Makin bertambah wabak di China. China bongkarkan punca wabak bubonic ini tersebar dan harap negara luar ambil langkah berjaga jaga

Makin bertambah wabak di China. China bongkarkan punca wabak bubonic ini tersebar dan harap negara luar ambil langkah berjaga jaga

BEIJING: Pihak berkuasa China di utara wilayah Inner Mongolia meningkatkan langkah berjaga-jaga selepas seorang peng3mbala disahkan menghidap ‘bubonic plague’ atau hawar bubonik hujung minggu lalu.

Makin bertambah wabak di China. China bongkarkan punca wabak bubonic ini tersebar dan harap negara luar ambil langkah berjaga jaga
Makin bertambah wabak di China. China bongkarkan punca wabak bubonic ini tersebar dan harap negara luar ambil langkah berjaga jaga

Suruhanjaya Kesihatan bandar berkenaan, dalam satu kenyataan, menjelaskan lelaki terbabit kini stabil dan dirawat di hospital di Bayannur.

ARTIKEL MENARIK: “Jangan Jadi B0doh Mcm Saya” Luahan Pesakit Covid 19 Sehari Sebelum Dia Meningg4l


Suruhanjaya itu tidak membenarkan percarian dan pe makan haiwan pmbawa hawar itu, terutama marmot iaitu sejenis tikus, hingga hujung tahun, selain menggesa orang ramai melaporkan sebarang pemergian atau tikus berpenyakit. Bakteria mengakibatkan penyakit itu, Yersinia pestis, boleh berjangkit kepada manusia daripada kutu yang berada di badan tikus. Though the highly-contagi0us plague is rare in China and can be treated, at least five people have go forever from it since 2014, according to China’s National Health Commission.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, walaupun hawar yang mudah berjangkit itu jarang ditemui di China dan boleh dirawat, sekurang-kurangnya lima orang telah pergi buat selamanya ekoran jangkitan itu sejak 2014. Satu lagi kes hawar bubonik disyaki yang dilaporkan hari ini membabitkan remaja lelaki berusia 15 tahun, yang mengalami demam selepas makan marmot dicari anjing di kawasan berhampiran Mongolia, lapor agensi berita Xinhua. Dua beradik turut disahkan menghidap penyakit itu selepas makan daging marmot di wilayah Khovd, Mongolia, minggu lalu, lapor agensi berkenaan. Kira-kira 146 orang dikatakan kontak rapat kepada pasangan dua beradik itu dan kini dikuarantin – bh

Coronavirus baharu akan muncul dalam tempoh sedekad

SINGAPURA: COVID-19 adalah virus ketiga berupaya berjangkit daripada haiwan kepada manusia dan ia bukan yang terakhir, malah mungkin akan ada virus baharu dalam tempoh sedekad ini. Amarn itu diberi oleh Pengarah Program Penyakit Berjangkit Baharu di Sekolah Perubatan Duke-National University of Singapore (NUS), Prof Wang Linfa, yang sebelum ini meramalkan kemunculan COVID-19 seawal Disember 2013. Beliau membuat ramalan akan ada virus yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia dalam tempoh sedekad selepas Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) dikesan di Arab Saudi dan ia terbukti benar dengan kemunculan COVID-19. “Virus pertama ialah Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang mengambil hampir 650 nyaw4 di Tanah Besar China dan Hong Kong pada 2002 hingga 2003

“Akan ada virus terbaru dalam tempoh sedekad ini, namun persoalannya bila dan bagaimana kesannya,” katanya pada sidang video bertajuk COVID-19: Pandangan Bioperubatan Mengenai Wabak yang Berkembang anjuran NUS. Jelas beliau, MERS tidak mudah merebak, tetapi kadar pemergian tinggi iaitu pada nisbah satu kepada tiga dan kadar pemergian SARS pula sekitar 10 peratus, manakala bagi COVID-19, kadar pemergian adalah antara satu hingga 10 peratus. Selain itu, kata Prof Wang, saintis turut bimbang bahawa SARS-CoV-2 iaitu virus yang menyebabkan COVID-19, akan mengalami mutasi berupaya berjangkit daripada manusia kepada haiwan dan kemudian menjangkiti manusia semula. “Kelawar ada di mana-mana saja, malah banyak di hutan Amazon. Jika tidak bernasib baik, virus itu akan menjangkiti kelawar dan ia akan membawa virus itu tanpa simptom.

“Dari semasa ke semasa, ia akan merebak serta menjangkiti haiwan lain dan kemudian manusia. “Terkini, saintis berusaha menyelidik risiko sama ada kelawar berupaya menjadi ejen penyebar virus,” katanya. Sementara itu, Naib Dekan Penyelidikan di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock NUS, Prof Madya Alex Cook, berkata jumlah sebenar jangkitan COVID-19 di seluruh dunia mungkin lebih 10 kali ganda berbanding jumlah yang dilaporkan. “Bagaimana kita dapat ketahui berapa banyak orang dijangkiti sedangkan mereka tidak menunjukkan g3jala? Hanya ujian serologi dapat tentukan dengan mengesan siapa memiliki antibodi men3ntang COVID-19,” katanya. – bh
Loading...
loading...


COVID-19: WHO tidak sambung penggunaan hidroklorokuin, lopinavir/ritonavir

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu mengumumkan tidak akan menyambung penggunaan hidroklorokuin dan lopinavir/ritonavir bagi Ujian Solidariti, dengan memetik, ia tidak berhasil mengurangkan pemergian di kalangan pesakit COVID-19. WHO berkata, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan hasil awal Ujian Solidariti, lapor agensi berita Xinhua. “Hasil awal ujian menunjukkan bahawa hidroklorokuin dan lopinavir/ritonavir mencatatkan peratus kejayaan teramat rendah, atau langsung tidak berhasil dalam mengurangkan kadar pemergian di kalangan pesakit COVID-19. “Penyiasat Ujian Solidariti akan mengh3ntikan perkara itu serta merta,” kata WHO menerusi satu siaran media.

Pertubuhan itu bagaimanapun berkata, keputusan terbabit hanya terpakai ke atas pesakit yang dirawat di hospital, dan tidak memberi kesan ke atas penilaian atau kajian lain membabitkan hidroklorokuin, lopinavir/ritonavir yang diberi kepada pesakit luar. Ujian Solidariti ditubuhkan Mac lalu oleh WHO bago mencari rawatan berkesan COVID-19, untuk pesakit yang dirawat di hospital. Ia pada asalnya direka dengan mencakupi lima cabang ujian, termasuk kaedah standard diberikan kepada pesakit COVID-19, remdesivir, gabungan lopinavir/ritonavir, lopinavir/ritonavir digabungkan dengan interferon beta dan hidroklorokuin atau klorokuin. Membabitkan penyertaan pesakit di pelbagai negara, Ujian Solidariti disasarkan untuk menghasilkan penemuan pantas sebarang ubatan yang boleh memperlahankan kesan jangkitan atau meningkatkan pemulihan. – bh

Menteri Kesihatan New Zealand letak jawatan

WELLINGTON: Menteri Kesihatan New Zealand, David Clark mengumumkan peletakan jawatan pada Khamis selepas menerima kritikan susulan tindakannya tidak mengikuti perintah berkvrung. Beliau turut dikritik selepas mengkritik penjawat awam ketika negara berdepan penularan pandemik COVID-19. Clark menyifatkan beliau sudah memberikan komitmen penuh terhadap tugasnya. Bagaimanapun, beliau akui tindakan untuk terus memegang jawatan akan menggnggu usaha kerajaan terhadap tindak balas COVID-19.

Perdana Menteri Jacinda Ardern pada Khamis turut mengesahkan beliau menerima peletakan jawatan itu. Sebelum ini Ardern berkata Clark boleh dip3cat, namun perkara itu tidak dibuat bagi mengelakkan gngguan terhadap usaha kerajaan menangani pandemik COVID-19. New Zealand mencatatkan kejayaan dalam menangani coronavirus. Negara itu mencatatkan 1,528 kes coronavirus yang disahkan atau kemungkinan dengan 22 pemergian. Bulan lalu, semua sekatan COVID-19 ditamatkan dan negara diisytiharkan bebas virus. Setakat ini, portfolio Kementerian Kesihatan disandang Menteri Pendidikan Chris Hipkins buat sementara waktu. -bh

WHO sasar ratusan juta vaksin COVID-19 dihasilkan sebelum 2021

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam berkata beberapa ratus juta dos vaksin COVID-19 dapat dihasilkan pada akhir tahun ini – dan disasarkan kepada mereka yang paling terdedah terhadap virus. Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, ia sedang mengusahakan sasaran itu, dengan jangkaan dua bilion dos pada akhir 2021, tatkala firma farmasi bergegas mencari vaksin. Ketua saintis WHO, Soumya Swaminathan, berkata penyelidik sedang mengusahakan lebih dari 200 calon vaksin di seluruh dunia, termasuk 10 yang sedang diuji terhadap manusia.

“Sekiranya kita sangat bertuah, akan ada satu atau dua calon yang berjaya sebelum akhir tahun ini,” katanya pada sidang media maya. Beliau mengenal pasti tiga kumpulan yang paling memerlukan gelombang pertama dos vaksin. Mereka adalah petugas barisan hadapan dengan pendedahan tinggi, seperti pegawai perubatan dan polis; mereka yang paling terdedah kepada penyakit itu, seperti orang tua dan pesakit k3ncing manis; dan orang-orang dalam persekitaran penularan tinggi, seperti kawasan setinggan bandar dan rumah jagaan. “Anda harus mulakan dengan yang paling terdedah dan kemudian secara progresif memberi vaksin kepada lebih ramai orang,” kata Swaminathan.

“Kami berusaha dengan anggapan bahawa kami mungkin mempunyai beberapa ratus juta dos pada akhir tahun ini, sangat optimis,” katanya. “Kami berharap pada tahun 2021 kita akan mendapat dua bilion dos, dua atau tiga vaksin yang efektif untuk diedarkan ke seluruh dunia. Tetapi ada ‘jika’ yang besar, kerana kita belum mempunyai vaksin yang terbukti berkesan. “Tetapi, kerana semua pelaburan ditumpukan untuk ini, katakan kita mempunyai dua bilion dos pada akhir 2021 – kita seharusnya dapat sekurang-kurangnya menggunakan vaksin terbabit untuk penduduk yang menjadi keutamaan ini.” Eksekutif syarikat farmaseutikal akhir bulan lalu mengatakan bahawa satu atau beberapa vaksin COVID-19 mungkin boleh mula dilancarkan sebelum 2021, tetapi memberi am4ran bahawa anggaran sebanyak 15 bilion dos diperlukan untuk membendvng virus terbabit.

Swaminathan berkata, saintis telah menganalisis 40.000 urutan COVID-19 dan disebabkan semua virus bermutasi, virus itu setakat ini kurang bermutasi berbanding influenza, dan belum bermutasi di kawasan utama yang akan mengubah tahap bahaya penyakit atau tindak balas imun. Rabu lalu, WHO memvtuskan untuk menghentikan percubaan penggunaan hidroksiklorokuin sebagai rawatan untuk pesakit COVID-19 yang dirawat di hospital, selepas bukti dari penyelidikannya sendiri dan pihak lain mendapati bahawa ia tidak berpengaruh kepada penurunan kadar pemergian. Ubat malaria dan rheumatoid arthritis yang berusia puluhan tahun, hidroksiklorokuin telah menjadi tumpuan k0ntroversi p0litik dan saintifik. – bh

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post