Golongan B40 terima kesan besar akibat COVID19. Dr Muhammed dedahkan bantuan RMT untuk pelajar serta sesuatu yang dialami oleh golongan B40

Golongan B40 terima kesan besar akibat COVID19. Dr Muhammed dedahkan bantuan RMT untuk pelajar serta sesuatu yang dialami oleh golongan B40

KUALA LUMPUR – Golongan bawahan dan berpendapatan rendah di negara ini seperti peniaga kecil, pelajar dan graduan akan menerima kesan ekonomi susulan pandemik koronavirus (Covid-19).

Golongan B40 terima kesan besar akibat COVID19. Dr Muhammed dedahkan bantuan RMT untuk pelajar serta sesuatu yang dialami oleh golongan B40
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, berdasarkan data bermula Februari sehingga Jun, jumlah peratusan tidak bekerja meningkat dan kadar penganggurn dicatatkan sebanyak 4.9 peratus.

ARTIKEL MENARIK:Lebih 500 juta disalurkan untuk Bantuan Prihatin Elektrik. Menteri Kewangan dedahkan juga berkaitan BSH dan harap semua maklum




“Daripada angka ini, ia merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh 30 tahun. Kumpulan terkesan yang pertama ialah golongan bekerja sendiri dan berpendapatan rendah di mana terdapat 2.3 juta orang. Kedua ialah kanak-kanak daripada soal pendidikan dan nutrisi makanan dan ketiga ialah graduan yang baru keluar dan ingin mencari pekerjaan.

“Golongan ‘Mak Cik Kiah’ ini kalau dia tidak boleh buka kedai, dia akan hilang pendapatan dan modalnya tidak boleh digandakan. Tidak seperti mereka makan gaji, walaupun kehilangan pekerjaan, untuk tempoh enam bulan ada skim yang mampu membantu mereka,” katanya pada Live Facebook Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bertajuk ‘Ekonomi Rakyat Pasca Covid-19’ di sini hari ini.

Muhammad berkata, isu nutrisi makanan dalam kanak-kanak terutama pelajar di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang menjadi antara krisis utama kepada negara pada masa sekarang. “Jika sebelum ini, setiap pagi pelajar-pelajar yang terpilih di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan mendapat makanan dan nutrisi yang mencukupi sebelum memulakan pembelajaran. Terdapat kira-kira 500,000 pelajar yang menerima manfaat ini.

“Selain itu soal pendidikan pula kalau kita lihat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, 90 peratus pelajar di negeri-negeri miskin seperti Kelantan, Kedah dan Sabah tidak mempunyai komputer riba bagi tujuan pembelajaran. Isu pembelajaran ini kesannya panjang,” katanya.


Loading...
loading...


Selain itu, beliau berkata, seramai 175,000 graduan yang menamatkan pengajian memasuki pasaran buruh. “Apabila ekonomi menguncup, peluang pekerjaan juga terjejas. Mereka ini akan tertekan kerana syarikat tidak melabur dan sediakan peluang pekerjaan,” katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata, impak Covid-19 kepada ekonomi Malaysia lebih buruk berbanding krisis ekonomi 1998 dan 2008 apabila ramai golongan bawah tertekan dengan keadaan semasa.

“Sektor ekonomi negara tidak berkembang dengan baik dan menguncup. Kedua, ekonomi Malaysia sebanyak 40 peratus ialah daripada pelaburan luar. Jika negara luar tidak rancak, kita juga akan seperti mereka,” katanya. Ditanya adakah jurang kaya dengan miskin semakin melebar, Muhammad berkata, jurang berkenaan sudah melebar sejak 2016 hingga 2019 lagi dan apabila Covid-19 ini melanda ia akan semakin bertambah.

“Peratusan B40 akan semakin meningkat dan T20 akan kekal kerana tidak begitu terkesan sebagaimana golongan bawahan ini. “Kadar kemiskinan juga akan meningkat kerana peluang pekerjaan semakin kecil dan ditambah dengan jumlah mereka menganggur dan kehilangan pekerjaan. Ini perkara yang perlu diperhalusi dan dilihat sebaik mungkin oleh semua pihak terutama kerajaan,” katanya.-sinarharian


Maksud B40 M40 Dan T20 Takrif Isi Rumah Mengikut Pendapatan

Apa itu golongan isi rumah B40, M40 dan T20? Pada pembentangan Bajet 2020 yang lepas, golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) merupakan antara penerima manfaat paling besar belanjawan negara kali ini berbanding golongan pendapatan pertengahan dan tinggi. Jadi apakah maksud B40 M40 dan T20?

Golongan B40 adalah golongan sasaran yang wajib dibantu dalam sesebuah negara. Menurut statistik Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA), Jabatan Perangkaan Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2017 (kajian dibuat 2 kali setiap lima tahun), dianggarkan terdapat lebih 6.9 juta isi rumah di bawah kategori B40 dan M40 serta T20 pada tahun 2016 dengan purata saiz isi rumah seramai 4.1 orang.

Apakah Maksud B40 M40 Dan T20 (Takrif Isi Rumah Mengikut Pendapatan)

Takrif atau kelas pendapatan isi rumah boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu isi rumah yang memperolehi pendapatan 40 peratus terendah, daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia (B40), Isi rumah yang memperolehi pendapatan 41 peratus kepada 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia (M40), dan Isi rumah yang memperolehi pendapatan 20 peratus tertinggi daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia (T20).

Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas 2019

TERKINI 10 Julai 2020 : Menurut Laporan Survei Pendapatan Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2019, pendapatan purata di Malaysia adalah RM7,901 manakala pendapatan penengah Malaysia pula sebanyak RM5,873.

Dari sudut pertumbuhan, pendapatan penengah di Malaysia tumbuh 3.9 peratus setahun bagi tahun 2019 berbanding 6.6 peratus pada tahun 2016. Sementara itu, pendapatan purata meningkat lebih tinggi 4.2 peratus pada tahun 2019. Pendapatan isi rumah penengah di bandar mencatatkan peningkatan pada kadar 3.8 peratus daripada RM5,860 pada 2016 kepada RM6,561.

Pada masa yang sama, pendapatan isi rumah penengah di luar bandar turut bertambah pada kadar 3.3 peratus bagi tempoh yang sama iaitu daripada RM3,471 kepada RM3,828. Pendapatan isi rumah purata di bandar pula meningkat 3.9 peratus setahun daripada RM7,671 kepada RM8,635. Manakala di luar bandar, pendapatan isi rumah purata adalah RM5,004 pada 2019, meningkat 0.8 peratus lebih tinggi daripada paras nasional sebanyak 4.6 peratus.

Jumlah Pendapatan B40, M40 & T20 Terkini 2019

Dapatan survei juga mencatatkan had pendapatan bagi setiap kumpulan pendapatan bagi tahun 2019 adalah seperti berikut :-Had pendapatan Kumpulan B40 yang merangkumi 2.91 juta isi rumah adalah RM4,849.Had pendapatan kumpulan M40 yang melibatkan 2.91 juta isi rumah pula adalah di antara RM4,850 hingga RM10,959.Sementara itu, sebanyak 1.46 juta isi rumah berada di kumpulan T20 dengan pendapatan melebihi RM10,960.

Dari segi agihan pendapatan :-T20 memiliki 46.8 peratus dari jumlah pendapatan isi rumah berbanding 46.2 peratus pada tahun 2016. Sementara itu, kumpulan M40 memiliki 37.2 peratus, manakala B40 pula hanya menguasai 16.0 peratus dari jumlah pendapatan, berkurangan daripada 16.4 peratus pada 2016.

Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas 2016

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2016,, Garis pemisah berdasarkan pendapatan telah digunakan untuk menentukan ketiga-tiga golongan ini di mana golongan B40 adalah isi rumah pendapatan terendah iaitu RM4,360 dan ke bawah. Manakala isi rumah kumpulan M40 dan T20 adalah masing-masing berpendapatan RM4,361 – RM9,619 dan RM9, 620 dan keatas (Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isirumah 2016).

Penentuan kelas pendapatan di Malaysia iaitu kumpulan B40, M40 dan T20 adalah berasaskan garis pendapatan. Penggunaan garis pendapatan seperti ini telah lama digunakan di Malaysia. Namun, definisi kumpulan pendapatan ini tidak tetap dan istilah B40, M40 dan T20 mewakili peratus populasi negara dan nilai ini mungkin naik atau turun dari tahun ke tahun, bergantung kepada penyata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).Berikut adalah maklumat berkaitan maksud B40, M40 dan T20 meliputi jumlah pendapatan dan kepentingan mereka.

NOTA

Pendapatan isi rumah median atau “penengah” adalah pelbagai pendapatan isi rumah yang diatur dari rendah ke tinggi. Pendapatan “purata” pula adalah campuran jumlah semua pendapatan isi rumah dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah

Contoh, di Taman Medan, terdapat lima pendapatan isi rumah iaitu RM4,000, RM8,000, RM12,000, RM16,000, dan RM20,000. Pendapatan isi rumah median adalah RM12,000. Pendapatan penengah digunakan kerana ianya mewakili kawasan yang lebih tepat daripada nombor purata.

Golongan kedua adalah golongan isi rumah berpendapatan M40 :-Yang ketiga adalah T20 iaitu golongan berpendapatan tinggi.Bagi mencapai status Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Langkah untuk memfokuskan kepada golongan yang berpendapatan rendah atau B40 adalah penting. Ini kerana bagi negara yang berstatus berpendapatan tinggi. Masyarakatnya perlulah berada dalam kalangan mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah tinggi dan bukan dalam kalangan B40.

Namun kerajaan perlu juga membantu golongan M40 dan T20 untuk kesejahteraan rakyat. Ianya bagi membantu meningkatkan keadaan eknomi Malaysia pada masa kini dan hadapan. Moga perkongsian Maksud B40 M40 Dan T20 iaitu Golongan Isi Rumah Mengikut Pendapatan bermanfaat buat semua.

via Era Kini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post