Kereta dijilat api. Naim Daniel menjelaskan perkara sebenar di sebalik kejadian itu berlaku sehinggakan warganet berpendapat macam macam

Kereta dijilat api. Naim Daniel menjelaskan perkara sebenar di sebalik kejadian itu berlaku sehinggakan warganet berpendapat macam macam

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon dan penyanyi muda ini, Naim Daniel yang sudah lama menempa nama dalam industri hiburan tanah air dimana dia juga menjadi diantara pelakon kanak-kanak berbakat.

Kereta dijilat api. Naim Daniel menjelaskan perkara sebenar di sebalik kejadian itu berlaku sehinggakan warganet berpendapat macam macam
Kereta dijilat api. Naim Daniel menjelaskan perkara sebenar di sebalik kejadian itu berlaku sehinggakan warganet berpendapat macam macam

Walau bagaimanapun sudah mencecah usia 22 tahun, selain digemari warganet sebagai pelakon, Naim Daniel juga berjaya meraih perhatian ramai dengan bakatnya sebagai penyanyi pula.

ARTIKEL MENARIK:Tular Isu Yang Dibincangkan Oleh Caprice Dan Fynn Jamal. PU Azman Keluarkan Kenyataan Berkaitan Dengan Isu Berkenaan


Bahkan, meskipun pertama kali memasuki tetapi dia telah berjaya merangkul sebagai juara di Anugerah Juara Lagu yang ke-34 membawakan lagu popularnya, Sumpah. Tentunya, kejayaannya dalam melancarkan lagu Sembah juga, peminat memujinya setelah mendengar lagu itu dari penyanyi berbakat ini. Ternyata pula, satu perkongsian di laman Instagram, peminat penyanyi ini meneka bahawa dia bakal melancarkan muzik video bagi lagu S3mbah sekali gus membuatkan ramai tidak sabar. Berkongsikan rakaman video pendek, sebuah kereta dijilat ap1 meraih ribuan tontonan dan tanda suka daripada peminat dan pengikut. Di ruangan komen, bukan sahaja membuatkan warganet tidak sabar mendengar perkembangan terbarunya dalam dunia nyanyian, warganet juga sempat berseloroh mengenai jenis kereta yang digunakan dalam video berkenaan. Ada yang meneka, ia merupakan kereta Myvi berikutan kereta tersebut sering sahaja dikaitkan dengan bermacam-macam situasi diluar jangkauan. “Lain tak bukan kereta ni comfom Myvi” “Kereta siapa yang jadi sasaran keadaan ni…” “Can’t wait S3mbah MV”-hcl

Di usia muda Naim hadiahkan banglo untuk dirinya sendiri. Bukan sebab nk kahwin tapi rupa rupanya sebab ini.

“Saya beli bukan sebab nak berkahwin, perancangan ke arah situ pun belum ada lagi. Nak pinang anak orang pun perlukan duit. Jadi, buat masa kini saya fokus pada kerier seni. Nak kembangkan lagi kerjaya saya dalam industri ini. InsyaAllah selepas ini saya ada perancangan nak terjun dalam bidang perniagaan pula,” katanya kepada mStar pada Isnin.Terdahulu Naim berkongsi foto rumah baharunya di Instagram dan meluahkan rasa syukur atas rezeki dapat membeli kediaman pertama. Rata-rata warganet meluahkan rasa teruja dan gembira dengan pencapaian penyanyi lagu Sumpah itu kerana berjaya membeli rumah pada usia muda. Saya tak jangka dapat rezeki untuk beli rumah pada usia 23 tahun. NAIM DANIEL PELAKON / PENYANYI. Dalam pada itu, Naim turut berkongsi tips bagaimana dia menguruskan kewangannya sehingga berjaya memiliki sebuah rumah. “Sejujurnya saya rasa sangat gembira dan teruja kerana dapat berbelanja terhadap sesuatu yang besar seperti aset rumah ini. Namun sebenarnya semua bergantung kepada bagaimana cara kita mengurus kewangan. Daripada dulu lagi saya memang suka menyimpan duit. Sebaiknya pada usia muda kita mula menabung kerana ia merupakan bekalan untuk hari yang akan datang apabila kita memerlukannya,” ujarnya. Naim berterima kasih kepada DBP  di atas penghargaan yang diberikan untuk video muzik terbaharunya, S3mbah. Sementara itu, Naim juga tidak menyangka menerima penghargaan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas penggunaan tulisan jawi dalam video muzik lagu terbaharunya, Sembah. “Sebenarnya saya sendiri tak sangka akan dapat penghargaan. Namun apabila diberi penghargaan sebegini, ia membuatkan kita lebih bersemangat untuk keluarkan karya yang lebih bagus di masa depan. “Bagi saya, penggunaan tulisan jawi itu sedikit sebanyak dapat membantu peminat belajar sesuatu yang baharu,” katanya.

Tiada arahan tar1k kemenangan Naim Daniel

KUALA LUMPUR: Ketua Juri, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Ajai mengesahkan belum menerima arahan daripada pihak TV3 berhubung kontroversi lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel yang diangkat juara AJL34. Ajai berkata, biarpun ada pihak memohon kemenangan penyanyi berkenaan 1balik, namun dia berpendapat tindakan itu tidak wajar kerana lagu Sumpah bukan lagu ciplak, sebaliknya ia membabitkan isu peribadi. “Saya mengetahui kekec0han lagu Sumpah sejak semalam lagi, tetapi belum ada wakil TV3 menghubungi saya. Secara peribadi, tiada sebab menar1k kemenangan lagu berkenaan kerana bukan karya c1plak. “Cuma, saya ingin mengingatkan generasi baharu, jika mereka ingin menceburi dunia muzik belajarlah bersikap jujur. Industri ini bukan untuk glamor tetapi berkongsi karya. “Sekiranya lagu Sumpah ada tujuh pencipta, letak nama ketujuh-tujuh pencipta lagu. Ini bukan zaman 80-an atau 90-an yang mana lagu hanya dicipta seorang individu sahaja. Jika tidak mampu menghasilkan lagu dan perlu bergabung, maka bersikap jujurlah,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi dan komposer itu berkata, sukar mencari penyanyi yang berkebolehan menghasilkan lagu dan lirik sendiri tanpa sokongan individu lain pada zaman ini. Baginya, bukan satu masalah sekiranya penyanyi berkolaborasi kerana ia menjadi kebiasaan kepada penggiat seni muzik. “Mereka perlu bersikap jujur kerana ia membabitkan soal pembahagian royalti. “Saya tahu isu ini berkaitan peribadi, tetapi cuba bersikap jujur kerana ini bukan soal wang kemenangan AJL semata-mata, tetapi ia membabitkan royalti. “Jika betul seperti yang didkwa pihak sana yang dia juga mempunyai hak terhadap lagu Sumpah, jadi Naim perlu mengagihkan pembayaran royalti sama rata,” kata Ajai. Semalam, wanita yang didkwa bekas kekasih Naim, Dayana Amerda memberikan tempoh seminggu kepada penyanyi itu untuk membuat pengakuan terbuka berhubung isu penciptaan bersama lagu Sumpah. Dayana mendkwa, dia dan Naim mencipta lagu Sumpah pada 2015. Pada Julai tahun lalu, Dayana pernah menimbul isu berkaitan hak penciptaan lagu Sumpah, tetapi tiada penyelesaian.-bh
Loading...
loading...


Lihat Naim Daniel Secara Matang Bercerita Kisah Sebenar Di Sebalik Sumpah

Ketika ini industri muzik tempatan ‘p4nas’ apabila bekas kekasih Naim Daniel mendkwa karya lagu yang memenangi Anugerah Lagu 34 (AJL 34), Sumpah merupakan karya yang ditulis oleh mereka bersama-sama ketika masih bersama satu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan Naim Daniel, World Peace Entertainment telah mengeluarkan kenyataan bahawa dkwaan berkenaan tidak berasas dan Naim Daniel kekal sebagai pembuat lagu dan lirik untuk Sumpah. Sekiranya ada bukti kukuh bahawa lagu Sumpah adalah gubahan bersama, pihak World Peace Entertainment sedia membuat penilaian semula. Namun semalam, sedutan klip temu bual antara Naim Daniel dan DJ Nazz untuk segmen Begitu Begini yang dirakam 7 bulan lalu kembali tular memperlihatkan sisi matang Naim Daniel bercerita kisah di sebalik lagu Sumpah.

Dalam temu bual berkenaan, Naim Daniel berkata bahawa lagu Sumpah ini adalah sangat personal baginya. Lagu Sumpah menurut Naim adalah berkait rapat dengan kisah percintaannya yang terh3nti di tengah jalan di mana hubungan tersebut ternyata memberi kesan kepada hidupnya ketika itu. Dalam temu bual itu, tidak langsung sekali Naim menyebut nama bekas kekasihnya dan susun kata Naim sangat tertib. Anda boleh tonton video penuh temu bual ini di bawah. Apabila tular kembali video ini, peminat ternyata berpihak kepada Naim Daniel dan mahu bekas kekasih Naim move on sahaja dan tidak memperbesarkan lagi isu ini. Apa pun, diharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Sejurus selepas dinobat sebagai pemenang AJL 34, Azwan Ali merupakan antara individu yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Naim Daniel. Baca lagi pada pautan di bawah.-vocket

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post