5 kes sahaja dicatat pada hari ini. KKM dedahkan punca kes ini berlaku dan satu perkhidmatan khas buat rakyat Malaysia yang ramai orang tak tahu

5 kes sahaja dicatat pada hari ini. KKM dedahkan punca kes ini berlaku dan satu perkhidmatan khas buat rakyat Malaysia yang ramai orang tak tahu

KOTA TINGGI: Seramai 148 kaunselor ditugaskan di Klinik Kesihatan seluruh negara bagi menangani masalah travma terhadap pandemik COVID-19. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata kebimbangan psikos0sial akibat COVID-19 bukan sahaja berlaku di negara ini, tetapi membabitkan negara lain yang terjejas akibat pandemik itu.

5 kes sahaja dicatat pada hari ini. KKM dedahkan punca kes ini berlaku dan satu perkhidmatan khas buat rakyat Malaysia yang ramai orang tak tahu
5 kes sahaja dicatat pada hari ini. KKM dedahkan punca kes ini berlaku dan satu perkhidmatan khas buat rakyat Malaysia yang ramai orang tak tahu

Katanya, individu atau pelajar yang mengalami travma akibat COVID-19 atau tahap keyakinan yang rendah terhadap norma baru boleh mendapatkan rawatan dengan segera.

ARTIKEL MENARIK:Dakw4an benar kemasukan warga China, Ini penjelasan Ismail Sabri


“Setakat ini tiada laporan berhubung kebimbangan psikos0sial tetapi KKM sudah bersedia daripada segala sudut, termasuk penyediaan kaunselor bagi menangani kes ini, sekiranya ada. “Oleh sebab itu, bagi melicinkan proses pembelajaran, kita mahu dalam pemikiran anak-anak di sekolah yakin kerana mereka adalah di antara golongan yang sentiasa dijaga,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan pelitup muka dan sabun kepada 56 sekolah dalam kawasan Parlimen Tenggara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab di sini, hari ini. Dr Adham berkata, KKM menggariskan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pelajar dan pihak sekolah agar tiada kewujudan kluster sekolah apabila dibuka sepenuhnya nanti. Katanya, antara kandungan garis panduan itu ialah saringan suhu badan, penjarakkan sosial dalam kelas serta kantin dan tidak mengadakan perhimpunan. “Kita mahu mereka patuhi dan yakin dengan SOP ini, malah sehingga kini penularan wabak COVID-19 dapat ditangani hasil kerjasama rakyat dan pemimpin. “Sehingga kini keadaan bertambah baik dengan pembukaan pelbagai sektor ekonomi dan juga sektor pendidikan. Pematuhan rakyat terhadap SOP sangat penting dalam hal ini,” katanya-bh

Lima kes baharu positif COVID-19

PUTRAJAYA: Terdapat lima kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini, iaitu tiga kes dikesan dari kes import dan dua lagi daripada penularan tempatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes import berkenaan membabitkan dua warganegara Malaysia dan seorang pemastautin tetap. “Bagi kes penularan tempatan pula ia membabitkan warganegara Malaysia, iaitu masing-masing satu kes dikesan ketika saringan prapemb3d4han di Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan di sebuah pusat perubatan di Seremban, Negeri Sembilan. “Tiada penularan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini. Sehingga kini terdapat dua kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kedua-dua individu terbabit memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Dr Noor Hisham berkata, dengan pertambahan jumlah kes baharu itu ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 8,663 kes. “Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 77 kes. Mereka kini sudah diasingkan dan diberi rawatan. “Bagi kes pulih pula, sehingga jam 12 tengah hari ini, terdapat empat kes yang sudah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,465 kes atau 97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan tiada pertambahan kes pemergian berkaitan COVID-19 dan jumlahnya kekal 121 kes bersamaan 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.-bh

Undang-undang baharu COVID-19 mirip seperti di New Zealand, Singapura

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang COVID-19 (Langkah Sementara) dirancang kerajaan hampir sama dengan yang dilaksana dan diumumkan di negara seperti New Zealand dan Singapura. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata undang-undang baharu untuk diperkenalkan tidak lama lagi itu, akan dibincangkan di Kabinet dan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi. “Ini adalah langkah pelepasan sementara yang bertujuan membantu rakyat Malaysia,” katanya dalam program ‘Money Matters’ terbitan TV3 hari ini. Mengulas kemungkinan melanjutkan moratorium pinjaman yang berakhir 30 September ini, beliau menasihatkan bank dan pelanggan berbincang antara satu sama lain. Sebagai bekas ketua pegawai eksekutif bank, beliau sedia maklum mengenai cabaran dihadapi bank, namun turut sedar rakyat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdepan masalah tersendiri seperti gangguan aliran tunai dan penganggvran. “Saya berpendapat penting untuk bank melihat segmen masyarakat dan PKS yang masih memerlukan sokongan dan membantu menstruktur semula pinjaman mereka. Mereka perlu memberi bantuan sebanyak mungkin kepada kumpulan ini,” katanya. Tengku Zafrul menegaskan Malaysia tidak mengalami krisis kewangan pada masa ini berikutan bank-bank adalah lebih kukuh berbanding situasi dihadapi semasa krisis kewangan 2008-2009, khususnya dengan penampan modal tinggi berjumlah RM121 bilion. Sementara itu, beliau berkata antara sektor terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 adalah industri pelancongan yang menjadi sektor pertama menerima impak itu dan dijangka yang terakhir untuk pulih. Beliau berkata pelancongan domestik kunci kepada pemulihan jangka pendek industri berikutan Malaysia belum membuka sempadannya. Tengku Zafrul turut menggesa operator pelancongan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk mengembalikan keyakinan pengunjung dan sektor pelancongan domestik dapat dirancakkan kembali. Mengenai industri penerbangan dan sama ada kerajaan akan menyelamatkan syarikat penerbangan dalam keadaan mencabar ini, beliau berkata penting untuk syarikat penerbangan mencari penyelesaian komersial. “Saya tidak yakin (dengan cara) menyelamatkan pemegang saham, dan tiada satu pihak pun dalam kalangan mereka yang minta untuk diselamatkan. “Kita mungkin mencari jalan untuk membantu syarikat supaya mereka boleh kekal bertahan dan pekerjaan dapat diteruskan. “Setakat ini, tiada permintaan daripada mana-mana syarikat penerbangan untuk kerajaan memberikan suntikan pembiayaan langsung,” katanya.– BERNAMA

RM7.3 bilion atasi masalah air, banjir di Kelantan

KOTA BHARU: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memerlukan RM7.3 bilion untuk menyelesaikan masalah banjir dan bekalan air secara holistik di Kelantan. Menterinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata peruntukan berkenaan mampu menyelesaikan masalah bekalan air di negeri itu sehingga 40 tahun akan datang. Beliau berkata, pihaknya akan memohon peruntukan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi membolehkan ia dimasukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). “Jumlah peruntukan itu membabitkan beberapa projek besar termasuk Projek Tebatan Banjir yang mempunyai tiga fasa iaitu di Tumpat, Rantau Panjang dan Pasir Mas. “Selain itu, di Tunjung sudah diluluskan projek pembentungan bersepadu membabitkan peruntukan RM600 juta serta lain-lain projek untuk masalah banjir dan bekalan air. “Ada sebahagian projek sudah berjalan seperti tebatan banjir bagi fasa satu yang dijadualkan siap pada Oktober nanti,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di sini, hari ini. Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Datuk Azami Mohd Nor dan Ketua Setiausaha KASA Datuk Seri Dr Zaini Ujang. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, masalah bekalan air negeri itu memerlukan penggantian paip bagi mengurangkan kehil4ngan air tidak terhasil. Sementara itu, Ahmad berterima kasih kepada KASA yang prihatin dengan nasib Kelantan dengan membantu menyelesaikan masalah bekalan air dan banjir.-bh


Loading...
loading...


Perlu kreatif gamit pelancong pasca COVID-19

KOTA BHARU: Pemain industri pelancongan perlu lebih kreatif merancang dan menyusun strategi bagi menarik pelancong tempatan susulan kelembapan sektor pelancongan akibat COVID-19. Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin, berkata sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, majoriti pemain industri pelancongan terkesan akibat penularan virus berkenaan. “Justeru, bagi merancakkan semula sektor pelancongan negara seperti sebelum ini, pemain industri tidak lagi boleh berfikir cara ketika sebelum COVID-19, sebaliknya perlu lebih kreatif untuk menjana kembali pendapatan. “Ia satu cabaran besar disebabkan sempadan negara masih ditutup, maka kita perlu memberi perhatian kepada pelancongan domestik serta mengaktifkan semula kempen menarik pelancong tempatan,” katanya kepada pemberita, hari ini. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 juta dalam Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA bagi memulihkan sektor pelancongan yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19. Pembiayaan itu adalah inisiatif transformasi untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor pelancongan supaya terus berdaya saing dalam era kebiasaan baharu. Selain itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lalu menyaksikan kerajaan membenarkan industri pelancongan beroperasi secara berperingkat. Tambah Hafiz, sepanjang tempoh COVID-19, sempadan negara belum dibuka sepenuhnya dan sekiranya dibuka semula, kemungkinan ia hanya membabitkan kemasukan pelancong dari negara hijau ke negara hijau saja. “Dalam keadaan sekarang, kita tidak tahu bagaimana penerimaan orang apatah lagi dalam kebiasaan baharu yang memerlukan pelancong mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta penjarakkan sosial, maka pemain industri perlu meyakinkan kembali pengunjung yang datang. “Sebagai contoh, mungkin pihak hotel boleh berkongsi video mengenai SOP hotel untuk diuar-uarkan kepada orang ramai supaya mereka lebih berjaga-jaga dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19,” katanya-bh

via Era Kini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post