negeri Balik Ke Kampung. Tak Sangka Ini Yang Akan Dilaksanakan Jika Masih Ada Yang Degil.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menyatakan kebimbangan dan kekhuatiran tentang pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri. “Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan bimbang dan khuatir tentang pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri terutamanya menjelang perayaan yang bakal tiba.

“Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), pemeriksaan yang telah dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia pada 15 Mei 2020 telah mendapati bahawa sebanyak 508 kenderaan telah cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung. Jumlah ini telah meningkat pada 16 Mei 2020 iaitu sebanyak 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung dan telah diarah untuk berpatah balik,” katanya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

DS Ismail Sabri Bongkarkan PKPB Akan Diketatkan Bukan Dilonggarkan. Tak Sangka Ini Rupa Rupanya Punca PKPB Akan Diperketatkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa tinjauan yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara mendapati bahawa ramai rakyat Malaysia yang mahu PKPB diperketatkan dan bukan dilonggarkan.

Mengulas berkenaan ziarah hari raya yang membenarkan 20 orang maksimum dalam satu rumah pada satu masa, beliau menyatakan bahawa apabila kerajaan melonggarkan untuk membolehkan kunjungan pada hari raya dengan bersyarat, ramai yang tidak bersetuju dengan kelonggaran tersebut.

Tinjauan @MKNJPM dapati rakyat mahu PKPB diketatkan, bukan dilonggarkan

“Saya banyak terima whatsapp bertanya kenapa kita longgarkan dan sebagainya. Walaupun satu hari tu dan 20 sahaja maksimum berdasarkan juga kepada keluasan rumah dan sebagainya. Kalau rumah tu kecil tak boleh 20, sebab penjarakan sosial merupakan syarat yang utamanya. Itu pun bila kita beri sedikit kelonggaran, ramai yang menyatakan tak boleh. Kerajaan tidak boleh pun memberikan kelonggaran”, ujarnya.

Justeru daripada itu, beliau menyatakan bahawa disebabkan itulah kerajaan tidak membenarkan orang ramai pulang ke kampung. “Tujuan kita sekat untuk mengelakkan merebaknya lebih banyak lagi covid-19 ini kepada keluarga kita yang berada di kanpung dan sebagainya”, katanya.

Sumber: Bernama

Mengejutkan 317 Kanak Kanak Termasuk 22 Bayi Positif Covid 19. Tak Sangka Rupa Rupanya Ini Puncanya.

Pengacara Iesya Toh berkongsi maklumat akan j4ngkitan w4bak Covi1d-19 terhadap kanak-kanak di Malaysia yang sehingga kini mencecah angka 317 kes termasuk 22 b4yi. Menurut info, Selangor mencatatkan bilangan kes paling tinggi iaitu 48 kes.

“Bagi ibubapa yg mempunyai anak kecil & baby, pls read this! Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melahirkan kebimbangan terhadap golongan beri1siko seperti warga emas dan kanak-kanak yang mungkin dijangk1iti Cov1id-19 ketika musim perayaan Aidilfitri.

“317 kanak-kanak termasuk 22 bayi positif Cov1id-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 317 kes positif Covi1d-19 dalam kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah sehingga hari ini. Selangor mencatatkan bilangan kes positif Cov1id-19 tertinggi dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu 77 kes, diikuti Negeri Sembilan (48), Johor (46), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28) serta Sabah (26),” kongsinya menyampaikan informasi.

Menurut sumber, terdapat satu pemergian dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes pemergian Cov1id-19 di Malaysia kekal sebanyak 113 kes. Malah, terdapat 17 kes baharu yang dilaporkan dengan lima kes adalah dalam kalangan bukan warga negara Malaysia.

Sumber : http://transformasi.pw/ Oh MyMedia

Mengejutkan Bila Thailand Terus Kekal Tak Ada Kes Baru Covid 19 Dan Tiada Pemergian. Rupa Rupanya Ini Yang Mereka Lakukan Sampai Berjaya Kekalkan Tiada Kes Baru Covid 19.

Thailand hari ini sekali lagi melaporkan sifar kes baharu COVID-19 dan pemergian, jumlah kes kekal 3,025 dengan 56 pemergian. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin mengucapkan terima kasih kepada semua warganegara Thailand atas kerjasama mereka memerangi COVID-19.

“Saya berharap tiada kes baharu dan pemergian, dalam tempoh lebih lama atau sekurang-kurangnya satu angka kes baharu memandangkan fasa kedua dengan pelonggaran sekatan akan bermula esok,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Daripada 3,025 kes, seramai 2,855 pesakit telah sembuh dan discaj dari hospital manakala 114 masih lagi menerima rawatan. Pada Rabu, Thailand merekodkan sifar kes baharu dan pemergian untuk pertama kali sejak 9 Mac.

Sejak pelonggaran sekatan fasa pertama pada 3 Mei, Thailand telah merekodkan kes harian baharu satu angka kecuali pada 4 Mei yang merekodkan 18 kes melibatkan bilangan tahanan yang sama di pusat tahanan imigresen di wilayah selatan Songkhla.

Thailand, negara pertama di luar China melaporkan kes COVID-19 mencatatkan peningkatan harian tertinggi sebanyak 188 kes yang disahkan pada 22 Mac. Sementara itu, fasa kedua pelonggaran sekatan akan bermula esok menyaksikan lebih banyak perniagaan dan tempat dibuka termasuk pusat beli-belah dan gedung serbaneka.

Selain itu perintah berkurung di seluruh negara akan dipendekkan sejam iaitu dari 11 malam hingga 4 pagi berbanding 10 malam hingga 4 pagi sebelum ini. Sementara itu, Thailand telah mengeluarkan China, Korea Selatan, Hong Kong dan Macau dari senarai Zon Penyakit Berjangkit untuk COVID-19. Pengumuman itu disiarkan dalam Warta Diraja pada Jumaat. Situasi COVID-19 di negara dan wilayah berkenaan dan keberkesanan mereka mengekang virus maut itu telah bertambah baik, menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA via apampink


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post