KUALA LUMPUR: Kerajaan wajar menurunkan harga siling pelitup muka selaras dengan arahan mewajibkan pemakaian alat itu ketika menaiki pengangkutan awam atau berada di kawasan tumpuan umum dan sesak bagi mengelak pihak tertentu mengaut keuntungan.
ARTIKEL MENARIK:Mengejutkan Dr Noor Hisham dedahkan kes Covid 19 boleh naik mendadak jika benda ini berlaku. Dan jika benda ni berlaku ini yang akan diisytiharkan di Malaysia nanti.
Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu membuat pemantauan harga pelitup muka, selain membuka lebih banyak saluran aduan bagi memudahkan pengguna.”Ada ruang selama 15 hari antara pelaksanaan mewajibkan pemakaian pelitup muka dan harga silingnya diturunkan. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku sepanjang tempoh berkenaan.”Pengguna juga dinasihatkan memantau harga jualan pelitup muka bagi mengelak mereka ditipv, selain segera mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa jika ada sebarang manipulasi atau pencatutan.
“Kita tak mahu ada pihak cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan sepanjang tempoh berkenaan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.Beliau mengulas arahan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika menaiki pengangkutan awam atau berada di kawasan tumpuan umum dan sesak, berkuat kuasa 1 Ogos ini.Langkah berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19, selain orang ramai boleh memakai pelitup muka dijahit sendiri yang mematuhi spesifikasi ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).Bagaimanapun, kerajaan dilapor bercadang menurunkan harga siling pelitup muka sebanyak 30 sen, iaitu daripada RM1.45 kepada RM1.15 seunit bagi pemborong, manakala harga runcit (daripada RM1.50 kepada RM1.20 seunit), mulai 15 Ogos ini.-bh
Berkunjung ketika Aidiladha masih dibenarkan
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung langkah mengehadkan kehadiran tetamu dan aktiviti ziarah untuk sambutan Aidiladha hujung bulan ini.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, pada masa ini keputusan membenarkan aktiviti kunjung mengunjung untuk Aidiladha juga kekal.Namun, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh berubah jika berlaku peningkatan kes COVID-19 dalam tempoh beberapa hari ini.
“Semuanya bergantung kepada angka kes jangkitan baharu dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.”Keadaan boleh berubah mengikut keadaan dan situasi semasa, sebelum ini kita tidak sekat kehadiran tetamu pada hari biasa, jadi untuk Raya Haji mengapa kita perlu sekat?”Prosedur operasi standard (SOP) Raya Haji ini, kita akan tentukan kemudian, jika ada peningkatan kes kita mungkin ia akan diubah,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, hari ini.-bh
Wajib pakai pelitup muka di tempat sesak, pengangkutan awam 1 Ogos
KUALA LUMPUR: Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu diambil berikutan penambahan kluster-kluster jangkitan COVID19 baharu yang dikenal pasti, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan.Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya tidak berjaya mematuhi peraturan terbaharu itu.
“Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.Ismail Sabri berkata, pemakaian pelitup muka itu diwajibkan di kawasan tumpuan ramai dan sesak seperti pasar, pasar tani dan pasar raya serta stesen pengangkutan awam seperti LRT, MRT serta bas.”Dengan arahan terbaru itu, orang ramai juga boleh memakai topeng muka yang dijahit sendiri tetapi perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan spesifikasi untuk topeng muka buatan sendiri itu di media massa dan sosial,” katanya.Ismail Sabri juga menjelaskan walaupun pemakaian pelitup muka itu berkuat kuasa 1 Ogos depan, orang ramai digalakkan untuk melaksanakan peraturan itu mulai sekarang.Katanya, sebelum ini kerajaan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka kerana mengambil kira golongan kurang berkemampuan.
“Ini kerana pemakaian pelitup muka adalah pakai buang yang sebaiknya digunakan untuk setiap keping bagi tempoh tiga jam atau sekurang-kurangnya sehari.”Kini, WHO benarkan pemakaian pelitup muka yang dijahit sendiri, maka kerajaan memutuskan mewajibkan pemakaiannya di kawasan tumpuan awam dan dalam pengangkutan awam sama ada di darat, udara dan laut,” katanya.-bh
Banyak perniagaan gulung tikar jika laksana semula PKP
KUALA LUMPUR: Setiap rakyat perlu memainkan peranan membantu kerajaan membendung peningkatan kes positif COVID-19 dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelakkan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Ahli ekonomi dan persatuan perniagaan memberi amaran pelaksanaan semula PKP akan memberi impak lebih besar kepada ekonomi negara yang akan menyebabkan lebih banyak perniagaan gulung tikar dan ramai kehilangan pekerjaan dan pendapatan.
Kebimbangan mereka berikutan peningkatan kes positif COVID-19 sejak beberapa hari lalu disebabkan ketidakpatuhan SOP. Bilangan kes positif kembali mencecah dua angka sejak enam hari lalu, selepas merekodkan hanya satu angka awal bulan ini.Isnin lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya turut melahirkan kebimbangan melihat semakin ramai rakyat mengambil mudah pematuhan SOP dan amalan kebiasaan baharu.
Perdana Menteri juga berkata, penutupan semula sektor ekonomi juga boleh menyebabkan negara kehilangan sekurang-kurangnya RM2 bilion sehari.Kadar penganggvran negara meningkat ke paras 5.3 peratus pada Mei dengan pertambahan bilangan penganggur seramai 826,100 orang. Ahli ekonomi mengunjurkan ekonomi Malaysia berkemungkinan menguncup antara 7.0 peratus hingga 13.0 peratus pada suku kedua (April-Jun) tahun ini.
Pada 16 Mac lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP berkuat kuasa 18 Mac berikutan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 yang menyaksikan aktiviti ekonomi, sosial dilar4ng, kecuali bagi perkhidmatan penting. Aktiviti kemudian dibuka secara berperingkat mulai 13 Mei dengan pelaksanaan PKP Bersyarat, disusuli PKP Pemulihan bermula 10 Jun. Profesor Fakulti Perniagaan Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng bimbang jika PKP dilaksana semula sektor perniagaan tidak mampu bertahan kerana telah menggunakan segala dana yang ada, termasuk bantuan diterima daripada kerajaan.
Katanya, ketika ini perniagaan dalam fasa pemulihan selepas terjejas dengan PKP sebelum ini. “Saya bimbang, kerajaan juga tidak akan mampu untuk memberi bantuan kewangan yang sama seperti sebelum ini kerana berdepan kekangan kewangan dan fiskal. “Disebabkan itu, amat penting untuk masyarakat terus berhati-hati dan mengikut segala SOP ditetapkan kerajaan bagi memastikan gelombang kedua COVID-19 tidak berlaku,” katanya kepada BH.
Ahli ekonomi Kenanga Investment Bank Bhd, Atiqa Noor Azlan, berkata petunjuk pemulihan ekonomi yang berlaku sejak Mei lalu akan terus merudum jika kerajaan melaksanakan semula PKP. Katanya, syarikat yang tidak dapat menahan kemerosotan permintaan terpaksa menutup operasi atau memberhentikan lebih banyak pekerja untuk mengurangkan kos mereka. “Kalau PKP terpaksa dilaksanakan, kita berharap ia dibuat secara bersasar mengikut lokaliti terjejas bukan seluruh negara.
“Satu lagi suntikan fiskal yang disasarkan untuk PKS (perusahaan kecil dan sederhana) dan isi rumah akan membantu mengurangkan kerosakan ekonomi, namun tidak pasti sama ada kerajaan ada keupayaan untuk berbuat demikian atau tidak,” katanya. Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata sekiranya PKP dilaksanakan semula, kegiatan ekonomi akan menghadapi pelbagai kekangan kerana kerajaan perlu memfokus kepada kesihatan rakyat.
“Sudah tentu kita tidak mahu kembali ke era PKP dan ini memerlukan komitmen setiap rakyat dan sektor bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dikawal dan dikekang,” katanya. Sementara itu, Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai, berkata pelaksanaan PKP lalu telah mengakibatkan perniagaan mengalami kerugian dan menghadapi cabaran perdagangan yang teruk, termasuk gangguan rantaian bekalan yang mempengaruhi kelestarian perniagaan, pekerjaan dan produktiviti.
“Pemulihan perniagaan mungkin mengambil masa empat bulan hingga dua tahun bergantung pada sektor. “Justeru, jika PKP dilaksana semula, ia akan mengakibatkan kesan buruk terhadap perniagaan dan ekonomi, mengancam kelangsungan perniagaan dan keselamatan pekerjaan,” katanya. Presiden Persatuan PKS Malaysia, Datuk Michael Kang, berkata pihaknya berharap PKP sepenuhnya di seluruh negara seperti sebelum ini tidak dilaksanakan semula, kerana ia akan menyebabkan banyak PKS dan PKS Mikro terpaksa ‘gulung tikar’.
“Sewaktu PKP sebelum ini, banyak PKS mengalami kerugian kerana tidak dapat berniaga dan ketika ini mereka baru sahaja mahu kembali bangkit. Jika kerajaan menguatkuasakan semula PKP, lebih banyak perniagaan akan terus ditutup,” katanya. Sebelum ini, kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pakej PRIHATIN Tambahan PKS dan Pakej Jana Semula Ekonomi Negara Jangka Pendek (PENJANA) bertujuan untuk memulih dan menjana semula ekonomi.
Ketiga-tiga pakej itu yang keseluruhannya berjumlah RM295 bilion adalah untuk kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan. Melaluinya, lebih 2.75 juta pekerjaan berjaya diselamatkan. Selain itu, lebih 800,000 perniagaan, termasuk perniagaan mikro dan PKS, telah menerima manfaat.Bagaimanapun, pelaksanaannya menyaksikan suntikan fiskal langsung RM45 bilion yang melonjakkan defisit fiskal negara kepada 5.8 hingga 6.0 peratus, manakala hutang Kerajaan Persekutuan berada pada had statutori 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).-bh
via Era Kini
Post a Comment