Kuala Lumpur: Malaysia mungkin melaksanakan kembali prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, jika majoriti rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang menjalani perintah kuarantin di rumah, terus mengamalkan sikap tidak bertanggungjawab ‘saya tidak peduli’.
ARTIKEL MENARIK:Meningkat lagi. KKM sahkan lagi kes dua angka yang baharu positif Covid19 termasuk kes tempatan
Lebih buruk lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan semalam berkata Kuching, Sarawak telah diisytiharkan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes baharu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata kerajaan semalam bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula SOP berkaitan PKP yang telah dil0nggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) dan dijangka akan membuat pengumuman mengenainya selepas mesyuarat menteri-menteri Isnin ini.
Beliau berkata perkara itu tidak menghairankan apabila 2,897 individu di bawah kuarantin mandat0ri di rumah masih belum melakukan ujian saringan kedua COVID-19 selepas 13 hari pulang dari luar negara. Secara statistik, kes jangkitan baharu COVID-19 terus meningkat dengan 23 kes dilaporkan semalam berbanding 21, sebelumnya.
Dr Noor Hisham berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 8,884 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 167 kes. Dua hari lepas, beliau berkata Malaysia mungkin berdepan peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 dalam tempoh terdekat jika kadar kebolehjangkitan atau R-naught (R0) naik lebih 1.6.Semasa menyatakan kebimbangan itu, Dr Noor Hisham berkata ketika ini kadar R0 telah naik kepada 1.36 berbanding 0.3 ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir 9 Jun lepas. Katanya jikalau R-naught (R0) meningkat, ini bererti semakin ramai akan dijangkiti. Apa yang memb4hayakan adalah kalau R-naught meningkat lebih 1.6. — BERNAMA
Sarawak Mungkin Laksana Sekatan Perjalanan Jika Kes Covid-19 Terus Meningkat – Abdul Karim
Kuching: Sarawak mungkin mengenakan sekatan perjalanan terhadap pelancong atau masyarakat luar yang ingin memasuki negeri itu jika situasi penularan tempatan COVID-19 terus meningkat. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata walaupun ia akan menjejaskan industri pelancongan, langkah itu perlu memandangkan ia satu-satunya kaedah untuk memutuskan rantaian penularan pandemik tersebut.
“Tanpa sebarang am4ran, terdapat peningkatan yang mendadak (kes COVID-19) dan ini bukan jangkitan dari luar sebaliknya jangkitan tempatan dan menunjukkan bagaimana b4hayanya kalau kita tidak menjaga pergerakan kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Beccari Discovery Trail di Bukit Matang di sini. Beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sentiasa memantau situasi semasa penularan COVID-19 di negeri itu khususnya di Bahagian Kuching dan Samarahan yang menunjukkan peningkatan ketara sejak seminggu lepas.
Sebelum peningkatan itu, Abdul Karim berkata kadar kemasukan pelancong ke Sarawak sudah mula menunjukkan kenaikan dengan purata kadar penghunian hotel di antara 50 dan 60 peratus dicatatkan sejak bulan Jun sehingga kini. “Kita menjangkakan pada bulan September nanti kadar ketibaan pelancong ke negeri ini akan kembali seperti biasa,” katanya.
Menyentuh Beccari Discovery Trail yang dilancarkan hari ini, Abdul Karim berkata kawasan itu berpotensi dibangunkan sebagai antara tarikan pelancongan baharu di Sarawak. “Tempat ini agak dekat iaitu kira-kira 17 kilometer dari bandar Kuching serta mempunyai nilai sejarah yang tinggi,” katanya. Beliau berkata seorang ahli botani terkenal Odoardo Beccari pernah menjalankan penyelidikan berkaitan flora dan fauna di kawasan itu ketika era pemerintahan Raja Putih kedua iaitu Rajah Charles Brooke. — BERNAMA
via Era Kini
Post a Comment