Pelakon Zila Bakarin mengakui sudah berhijab dan keinginan tersebut datang sendiri tanpa pendapat atau paksaan mana-mana pihak. Imbas kembali saat hatinya mula terdetik untuk mengenakan hijab, Zila berkata ia berlaku secara tiba-tiba ketika mahu mengambil anaknya di sekolah.
Rasa Lain Macam Bila Dah Berhijrah. Zila Bakarin Nekad Bertudung Selepas Dia Mengalami Pengalaman Yang Paling Pelik Dia Pernah Rasa |
ARTIKEL MENARIK:Lepas Amitabh Bachchan disahkan positif Covid 19 akhirnya kini Aishwarya Rai dan ank perempuannya pula disahkan positif Covid 19. Rupa rupanya ini punca mereka dijangkiti.
Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama. Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang dan terus pakai. “Bila keluar rumah terus rasa macam selamat je,” katanya. Dalam pada itu, Zila turut berkongsi penglibatannya dalam program “Jom Celik Al-Quran” anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).
Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin berkata, program ini adalah perkara yang tidak dirancang. Tambahnya, penglibatan dalam program tersebut adalah bantuan daripada Adam Corrie, walaupun berasa takut untuk menerima tawaran MAIWP pada mulanya. Bagaimanapun Zila tidak mahu tidak mahu menangguhkan perkara yang baik dan terus menerima tawaran tersebut. Pelakon antag0nis ini juga merupakan salah seorang rakan selebriti yang dilantik sebagai IKON bagi tersebut. Program ini merupakan salah satu tanggungjawab fardhu kifayah MAIWP dalam memastikan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan boleh dan mahir membaca Al-Quran sekurang-kurangnya bacaan surah yang menjadi rukun dalam solat. Dengan slogan “Dari Bta Ke Celik Al-Quran”, sebanyak 3 kategori program pengajian akan dilaksanakan iaitu kelas ibtida’i atau kelas asas, kelas tahsini, dan Kursus Latihan Tenaga Pengajar (TOT).-gmpk
Jangan Terkejut Suami Saya Berbaju Kurung – Zila Bakarin
Kata Zila, sebelum ini dia sendiri ada dua pasang baju melayu teluk belanga dalam koleksinya. KEPUTUSAN pelakon Zila Bakarin memilih untuk memakai baju Melayu bersama keluarganya untuk melarm di pagi 1 Syawal menarik perhatian warganet sehingga gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya menjadi tular.
Malah Zila, 42, ketika dihubungi berkata, dia sengaja memilih persalinan tersebut tanpa sedikit pun menyangka ia akan menjadi heboh.”Bagi saya tiada yang peliknya dengan persalinan tu apatah lagi bagi mereka yang kenal siapa Zila Bakarin. Mereka tahu saya seorang yang sempoi dan akan pakai apa sahaja yang saya rasakan selesa. Tak niat suruh tular pun.”Dalam hal ini, saya beruntung kerana suami dan anak-anak tidak cerwet dan sangat sporting dengan idea spontan ini malah langsung tidak membntah. “Tahun ni saya berbaju Melayu dan jangan terkejut kalau raya tahun depan suami berbaju kurung Kedah pula (ketawa). Tapi dipadan dengan seluarlah…” selorohnya kepada mStar Online.Menerusi gambar yang dimuat naik Zila pada pagi raya pertama tersebut, dia bersama suami, Azri Azhar serta dua anak perempuan mereka, Kaseh, 8, dan Cinta, 5, mengenakan persalinan baju Melayu teluk belanga aneka warna yang di beli di BMO Dagang Avenue, Ampang seminggu sebelum menjelang sambutan Aidilfitri.
Gambar tersebut dirakamkan ketika beraya di rumah saudaranya di Bandar Tun Razak, Cheras.Zila Bakarin tidak menyangka idea spontan berbaju Melayu bersama keluarga di hari raya menjadi tular di media sosial.Tambahnya lagi, sejak ia menjadi tular, dia turut menerima banyak reaksi peminat dan rakan-rakan artis yang rata-ratanya positif memberi komen. “Setakat ini tiada komen menykitkan hati yang saya terima daripada warganet sebaliknya mereka memuji keberanian kami mencari kelainan yang sekali gus mewarnakan lagi cerita raya pada tahun ini.”Malah ada juga rakan-rakan artis secara berseloroh menyifatkan saya buang tabiat, tapi saya tau mereka mengusik dan tak ambil hati!” ujarnya ketawa kecil.Dalam pada itu, Zila sendiri mengakui dalam koleksi pakaiannya, dia tiada baju kurung cantik yang ‘meriah’ bermanik selain hanya koleksi baju kurung Kedah berkain kapas.
“Sejujurnya itulah yang perlu saya akui malah sebelum ini pun, dalam almari memang sudah ada dua pasang baju Melayu teluk belanga yang saya sering pakai pada hari Jumaat dan kalau dilihat, ia tak nampak seperti baju Melayu pun apabila dipakai bersama kain. Macam baju kurung Kedah juga,” katanya.Mengenai perkembangan seninya, Zila kini sedang menjalani penggambaran drama 100 episod iaitu Dndam Aurora arahan Feroz Kader dan Rezza.Drama adaptasi daripada telenovela Itali, Tuscan Passion turut menampilkan Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz sebagai pelakon utama.Dndam Aurora akan ditayangkan pada penghujung Julai ini menerusi saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (123).-mstar
Zila Bakarin kesal dikatakan burukkan produser
25 Mac – Pelakon jelita, Zila Bakarin terkejut dan berasa kesal apabila didkwa kononnya dia cuba memburukkan seorang produser yang tidak menjelaskan bayaran lakonan kepada artis-artis.”Bertahun-tahun bekerja dalam bidang lakonan ini, saya tidak pernah memburukkan sesiapa dan kenapa tiba-tiba cerita ini timbul?”Saya seorang yang berterus terang jika tidak berpuas hati dengan sesiapa. Tidak perlu untuk saya sampaikan kepada mana-mana pihak semata-mata mahu memburukkan orang,” ujarnya kepada sebuah portal hiburan tempatan.
Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut berhubung isu tersebut kerana produser tersebut patut berasa serba slah kerana tidak menjelaskan bayaran kepada pelakon-pelakon yang terlibat, bukannya menylahkan dirinya.”Saya malas nak beri komen sebenarnya kerana tidak mahu mngaibkan sesiapa. Nak bawa kes ini ke mahkamah pun saya tidak ada duit. “Memang saya akui sebelum ini saya sering mendesak produser berkenaan untuk menjelaskan bayaran saya. Sehingga saya dah letih dan mesej dia. Jadi sejak Februari lalu kalau tidak silap saya sehinggalah sekrang saya tidak menghubunginya langsung.”Tiba-tiba, dia nak salhkan saya kerana buat cerita. Secara logiknya siapa yang perlu diprsalahkan? Saya hanya meminta hak saya itu sahaja,” tegas pelakon berusia 39 tahun itu- YAHOO
Kembali mewarnai industri dengan drama TV3. Mengejutkan Syukri Yahaya bongkarkan sesuatu tentang dirinya dan isteri yang ramai orang tak tahu
KUALA LUMPUR: Biarpun bukan kali pertama menimang cahaya mata, namun pelakon popular, Shukri Yahaya, 32, tetap teruja menyambut kelahiran anak kedua yang menunggu hari untuk dilahirkan. Pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu sudah merancang mengambil cuti selama seminggu bagi memberi tumpuan kepada isteri, Tya Adnan yang akan melalui tempoh berp4ntang bersama bayi mereka.Biarpun sudah dikurniakan permata hati, Aira Ameena yang kini berusia empat tahun, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu tak sabar menanti ‘orang baru’, lebih lagi dijangka menyambut anak lelaki.
“Persiapan menyambut kelahiran anak kedua sudah siap dibuat memandangkan isteri kini hanya menunggu masa bersalin sahaja. “Alhamdulillah, isteri tak berdepan al4han teruk untuk kandungan kedua ini. Cuma, dari sudut emosi itu biasalah, tetapi berjaya ditangani dengan baik. “Walaupun mempunyai Aira Ameena, saya teruja menyambut kelahiran anak kedua. Lagipun, kami dijangka menimang cahaya mata lelaki, jadi perasaan lain macam sedikit. Insya-Allah, saya akan mengambil cuti selama seminggu apabila isteri bersalin. Nama anak pun sudah dipilih, tetapi kami akan umumkan apabila bersedia untuk berkongsi gambarnya nanti,” katanya kepada BH Online. Shukri yang baru selesai menjalani penggambaran drama 7 Hari Mencintaiku 2 tidak sabar menantikan maklum balas peminat menerusi drama yang menggandingkannya bersama Siti Saleha.Namun, pada masa sama, pelakon yang menempa populariti menerusi drama Dia Isteri Luar Biasa dan Andainya Takdir itu berdebar mampukah drama yang sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 itu memberi impak sehebat musim pertama? Ini kerana seakan menjadi ‘svmpahan’ apabila sekuel sesebuah drama lazimnya kurang menjadi.
Bagaimanapun, Shukri berkata, dia yakin dengan kekuatan jalan cerita musim kedua, drama arahan Jamal Khan itu akan disambut baik. “Bukan saya sahaja tetapi boleh dikatakan semua yang terbabit tertekan apabila penerbit dan stesen televisyen meletakkan sasaran untuk drama ini. Sebelum ini, ramai yang beranggapan, kebiasaan musim kedua kurang menjadi.”Bagaimanapun, saya percaya jarak tiga tahun antara musim pertama dengan kedua mungkin penonton tidak akan membandingkan mana lebih bagus. “Jika boleh, tentulah kami mahu drama musim kedua ini berjaya seperti musim pertama. Sebab itu, kami sangat berhati-hati. Saya terpaksa menonton semula drama musim pertama supaya karakter Khuzairi tidak lari. “Begitu juga dengan pelakon lain. Jika ragu-ragu, kami akan merujuk video terdahulu. Maklum sahaja, jarak tiga tahun bukan sekejap dan pelbagai karakter berbeza kami sudah bawakan sepanjang tempoh berkenaan. Jadi, kami perlu mengkaji semula karakter supaya berjaya menjiwai kembali watak dibawakan,” katanya. Berkongsi pengalaman kembali semula ke lokasi penggambaran selepas empat bulan tertangguh akibat pandemik COVID-19, Shukri berkata, pelakon dan tenaga produksi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Katanya, suhu badan diambil setiap kali masuk ke lokasi dan cecair pembasmi kuman turut disediakan. Disebabkan empat bulan kerjaya lakonan terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Shukri berkata, dia terpaksa menyusun semula jadual lakonan bagi mengelakkan berlakunya pertind1han. Tidak kurang juga ada antara projek senyap tanpa sebarang khabar berita. Jadi, katanya, dia terpaksa menerima tawaran lain yang datang demi menjaga periuk nasi. Pelakon Watak Antag0nis Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32 itu berkata, dia bersyukur memiliki wang simpanan, malah hanya bergantung dengan simpanan untuk meneruskan kehidupan ketika PKP. “Saya lega apabila tempoh PKP tidak dilanjutkan. Jika dilanjutkan hingga enam bulan, ia mungkin akan menjejaskan wang simpanan. “Mujurlah saya beringat untuk menyimpan. Jika tidak, tentulah kehidupan terjejas kerana punca pendapatan tiada. Isteri pula memiliki sendiri, jadi tidaklah terlalu perit sepanjang PKP.”Tidak dinafikan, agak l3ceh bekerja dalam keadaan mematuhi SOP dan berjaga-jaga, tetapi tidak mengapa, asalkan ada pendapatan yang masuk,” katanya.-bh
Post a Comment