Tular gara gara watak Nurul. Wafariena kejutkan orang ramai apabila dia membuka cerita pekerjaan asal dia sebelum melakonkan watak tersebut

Tular gara gara watak Nurul. Wafariena kejutkan orang ramai apabila dia membuka cerita pekerjaan asal dia sebelum melakonkan watak tersebut

Sedia maklum, drama berjudul 7 Hari Mencintaiku musim kedua kini membanjiri laman sosial dimana ramai penonton memberikan pandangan mereka setelah menonton drama tersebut di kaca televisyen pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Tular gara gara watak Nurul. Wafariena kejutkan orang ramai apabila dia membuka cerita pekerjaan asal dia sebelum melakonkan watak tersebut
Walau bagaimanapun, penangan watak Mia Adriana, Khuzairi mahupun Mak Leha bukan sahaja yang menjadi buah mulut warganet malah watak Nurul Ain juga tidak henti-henti hangat diperkatakan.

ARTIKEL MENARIK:Watak Nurul Ain buat ramai geram serta tinggal kesan buat orang ramai. Satu sisi menarik ini ramai tak tahu




Walau bagaimanapun, menerusi sumber bahawa watak dibawakan oleh pelakon Wafariena Roslan itu merupakan pendatang baru dan lebih mesra disapa Wafa.Biarpun begitu, pelakon berusia 25 tahun ini ternyata tidak henti-henti juga tular dilaman sosial mengenai pelakon tersebut yang berasal dari Pulau Pinang.Meskipun meraih kritikan namun ia juga merupakan satu petanda bahawa watak Nurul dilakonkan olehnya itu berjaya setelah tinggalkan kesan luar biasa terhadap penonton.

Melalui sumber juga, Wafa ini terlebih dahulu melibatkan diri dalam bidang muzik dan dilaporkan selepas tamat sekolah, dia menjadi penyanyi secara freelance selain pernah mengikuti pancaragam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).Dalam pada itu, dia juga sebelum ini pernah berlakon dalam filem Buntat dan beberapa telefilem seperti Kisah Seram Hostel, Rinding, dan Main Kahwin-Kahwin.Selain itu, Wafa ini sebenarnya artis dibawah naungan MAP Music dan ternyata dia sedang mempromosikan single terbaru yang diberi tajuk Carilah Aku.-hcl


Luahan Shukri Yahaya Mengenai Khuzairi Dalam 7 Hari Mencintaiku 2

Pelakon Shukri Yahaya semakin dikenali ramai menerusi lakonannya dalam 7 Hari Mencintaiku. Memegang watak Khuzairi, suami kepada Mia Adriana, Shukri Yahaya baru-baru ini berkongsikan mengapa penonton perlu bijak menilai karakter yang dibintanginya itu.

Buat pengikut drama 7 Hari Mencintaiku ini pastinya tahu karakter Khuzairi yang sangat sayang kepada isterinya, Mia Adriana. Watak Mia Adriana yang dibintangi oleh Siti Saleha sering sahaja merajuk dan meninggi suara pada suaminya sejak musim pertama lagi.

Dalam 7 Hari Mencintaiku 2 ini Mia Adriana kembali dengan perangai lamanya itu. Ini menyebabkan Mak Leha, ibu kepada Khuzairi tidak sanggup untuk melihat anaknya itu mender1ta. Disebabkan itu juga Mak Leha lakonan Liza Abdullah telah merancang untuk Khuzairi bernikah dengan calon menantu pilihannya.


Beberapa perkara dalam episod yang ditayangkan setakat ini membuatkan ada yang panas hati dengan sikap Khuzairi yang terlalu menurut kata ibunya dan Mak Leha yang suka menyusun atur hidup anaknya. Walaubagaimanapun semalam pengarah drama ini sendiri, Jamal Khan berkongsikan satu video luahan Shukri Yahaya mengenai watak tersebut.

Dalam video tersebut kedengaran Shuri Yahaya memberitahu seperti berikut: “Apa sekali pun ibu yang pertama. Tidak kira walau sudah berkahwin sekali pun…”Video luahan dan penjelasan Shukri Yahaya dan Liza Abdullah ini telah meraih perhatian ramai.


Loading...
loading...


Watak Nad cakap straight forward dekat Nurul dipuji warganet, “Setepek…”

Drama 7 Hari Mencintaiku musim kedua nampaknya semakin membuatkan penonton emosi dengan episod-episod yang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat menerusi siaran di TV3. Walau bagaimanapun, sememangnya setiap watak dalam drama tersebut dimana bukan sahaja gandingan Siti Saleha dan Shukri Yahaya sahaja mencetuskan ramai perasaan penonton bercampur aduk malah beberapa watak seperti Nurul yang dilakonkan oleh Wafariena Roslan juga boleh membuatkan penonton turut emosi.

Dalam satu babak menerusi episod 25 ini pula ternyata mengundang gelak tawa penonton apabila watak Nad yang dilakonkan oleh Jaja Iliyes apabila dia yang seorang bersuara lantang dan bercakap straight forward menjadi perhatian umum.

Video yang dikongsikan menerusi laman sosial Instagram TV3 Malaysia ini juga mengundang pelbagai komen warganet yang turut senang melihat perwatakan Nad. Kelihatan, babak ketika makan bersama ini membuatkan Nad memberikan ayat win kepada watak Nurul dan video ini ternyata meraih ribuan tontonan sehingga mencecah lebih 369,000.Dalam pada masa yang sama, ruangan komen pula ditinggalkan pelbagai reaksi puas hati penonton terhadap watak Nad itu dan berikut antaranya.-hcl

Warganet seronok lihat video Helmi & Zaidi perli Khuzairi, “Adik ipar masuk air…”

Penangan drama berjudul 7 Hari Mencintaiku musim kedua nampaknya turut mendapat sambutan luar biasa seperti yang terdahulu. Mana tidaknya, watak-watak dibawakan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha dan ramai lagi ini menjadi buah mulut warganet sejak episod pertama ditayangkan pada awal bulan lalu.

Walau bagaimanapun, setiap watak dilakonkan sangat mendapat perhatian umum dan jika semalam tularnya watak Nad dan Nurul yang dilakonkan oleh Wafariena Roslan dan Jaja Illiyes dan terbaru pula, satu rakaman video menunjukkan gelagat Helmi dan Zaidi mencuit hati ramai.

Babak bersama Mia dan Khuzairi, Helmi yang dilakonkan oleh Syazwan Zulkifly manakala pelakon Bil Azali sebagai Zaidi membuatkan warganet seronok melihat gelagat ‘perli’ mereka berdua.Menerusi perkongsian di laman Instagram TV3 Malaysia, ternyata rata-rata peminat drama tempatan dan penonton setia drama tersebut tinggalkan pelbagai reaksi puas hati.

Dalam pada masa yang sama, warganet juga terhibur dengan watak Helmi dan Zaidi yang dilakonkan oleh kedua-dua pelakon lelaki tersebut yang turut dipuji menjadi.“Memang padu ayat yang keluar dari Helmi. Dalam gurauan ada sindiran pedas untuk Pok Cik Khuzairi tu”-hcl

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post