Meningkat lagi. KKM sahkan lagi kes dua angka yang baharu positif Covid19 termasuk kes tempatan

Meningkat lagi. KKM sahkan lagi kes dua angka yang baharu positif Covid19 termasuk kes tempatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 17 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Meningkat lagi. KKM sahkan lagi kes dua angka yang baharu positif Covid19 termasuk kes tempatan

Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,594 kes. Menerusi kiriman status yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitter miliknya.

ARTIKEL MENARIK:Tak buat ujian saringan kali kedua. Datuk Ismail Sabri dedahkan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi individu berkenaan




Sehubungan dengan itu, sebanyak 23 kes baharu dilaporkan bertambah di negara kita setakat hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif bertambah kepada 8884 dengan mencatat jumlah kes aktif adalah 164 kes. Kes positif hari ini antara kes tertinggi sejak 16 Jun 2020. Bagaimanapun, tiada kes pemergian dilaporkan hingga ke hari ini. Jumlah kes pemergian kekal kepada 123 kes. Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan hanya dua orang memerlukan bantuan penafasan.

Perincian penuh 23 kes positif baharu.Terdapat 6 kes import dilaporkan daripada 23 kes baharu hari ini melibatkan 4 warganegara dan 2 bukan warganegara yang pulang dari Rusia, Filipina, Indonesia dan Singapura. Jumlah keseluruhan kes import; 733.-siakapkeli

TERKINI: KKM Kesan Dua Lagi Kluster Baharu Termasuk Kluster Bukit Tiram

Menerusi maklumat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai perkembangan harian Covid-19 di negara kita, terdapat pertambahan lagi dua kluster baharu hari ini.Kluster baharu tersebut termasuklah Kluster Bukit Tiram dan Kluster Syarikat Pembinaan Kuching.

Perincian tentang kluster baharu. Kluster Bukit Tiram telah melibatkan dua kes baharu iaitu dua kes bukan warganegara. Manakala kes Kluster di Syarikat Pembinaan Kuching melibatkan kontak rapat dengan kes 8881 dan warganegara. Sumber: KKM


Loading...
loading...


Sarawak Mungkin Laksana Sekatan Perjalanan Jika Kes Covid-19 Terus Meningkat – Abdul Karim

Kuching: Sarawak mungkin mengenakan sekatan perjalanan terhadap pelancong atau masyarakat luar yang ingin memasuki negeri itu jika situasi penularan tempatan COVID-19 terus meningkat.Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata walaupun ia akan menjejaskan industri pelancongan, langkah itu perlu memandangkan ia satu-satunya kaedah untuk memutuskan rantaian penularan pandemik tersebut.

“Tanpa sebarang am4ran, terdapat peningkatan yang mendadak (kes COVID-19) dan ini bukan jangkitan dari luar sebaliknya jangkitan tempatan dan menunjukkan bagaimana bah4yanya kalau kita tidak menjaga pergerakan kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Beccari Discovery Trail di Bukit Matang di sini.

Beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sentiasa memantau situasi semasa penularan COVID-19 di negeri itu khususnya di Bahagian Kuching dan Samarahan yang menunjukkan peningkatan ketara sejak seminggu lepas.Sebelum peningkatan itu, Abdul Karim berkata kadar kemasukan pelancong ke Sarawak sudah mula menunjukkan kenaikan dengan purata kadar penghunian hotel di antara 50 dan 60 peratus dicatatkan sejak  bulan Jun sehingga kini.

“Kita menjangkakan pada bulan September nanti kadar ketibaan pelancong ke negeri ini akan kembali seperti biasa,” katanya.Menyentuh Beccari Discovery Trail yang dilancarkan hari ini, Abdul Karim berkata kawasan itu berpotensi dibangunkan sebagai antara tarikan pelancongan baharu di Sarawak.

“Tempat ini agak dekat iaitu kira-kira 17 kilometer dari bandar Kuching serta mempunyai nilai sejarah yang tinggi,” katanya. Beliau berkata seorang ahli botani terkenal Odoardo Beccari pernah menjalankan penyelidikan berkaitan flora dan fauna di kawasan itu ketika era pemerintahan Raja Putih kedua iaitu Rajah Charles Brooke. — BERNAMA

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post