Tular Isu Yang Dibincangkan Oleh Caprice Dan Fynn Jamal. PU Azman Keluarkan Kenyataan Berkaitan Dengan Isu Berkenaan

Tular Isu Yang Dibincangkan Oleh Caprice Dan Fynn Jamal. PU Azman Keluarkan Kenyataan Berkaitan Dengan Isu Berkenaan

Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman ada memberikan penerangan mengenai isu perbuatan yang tidak senon0h yang sedang h4ngat diperkatakan ketika ini dari sudut pandang Islam. Menurut PU Azman, individu yang tidak bertanggungjawab akan dihvkvm sebagai pes4lah dan cara wanita berpakaian pula bukanlah alasan untuk menghalalkan jnyh ini.

Tular Isu Yang Dibincangkan Oleh Caprice Dan Fynn Jamal. PU Azman Keluarkan Kenyataan Berkaitan Dengan Isu Berkenaan
Tular Isu Yang Dibincangkan Oleh Caprice Dan Fynn Jamal. PU Azman Keluarkan Kenyataan Berkaitan Dengan Isu Berkenaan

“Dalam fiqh Islam, individu yang tidak bertanggungjawab tetap dihvkvm sebagai pesal4h. “Perempuan yang tidak berpakaian cukup kain bukan alasan untuk ‘halalkan’ jnyh tersebut,” tulisnya.

ARTIKEL MENARIK:Isu Fynn Jamal dan Caprice. Syafie Naswip mula masuk campur dan satu kenyataan ini membuat ramai orang tergamam dengan pendapatnya



Kenyataan tersebut dikongsikan oleh PU Azman menerusi akaun Twitter. Tambah juara program Pencetus Ummah musim ke-2 itu lagi, wanita sememangnya wajib untuk menutup aurat bukan disebabkan untuk mengelak perbuatan tidak elok itu tetapi kerana perintah Allah SWT. “Tapi perempuan yang tidak berpakaian tidak cukup kain memang wajib tutup aurat. “Bukan semata-mata nak elak kejadian itu berlaku, tetapi itu adalah perintah Allah,” kongsinya lagi. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet memuji penerangan yang diberikan oleh PU Azman itu. Baru-baru ini, isu jnyh tersebut telah menjadi topik h4ngat sehingga telah menimbulkan p3rbalahan beberapa pihak di platform media s0sial.- Twitter Pu Azman

Ulas isu yang tengah rancak diperkatakan. Ini nasihat jentik hati PU Azman sampai warganet pun sanggup berkongsi pengalaman

Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman, ada memberikan nasihatnya mengenai mereka yang sedang bersel1sih pendapat. Menurut PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man itu, sekiranya kita melihat ada dua pihak sedang berb4lah, damaikanlah mereka. “Saudaraku semua, bila kita nampak dua kumpulan atau dua orang saudara kita berbal4h atau ada sal4h faham, damaikanlah mereka. “Cik Man sertakan dalil di ruangan caption,” tulisnya. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Cik Man menerusi akaun Instagram miliknya. Jelas juara program Pencetus Ummah Musim Ke-2 itu lagi, ketika kita melihat orang lain sedang bert3ngkar, elakkanlah menjadi dua jenis individu ini. “Dalil Surah Al Hujurot ayat 10. Maksudnya: Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka damaikanlah antara kedua-dua saudaramu itu. “Tidak masuk Syurga nammaam / si batu api”. (Bukhari Muslim). Tidak akan masuk Syurga qottaat / si batu api”. (Bukhari). “QATTAAT: Orang yang mendengar sesuatu daripada orang lain tanpa mengetahui makna sebenarnya, kemudian menyampaikan apa yang didengarnya kepada orang lain. “NAMMAAM : Orang yang ada di tempat kejadian ketika mengetahui suatu hal orang, kemudian dia sebarkan kepada orang lain,” kongsinya. Dalam pada itu, Cik Man turut sempat bergurau mengenai dua terma yang dikongsikannya itu. “Semoga Cik Man bukan NAMMAAM, tapi bila lapar memang cik man nak MAMAM. “Semoga Cik Man bukan QOTTAAT, tapi bila lapar cik man memang muka K3TAT,” selorohnya. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet berterima kasih kepada Cik Man diatas perkongsian tersebut selain turut berharap agar kita semua boleh mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Sumber: Instagram PU Azman

Isu asingkan pakaian suami. Jawapan santai PU Azman ini ternyata menjawab segala persoalan yang berada di minda orang ramai.

Saranan seorang pengguna Facebook agar pakaian suami dibasuh berasingan dengan anak-anak menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Alasan untuk memuliakan suami jelas tidak disenangi warganet. Status yang menjadi perdebatan itu bagaimanapun telah mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Azman. PU Azman menerusi laman Instagram berkongsi pendapat mengenai isu mengasingkan pakaian suami daripada pakaian anak-anak dan isteri yang sibuk diperkatakan ini. Dia menyarankan agar kita mengikut sistem pengurusan rumah tangga yang dirasakan selesa dan mampu. Bila keluar kenyataan “asingkan pakaian suami sebagai tanda memuliakan suami”, akan berlaku temp1as kepada isteri-isteri lain yang campurkan pakaian suami dengan pakaian anak-anak di mana mereka merasakan diri mereka tak memul1akan suami. Kalau korang buat sistem atau undang-undang pengurusan di rumah yang korang selesa dan mampu untuk lakukan, jangan bersifat “memaks4” orang lain buat atas nama agama. Menimbulkan kesukaran untuk mengasingkan. Bukan semua situasi suri rumah itu sama. Islam bukan agama yang menyusahkan. Ini dinamakan takalluf (memberatkan) dalam agama. Jangan buat orang lain rasa bersal4h dalam agama.


Loading...
loading...


Suami dan isteri adalah rakan kongsi

Malah, kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan. Hal ini adalah kerana dilihat membebankan dari sudut agama. PU Azman turut memberi beberapa contoh yang mudah untuk kita fahami. Ada unsur melamp4u dalam memuliakan suami. Bila dah kata pakaian suci, maka ini adalah pengiktirafan syariat. Maka tiada faedah untuk pengasingan atas alasan adab. Sama macam kita cakap, kalau susun baju suami jangan campurkan dengan baju anak-anak. (Yang dimaksudkan ialah asing atas dasar memuliakan, tapi kalau atas dasar supaya senang nak pilih, tak ada masalah) Ini tak masuk akal. Kita bersetuju bahawa isteri berhak mohon pertolongan suami untuk buat kerja-kerja rumah. Dan hal ini jauh lebih berat dari sekadar mencampurkan pakaian suami. Tetapi kita tak cakap pula isteri yang minta suami bantu kerja rumah sebagai isteri yang tak memuliakan suami. Jadi, takkan sekadar campurkan pakaian itu dikatakan tak memuliakan suami. Suami dan isteri adalah rakan kongsi rumahtangga. Maka mereka saling memudahkan, bukan menyusahkan. Apa guna asingkan baju suami, tapi kata-kata isteri pun buat suami rasa terasing.-ohbulan

Tular Isu Elak Basuh Baju Suami Campur Dengan Anak-anak, Lelaki Ini Kongsi Cara Didik Keluarga

Baru-baru ini tular di media sosial status seorang wanita yang mempersoalkan basuhan baju anak dan suami dicampur sekali. Meskipun hukum menyatakan basuhan suci, seorang isteri seharusnya mempunyai adab dan memuliakan suami. Isu tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada pelbagai pihak. Rata-rata tidak bersetuju dan menegaskan tidak perlu memberatkan apa yang tidak sepatutnya. Status ini mula menjadi pendebatan ramai, Masing-masing ada pendapat yang berbeza dan menganggap perkara ini tidak wajar diamalkan. Melalui satu perkongsian di laman Facebooknya, seorang lelaki, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkongsi cara didik keluarga.

Ya lah, ya lah, saya pad4m post pasal basuh baju tadi. Dah berlaku perbalahan pula memasing kat facebook saya ni. Bagi saya mudah, utamakan prioriti dahulu. Bil eletrik, bil air, masa dan tenaga. Kena ambil kira semua tu. Kenapa nak membazir kalau boleh berjimat? Rasanya payah nak cari suami yang kata, baju saya asingkan, jangan campur sekali. Dia pun fikir banyak kali pasal komitmen bulanan. Kalau ada sebab munasabah, tak ada masalah. Contoh, pakaian suami atau isteri tu terlalu kotor, atau sebab kerja di klinik atau hospital, virus bakteria sana sini. Alasan tu patutlah. Sekarang, mari kita berfikir, kenapa ya pakaian anak ada naj1s? Kalau baby eloklah tak campur pakaian dengan orang dewasa. Basuh dengan tangan lebih baik. Taklah r0sak baju budak tu nanti. Lahir anak baru, boleh guna lagi baju tu. Ada anak yang pakai pampers lagi ke? Umur dia dah berapa sekarang? Bila nak ajar tak pakai pampers tu? Kalau dah tak pakai pampers, fokus lah untuk didik anak cara basuh naj1s dengan cara yang betul. Kalau terkena juga naj1s, cuci dengan air paip dulu hingga hilang bau, warna dan rasa. Kemudian, basuhlah di mesin basuh juga. Anak lelaki, jangan ajar kenc1ng berdiri, ajar dia berdehem untuk habiskan urin keluar. Pintu kunci bila mandi atau buang air kecil. Anak perempuan pun sama. Ajar anak kemalu4n dia nama apa . Itu keutamaannya. Jangan memberatkan apa yang tak sepatutnya. Islam tak ajar begitu. Anak harus diajar berdikari, cinta pada ilmu, bijak mengurus diri, beradab, jaga akhlak, jaga kemalu4n, bertanggungjawab, pandai cari duit, empowerment mereka dari awal, baik anak perempuan mahupun anak lelaki. Suami pula belajar urus rumah. Basuh baju, sidai baju, iron baju, lipat baju, gantung baju, simpan baju dalam almari. Kalau rasa tak sempat, beli dryer mudahkan kerja isteri. Anak lelaki dari kecil ajar masuk dapur. Basuh pinggan, cuci kasut, masak, kenal sayur, basuh baju, bersihkan tandas, bu4ng sampah ke tong sampah luar. Nanti tak adalah menyusahkan isteri je bila dah kahwin. Nabi Muhammad tu pun bila di rumah bantu isteri. Kita ni kadang-kadang melebih ikut adat sampai terlupa ada lagi yang lebih penting dari tu.– Akhi Fairuz Al-Jengkawi dan hijabista

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post