Hina Nabi Muhammad SAW Di FB, Ribuan Orang Merusuh Di India

Hina Nabi Muhammad SAW Di FB, Ribuan Orang Merusuh Di India

New Delhi: Tiga orang maut, manakala puluhan lagi cedera dalam satu rusuhan di Bangalore, kata pihak berkuasa.

Hina Nabi Muhammad SAW Di FB, Ribuan Orang Merusuh Di India


ARTIKEL MENARIK:Lain macam saman yang dikenakan di UK. Rakyat UK boleh kena saman sampai RM5000 lebih kalau cermin mata berwap dan premis akan dihancurkan sebaik sahaja kes dilaporkan


BBC melaporkan rusuhan disertai ribuan orang itu tercetus daripada sebuah hantaran di Facebook yang menyentuh sensitiviti umat Islam kerana didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

AFP pula melaporkan sekurang-kurangnya 60 pegawai polis dilaporkan selepas peserta rusuhan menyerang balai polis dan membakar kenderaan.

Mereka turut membakar rumah kediaman ahli politik tempatan yang anak saudara lelakinya didakwa bertanggungjawab membuat hantaran terbabit.

Rakaman laporan media tempatan menunjukkan penunjuk perasaan cuba membuat kacau di balai polis dan menjerit di luar rumah ahli politik terbabit.

Polis terpaksa melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata untuk menyuraikan keadaan.


Loading...
loading...


Komisioner Polis Bangalore, Kamal Pant dalam ciapan di Twitter mengesahkan, keadaan kini terkawal.

Beliau berkata, anak saudara ahli politik itu turut ditahan kerana hantaran berkenaan di samping kira-kira 100 penunjuk perasaan.

Rusuhan terbabit menjejaskan sesetengah kawasan di bandar itu pada Rabu, dengan hampir 10,000 polis ditempatkan di jalanan bagi mengawal keselamatan.

Sumber : HMetro via KHALIFAH MEDIA NETWORKS


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post