Ekoran kes makin meningkat di Perlis. Menteri Besar Perlis sanggup buat keputusan ini sebaik sahaja sesuatu ini telah muktamad

Ekoran kes makin meningkat di Perlis. Menteri Besar Perlis sanggup buat keputusan ini sebaik sahaja sesuatu ini telah muktamad

KANGAR: Perlis mempertimbangkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di kawasan tertentu jika jumlah kes COVID-19, di negeri itu mencatatkan penambahan hari ini.

Ekoran kes makin meningkat di Perlis. Menteri Besar Perlis sanggup buat keputusan ini sebaik sahaja sesuatu ini telah muktamad
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, berkata pihaknya mengesahkan jumlah kes COVID-19 bakal bertambah lagi 10 kes hari ini membabitkan sebuah keluarga di Sanglang yang mempunyai kaitan dengan kluster PUI Sivagangga di Napoh, Kubang Pasu.

ARTIKEL MENARIK:Jangkitan kedai nasi kandar merebak lebih cepat dari kluster yang lain. Tergamam bila tiba tiba Dr Noor Hisham tampil bersuara lantang bongkarkan sesuatu.


Katanya, pihaknya akan menghantar perakuan kepada sekretariat bencana di peringkat Persekutuan bagi memastikan langkah keselamatan termasuk TEMCO untuk dilaksanakan. “Sepuluh kes terbabit terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan ada yang berusia tiga tahun sehingga warga emas.

“Kesemua mereka ini duduk serumah dan Kementerian Kesihatan sedang berusaha mengenal pasti kontak rapat dengan keluarga ini. “Setakat ini, 560 orang di Kampung Kuala Sanglang dan 312 di Kampung Tanah Timbul akan diminta menjalani proses saringan bagi mengenal pasti sama ada mereka berjangkit atau tidak.

“Jadi keputusan sama ada pelaksanaan TEMCO di Sanglang akan hanya diketahui dalam masa terdekat memandangkan ada pesakit yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang,” katanya dalam sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, hari ini.

Mengulas mengenai keperluan pelaksanaan TEMCO di kawasan tertentu di Perlis, Azlan berkata, ketika ini pihaknya akan menumpukan langkah berkenaan di Sanglang. “Jadi kita minta penduduk di Sanglang dan sekitar kawasan berkenaan bersedia dari segi mental dan fizikal sekiranya TEMCO dilaksanakan.

“Cuma keputusan untuk menutup dua sekolah terbabit belum diputuskan dan hanya akan diketahui dalam masa terdekat kerana fokus kita adalah untuk kenal pasti kontak pesakit melalui saringan,” katanya.Beliau berkata, buat masa ini sebaiknya mereka berada di kawasan Sanglang untuk lebih berjaga-jaga dan mematuhi arahan kerajaan.

Sehingga semalam, dua kes positif COVID-19 sudah dilaporkan di Perlis membabitkan kawasan di Sanglang dan Padang Siding dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 20 kes sejak Mac lalu dan dijangka meningkat bermula hari ini.-bh

Solat Jumaaat Ditangguhkan. Raja Muda Kerahkan Satu Negeri Ini Untuk Menangguhkan Solat Jumaat Bagi Mengelakkan Penularan Wabak Terbabit

KANGAR: Solat Jumaat dan aktiviti pengimarahan masjid di zon selatan negeri ini ditangguhkan bermula hari ini, berikutan pandemik COVID-19 yang melanda kawasan terbabit berikutan kedudukan geografinya yang berdekatan Daerah Kubang Pasu, Kedah.
Loading...
loading...


Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah pengangguhan itu membabitkan 12 masjid di Sanglang dan sebahagian Simpang Empat serta Guar Sanji dengan Solat Jumaat digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing.


Titah baginda, penangguhan terbabit mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selepas mengamati situasi semasa penularan wabak yang memerlukan tindakan segera bagi membendung penularan di kawasan jangkitan dan sekitarnya.

“Hanya empat pegawai masjid terdiri daripada imam, bilal, siak dan penjaga masjid dibenar melakukan solat Jumaat serta mengimarahan masjid bagi memastikan syiar Islam terus tertegak di kawasan terbabit dengan penangguhan ini.

“Ahli kariah yang terbabit dalam penangguhan ini dilarang keluar dari kariah mereka untuk menunaikan solat Jumaat serta membabitkan diri dalam pengimarahan masjid di kariah yang tidak terjejas,” titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan Istana Arau, tengah malam tadi.

Antara masjid terbabit adalah Masjid al-Rahman, Kampung Simpang Sanglang, Masjid al-Maghfirah, Sungai Korok, Masjid Darul Salam, Kampung Padang Keria, Masjid al-Makmur, Kampung Bongor Kudung; Masjid al-Furqan, Kampung Bunga Emas, Masjid Asy-Syakur, Kampung Permatang Bongor dan Masjid Dato’ Jaafar Hassan, Kampung Sungai Padang.


Selain itu turut terbabit Masjid Putra, Simpang Empat, Masjid al-‘Ilmi, Sungai Berembang, Masjid Ameer Fawwaz, Kampung Sungai Baru, Masjid Nurul Yaqin, Kampung Chantik Bangun dan Masjid Nurul Muttaqin di Kampung Che Ok.

Baginda bertitah, laungan ‘haiya a’las solah dan haiya a’lal falah’ di masjid terbabit perlu digantikan dengan ungkapan ‘sollu fi buyutikum’ yang bermaksud, solatlah di rumah kamu.”Sekiranya didapati anggota masyarakat tidak mengikuti ketetapan seperti yang ditetapkan, ia hendaklah segera melaporkannya kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

“Semua pihak pengurusan masjid di seluruh Perlis juga perlu sentiasa melaksanakan semua Prosedur Operasi Standard (SOP) pengimarahan masjid tanpa sebarang kompromi,” katanya.Sehingga semalam, dua kes positif COVID-19 baharu dilaporkan di Perlis membabitkan kawasan di Sanglang dan Padang Siding daripada Kluster PUI Sivagangga yang bermula di sebuah kedai makan di Napoh, Kedah.Sidang media berkaitan situasi COVID-19 akan dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man pada jam 11 pagi ini.-bh

Semua masjid, surau di Selangor dibenarkan solat Jumaat

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat Jumaat, berkuat kuasa 3 Julai ini. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata Sultan Selangor juga berkenan semua masjid dan surau di Selangor dibuka semula untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Sultan Sharafuddin disembah taklimat oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari masa ke semasa berkaitan kedudukan dan data terkini wabak COVID-19 di Selangor.”Sultan Selangor berkenan semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat Jumaat dengan mengambil maklum perkembangan terbaharu wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad Munir berkata, bilangan jemaah boleh mendirikan solat pada satu-satu masa sudah ditetapkan.”Jumlah kehadiran jemaah solat Jumaat dan fardu ditetapkan seramai 1,000 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

“Jumlah kehadiran jemaah bagi solat Jumaat dan fardu di semua masjid lain ditetapkan maksimum pada 500 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, tertakluk kepada kapasiti masjid berkenaan.”Jumlah kehadiran jemaah di Surau Kebenaran Solat Jumaat bagi mendirikan solat Jumaat dan fardu ditetapkan pada 40 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa surau manakala di surau untuk Solat Fardu ditetapkan pada 40 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa surau,” katanya.

Beliau berkata, Sultan Sharafuddin turut bertitah ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha 1441 Hijrah (H) dilaksanakan di masjid sahaja.”Bagi surau yang merancang melakukan ibadah krban, boleh melaksanakannya di masjid berdekatan.

“Segala pelaksanaan dan urusan pentadbiran secara terperinci berkaitan titah terbaharu Sultan Selangor ini akan dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta jawatankuasa masjid dan surau berkaitan.

“Baginda menitahkan supaya setiap jemaah wajib mematuhi SOP ditetapkan oleh JAIS khususnya mengambil wuduk di rumah, membawa sejadah masing-masing, memakai pelitup muka ketika hadir di masjid, surau serta mengamalkan penjarakkan sosial.”Bagi mereka yang tidak sihat tidak dibenarkan sama sekali untuk melaksanakan solat di masjid dan surau,” katanya.

Katanya, Sultan Sharafuddin akan sentiasa mengikuti perkembangan dan pematuhannya dari masa ke semasa sebelum membuat sebarang pertimbangan selanjutnya bagi menentukan jumlah kehadiran jemaah di masjid dan surau di Selangor.-bh

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post