Setakat ini hubungan Pu Abu dan bekas isteri kedua baik je. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Pu Abu tampil bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya.

Setakat ini hubungan Pu Abu dan bekas isteri kedua baik je. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Pu Abu tampil bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya.

Setakat ini hubungan Pu Abu dan bekas isteri kedua baik je. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Pu Abu tampil bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya.

Setakat ini hubungan Pu Abu dan bekas isteri kedua baik je. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Pu Abu tampil bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya.
MESKIPUN dihimpit kontroversi rumah tangga sehingga menerima kritikan teruk daripada warganet, namun Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan tetap positif dan menganggap banyak hikmah di sebalik apa yang berlaku.

ARTIKEL MENARIK:Mengejutkan bila tiba tiba Imam muda Asyraf minta maaf kepada semua pihak. Rupa rupanya ini punca buat warganet terkedu.


Sebagai sebuah portal hiburan dan gaya hidup popular, mStar semestinya menjadi antara media pertama yang melaporkan secara terperinci mengenai kemelut yang berlaku. Bukan sahaja di pihak PU Abu, malah kenyataan daripada bekas isteri, Ain ‘Afini Latif dan Hana Azraa turut kami siarkan.

Kini sempena ulang tahun mStar yang ke-15, PU Abu tampil secara eksklusif untuk bercerita kembali mengenai kejadian dia ‘dikejar’ wartawan dan jurukamera portal gaya hidup popular ini serta perkembangan terbaharunya.

PU Abu nak baiki diri

PENDAKWAH bebas yang juga bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, 26, mahu membuka fasa baru dengan bertekad untuk fokus memperbaiki kehidupannya selepas ini. Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi berkata, dia mahu memperbaiki hubungannya dengan Allah dan sesama manusia.

Dia juga berharap warganet atau masyarakat boleh memberinya peluang untuk menjadi insan yang lebih baik. “Semua manusia tak terlepas dari membuat silap dan saya pun manusia. Saya masih ada keluarga serta bapa dan akan hidup bersama mereka selepas ini,” katanya yang masih aktif mengadakan sesi ceramah.

Bagaimanapun, Abu enggan mengulas mengenai perpisahan dengan bekas isterinya Hana Azraa. Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir sebelum ini tampil membuat penjelasan dan mengesahkan berita perpisahan mereka menerusi Instagram.

Abu dan Hana mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari. Sebelumnya, dia pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain ‘Afini namun hubungan mereka terlerai pada 16 Mei 2019 apabila dilepaskan dengan talak dua. Hana juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum perkahwinan bersama Abu. Menerusi perkahwinan pertamanya itu, dia dikurniakan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.


Loading...
loading...


Hana dan PU Abu sudah berpisah

TEKA-teki krisis rumah tangga bekas peserta program Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan dengan Hana Azraa akhirnya terungkai apabila Hana tampil mendedahkan mereka sudah berpisah. Hana menerusi Instagram miliknya tampil membuat penjelasan dan menjawab segala spekulasi mengenai status hubungannya dengan Abu. 

“Di sini, saya perjelaskan untuk semua supaya tiada lagi tanda tanya dan sebarang spekulasi serta manipulasi daripada mana-mana pihak. “Pertama sekali, benar saya dan Abu Sufyan sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan. Kami tidak lagi tinggal sebumbung dan kami bukan lagi suami isteri.

“Andai keluar dari mulut dia bahawa kami masih suami isteri, saya tak tahu kenapa kerana apa yang pasti dia tahu apa yang berlaku dan setiap perkataan yang diucap keluar daripada mulutnya,” katanya. Menurut Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia juga memohon supaya segala isu berkaitan Abu ditanyakan terus kepada empunya badan termasuk  hubungan bekas suaminya itu dengan mana-mana wanita lain.

“Berhenti bertanyakan kepada saya soal hubungan Abu dengan mana-mana wanita. Sama ada wanita itu berstatus isteri beliau ataupun tidak, sila bertanyakan terus kepada tuan empunya badan,” katanya. Dalam masa sama, Hana enggan membuka mulut mengenai punca utama perpisahan mereka sebaliknya menganggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

“Kenapa, mengapa, bila, bagaimana mengenai berakhirnya urusan rumah tangga kami, saya tidak akan bercerita. Cukup semua tahu dan harapnya sesetengah pihak berhenti membuat provokasi di mesej peribadi. “Apapun yang terjadi, semoga ada hikmah yang terbaik untuk kita semua. Insya-Allah, saya yakin ada hikmah buat saya dan anak-anak terutamanya,” katanya.

Hana dan Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari. Sebelum itu, Abu pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain ‘Afini namun hubungan mereka terlerai pada 16 Mei 2019 apabila dilepaskan dengan talak dua. Hana juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum perkahwinan bersama Abu. Menerusi perkahwinan pertamanya itu, dia dikurniakan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.

via Era Kini
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post