Teka teki akhirnya terjawab. Ini penjelasan jujur dari Pavithra tentang akaun Youtube miliknya

Teka teki akhirnya terjawab. Ini penjelasan jujur dari Pavithra tentang akaun Youtube miliknya

Pavithra dan suaminya, Sugu menunjukkan hasil masakannya di YouTube ketika ditemui Sinar Harian di kediaman mereka di Sungai Siput, Perak pada pertengahan Mei lalu. SUNGAI SIPUT –

Teka teki akhirnya terjawab. Ini penjelasan jujur dari Pavithra tentang akaun Youtube miliknya

Pasangan YouTuber masakan sensasi, S Pavithra dan M Sugu memberitahu tidak mahu mempunyai kaitan lagi dengan YouTube

ARTIKEL MENARIK:Baru selesai masalah dengan suami. Pavithra luah dia enggan terima sesuatu ini dan makluman perkembangan kariernya


Perkara itu juga menjadi punca pasangan terbabit memadam semua 98 video aktiviti dan masakan kendalian mereka di saluran ‘Sugu Pavithra’ semalam. Bercakap kepada pemberita, Sugu, 29, berkata, mereka telah mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang boleh meraih perhatian umum.


“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja. “Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Sugu menjelaskan perkara itu belum difikirkan lagi.

Sementara itu, Ibu Sugu, G Rajeswari, 55, ketika ditemui mengharapkan hubungan anak dan menantunya itu dalam keadaan baik setelah mengharungi pelbagai kejadian sejak beberapa hari lalu.“Saya ada mengikuti perkembangan mereka di televisyen dan saya harap mereka dapat mengharungi cabaran itu bersama-sama.

“Sebagai ibu, semestinya saya berasa bimbang dengan keadaan mereka,” katanya ketika ditemui di Ladang Elphil di sini.Tinjauan Sinar Harian mendapati rumah sewa pasangan itu yang baharu diduduki bulan lalu di Kampung Muhibbah di sini sunyi sejak semalam.Semalam, Sinar Harian melaporkan semua video masakan dan aktiviti pasangan suami isteri, S Pavithra dan M Sugu di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ telah dipadam. Laman rasmi pasangan itu pada jam 7.30 malam tadi mendapati tiada lagi sebarang video dipaparkan. Terdahulu, terdapat 98 video masakan serta aktiviti telah dikongsi dan diikuti lebih 785,000 pelayar.-sinarharian


Loading...
loading...


Terkejut Warganet Dengan Perkembangan Terbaru Dari Pavithra. Terkini Sugu Pavithra Padam Kesemua Video Daripada Youtube

Beberapa hari ini, heboh apabila Youtuber terkenal iaitu S. Pavithra dikatakan telah dibuat oleh suaminya sendiri iaitu M. Sugu. Melihatkan perhubungan suami isteri itu yang ceria di dalam video masakan mereka nyata membuatkan peminat terkejut dengan berita ini Ins1den tersebut dikhabarkan berlaku apabila Pavithra dikatakan tidak menyebut nama suaminya semasa majlis penganugerahan Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 tempoh hari.

Walaupun dibawa sehingga ke mahkamah, namun wanita tersebut telah bertindak memaafkan perbuatan gnas suaminya itu. Bahkan dia juga menegaskan bahawa mahu meneruskan kehidupan normal bersama keluarga tanpa dikenali orang ramai seperti dahulu.Pun begitu, Pavithra berkata dia masih lagi akan terus menghasilkan video masakan kegemaran ramai tersebut seperti biasa di saluran Sugu Pavithra di YouTube.

Walaubagaimanapun, kebanyakan peminat meluahkan rasa terkejut apabila melihat saluran rasmi pasangan itu yang kini sudah kosong tanpa sebarang video pun.Tidak pasti apakah motif di sebalik tindakan drastik tersebut, ramai yang berasa sedih kerana tidak dapat lagi menonton video masakan yang dihasilkan oleh Pavithra itu. Mungkin Pavithra memerlukan masa berehat seketika daripada perhatian ramai selepas ins1den ini. Mungkin juga wanita tersebut bakal memuat naik video baru selepas ini, siapa tahu kan?-beautifulnara

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post