Ramai yang keliru. Ismail Sabri dedahkan tempat yang tidak perlu pakai pelitup muka dan diharap semua maklum dengan perkara ini

Ramai yang keliru. Ismail Sabri dedahkan tempat yang tidak perlu pakai pelitup muka dan diharap semua maklum dengan perkara ini

KUALA LUMPUR – Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan ke atas orang ramai semasa mereka berada di rumah atau dalam kenderaan sendiri.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelitup muka tidak diwajibkan kepada mereka yang melakukan aktiviti fizikal.

Ramai yang keliru. Ismail Sabri dedahkan tempat yang tidak perlu pakai pelitup muka dan diharap semua maklum dengan perkara ini
“Pemakaian pelitup muka juga tidak diwajibkan untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah.“Pemakaian pelitup muka diwajibkan dalam pengangkutan awam seperti bas, teksi, kenderaan e-hailing atau LRT dan KTM serta tempat-tempat awam yang sesak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL MENARIK:Mengejutkan tutup semua sekolah. Ramai yg setuju. Akhirnya ini kata kata yang mengejutkan dari Kementerian Pendidikan Malaysia.


Kosmo! hari ini melaporkan orang ramai berasa keliru dengan arahan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos lalu.Mereka menyambut baik arahan tersebut, namun berharap satu garis panduan yang jelas mengenainya diwujudkan.Ia termasuk berhubung kewajipan memakai pelitup muka di kawasan riadah yang kurang sesak, dalam kenderaan persendirian serta di kedai makan. – K! ONLINE

20 Januari 2021 tarikh mula sekolah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan hari Rabu, 20 Januari 2021 sebagai tarikh pembukaan penggal pertama takwin sesi persekolahan 2021 bagi sekolah di seluruh Malaysia.Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Jidin berkata, kementerian memuktamadkan tarikh pembukaan sesi persekolahan lebih lewat daripada kebiasaan dengan mengambil kira Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021.

” Ini bermakna cuti persekolahan bagi 2020 akan diteruskan mulai Disember 2020 sehingga 20 Januari 2021.” Apabila saya mengumumkan cuti dipendekkan untuk 2020, kita merancang sesi persekolahan 2021 perlu dilewatkan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi pihak KPM dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Mohd Radzi berkata, biarpun kementerian sentiasa prihatin mengenai kebajikan dan beban tugas guru di sekolah akibat penularan COVID-19, KPM tidak bercadang memberikan sebarang insentif khas kerana mengambil kira beban kewangan ditanggung kerajaan sekarang.

Dalam pada itu, Mohd Razdi berkata, setakat ini KPM berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal dalam kalangan pelajar selepas pembukaan sesi persekolahan baharu baru-baru ini.

“Secara keseluruhannya KPM berpuas hati dengan pematuhan SOP dan penjarakan fizikal termasuk dari segi susun atur meja dan penjarakan fizikal pelajar ketika waktu rehat.“Malah, saya sendiri yang melakukan tinjauan ke beberapa sekolah mendapati semua pelajar termasuk murid sekolah rendah Tahun 1 hingga 3 sekali pun sudah mematuhi SOP dan penjarakan fizikal termasuk duduk di meja masing-masing seperti diarahkan KPM, sebelum ini,” katanya. – K! ONLINE

KPM kaji pemakaian pelitup muka di sekolah

KUALA LUMPUR – Pemakaian pelitup muka di sekolah masih belum diwajibkan buat masa ini.Menteri Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md Jidin berkata, pihaknya namun sedang meneliti perkara itu dengan kerjasama pelbagai pihak.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan pemakaian pelitup muka di sekolah, tetapi ia belum diwajibkan.“Kita dalam berbincangan dengan pelbagai pihak untuk melihat tentang kebolehgunaan pelitup muka guna semula di sekolah,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (PH-Kulai) yang mahu tahu sama ada pemakaian pelitup muka diwajibkan di sekolah.Pembangkang sebelum ini menggesa kerajaan memberi pelitup muka guna semula kepada setiap pelajar sekolah.Gesaan itu dibuat sebagai satu langkah bagi mencegah penularan Covid-19 di negara ini. – K! ONLINE


Loading...
loading...


Ekoran Seorang Buat Masalah. Ismail Sabri Dedahkan Lebih 7000 Penduduk Di Satu Kawasan Ini Terpaksa Lalui PKPD Semula

Perkembangan terbaru Covid-19 di negara kita hari ini adalah apabila ada kawasan yang akan dikenakan PKPD semula selepas pihak kesihatan mengesan kluster nasi kandar.Ini berlaku apabila seorang individu tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah dan dipercayai mengunjungi sebuah gerai nasi kandar di Kedah. Kesan dari seorang individu ini, 11 orang telah dikesan positif Covid-19 dan diletakkan sebagai Kluster Sivagangga.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dakan bermula hari ini sehingga 30 Ogos itu akan melibatkan lebih 7,000 penduduk sekitar bagi memudahkan pasukan petugas perubatan menyaring semua penduduk yang terbabit.

Mengambil kira 11 kes baharu yang berpunca daripada Kluster Sivagangga di Kedah yang membabitkan empat mukim, Kerajaan Negeri Kedah memohon untuk melaksanakan PKPD TEMCO. Pertama, satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu), Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu), Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap). Seramai 7,000 penduduk di kawasan berkenaan akan disaring secara swab test (ujian calitan). – Katanya. 

Inilah yang akan berlaku jika ada seorang sahaja yang mengkh1anati usaha kita selama ini. Harap jangan pentingkan diri dan terus bersama #KitaJagaKita. Harap perkara ini menjadi pengajaran agar ia tidak berlaku di tempat lain.

Kredit: Berita Harian

Terungkai Sudah Punca Berlakunya Kluster Sivagangga. Ini Tindakan Yang Dikenakan Kepada Pengusaha Kedai Nasi Kandar Tersebut

Kluster nasi kandar Kedah atau Kluster Sivagangga merupakan sebuah kluster baharu di Malaysia yang berpunca daripada kes import yang menjadi kes indeks bagi kes ini.Pemilik kedai nasi kandar ini pada 23 Julai lalu dikesan berada di premis perniagaannya dengan memakai gelang berwarna merah jambu.

Selepas pulang dari India pada 13 Julai lalu, beliau telah diarahkan untuk mengkuarantinkan diri namun tidak mengikuti arahan tersebut dengan alasan mahu memantau perniagaan nasi kandar yang dijalankan di Pekan Napoh, Jitra.Beliau kemudiannya ditahan dan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000. Beliau yang disahkan negatif untuk ujian saringan COVID-19 kali pertama dan perlu menjalani ujian kedua pada minggu seterusnya.

Hasil ujian kedua, beliau disahkan postif dan lima kontak rapatnya juga disahkan positif pada ketika itu; empat daripadanya merupakan pekerja bukan warganegara dan seorang adalah anak lelakinya.Susulan daripada penahanan beliau, premis nasi kandar tersebut diarahkan untuk ditutup serta merta dan pelanggan yang hadir atau mempunyai hubung kait dengan restoran tersebut antara 13 hingga 24 Julai diarahkan untuk hadir ke pejabat Kementerian Kesihatan daerah untuk membuat saringan awal.

Setakat semalam (3 Ogos) pada jam 12 tengah hari, seramai 425 orang telah disaring dan daripada jumlah tersebut 21 dikesan positif, 362 negatif dan 42 masih menunggu keputusan. Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu premis berkenaan juga didapati tidak merekodkan kehadiran serta suhu pelanggan yang datang.Pada hari semalam juga, satu kes dilaporkan dari kluster ini menjadikan beliau sebagai kes-9,000 yang mana pada awalnya disahkan negatif ketika menjalani ujian saringan Rapid Test KitAntibody pada 27 Julai.

Namun pada 31 Julai, beliau mula menunjukkan gejala demam dan batuk namun tidak menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Klinik Kesihatan untuk rawatan segera.Sehari kemudian selepas terlibat dalam aktiviti-aktiviti Hari Raya Aidil Adha, kes memaklumkan bahawa beliau merupakan kontak rapat kepada kes indeks dan hasil ujian RT-PCR beliau didapati positif.

Susulan itu juga, kerajaan negeri Kedah memutuskan untuk melaksanakan ‘Targetted Enhancement Movement Control Order’ (TEMCO) di empat mukim yang terjejas susulan daripada penambahan 1 kes aktif bagi kluster berkenaan.Mukim yang terlibat adalah mukim yang berada dalam kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1km dari restoran tersebut iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu dan Kampung Ulu, Padang Sanai di Mukim Padang Terap.Kluster ini telah mencetuskan panik di Kedah dan pihak KKM secara aktif sedang melaksanakan pengesanan kontak rapat membabitkan kluster ini.

sumber:odisi via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post