Sungguh mengagumkan. Datuk Noor Hisham kongsi satu cara Ibnu Sina tangani wabak pandemik. Ternyata perkongsian ini meraih perhatian ramai

Sungguh mengagumkan. Datuk Noor Hisham kongsi satu cara Ibnu Sina tangani wabak pandemik. Ternyata perkongsian ini meraih perhatian ramai

Langkah Kementerian Kesihatan (KKM) membasmi COVID-19 dengan mesej kesihatan seperti mengamalkan penjarakkan sosial dan menjaga kebersihan menepati saranan Ibnu Sina.

Sungguh mengagumkan. Datuk Noor Hisham kongsi satu cara Ibnu Sina tangani wabak pandemik. Ternyata perkongsian ini meraih perhatian ramai

Menerusi satu perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook miliknya, beliau berkongsi pot0ngan sebuah filem mengenai cara Ibnu Sina mengatasi pandemik.

ARTIKEL MENARIK:Ekoran kes makin meningkat. Ismail Sabri dedahkan berita berkaitan dengan harga pelitup muka dan seangkatan dengannya


Dalam filem itu, jelas mesej disarankan tokoh perubatan Islam itu supaya orang ramai mengamalkan penjarakkan sosial, menjaga kebersihan dan membersihkan peralatan mereka secara berkala. Malah, beliau berpesan untuk menutupi tempat-tempat awam seperti masjid dan pasar buat sementara waktu serta mengingatkan orang ramai membersihkan syiling mereka menggunakan cuka.Hal ini selari dengan amalan yang disarankan KKM iaitu mengamalkan penjarakkan sekurang-kurangnya satu meter, memakai penutup muka dan sering menggunakan pembasmi kuman.


“Meskipun kita hidup dalam era berbeza, tetapi prinsip Kesihatan Awam kita tidak berubah. Matlamat utama kita ialah meningkatkan kesihatan orang ramai dengan langkah berjaga-jaga yang diperlukan.“Langkah pencegahan kesihatan awam yang dilaksanakan oleh KKM menepati langkah yang sama dengan yang dambil oleh Ibnu Sina. Filem ini dibuat pada tahun 1968.-rencah. Artikel berkaitan di bawah:


Loading...
loading...


Komen Datuk Dr Noor Hisham Lepas Dapat Pengiktirafan Media China

Semalam Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diangkat sebagai antara tiga ‘doktor terbaik’ di dunia oleh media China atas usaha cemerlang membendung penularan wabak COVID-19. Dua lagi tokoh yang dijulang oleh China Global TV Network (CGTN) adalah Dr Anthony Fauci (Amerika Syarikat) dan Dr Ashley Bloomfield (New Zealand).

Menurut CGTN, ketiga-tiga tokoh ini dipuji kerana menjadi sumber maklumat yang bersikap ‘tenang, jelas dan boleh dipercayai’ untuk rakyat ketika pandemik datang menguasai negara masing-masing. “Mereka bukan menteri kabinet tetapi ketiga-tiga mereka menjadi muka depan negara mereka dalam respons terhadap COVID-19. “Kadang kala kerajaan boleh jadi lambat memberi reaksi dan memberi maklumat bercnggah dari fakta ketika wabak pandemik global melanda negara. Tetapi Dr Fauci, DrBllomfield dan Dr Hisham menjadi suara fakta yang tenang dan meyakinkan.”

Dr Hisham, 57, telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah KKM sejak 2013 dan telah mendapat pujian daripada majoriti rakyat Malaysia kerana kemaskini maklumat yang konsisten dan berkredibiliti di media sosial. Beliau juga tidak berselindung untuk menegakkan fakta dan memperbetulkan mitos, walaupun dari bosnya sendiri. Malah beliau juga dikesan sering mengemaskini maklumat di media sosial sehingga lewat malam.

Komen Dr Hisham terhadap pujian media China

Dalam sidang media harian KKM, seorang wartawan bertanya soalan: “Apa signifikan kepada Datuk dan KKM atas pengiktirafan sebagai salah seorang daripada tiga pengarah kesihatan terbaik dunia?”

Dr Hisham menjawab:“Sebenarnya pengiktirafan ini bukan untuk saya, tetapi lebih kepada negara. Kami di KKM bergerak sebagai satu pasukan.“Dan kami di KKM hanyalah memberikan nasihat sahaja, tetapi yang membuat keputusan dan melaksanakan adalah YAB Perdana Menteri Malaysia.Beliau langsung tidak mengambil kredit. Malah beliau turut memuji barisan keselamatan merangkumi polis dan tentera, semua pegawai kesihatan, barisan kementerian dan rakyat Malaysia yang memberikan kerjasama.-rencah

via Era Kini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post