Ernie luah rasa syukur majlis pertunangannya dengan Syamel berjalan dengan lancar. SELEPAS lama berteka-teka akhirnya penyanyi Ernie Zakri mengesahkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Syamel pada Sabtu di kediamannya.
Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, berkata majlis pertunangan itu juga hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mahu ia berlangsung secara privasi. “Alhamdulillah majlis pertunangan saya dan Syamel yang berlangsung pada semalam (Sabtu) berjalan dengan lancar. Tapi hari ini baru kami ambil keputusan untuk berkongsi kepada umum.
ARTIKEL MENARIK:Langsung tak kisah nak berkawan dengan suami orang. Wan Sharmila buat pendedahan tentang jodoh buat dirinya setelah berpisah buat sekian lama
“Majlis pertunangan kami diadakan di rumah saya yang hanya dihadiri keluarga rapat sahaja. Rakan-rakan pun tak ada sebab kami adakan betul-betul secara privasi. “Perasaan saya sudah tentu sangat gembira tapi lebih kepada nak semua orang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan Syamel,” kata Ernie ketika dihubungi mStar. Penyanyi lagu Ku Bersuara dan tunangnya itu turut berkongsi foto indah majlis pertunangan mereka di laman Instagram masing-masing pada Ahad.
Perancangan untuk melangsungkan perkahwinan, Insya-Allah tahun hadapan.
Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti yang turut mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.Pada Jun lalu, Ernie meluahkan rasa terharu sehingga menitiskan air mata apabila Syamel memberi kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada 23 Jun lalu.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Gundah ini memberitahu dia dan Syamel merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan namun masih belum mempunyai tarikh yang tepat.”Perancangan untuk melangsungkan perkahwinan, Insya-Allah tahun hadapan. Doakan la yang baik-baik. Kalau dah tahu dan dapat kepastian bila tarikh itu, kami akan berkongsi kepada semua,” ujarnya.Pasangan penyanyi ini mula berkawan rapat sejak 2018, bagaimanapun kedua-duanya mengunci mulut dan hanya mengakui sekadar teman baik.
Dikejutkan Dengan Pengumuman Majlis Perkahwinannya Bersama Syamel. Sekali Lagi Ernie Kejutkan Dengan Satu Pendedahan Ini
Penyanyi, Ernie Zakri mengakui berasa sedikit r4lat kerana menangguhkan niatnya untuk berhijab sehinggalah tamat pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 yang lalu. Menurut Ernie, hal tersebut merupakan antara kes1lapan dirinya kerana dia lebih mementingkan soal kerja ketika itu. “Masa AJL haritu, sebenarnya memang dah niat nak pakai tudung tetapi saya lebih memikirkan tentang soal kerja pada masa itu.
“Dan benda itu adalah satu kes1lapan saya juga. Sekarang saya terfikir kenapalah saya tak pakai tudung lebih awal. Saya hanya manusia biasa. “Saya sebenarnya rasa lagi bersyukur yang Allah berjaya buka hati saya. Itu yang harus saya pandang sebagai satu benda yang positif,” katanya jujur. Bagaimanapun, penyanyi lagu Ku Bersuara itu menambah, dia tidak akan sesekali menoleh ke belakang.
Sebaliknya, bintang ini akan terus beristiqamah dalam menjaga aurat. “Kalau saya kenang-kenang kenapa tak pakai lebih awal tu saya rasa past is past. Semua orang ada history masing-masing. “Lepas AJL, masa PKP ni yang meletakkan tanda untuk saya bertudung kerana timbul rasa ketakvtan pada saya what if this is the end of the world. Sempat ke aku ni.
“Jadi sedikit sebanyak benda tu mendorong saya untuk lebih berani dan alhamdulillah lepas saya sarung je tidak ada apa-apa kesusahan bagi saya,” jelasnya lagi. Ernie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis sidang media Nurflix.tv di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam pada Khamis.
Dalam pada itu, Ernie menjelaskan bahawa dia akan meneruskan kariernya seperti biasa kerana percaya niat yang baik pasti akan dipermudahkan. “Pada saya Allah tu penyayang, Dia tidak akan suruh kita berhenti cari rezeki tapi of course la dengan cara dan haluan yang betul. Benda ni sangat subjektif. “Ada juga yang mengatakan yang sepatutnya kita ni tak boleh menyanyi tapi pada saya asalkan niat yang pertama tu betul yang you nak cari rezeki yang halal, InsyaAllah akan dipermudahkan,” katanya lagi.-mh
Akhirnya Teka Teki Hubungan Mereka Terjawab Jua. Ernie Dan Syamel Buat Kejutan Dengan Maklumkan Perkahwinan Mereka
Akhirnya terjawab desas-desus mengenai dua penyanyi bersuara merdu ini, Ernie Zakri dan Syamel apabila mereka menerusi sumber dikatakan bakal berkahwin pada tahun hadapan. Penyanyi duet lagu popular, Aku Cinta ini terdahulu pernah digosipkan bercinta apabila acap kali dilihat meluangkan masa bersama dan ada berkongsikan moment itu di laman InstagramWalau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, Ernie Zakri tidak menafikan siapakah calon suami pilihannya apabila pastinya ramai yang sudah mendengar tentang dia dan Syamel.
“Setakat ini calonnya adalah seperti yang anda semua sudah dengar. Jadi, doakan semoga semuanya dipermudahkan.“Dia ada ciri-ciri suami idaman saya, cuma kami belum mengenali satu sama lain dengan cukup mendalam. Yang pasti, ciri-ciri utama adalah dia menghormati ibu bapa saya,” ujarnya.Akui bahawa Syamel mempunyai ciri-ciri suami idamannya, namun apa yang pasti penyanyi tersebut menghormati ibu bapa Ernie Zakri. Dalam pada masa yang sama, Ernie Zakri meminta untuk mendoakan agar dia dapat menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan.“Doakan semoga saya dapat menamatkan zaman bujang menjelang tahun depan kerana tahun depan usia saya sudah 29 tahun.” Biarpun begitu, Ernie Zakri berkata bahawa pada tahun ini pula dia perlu fokus terhadap kerjaya dan ibu bapanya-hcl
Hubungan nampak erat. Syamel dedahkan hubungan sebenar dia dengan Ernie Zakri. Sehubungan dengan itu ramai peminat terkejut dengan jawapan Syamel.
Syamel dan Ernie hargai doa baik dari peminat di laman sosial mereka. PENYANYI Syamel berkata kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Ernie Zakri pada Selasa lalu merupakan salah satu bentuk penghargaan yang dilakukan untuk sahabat baiknya itu. Menurut Syamel, 27, majlis yang diaturkan olehnya itu bertujuan untuk meraikan hari jadi teman baiknya setelah hampir empat tahun mereka berkawan rapat.
“Cerita sebenarnya saya dan Ernie memang tak ramai kawan… sebelum ini kami habiskan banyak masa dengan bekerja, kemudian balik rumah dan begitulah kehidupan seharian. “Empat tahun kami berkawan, apabila tiba hari jadi Ernie saya rasa ini merupakan peluang untuk saya buat satu kejutan untuk dia. Saya pun memang suka buat surprise. Itu sahajalah,” katanya kepada mStar.
Syamel buat kejutan hari jadi Ernie. Pada Selasa lalu, Ernie mengakui terharu sehingga menitiskan air mata apabila Syamel memberi kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28. Gara-gara perkongsian Ernie di Instagram itu, ramai peminat mendoakan pasangan ini segera berkahwin dan mendirikan rumah tangga bersama. Menyedari komen yang ditinggalkan pengikut itu, Syamel berkata tiada apa yang boleh diungkapkan selain berharap doa-doa baik daripada peminat itu akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Syamel dan Ernie hanya berkawan rapat. “Saya baca di ruangan komen ramai yang mendoakan supaya kami cepat kahwin… sebagai orang yang memang nak meng4khiri kehidupan dengan pasangan, saya sangat hargai ucapan mereka itu. “Kami memang sedang kearah itu cumanya kami masing-masing tak tahu dengan siapa jodoh itu.
Bukan kami sengaja mahu mengada-ngada, tak nak mengiyakan atau tak mahu melayan pertanyaan peminat tentang hubungan kami, tapi memang itu prinsip kami selagi belum tiba hari kejadian kami tak mahu cakap apa-apa. “Saya cuma mampu cakap doakan yang terbaik dan saya juga akan buat yang terbaik sebagai rakan kepada Ernie. Dalam hal ini saya percaya Ernie juga mempunyai pendapat yang sama,” ujarnya-mstar
via Era Kini
Post a Comment