Ekoran Seorang Buat Masalah. Ismail Sabri Dedahkan Lebih 7000 Penduduk Di Satu Kawasan Ini Terpaksa Lalui PKPD Semula

Ekoran Seorang Buat Masalah. Ismail Sabri Dedahkan Lebih 7000 Penduduk Di Satu Kawasan Ini Terpaksa Lalui PKPD Semula

Perkembangan terbaru Covid-19 di negara kita hari ini adalah apabila ada kawasan yang akan dikenakan PKPD semula selepas pihak kesihatan mengesan kluster nasi kandar.

Ekoran Seorang Buat Masalah. Ismail Sabri Dedahkan Lebih 7000 Penduduk Di Satu Kawasan Ini Terpaksa Lalui PKPD Semula
Ini berlaku apabila seorang individu tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah dan dipercayai mengunjungi sebuah gerai nasi kandar di Kedah. Kesan dari seorang individu ini, 11 orang telah dikesan positif Covid-19 dan diletakkan sebagai Kluster Sivagangga.

ARTIKEL MENARIK:Ramai yang keliru. Ismail Sabri dedahkan tempat yang tidak perlu pakai pelitup muka dan diharap semua maklum dengan perkara ini


Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dakan bermula hari ini sehingga 30 Ogos itu akan melibatkan lebih 7,000 penduduk sekitar bagi memudahkan pasukan petugas perubatan menyaring semua penduduk yang terbabit.


Mengambil kira 11 kes baharu yang berpunca daripada Kluster Sivagangga di Kedah yang membabitkan empat mukim, Kerajaan Negeri Kedah memohon untuk melaksanakan PKPD TEMCO. Pertama, satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu), Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu), Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap). Seramai 7,000 penduduk di kawasan berkenaan akan disaring secara swab test (ujian calitan). – Katanya. 

Inilah yang akan berlaku jika ada seorang sahaja yang mengkh1anati usaha kita selama ini. Harap jangan pentingkan diri dan terus bersama #KitaJagaKita. Harap perkara ini menjadi pengajaran agar ia tidak berlaku di tempat lain.

Kredit: Berita Harian

Terungkai Sudah Punca Berlakunya Kluster Sivagangga. Ini Tindakan Yang Dikenakan Kepada Pengusaha Kedai Nasi Kandar Tersebut


Kluster nasi kandar Kedah atau Kluster Sivagangga merupakan sebuah kluster baharu di Malaysia yang berpunca daripada kes import yang menjadi kes indeks bagi kes ini.Pemilik kedai nasi kandar ini pada 23 Julai lalu dikesan berada di premis perniagaannya dengan memakai gelang berwarna merah jambu.

Selepas pulang dari India pada 13 Julai lalu, beliau telah diarahkan untuk mengkuarantinkan diri namun tidak mengikuti arahan tersebut dengan alasan mahu memantau perniagaan nasi kandar yang dijalankan di Pekan Napoh, Jitra.Beliau kemudiannya ditahan dan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000. Beliau yang disahkan negatif untuk ujian saringan COVID-19 kali pertama dan perlu menjalani ujian kedua pada minggu seterusnya.


Loading...
loading...


Hasil ujian kedua, beliau disahkan postif dan lima kontak rapatnya juga disahkan positif pada ketika itu; empat daripadanya merupakan pekerja bukan warganegara dan seorang adalah anak lelakinya.Susulan daripada penahanan beliau, premis nasi kandar tersebut diarahkan untuk ditutup serta merta dan pelanggan yang hadir atau mempunyai hubung kait dengan restoran tersebut antara 13 hingga 24 Julai diarahkan untuk hadir ke pejabat Kementerian Kesihatan daerah untuk membuat saringan awal.

Setakat semalam (3 Ogos) pada jam 12 tengah hari, seramai 425 orang telah disaring dan daripada jumlah tersebut 21 dikesan positif, 362 negatif dan 42 masih menunggu keputusan. Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu premis berkenaan juga didapati tidak merekodkan kehadiran serta suhu pelanggan yang datang.Pada hari semalam juga, satu kes dilaporkan dari kluster ini menjadikan beliau sebagai kes-9,000 yang mana pada awalnya disahkan negatif ketika menjalani ujian saringan Rapid Test KitAntibody pada 27 Julai.

Namun pada 31 Julai, beliau mula menunjukkan gejala demam dan batuk namun tidak menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Klinik Kesihatan untuk rawatan segera.Sehari kemudian selepas terlibat dalam aktiviti-aktiviti Hari Raya Aidil Adha, kes memaklumkan bahawa beliau merupakan kontak rapat kepada kes indeks dan hasil ujian RT-PCR beliau didapati positif.

Susulan itu juga, kerajaan negeri Kedah memutuskan untuk melaksanakan ‘Targetted Enhancement Movement Control Order’ (TEMCO) di empat mukim yang terjejas susulan daripada penambahan 1 kes aktif bagi kluster berkenaan.Mukim yang terlibat adalah mukim yang berada dalam kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1km dari restoran tersebut iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu dan Kampung Ulu, Padang Sanai di Mukim Padang Terap.Kluster ini telah mencetuskan panik di Kedah dan pihak KKM secara aktif sedang melaksanakan pengesanan kontak rapat membabitkan kluster ini.

sumber:odisi

Mahu Pantau Perniagaan Alasan Pengusaha Nasi Kandar Baru Pulang Dari India Ingkar Arahan Kuarantin

Mahu pantau perniagaan,” itu alasan seorang pengusaha nasi kandar yang telah mengingkari arahan kuarantin di rumah oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.Seorang pengusaha nasi kandar di Pekan Napoh, Jitra yang baru pulang dari India 13 Julai lalu telah tidak mematuhi arahan kuarantin yang dikenakan atas alasan mahu pantau perniagaan yang dijalankannya.

Beliau dikesan memakai gelang tangan merah jambu yang menjadi tanda seseorang individu tersebut berada di bawah pengawasan (PUS) di restorannya semalam.Hasil aduan orang awam, beliau yang disahkan negatif untuk ujian saringan COVID-19 kali pertama dan perlu menjalani ujian kali kedua minggu depan telah ditahan pada jam sembilan pagi tadi dan dikenakan kompaun RM1,000.

Kes individu yang memakai gelang tangan merah jambu tidak mematuhi prosedur operasi standard belakangan ini semakin meningkat.Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, sekiranya individu tersebut gagl mematuhi arahan, mereka boleh disabitkan hkuman di bawah Seksyen 24 Akta 342.

Semalam Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan seramai 50% daripada mereka yang pulang ke tanah air tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.Ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah tegas dengan menguatkuasakan kuarantin wajib kepada semua yang tiba di Malaysia tidak kira sama ada mengikutu jalan udara, laut atau darat di stesen kuarantin yang ditetapkan kerajaan bermula hari ini.

Mengenai kos pula, ianya akan ditanggung sepenuhnya oleh rakyat yang dikuarantin membabitkan kos harian dan ujian swab.Sebelum ini, seorang wanita di Ipoh yang keluar makan bersama ‘gelang merah jambu’ di sekitar Bandar Meru Raya telah menjejaskan 100 peniaga yang mengalami kekurangan pelanggan yang gusar dengan keselamatan mereka.Disahkan wanita warga emas berusia 72 tahun itu positif COVID-19 dan dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sejak 17 Julai lalu.

Sumber:odisi via Era Kini
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post