Fasha tidak membuka akaun Instagram untuk anak ketiganya, Aisha Amaira. Menginjak enam hari usia cahaya mata ketiganya, pelakon Fasha Sandha mengakui terkejut apabila ramai peminatnya membuka akaun Instagram untuk anak perempuannya Aisha Amaira.
Fasha menerusi perkongsianpada Rabu berkata, dia tidak pernah membuka akaun Instagram rasmi untuk ketiga-tiga anaknya.
ARTIKEL MENARIK:Heboh result sebenar anak lelaki Ozlynn jadi buah mulut ramai. Dia tampil luah sesuatu bikin ramai sebak
Tambah Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 36, suaminya iaitu pelakon Aidil Aziz tidak mengizinkannya anak-anak mereka mempunyai laman sosial atas sebab tertentu. “Aisha tak ada Instagram tau. Ibu (Fasha) terkejut ramai buatkan Instagram untuk Aisha. Aisha merupakan anak sulung Fasha bersama Aidil. “Ibu tak buat Instagram untuk mana-mana pun anak-anak ibu sebab ayah tak izinkan.
“Jadi, gambar Rayfal, Raysha dan Aisha semua dalam Instagram ibu saja tau,” tulisnya. Dalam pada itu, rata-rata pengikut pelakon drama bersetuju dengan perlakuan yang diambil Fasha dan Aidil demi menjaga keselamatan anak-anak mereka. Malah, warganet meminta Fasha memuat naik paparan skrin akaun palsu yang menggunakan nama Aisha untuk dilaporkan kepada pihak Instagram. “Mungkin ibu boleh post screenshoot akaun-akaun palsu tu dan minta tolong warganet report ramai-ramai, kami sedia membantu.
Fasha dan suaminya, Aidil bersama anak-anak mereka. “Lebih elok tak ada Instagram… baru lahir sangat. Elak penyakit Ain dari mata-mata yang memandang. Comelnya Aisha, Mashaallah,” komen beberapa warganet. Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali kedua Fasha. Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.
Tahniah, comelnya ‘baby girl’ Fasha Sandha! Aidil Aziz cuti sebulan jaga anak dan isteri berpantang
Aidil turut kongsi wajah bayi perempuan mereka yang dilahirkan pada Jumaat. Pelakon Aidil Aziz berkongsi berita gembira berhubung isterinya yang juga aktres Fasha Sandha selamat melahirkan bayi sulung mereka pada Jumaat. Aidil atau nama sebenanrya Mohd Aidil Abdul Aziz, 33 meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya atas kelahiran anak perempuan mereka yang buat masa ini dipanggil ‘Baby A’.
Teruja dengan kelahiran itu, pelakon drama popular Kamar Kamariah ini berkata dia sanggup mengambil cuti selama sebulan bagi menemani dan menjaga isterinya ketika berpantang. Aidil bersama isteri dan anak-anak mereka. “Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan dan sihat. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini. Terima kasih isteriku di atas kandungan selama ini.
“Saya cuti sebulan jaga dan teman awak berpantang ok. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan untuk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian,” kata Aidil. Aidil berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik separuh wajah bayinya di laman Instagram pada Jumaat.
Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan untuk kami.
Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada warganet yang turut mendoakan agar Fasha dan bayinya dalam keadaan baik serta dipermudahkan segala urusan mereka. Bagaimanapun, Aidil dan Fasha tidak menyatakan lebih lanjut mengenai proses dan maklumat mengenai kelahiran bayi pertamanya itu.
Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan dan maklumat lebih lanjut daripada Aidil gagal apabila dia tidak menjawab panggilan serta mesej. Sebelum ini pada Jun tahun lalu, Fasha pernah mengalami kehilangan kandungan hingga menyebabkan dia berasa fobia untuk bercerita terlalu awal mengenai kehamilan.
Aidil dan Fasha mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buat Fasha. Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.
Tahniah! Fasha Sandha, Aidil Aziz selamat sambut kelahiran bayi perempuan
Menurut Aidil, isterinya itu selamat melahirkan bayi perempuan yang dipanggil ‘Baby A’. Menerusi muat naik terbaharu di laman itu, Aidil juga turut meluahkan rasa syukur ke dan berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan serta para peminat yang mendoakan urusan kelahiran anak sulung mereka dipermudahkan. “Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan dan sihat. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini.
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan untuk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian…,” tulisnya. Malah Aidil turut memaklumkan bahawa dia akan bercuti selama sebulan untuk menjaga isteri tercinta dan zuriatnya itu.
“Terima kasih isteriku, Fasha Sandha di atas kandungan selama ini. Saya cuti sebulan jaga dan teman awak berpantang ok,” tulisnya lagi. Semalam, Aidil turut memuat naik satu gambar yang memaparkan isterinya itu sedang terbaring di atas katil di sebuah hospital. Dia turut memohon netizen untuk mendoakan isterinya agar selamat menjalani proses bersalin.
Teruja dipanggil ayah – Aidil Aziz
“SAYA begitu teruja apabila dipanggil ayah dan berharap Fasha membantu dalam rumah tangga ini,” kata pelakon, Mohd Aidil Aziz, 32, ketika ditemui pada majlis persandingannya bersama Fasha Sandha, 35, di Kampung Tanah Datar Gancong, Kota, Rembau hari ini. Pelakon filem Kanang Anak Langkau The Iban Warrior itu berkata, anak-anak Fasha iaitu Putra Rayfal Rizal, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3, sudah memanggilnya ayah dan ia sesuatu yang baru dalam hidupnya.
“Sebelum ini saya bujang dan Fasha memiliki pengalaman berkahwin. Saya berharap dengan pengalamannya membantu rumah tangga kami,” katanya. Mohd Aidil pada masa sama menzahirkan penghargaan terhadap bekas suami Fasha iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai atas ucapan tahniah menerusi laman sosial baru-baru ini.
“Amanah Jejai supaya saya menjaga anak-anaknya dengan baik akan cuba ditunaikan dengan penuh tanggungjawab, InsyaAllah,” katanya yang pernah bertemu Jejai tiga kali sebelum ini. Mengenai anak, Mohd Aidil berkata, dia mahu memiliki tiga anak sendiri sebelum isterinya menyapa ‘boleh’.
Mohd Aidil berkata, majlis persandingannya berjalan lancar dengan kehadiran 6,000 jemputan membabitkan ahli keluarga, saudara mara, penduduk kampung dan rakan artis antaranya Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nash dan ramai lagi. “Sebenarnya jemputan hanya 3,000 tetamu dan melebihi jangkaan. Alhamdulillah makanan mencukupi dan tetamu tidak pulang dengan perut kosong,” katanya.
Sementara itu Fasha bersyukur ahli keluarga suami dapat menerimanya sebagai menantu termasuk dua anaknya. “Dalam majlis ini, saya rasa sedikit kelainan mengikut adat dan budaya Negeri Sembilan,” katanya. Katanya, dia bersyukur dua majlis yang dianjurkan berjalan lancar dengan persandingan di Perlis dibuat tertutup membabitkan ahli keluarga terdekat saja.
Aidil Aziz & Jep Sepahtu ‘payung’ foto terbaru anak raih ribuan tanda suka
Laman sosial Instagram kini bukan sahaja menjadi platform buat peminat dapat melihat perkembangan kerjaya para selebriti diminati mereka namun orang ramai dapat melihat juga perkongsian mengenai keluarga selebriti.
Antara yang menjadi perhatian sejak kebelakangan ini juga, pasangan selebriti terkenal Fasha Sandha dan Aidil Aziz apabila mereka kelmarin selamat menimang cahaya mata sulung. Ternyata, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan dan ini menjadikan keluarga Fasha Sandha ini semakin meriah apatah lagi menerusi perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan dua orang anak, Putra Rayqal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.
Mempunyai dua orang anak perempuan sekali gus membuatkan pasangan ini semakin bahagaa dan Aidil Aziz menerusi laman Instagram peribadinya juga ada memuat naik foto anak perempuannya itu kepada umum.
Bukan sahaja foto anak pasangan Fasha dan Aidil menjadi perhatian Instagram sebentar tadi malah, foto dikongsikan Jep Sepahtu juga mendapat perhatian umum. Sedia maklum, Jep Sepahtu dan Sari Yanti selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada Jun lalu. Selepas hampir dua bulan, Jep sekali lagi memuat naik foto anak lelakinya itu yang diberi nama Khidir. Foto cahaya mata baru Aidil dan Jep ternyata dalam masa yang sekejap meraih ribuan tanda suka daripada peminat.
via Era Kini
Post a Comment