Gambar pasangan kekasih tersebut tular selepas didakwa memakai gelang berwarna merah jambu pengesanan Covid-19 di kawasan parkir Bukit Bendera.
GEORGETOWN – Dua individu memakai gelang tangan berwarna merah jambu yang didapati berada di kawasan parkir kenderaan di Bukit Bendera, Air Itam di sini disahkan negatif (koronavirus) Covid-19.
ARTIKEL MENARIK:Isu anak. Bekas isteri imam muda Syed Faris cerita kisah di sebalik semua ini berlaku dan ini jawapannya bila dipersoalkan tentang penjagaan anak
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kedua-dua yang merupakan pasangan kekasih itu telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita.
Beliau berkata, wanita tersebut mendakwa ternampak pasangan tersebut berjalan di parkir kenderaan pusat peranginan itu pada jam 3.25 petang, 2 Ogos lalu. Menurutnya, hasil siasatan mendapati pasangan itu memakai gelang tangan berwarna merah jambu yang dikhaskan kepada pengunjung sebuah kedai haiwan peliharaan di New World Park di sini.
“Hasil keterangan pasangan itu, mereka ke sebuah kedai haiwan peliharaan, Corgi & The Gang Pet Cafe pada jam 12.30 tengah hari, 2 Ogos sebelum ke Bukit Bendera. “Mereka dipakaikan gelang berwarna merah jambu yang bertulis ‘Husky And The Gang’ untuk memasuki premis tersebut.
“Oleh kerana mereka ingin kembali ke kedai tersebut pada sebelah malam, mereka tidak menanggalkan gelang itu kerana premis itu membenarkan pengunjung yang telah datang ke premis untuk masuk semula dengan syarat memakai gelang berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tadi.
Menurutnya, semakan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mendapati nama mereka tiada dalam senarai pesakit dalam pemantauan (PUS) di daerah Seberang Perai Utara (SPU). Soffian berkata, kedua-duanya yang tinggal di Butterworth itu mengaku merupakan individu yang tular di media sosial.
“Mereka yang berusia 21 dan 22 tahun itu mengaku tidak pernah ke luar negara. Kedua-duanya berada di kaunter tiket furnikular Bukit Bendera pada jam 3 petang pada hari sama selama sejam untuk menunggu giliran membeli tiket.
“Oleh kerana menunggu terlalu lama, mereka membatalkan hasrat untuk naik ke Bukit Bendera, lalu pergi ke Pasaraya Queensbay di Bayan Baru,” katanya. Katanya, kedua-duanya yang bekerja sebagai operator kilang dan pembantu kedai itu tidak mempunyai rekod lampau.
Terdahulu, tular gambar wanita dan lelaki memakai gelang berwarna merah jambu pengesanan Covid-19 berada di tempat kawasan parkir kenderaan dipercayai berhampiran sebuah rumah ibadat di Bukit Bendera di sini. Paparan yang dimuat naik pengguna Facebook itu mengatakan telah terserempak dengan pasangan yang memakai gelang tangan merah jambu itu semasa berselisih di tangga keluar dari pusat pelancongan berkenaan.
SUmber:sinarharian
Disangkakan PUS Covid 19. Warga Emas Dikritik Gara Gara Gelang Seakan Gelang Pink. Bila Tular Terus Warga Emas Ini Buat Satu Tindakan Kat Individu Terbabit
Kes Covid-19 di Malaysia kini menunjukkan peningkatan, dan ia amat membimbangkan. Boleh dikatakan, ramai sudah mula risau dengan keadaan di sekeliling lebih-lebih lepas isu kes individu bergelang ‘pink’.Seperti kes yang tular ini, seorang lelaki warga emas tidak pasal menjadi bualan dan kritikan orang ramai kerana dikatakan sebagai individu PUS Covid-19, selepas gambarnya memakai gelang pink di kedai makan tular.
Tak pasal2 abah tular. Justeru, anak kepada warga emas terbabit, dengan nama Nisa Salleh menerusi Facebooknya, muncul menceritakan perkara sebenar yang berlaku selepas wajah bapanya tular di media sosial dan dikecam ramai.
Terdapat pulak kertas warna pink. Sebenarnya, gelang pink yang dipakai itu hanyalah gelang kertas yang diberikan oleh pihak hospital sebagai prosedur di hospital tersebut, selepas bapa dan ibunya datang ke hospital Ampang untuk membuat temu janji dengan doktor.
Tetapi selepas selesai urusan di hospital, bapa dan ibunya singgah makan di kedai. Nak dijadikan cerita, bapanya lupa nak tanggalkan gelang kertas pink, jadi ada individu yang merakam dan mendkwa bapanya sebagai individu PUS Covid-19.
Saman orang yang suka2 tular.Oleh itu, Nisa dan keluarganya telah membuat laporan polis dan mahu menyamn individu yang bertanggungjawab merakam dan menularkan wajah bapanya sehingga dikatakan macam-macam.Memang sekarang kita risau, tapi ia bukanlah alasan untuk kita sewenang-wenangnya boleh menduh orang lain tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini Sumber: Nisa Salleh.Artikel berkaitan:
Muncul Pula Lelaki Gelang Pink Selepas Tular Makcik Gelang Pink. Gara Gara Dua Individu Ini Ismail Sabri Terus Tampil Untuk Tindakan Seterusnya
Baru sahaja Menteri Ismail Sabri umumkan bahawa semua rakyat baru pulang ke Malaysia tidak boleh dikuarantin di rumah. Ini kerana baru baru ini tular di media sosial dimana seorang rakyat tempatan tidak mematuhi perintah kuarantin yang ditetapkan. Tambah lagi seorang Kluster Kayangan buat hal Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) sedang mengesan wanita yang dipercayai tidak mengikuti arahan kuarantin.
Menerusi gambar tular di media sosial, wanita tersebut dilihat makan di sebuah restoran sedangkan masih memakai wristband merah jambu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Terbaru, tular pula gambar seorang lagi individu memakai wristband yang sama di tempat awam. Sebelum ni kecoh kes seorang wanita yang memakai tag kuarantin keluar makan ketika masih dalam tempoh kuarantin.
Lokasi didedahkan
Terbaru, dikongsikan seorang lelaki di twitter melibatkan seorang lagi individu yang memakai tag kuar4ntin lepak di kedai makan. Korang tengok perkongsian dari warganet @isaacosman.tv ni menunjukkan seorang lelaki, selamba lepak kedai makan walaupun jelas pakai tag kuar4ntin. Dah lah takde inisiatif langsung nak sorok. Kalau korang nak tahu, lokasi gambar dekat atas ni adalah di salah sebuah kopitian di Desa Sri Hartamas.
Menurut Isaac, dia membuat keputusan untuk tak menegur tindakan lelaki ni sebab biasanya orang seperti ini susah nak dengar cakap manusia. Tambah dia lagi, dia telah pun laporkan kes ini kepada pihak berkuasa. Bukan tu je, ada juga warganet lain turut buat laporan yang sama ke atas individu tak bertanggungjawab ni. Haih, susah betul nak ikut arahan ya? Bukan kena duduk rumah sampai berbulan-bulan pun. Time-time macam ni tak bolehlah nak selfish sangat- Sumber: lobakmerah
100 peniaga terjejas gara-gara ‘mak cik gelang pink’
Tular gambar seorang individu di bawah pengawasan (PUS) Covid-19 tular makan di sebuah restoran di Meru Raya. IPOH – Lebih 100 peniaga di sekitar Bandar Meru Raya di sini terkesan berikutan penularan gambar seorang wanita memakai gelang pengesanan kuarantin koronavirus (Covid-19) berwarna merah jambu sejak dua hari lalu apabila jumlah pelanggan ke premis mereka semakin berkurangan. Timbalan Pengerusi Kelab Usahawan Bandar Meru Raya, Nizam Baharudin berkata, kedai yang ditularkan paling terkesan apabila semalam tidak lagi dikunjungi oleh orang ramai seperti sebelum ini.
Menurutnya, bukan itu sahaja, jumlah pengunjung ke Bandar Meru Raya juga dilihat semakin menyvsut dipercayai akibat kebimbangan orang ramai dengan berita mengenai kehadiran ‘mak cik gelang pink’ itu.”Kami peniaga di sini memang terjejas dengan berita yang tular itu. Ramai pihak khususnya warganet yang salahkan pemilik sedangkan mereka dah ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Untuk kami periksa teliti sehingga nak selak lengan baju dan sebagainya memang tak ada dalam SOP. Malah lepas gambar itu tular baru orang tahu gelang merah jambu itu pesakit yang sedang dikuarantin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Meru Raya di sini semalam.Nizam berkata, pemilik premis tidak harus dipersalahkan di atas sikap tidak bertanggungjawab individu tertentu yang enggan mematuhi arahan kuarantin ditetapkan.
Mengulas lanjut katanya, Kelab Usahawan Bandar Meru Raya belum bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas wanita tersebut kerana perbuatannya menjejaskan perniagaan di sekitar Bandar Meru Raya sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Bagaimanapun, pihak kelab bersama-sama pemilik kedai terlibat mendapatkan kerjasama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya untuk menjalankan sanitasi di kedai terbabit. Semalam, seorang individu di bawah pengawasan (PUS) Covid-19 tular makan di sebuah restoran di Meru Raya di sini telah dikenal pasti dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.-sinarharian
Post a Comment