Sejak usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari luar negara dipergiatkan gara-gara pandemik COVID-19, timbul pula isu yang tidak enak mengenai kedegilan pemakai ‘gelang pink’.
Untuk pengetahuan ramai, sebenarnya wristband atau tag khas berkenaan diberikan oleh pihak KKM kepada semua individu yang tiba dari luar negara selepas selesai buat saringan kesihatan. Kaedah dentifikasi ini sangat penting supaya status mereka yang dalam kuarantin ini diketahui masayarakat dan tidak boleh disembunyikan.
ARTIKEL MENARIK:Setakat ini hubungan Pu Abu dan bekas isteri kedua baik je. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Pu Abu tampil bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya.
Sepasang suami isteri dari Kampung Kuala Sanglang ditahn cuba sembunyikan ‘gelang pink‘
Selain itu, mereka juga ‘diharamkan’ sama sekali daripada mencabut sepanjang tempoh kuarantin dan hanya pihak kesihatan saja yang boleh mengendalikan alat penanda tersebut. Namun semalam, tindakan sepasang suami isteri yang nekad menyembunyikan gelang pink berkenaan telah berjaya digagalkan oleh pihak polis dalam sekatan jalan raya di Jalan Simpang Empat-Kuala Sanglang.
Bagi alasan hidap alahan kulit…walhal sanggup ikut jalan tikus untuk beli barang
Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, individu yang berusia 54 dan 65 tahun terbabit ditahan ketika menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira jam 3.30 petang. Gara-gara memberikan alasan hidap alahan pada kulit, mereka diberkas kerana gagal memberi alasan munasabah apabila melalui ‘jalan tikus’ sekali gus keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO) iaitu Kampung Kuala Sanglang. Bagaimanapun, mereka kemudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Sumber: Astro Awani
Masih Berlarutan Kes Gelang Pink. Kali Ini Kisah Seorang Gadis Selamba Sahaja Pakai Gelang Pink Tapi Bila Disoal Siasat Rupanya Ini Kisah Disebaliknya
IPOH: Gelang merah jambu dipakai seorang individu dikesan di sebuah kedai makan di sini, bukan untuk pesakit di bawah pengawasan (PUS) COVID-19, sebaliknya gelang pengenalan masuk ke sebuah taman tema. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan berkaitan penafian itu daripada peniaga restoran yang dikunjungi individu terbabit hari ini.
“Pengadu (peniaga) menerima gambar yang tular melalui WhatsApp mengatakan seorang pelanggan wanita memakai gelang merah jambu yang dikhaskan untuk individu dikuarantin berkaitan COVID-19, datang dan makan di restoran miliknya. “Selepas meneliti kamera litar tertutup (CCTV) restoran didapati pelanggan berkenaan bukan memakai gelang merah jambu berkenaan, tetapi gelang ‘tag’ masuk ke sebuah taman tema di sini,” katanya.
A Asmadi berkata, pengadu membuat laporan jam 5 petang hari ini untuk menafikan gambar yang tular itu dan meminta polis mengambil tindakan sewajarnya kerana perkara ini mengakibatkan imej restoran pengadu terjejas. Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak memaklumkan pihaknya sedang mengenal pasti individu yang memakai gelang untuk PUS COVID-19 yang didkwa berlegar di sekitar sebuah kedai makan di sini.Laporan polis juga dibuat dan siasatan lanjut mengenainya turut dijalankan JKN Perak-bh
Tular Gambar Pasangan Pakai Gelang Pink. Hasil Siasatan Rupanya Gelang Pink Tu Bukan Gelang Pengesanan Covid 19. Akhirnya Tuan Badan Tampil Bongkarkan Sesuatu
Gambar pasangan kekasih tersebut tular selepas didkwa memakai gelang berwarna merah jambu pengesanan Covid-19 di kawasan parkir Bukit Bendera. GEORGETOWN – Dua individu memakai gelang tangan berwarna merah jambu yang didapati berada di kawasan parkir kenderaan di Bukit Bendera, Air Itam di sini disahkan negatif (koronavirus) Covid-19.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kedua-dua yang merupakan pasangan kekasih itu telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita.
Beliau berkata, wanita tersebut ternampak pasangan tersebut berjalan di parkir kenderaan pusat peranginan itu pada jam 3.25 petang, 2 Ogos lalu. Menurutnya, hasil siasatan mendapati pasangan itu memakai gelang tangan berwarna merah jambu yang dikhaskan kepada pengunjung sebuah kedai haiwan peliharaan di New World Park di sini.
“Hasil keterangan pasangan itu, mereka ke sebuah kedai haiwan peliharaan, Corgi & The Gang Pet Cafe pada jam 12.30 tengah hari, 2 Ogos sebelum ke Bukit Bendera. “Mereka dipakaikan gelang berwarna merah jambu yang bertulis ‘Husky And The Gang’ untuk memasuki premis tersebut.
“Oleh kerana mereka ingin kembali ke kedai tersebut pada sebelah malam, mereka tidak mennggalkan gelang itu kerana premis itu membenarkan pengunjung yang telah datang ke premis untuk masuk semula dengan syarat memakai gelang berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tadi.
Menurutnya, semakan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mendapati nama mereka tiada dalam senarai pesakit dalam pemantauan (PUS) di daerah Seberang Perai Utara (SPU). Soffian berkata, kedua-duanya yang tinggal di Butterworth itu mengaku merupakan individu yang tular di media sosial.
“Mereka yang berusia 21 dan 22 tahun itu mengaku tidak pernah ke luar negara. Kedua-duanya berada di kaunter tiket furnikular Bukit Bendera pada jam 3 petang pada hari sama selama sejam untuk menunggu giliran membeli tiket.
“Oleh kerana menunggu terlalu lama, mereka membatalkan hasrat untuk naik ke Bukit Bendera, lalu pergi ke Pasaraya Queensbay di Bayan Baru,” katanya. Katanya, kedua-duanya yang bekerja sebagai operator kilang dan pembantu kedai itu tidak mempunyai rekod lampau.
Terdahulu, tular gambar wanita dan lelaki memakai gelang berwarna merah jambu pengesanan Covid-19 berada di tempat kawasan parkir kenderaan dipercayai berhampiran sebuah rumah ibadat di Bukit Bendera di sini. Paparan yang dimuat naik pengguna Facebook itu mengatakan telah terserempak dengan pasangan yang memakai gelang tangan merah jambu itu semasa berselisih di tangga keluar dari pusat pelancongan berkenaan.
SUmber:sinarharian
Disangkakan PUS Covid 19. Warga Emas Dikritik Gara Gara Gelang Seakan Gelang Pink. Bila Tular Terus Warga Emas Ini Buat Satu Tindakan Kat Individu Terbabit
Kes Covid-19 di Malaysia kini menunjukkan peningkatan, dan ia amat membimbangkan. Boleh dikatakan, ramai sudah mula risau dengan keadaan di sekeliling lebih-lebih lepas isu kes individu bergelang ‘pink’.Seperti kes yang tular ini, seorang lelaki warga emas tidak pasal menjadi bualan dan kritikan orang ramai kerana dikatakan sebagai individu PUS Covid-19, selepas gambarnya memakai gelang pink di kedai makan tular.
Tak pasal2 abah tular. Justeru, anak kepada warga emas terbabit, dengan nama Nisa Salleh menerusi Facebooknya, muncul menceritakan perkara sebenar yang berlaku selepas wajah bapanya tular di media sosial dan dikecam ramai.
Terdapat pulak kertas warna pink. Sebenarnya, gelang pink yang dipakai itu hanyalah gelang kertas yang diberikan oleh pihak hospital sebagai prosedur di hospital tersebut, selepas bapa dan ibunya datang ke hospital Ampang untuk membuat temu janji dengan doktor.
Tetapi selepas selesai urusan di hospital, bapa dan ibunya singgah makan di kedai. Nak dijadikan cerita, bapanya lupa nak tanggalkan gelang kertas pink, jadi ada individu yang merakam dan mendkwa bapanya sebagai individu PUS Covid-19.
Saman orang yang suka2 tular.Oleh itu, Nisa dan keluarganya telah membuat laporan polis dan mahu menyamn individu yang bertanggungjawab merakam dan menularkan wajah bapanya sehingga dikatakan macam-macam.Memang sekarang kita risau, tapi ia bukanlah alasan untuk kita sewenang-wenangnya boleh menduh orang lain tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini Sumber: Nisa Salleh.Artikel berkaitan:
Muncul Pula Lelaki Gelang Pink Selepas Tular Makcik Gelang Pink. Gara Gara Dua Individu Ini Ismail Sabri Terus Tampil Untuk Tindakan Seterusnya
Baru sahaja Menteri Ismail Sabri umumkan bahawa semua rakyat baru pulang ke Malaysia tidak boleh dikuarantin di rumah. Ini kerana baru baru ini tular di media sosial dimana seorang rakyat tempatan tidak mematuhi perintah kuarantin yang ditetapkan. Tambah lagi seorang Kluster Kayangan buat hal Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) sedang mengesan wanita yang dipercayai tidak mengikuti arahan kuarantin.
Menerusi gambar tular di media sosial, wanita tersebut dilihat makan di sebuah restoran sedangkan masih memakai wristband merah jambu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Terbaru, tular pula gambar seorang lagi individu memakai wristband yang sama di tempat awam. Sebelum ni kecoh kes seorang wanita yang memakai tag kuarantin keluar makan ketika masih dalam tempoh kuarantin.-lobakmerah
via Era Kini
Post a Comment