Peminat mahu Joy kahwin dengan suaminya kerana simpati melihat kehidupan usahawan itu. SELEPAS Joy Revfa mengumumkan ikatan pertunangan dengan jejaka yang dikenali sebagai Z.A berakhir, muncul seorang peminat yang sudi berkongsi kasih suaminya dengan ahli perniagaan itu.
Menerusi ruang komen di perkongsian Facebook Joy, 32, individu tersebut meluahkan hasrat untuk menjadikan pemilik nama Siti Arifah Mohd Amin itu sebagai madu atas sebab rasa simpati dengan apa yang terjadi. “Kahwin saja la dengan suami saya Joy… janji awak baik, kesian pula tengok,” tulis pengguna laman Facebook tersebut.
ARTIKEL MENARIK:Episod gelang pink masih ada sambungan. Suami isteri buat alasan kononnya hidap alahan kulit dan ini kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku
Joy batalkan perkahwinannya dengan jejaka bernama Z.A yang sepatutnya berlangsung pada Jun lalu. Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Joy mengesahkan pertunangannya dengan jejaka yang dikenali sebagai Z.A pada Mac lalu sudah berakhir. Kata Joy, keputusan untuk membatalkan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung Jun lalu itu berakhir berikutan tiada lagi keserasian antara mereka.
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna laman sosial membalas komen individu tersebut dan meminta agar tidak mempermainkan soal perkahwinan melainkan benar-benar ingin melakukannya. Bagaimanapun, individu tersebut menegaskan dia sememangnya serius dengan permintaan itu dan berharap agar suaminya berkahwin dengan Joy.
Peminat kesian melihat Joy membesarkan anak seorang diri. “Puan saya serius apa yang saya cakap. Tak ada pun saya gelak-gelak. Janji kahwin dengan Joy Revfa. Bukan apa, sudah lama saya jadi pengikut dia. Asyik kecewa saja. “Kita sebagai peminat dia rasa juga sedih… anak pula makin membesar. Walaupun keluarga dia sangat memberi sokongan tetap lain ada suami,” kata individu tersebut
Joy pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 namun mereka berpisah pada 25 Oktober tahun yang sama. Sebelum itu, Joy pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia enam tahun.-mstar
Terbongkar rahsia batal majlis nikah kerana ingin kahwini suami orang buat ramai seakan tak percaya sikap sebenar Joy Revfa. Dia tampil buka mulut cerita perkara sebenar pada umum
Selepas Joy Revfa mengumumkan ikatan pertunangan dengan jejaka yang dikenali sebagai Z.A berakhir, muncul seorang peminat yang sudi berkongsi kasih suaminya dengan ahli perniagaan itu. Menerusi ruang komen di perkongsian Facebook Joy, 32, individu tersebut meluahkan hasrat untuk menjadikan pemilik nama Siti Arifah Mohd Amin itu sebagai madu atas sebab rasa simpati dengan apa yang terjadi.
“Kahwin saja la dengan suami saya Joy… janji awak baik, kesian pula tengok,” tulis pengguna laman Facebook tersebut. Joy batalkan perkahwinannya dengan jejaka bernama Z.A yang sepatutnya berlangsung pada Jun lalu.Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Joy mengesahkan pertunangannya dengan jejaka yang dikenali sebagai Z.A pada Mac lalu sudah berakhir. ata Joy, keputusan untuk membatalkan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung Jun lalu itu berakhir berikutan tiada lagi keserasian antara mereka. Dalam pada itu, seorang lagi pengguna laman sosial membalas komen individu tersebut dan meminta agar tidak mempermainkan soal perkahwinan melainkan benar-benar ingin melakukannya. Bagaimanapun, individu tersebut menegaskan dia sememangnya serius dengan permintaan itu dan berharap agar suaminya berkahwin dengan Joy.“Puan saya serius apa yang saya cakap. Tak ada pun saya gelak-gelak. Janji kahwin dengan Joy Revfa. Bukan apa, sudah lama saya jadi pengikut dia. Asyik kecewa saja. “Kita sebagai peminat dia rasa juga sedih… anak pula makin membesar. Walaupun keluarga dia sangat memberi sokongan tetap lain ada suami,” kata individu tersebut. Joy pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 namun mereka berpisah pada 25 Oktober tahun yang sama. Sebelum itu, Joy pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia enam tahun.
Joy Revfa bertunang dengan rakan kongsi
Bekas isteri penyanyi, Hafiz Hamidun, usahawan kosmetik, Joy Revfa bertunang dengan rakan kongsi perniagaan di Shah Alam, semalam. Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 32, bagaimanapun, enggan mendedahkan identiti jejaka pilihan hati yang bakal dinikahi, tahun ini. Malah, pada perkongsian di Instagram, Joy ‘menutup’ wajah tunang dan anggota keluarganya, namun meletakkan tag di bawah akaun pada entri terbabit. “Majlis pertunangan dibuat sederhana dan tertutup. Saya bersyukur majlis dihadiri teman rapat seperti Heliza Helmi, Mawar Karim dan Lufya. “Insya-Allah, majlis perkahwinan dirancang, tidak lama lagi… Insya-Allah tahun ini juga,” katanya kepada BH Online.
Joy bersyukur ibunya, Sofia Abbas merestui pertunangan ini malah menjadi individu penting dalam membuat hiasan bagi setiap sudut rumah. “Dulang hantaran pun ibu saya sediakan,” katanya. Bercerita mengena jejaka pilihan hati, Joy mengaku mengenali rakan kongsinya itu, akhir tahun lalu. “Kami bertemu pada mesyuarat di mana saya mahu melebarkan skop perniagaan dalam bidang kecergasan diri. “Tunang saya adalah jurulatih kecergasan dan memiliki perniagaan sendiri. Akhirnya, kami jadi rakan kongsi di bawah Merve Fitness. “Sejak itu, kami mula kenal hati budi masing-masing. Dia memiliki ciri-ciri lelaki idaman saya,” katanya sambil menambah tunangnya menjaga solat dan hubungan dengan bukan muhrim, selain mendalami ilmu agama. Joy pernah dua kali mendirikan rumah tangga termasuk dengan Hafiz. Namun, mereka berpisah pada 2017. Dalam perkahwinan pertama, Joy dikurniakan anak, Arryan Firdaus yang berusia enam tahun.
Joy Revfa digelar ‘perempuan murah’ gara-gara mesej suami orang – “Berang dekat suami anda, jangan berang dekat saya”
Gara gara menghantar mesej dengan emoji cium dan panggilan manja seperti sayang kepada suami orang, usahawan kosmetik Joy Revfa digelar sebagai ‘perempuan murah’. Enggan membiarkan perkara itu menjadi salah faham, Joy tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar mengenai mesej tersebut yang dihantar secara rambang (blast) bukannya peribadi. Menurut pemilik nama Siti Arifah Mohd Amin, dia tidak mengetahui dalam kalangan stokis dan ejen produknya iaitu MERVE ada lelaki yang sudah berkahwin memandangkan gambar di aplikasi WhatsApp tidak menggunakan foto sebenar.
Joy tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar. “Tak fasal-fasal Joy kena hembur kata kata negatif hari ini (Ahad). Mohon maaf kepada isteri-isteri yang terbaca dalam WhatsApp suami masing-masing bila ‘message blast’ Joy yang ada perkataan ‘dear, sayang, with love, emoji kiss’ dan lain-lain. “Serius, Joy sendiri pun tak tahu suami anda pun antara agent atau stokis online MERVE (profile picture tak letak jadi tak tahu agent tu lelaki atau perempuan). “Mesej itu secara rambang (blast). Bukan Joy bagi secara personal ya… Sebab biasanya agents dan promoter online semuanya wanita. Jarang ada lelaki. “Semoga tiada salah faham lagi buat isteri-isteri yang suaminya adalah stokis MERVE. Kalau nak beranga, berang pada suami anda ya. Jangan berang pada Joy. Tak fasal mendapat panggilan perempuan murah katanya.
Bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun itu tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan perkara itu di laman Facebook miliknya. Joy turut memuat naik foto paparan skrin mesej seorang wanita berang dengan mesej mesra yang dihantar kepada suaminya dan memanggil usahawan itu dengan panggilan tidak baik. “Apa benda with love dengan laki (suami) orang ini? Siapa ini? Tak ada kerja kacau laki orang? Perempuan murah,” tulisnya. Dalam pada itu, rata-rata warganet memahami niat Joy menghantar mesej itu dan menganggap wanita tersebut terlalu sensitif sehingga menjadi salah faham.
via Era Kini
Post a Comment