Penyanyi Hael Husaini melakar sejarah tersendiri apabila video muzik terbarunya yang berjudul Bujang telah mencapai 100,000 tontonan dalam masa kurang 24 jam di laman YouTube.

Menerusi laman sosial Instagram, Hael melahirkan ucapan perhargaan kepada pengikutnya yang telah menonton video muzik terbabit.
ARTIKEL MENARIK:Ramai cuba amik kesempatan atas dirinya buat Aidil Aziz nekad amik perlakuan drastik ini. Dia perjelas perbuatannya buat ramai seakan tak percaya
“Power gila, sekejap dah 100k tontonan. Syabas team Bujang. Teruskan menonton dah sebarkannya,” tulis Hael menerusi ruangan kapsyen. Dalam lagu berentak rancak ciptaan Hael sendiri dan MFMF ini memaparkan aksinya menari dalam set berwarna-warni ala Kpop.

Lebih istimewa apabila penyanyi Dayang Nurfaizah turut membuat kemunculan khas pada penghujung video muzik terbabit. Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memuji kemunculan lagu terbaru Hael ini yang ‘catchy’ serta pembikinan video muziknya yang kreatif. “Wuhoo bujang untuk orang bujang,” tulis seorang wargamaya.
“Demi Bujang sanggup ulang banyak kali sampai capai 1 juta tontonan,” sokong seorang wargamaya.“Terpaling suka bila terciduk di dinding, waktu Dayang datang,” kata seorang wargamaya. “Malam ni kita berzumba dengan lagu ni la nak kasi 1 juta tontonan,” komen seorang wargamaya. “Tahniah Hael, memang best video muzik dan lagu ni. Good job team Bujang, dah trending,” puji seorang wargamaya lagi.Sehingga kini, video muzik tersebut telah mendapat 130,000 tontonan dalam masa satu hari.
Ezra Kong tiada masalah dengan Hael Husaini
Komposer Ezra Kong menafikan perlakuan dia tidak lagi sehaluan dengan penyanyi dan komposer, Hael Husaini. Ia susulan beberapa lagu yang dilancarkan beberapa artis baru-baru ini tidak membabitkan kerjasama mereka. Antaranya lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali hasil ciptaan Hael Husaini, AEWO (Shiha Zikir feat Noki) ciptaan Ezra Kong, Gila (Kaka Azraff, Noki dan Loca B) ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong dan yang terbaharu single Bujang nyanyian Hael Husaini hasil ciptaan penyanyi itu dan MFMF.
Ezra berkata, ada beberapa lagu ciptaan mereka belum dilancarkan. “Kami masih bekerjasama cuma lagu tak dilancarkan lagi. Apabila sampai masa sesuai barulah akan dilancarkan. Hael juga mendapat ‘sound’ yang segar daripada penerbit lain. Jadi, dia boleh teruskan dan berevolusi dalam industri muzik ini.
Post a Comment