Di Malaysia, siapa yang tak pakai pelitup muka, akan didnda RM 1,000 tapi di UK jauh lebih tegas! Pemandu disana boleh kena saman £1,000 (RM 5,487) kalau cermin mata mereka berwap ketika memandu sambil pakai mask!
Menurut Mirror Online, ni kerana para pakar memperingatkan bahawa pelitup muka mereka boleh menjejaskan penglihatan atau mengalihkan perhatian mereka ketika sedang memandu dan boleh mendatangkan kemudaratan.
ARTIKEL MENARIK:Kes COVID19 di India kejutkan satu dunia. KKP India dedahkan jumlah kes yang sudah cecah berjuta dan ini tindakan yang diambil oleh India
Cermin mata berwap adalah satu masalah yang dihadapi oleh pemakai ketika mengenakan pelitup muka, namun bagi banyak orang, bagaimanapun ia tidak menghalang mereka untuk terus memakainya ketika sedang memandu. Apatah lagi bagi mereka yang bekerja sebagai pemandu pengangkutan awam ketika musim pandemik ini.
Dengan berjuta-juta orang sekarang kembali bekerja, ia berpotensi menambah ribuan pemandu ke jalan raya di UK yang kini memandu tanpa preskripsi yang betul kerana kira-kira 4 juta orang tidak melakukan ujian mata sepanjang 4 bulan tempoh perintah berkurvng
Disebabkan itu pegawai polis di negara tersebut akan mengawal keselamatan dengan melakukan tindakan dnda sebanyak £ 1,000 jika cermin mata berwap ketika memandu.Jadi, mereka kena buka mask ketika sedang memandu.
Ia berikutan dengan kebimbangan pihak berkuasa bagaimana penutup muka dapat ‘mengnggu’ pemandu ketika di jalan raya. Bagi mereka pemandu akan betulkan semula topeng, mennggalkan atau membersihkan cermin mata yang berwap ketika sedang memandu.
Jurucakap untuk salah satu peruncit contact lens Nimesh Shah berkata: “Penutup wajah adalah keperluan mutlak untuk cara kita menjalani kehidupan memandangkan wabak global yang sedang berlaku, tetapi juga penting agar pelitup muka itu tidak mengganggu kehidupanharian kita, ia boleh membahayakan pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya lain.”
Katanya lagi, sejak lockd0wn dikuatkuasakan pada akhir bulan Mac, mereka telah menerima beratus-ratus pertanyaan yang berkaitan dengan kabus di cermin mata akibat memakai pelitup muka, sehingga banyak yang memutuskan untuk beralih ke lensa akibat kesan itu..
Dalam pada itu, pakar permotoran UK Ranjen Gohri, menambah: “Penyelidikan yang telah lama menunjukkan bahawa ada tahap kemampuan manusia untuk multitask seiring dengan peningkatan usia tetapi ia tak bermakna bahawa pemandu yang lebih tua lebih bagus berbanding orang yang lebih muda.” “Namun, fokus mereka untukboleh terganggu jika melakukan dua tugas yang tidak terduga pada waktu yang sama.”Tambahnya lagi, gangguan apa pun ketika memandu berpotensi menganggu konsentrasi dan prestasi pemanduan.
Jalan Akhir Nak Sekat Gelombang Kedua, UK Benarkan Premis Yang Dicemari COVID-19 Dimusnahkan
Seluruh dunia kini kembali dilanda kebimbangan tentang kemungkinan berlakunya sekali lagi gelombang penularan jangkitan COVID-19. Malaysia juga bahkan tidak ketinggaln dihntui ketakutn yang sama, sejak Kluster Sivagangga mula dikesan.
Di UK misalnya, Daily Mail melaporkan majlis perbandaran tempatan diberi kebenaran untuk merob0hkan mana-mana bangunan termasuk kilang, pejabat, pusat penjagaan orang tua atau rumah persendirian sekiranya berlaku kes jangkitan di lokasi terbabit.
Kebenaran memsnahkan premis yang telah dicemari COVID-19 itu dibuat sebagai langkah akhir untuk menyekat penularan gelombang kedua virus itu, sekiranya pihak berkuasa percaya persekitaran di situ tidak lagi selamat untuk diduduki.
Selain premis, kereta dan kapal terbang yang telah dicemari virus tersebut juga turut boleh dimsnahkan menerusi keizinan daripada pihak mahkamah. Setakat ini, ia merupakan langkah paling tegas yang dibuat kerajaan dan ia tertakluk di bawah rangka kerja pencegahan COVID-19 di negara itu.
Perdana Menteri UK, Boris Johnson dikatakan enggan negaranya terpaksa melalui fasa perintah berkurvng sekali lagi– justeru sebarang langkah pencegahan awal akan diambil untuk mengelakkan COVID-19 kembali menular.
“Tak pakai kena saman” – Takut Disaman RM1,000, Pakcik Gelandangan Terpaksa Cari Mask Dalam Timbunan Sampah
Sebagai langkah berjaga-jaga supaya tak berlaku gelombang ke-2 Covid-19 di Malaysia, bermula 1 Ogos lalu kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam. Orang-orang yang tak patuh arahan ini boleh disaman RM1,000.
Walaupun kalau diikutkan harga pelitup muka ni takdelah mahal sangat, pun begitu, masih ramai lagi orang-orang yang tak mampu untuk beli, malah nak makan pun kais pagi makan pagi. Salah satu contoh adalah seperti yang dikongsikan oleh salah seorang warganet, Khalid bila seorang pakcik dilihat sedang mengorek timbunan sampah untuk mencari pelitup muka yang dibuang sebab nak elak disaman pihak berkuasa. Allahu sedihnya…
Bercakap dengan WORLD OF BUZZ, Khalid memberitahu kejadian tersebut berlaku di luar Pasar Besar Ampangan di Seremban. Menurutnya, tempat itu memang selalu dikunjungi oleh orang gelandangan untuk mencari barang. Dipercayai, pakcik tersebut juga merupakan seorang gelandangan yang tidur di tepi jalan dekat Seremban tapi identitinya masih tak diketahui. Haih, memang sebak bila tengok macam ni. Kalau korang ada ternampak gelandangan atau pengemis tu hulurlah sikit mask untuk dorang. Kesian sangat…
Gaji 1.2k, bayar saman 1k” –Pekerja Kedai Makan Ini Kena ‘Sound’ Dengan Polis Sebab Salah Cara Pakai Mask
Umum mengetahui, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sudah masuk minggu kelapan dengan pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial telah dibenarkan oleh pihak kerajaan tetapi perlu mematuhi Prosedur Operai Standard (SOP). Terkini, pemakaian face mask atau pelitup muka pula telah diwajibkan bermula pada 1 Ogos.
Baru masuk minggu pertama peraturan ini dikuatkuasakan, sudah ada rakyat Malaysia yang dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak memakai face mask di tempat awam. Malah tular satu video di media sosial yang menunjukkan seorang pegawai polis menegur beberapa pekerja kedai makan di sebuah pusat beli-belah yang mengenakan pelitup muka yang salah semasa menyediakan makanan.
*Sumber video twitter ricebunny
Dalam kejadian tersebut, pegawai polis berkenaan telah bertindak menegur cara pemakaian face mask dan etika kebersihan pekerja di premis makanan tersebut. Apa yang mengejutkan lagi ialah pegawai polis berkenaan terus meminta kad pengenalan tiga daripada empat pekerja tersebut. Berkemungkinan mereka menerima surat amarn atau dikenakan kompaun. Siapa tak cuak kalau polis minta IC kan? Harap lepas ni rakyat Malaysia lebih peka dan sentiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan agar COVID-19 akan berakhir.-lobakmerah
via Era Kini
Post a Comment