Sudah siap jika dikritik oleh warganet. Ellie Suriati gesa kerajaan untuk teruskan satu perlaksanaan ini yang pernah menjadi bualan dalam kalangan masyarakat

Sudah siap jika dikritik oleh warganet. Ellie Suriati gesa kerajaan untuk teruskan satu perlaksanaan ini yang pernah menjadi bualan dalam kalangan masyarakat

Baru kecoh beberapa minggu lepas tentang isu kerajaan ingin mewajibkan penerbit filem dan pengguna media sosial yang memuat naik video di pelbagai platform supaya mendapatkan lesen FINAS, hari ini muncul pula isu baru.

Sudah siap jika dikritik oleh warganet. Ellie Suriati gesa kerajaan untuk teruskan satu perlaksanaan ini yang pernah menjadi bualan dalam kalangan masyarakat
Menurut Malaysiakini, pelakon dan pengarah, Ellie Suriati Omar telah mencadangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk melakukan penambahbaikan terhadap Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) 1981 selaras dengan perkembangan teknologi hari ini.

ARTIKEL MENARIK:Watak Nurul Ain buat ramai geram serta tinggal kesan buat orang ramai. Satu sisi menarik ini ramai tak tahu




Antara penambahbaikan yang perlu disegerakan ialah dengan mengenakan lesen untuk pemilik saluran YouTube kerana golongan tersebut menjana pendapatan lumayan daripada platform berkenaan.Sumber: Twitter

“Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik.“Antara penambahbaikan itu, menteri diseru melaksanakan lesen pengguna YouTube kerana mereka berjaya dengan kandungan kreatif disiarkan,” katanya.


Sedia maklum bahawa dia akan dikritik atas saranan tersebut, Ellie walau bagaimanapun tidak kisah kerana tidak tahan melihat penggiat seni sering menjadi sasaran keadaan.“Sekiranya mereka ingin menkritik saya, silakan. Kami ada alasan tersendiri kenapa menggesa kerajaan untuk melaksanakan lesen tersebut.“Kenapa tidak kamu (pemilik saluran YouTube) membayar lesen? Tak suka saya cakap macam tu? Dah tu, kamu hasilkan kandungan kreatif,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini

Tambah Ellie lagi, perkara yang paling dikesalinya ialah terdapat pemilik saluran YouTube yang menggunakan kemudahan itu untuk mengkritik filem tempatan hingga menjejaskan jumlah kutipan tayangan.“Ia mengakibatkan kerugian besar kepada penerbit, pengarah dan juga kru produksi kerana tiada orang mahu menonton filem kami selepas ia digelar produk smpah.“Industri kita bukan macam Hollywood, 10 peratus saja penggiat filem yang kaya dan selebihnya kategori B40,” katanya lagi.


So apa pendapat korang? Setuju ke tidak? 

Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriati Omar telah mencadangkan untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melakukan penambahbaikan terhadap Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) 1981 termasuklah mengenakan lesen kepada pengguna Youtube bagi mengeluarkan kandungan kreatif mereka.

Presiden Gabung Anak Seni itu juga berkata penambahbaikan itu perlulah disegerakan kerana pemilik saluran Youtube berjaya menjana pendapatan yang lumayan hasil daripada kandungan yang dimuat naik mereka menggunakan platform tersebut.


Loading...
loading...


Lindung hak industri

Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik. Menurut laporan Malaysiakini, Ellie yang ditemui ketika sidang media diskusi Gabung Anak Seni berkata akta tersebut harus dirombak demi menjaga hak dan kepentingan masa depan industri perfileman tanah air selain ianya selaras dengan perkembangan teknologi hari ini.

Baginya, ada dalam kalangan pemilik saluran Youtube ini akan mengambil kesempatan jika tidak diberikan lesen dengan mengaut keuntungan peribadi dan menjadikan medium itu sebagai satu tempat untuk mengkritik seperti menggunakan wajah seseorang berucap dalam satu perhimpunan tanpa kebenaran lalu memuat naik pada saluran tertentu.


Bukan untuk Facebook dan Tiktok

Sekiranya mereka ingin mengritik saya, silakan. Kami ada alasan tersendiri kenapa menggesa kerajaan untuk melaksanakan lesen tersebut. Kenapa tidak kamu (pemilik saluran YouTube) membayar lesen? Tak suka saya cakap macam tu? Dah tu, kamu hasilkan kandungan kreatif.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah jika saranan tersebut mendapat kritikan kerana pihak mereka mempunyai alasan tersendiri malahan tidak tahan melihat penggiat seni menjadi sasaran keadaan. Ini kerana ada daripada sesetengah pemilik saluran Youtube menggunakan medium tersebut untuk mengkritik filem tempatan sehingga boleh menjejaskan kutipan tayangan.

Walaubagaimanapun, saranan tesebut bukanlah untuk dikuatkuasakan terhadap pengguna laman Facebook dan TikTok kerana mereka dianggap antara pengguna home video. Gabung Anak Seni yang dinaungi pelbagai lapisan karyawan itu juga akan menyerahkan memorandum berkaitan isu tersebut kepada badan-badan kerajaan dalam masa terdekat dan akan diserahkan kepada SKMM, Perbadanan Harta Intelek Malaysia serta Kementerian Dalam Negeri pada satu tarikh yang akan dimaklumkan.

“Pada 1981, tiada langsung TikTok Youtube” – Menteri Multimedia Jawab Isu Perlesenan FINAS

Semasa persidangan Dewan Rakyat pagi semalam (23 Julai), Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah ada menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Wong Shu Qi (PH-Kluang) ketika dia bertanya apakah wajib bagi mereka yang mengambil bagian dalam produksi filem untuk memohon Lesen Pengeluaran (termasuk platform media sosial seperti TikTok, Youtube dan Instagram TV).

Saifuddin memetik undang-undang yang sudah termaktub untuk memberi keterangan mengenai kenyataannya sebelum ini memandangkan isu tersebut  telah menjadi perhatian Anggota Parlimen dan netizen lain.Ini kerana ia tidak dijelaskan samada perlaksanaan itu jika platform media sosial juga perlu mendapatkan lesen, di mana pemohon harus menyediakan modal pembayaran sekitar RM50,000 untuk mendapatkan lesen tersebut.

Malam tadi, FINAS menerusi laman Facebook ada mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memperjelas masalah pelesenan untuk filem.Ada banyak laporan yang “memberikan gambaran yang tidak tepat dan membawa makna yang berbeza dengan apa yang saya maksudkan dalam jawapan saya.” – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah,

Beliau juga ada  menjelaskan tentang undang-undang (Akta Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia tahun 1981 dan Akta 244) yang digunakan oleh pemerintah sebelum ini, termasuk Barisan Nasional dan Pakatan Harapan..

Beliau turut mengatakan bahawa pada tahun 1981, teknologi pada masa itu tidak mempunyai platform media sosial seperti TikTok atau Youtube tetapi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengakui bahawa Akta ini perlu ditambahbaik.Katanya lagi, pihaknya tidak berniat untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial. Baca penjelasannya disini…Disebabkan itu, KKKM terbuka untuk menerima apa-apa cadangan dalam memperbaiki bukan sahaja akta dibahaskan malah semua undang-undang dibawah pengawasan KKKM.

“Takkan nak buat video anak pun kena mintak lesen?” – Rakaman Filem Termasuk TikTok & Instagram Perlu Lesen

Sebentar tadi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengatakan yang semua produksi filem sama ada dari media mahu pun peribadi di platform tradisional mahu pun media sosial memerlukan lesen.

Tujuan perkara ini di buat adalah bagi memantau semua aktiviti rakaman bagi menjaga dan mengembangkan idustri filem berdasarkan Akta Finas 1981, lapor The Star.Di parlimen, Wong Shu Qi, MP Kluang telah mempersoalkan maksud sebenar lesen ini dan adakah ia akan memberi kesan kepada orang yang menggunakan platform media sosial seperti Instagram TV atau TikTok.

Menjawab persoalan ini, Datuk Saifuddin Abdullah mengatakan dia menggalakkan sesiapa pun untuk mengeluarkan apa jenis filem, tapi ia haruslah mematuhi undang-undang.Ini termasuk filem tayangan, filem pendek, trailer, pengiklanan dan apa-apa jenis rakaman termasuk pita rakaman dan cakera video imej bergerak, ditemani atau tak ditemani dengan bunyi dan dokumentari untuk tontonan umum.”Sebelum ini, Saifuddin turut mengatakan yang Akta Finas meminta semua pemegang lesen untuk memberitahu Finas tujuh hari sebelum memulakan pengambaran melalui borang khas yang diberikan.

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post