Tak buat ujian saringan kali kedua. Datuk Ismail Sabri dedahkan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi individu berkenaan

Tak buat ujian saringan kali kedua. Datuk Ismail Sabri dedahkan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi individu berkenaan

Seramai 2,897 individu kuarantin wajib di rumah gagal jalani saringan Covid-19 kedua selepas 13 hari menjalani kuarantin sebaik pulang dari luar negara bakal ditahan dan didakwa, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Tak buat ujian saringan kali kedua. Datuk Ismail Sabri dedahkan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi individu berkenaan

Susulan dengan isu tersebut, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri mengesahkan bahawa sekiranya mereka ini masih tidak berjaya untuk menjalani saringan Covid-19 kedua dalam tempoh yang diberikan, mereka akan ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

ARTIKEL MENARIK:Sungguh mengagumkan. Datuk Noor Hisham kongsi satu cara Ibnu Sina tangani wabak pandemik. Ternyata perkongsian ini meraih perhatian ramai


Kerajaan memberi tempoh hanya dua hari bermula hari ini kepada 2,897 individu kuarantin wajib di rumah yang tidak berjaya menjalani saringan Covid-19.“Tiada lagi kompromi, am4ran dan nasihat kerana mereka boleh membah4yakan nyawa orang lain. Kalau degil juga pada Isnin polis akan tngkap dan thn mereka … tiada kompaun, charge (dkwa) di mahkamah terus,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini. “Kerajaan memandang serius perkara ini kerana ada  kes lepas mendapati ada antara mereka (individu dikuarantin wajib di rumah) yang positif pada hari ke-13 dan kita takut mereka pot0ng sendiri wristband. Kita nak ingatkan bahawa kita ada (maklumat) nama dan alamat mereka,” tegasnya.Pada masa yang sama, menurut Tan Sri Abdul Hamid berkata tindakan akan bermula hari ini dengan senarai nama diperoleh daripada Kementerian Kesihatan.

“Mereka akan berdepan tindakan pnjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika masih enggan menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua, bermula hari ini. “Sekiranya mereka yang ditahan ini positif COVID-19, kita akan dkwa mereka selepas pulih. Saya amat tegas mengenai perkara ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat khas Kabinet bersama Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Putrajaya hari ini. Menurutnya taklimat mendedahkan punca penularan baharu disebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan polis telah diminta meningkatkan penguatkuasaan undang-undang.

Abdul Hamid turut memberi am4ran sama kepada lebih 9,600 rakyat Malaysia yang kini menjalani kuarantin di rumah agar mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. “Kami akan buat pemeriksaan mengejut di rumah mereka bermula hari ini, jangan degil,” katanya.-siakapkeli
Loading...
loading...


TERKINI: Kerajaan Memutuskan Untuk Mengetatkan Semula SOP Susulan Peningkatan Kes Covid-19 – Ismail Sabri

Kuala Lumpur: Kerajaan hari ini bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP). Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil susulan kebimbangan peningkatan kes COVID-19 di negara ini dalam tempoh hampir seminggu ini.

“Secara dasarnya keputusan ini dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP hari ini. “Jawatankuasa teknikal akan berbincang esok untuk memperincikan SOP dan akan dibentangkan pada mesyuarat menteri-menteri Isnin ini,” katanya pada sidang media perkembangan PKPP di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Sumber: BERNAMA

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post