Staff terkejut bila terjumpa bayi depan pejabat. Semua kena checkup di hospital. Selesai check CCTV semua akhirnya kantoi siapa yang letak budak tu depan pejabat.

Staff terkejut bila terjumpa bayi depan pejabat. Semua kena checkup di hospital. Selesai check CCTV semua akhirnya kantoi siapa yang letak budak tu depan pejabat.

Foto sekadar hiasan. Nama aku Aina (bukan nama sebenar), berusia 30 tahun dan membuka sebuah company Accounting Firm bersama 2 orang partners Nora (bukan nama sebenar) 28 tahun dan Aisyah (bukan nama sebenar) 29 tahun di selangor.

Staff terkejut bila terjumpa bayi depan pejabat. Semua kena checkup di hospital. Selesai check CCTV semua akhirnya kantoi siapa yang letak budak tu depan pejabat.
Staff terkejut bila terjumpa bayi depan pejabat. Semua kena checkup di hospital. Selesai check CCTV semua akhirnya kantoi siapa yang letak budak tu depan pejabat.

2 bulan lepas, Budak practical terjumpa baby lelaki kat pejabat. Pejabat aku ni tingkat 2, bawah pejabat aku tu Watson dan tangga nak naik pejabat aku tu agak tersorok sikit. Tapi bangunan pejabat aku ni berhadapan dengan pusat beli belah Tesco. Jadi kalau bunyi bising orang ke lori kereta lalu lalang dah biasa. Tak pernah terfikir yang ada manusia berani buang baby sebab kawasan orang ramai dan petang dalam pukul 4.

ARTIKEL MENARIK:“Along, tolong jaga ma dan adik-adik yang lain sekiranya abah tidak kembali ke bot” Tekong Bot Kongsi Detik Cemas


Kami sedar bila staff aku ni nak turun bawah beli minuman petang dan dia menjerit masuk pejabat bagitahu ada baby. Kami yang panik dan tak tahu nak buat apa sebab baby ni masih bertali pusat lagi dan tak dibalut apa-apa.

Kami ada letakkan kotak besi berkunci depan rak kasut sebab kadang-kadang pos hantar dokumen atau klien hantar dokumen tapi staff tak ada kat pejabat boleh letak kat kotak tu dulu. Sekali orang tu letak baby dalam kotak tu.

Buat report polis, bawak baby pergi hospital untuk checkup dan semua staff pun kene checkup, maybe pihak hospital risau kalau kami buat-buat cerita ke jumpa sebenarnya baby kami tak tahulah. Polis datang check cctv pejabat dan cctv Watson. Akhirnya pihak polis tahan seorang remaja lelaki berusia 23 tahun yang berkerja di Tesco.

Lepas soal siasat lelaki tu mengaku itu anak dia dan teman wanitanya berusia 19 tahun. Pasangan ini kata mereka belum bersedia dan masih ingin berseronok. Katanya lagi hubungan mereka sudah 2 tahun terjalin dan ini first time teman wanitanya mengandung.

Aku marah, bengang semua ada aku tak tahu balasan pasangan tersebut kena tapi aku decide untuk ambil baby Aqif sebagai anak angkat. Dipendekkan cerita, akhirnya baby Aqif menjadi anak angkat aku yang sah. Kini, aku dalam proses untuk menyusukan baby Aqif. Doakan aku berjaya mendidik baby Aqif menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Dan jika ditakdirkan satu hari nanti aku berkahwin, doakan juga pasangan aku mampu menerima Aqif dalam hidup dia. Dan semoga kasih sayang aku pada Aqif akan kekal walaupun aku dikurniakan anak aku sendiri nanti.

Alhamdullillah aku berjaya menjadikan Aqif anak susuanku. Aqif sudah menjangkau usia 8 bulan dan Alhamdullilah Allah mempermudahkan urusan menjaga Aqif. Aku mengambil keputusan menjaga Aqif sendiri dengan bantuan adik dan emak. Aku sekarang berkerja dirumah (Freelance Tax Accountant) dan hanya ke office sehari seminggu.

Aku merupakan anak ke 4 dari 6 adik beradik. Ayah sudah 4 tahun pergi buat selamanya. Aku dan adik bongsu lelaki tinggal bersama emak memandangkan hanya kami yang masih bujang dan bekerja sendiri (adik membuka bakery). Kehadiran Aqif dalam keluarga kami disambut baik oleh seluruh ahli keluarga terutama emak yang nampak gembira (sebab ini first time ada cucu tinggal sekali sejak dia dah bersara ni).

Malahan adik aku dengan rela hati bergilir-gilir berjaga malam untuk menjaga Aqif dan berulang-alik membawa Aqif ke klinik setiap kali checkup serta menyediakan menu yang sesuai untuk bayi seusia Aqif (gigih dia google resepi, tq dik). Kakak-kakak ipar juga tidak putus memberi nasihat dan tunjuk ajar untuk menguruskan Aqif (aku sebelum ni takut nak pegang baby yang baru lahir.hehe)

Terus terang aku bahagia dan bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Tapi bila mana kita belum berkahwin dan memiliki anak pasti ada yang bertanya anak sapa? Siapa ibu bapanya? Anak tak sah taraf ke? dan lebih menyedihkan jika ianya datang dari mulut saudara-mara terdekat.

Pada 2 3 minggu yang lepas keluarga belah ayah ada membuat hari keluarga, salah seorang dari pak cik aku (Adik ipar Ayah) ada bertanyakan bila aku nak kahwin. Dia terus terang kata tidak setuju aku mengambil anak angkat sebab boleh merosakkan keturunan dan kedua menyukarkan aku mencari suami lagi-lagi lepas dia tahu aku berhenti kerja. Pada pendapat dia dahlah aku ni jarang keluar rumah, dah berhenti kerja macam mana aku tak jumpa orang luar. Dia turut memperkenalkan seseorang. Katanya anak kenalan team usrah dia.

Pertemuan pertama diaturkan di rumahku. Lelaki tersebut aku gelarkan nya Shah datang bersama ibu bapa dan adik perempuannya untuk berkenalan dengan keluargaku. Ayah Shah mutawwif dan ibunya ustazah. Shah merupakan seorang Ustaz sekolah Tahfiz. Ayahnya agak pendiam, ibunya yang banyak bertanya tentang keluarga kami dan sekali sekala memuji anak-anaknya. Disebabkan waktu mereka datang rumah aku penuh dengan anak-anak saudara jadi mereka tidak tahu kewujudan Aqif.

Pertemuan kedua, Aku, mak dan adik datang kerumah Shah selepas berpuluh kali ibu Shah menjemput kami singgah kerumah. Disitu barulah keluarganya tahu aku ada mengambil anak angkat. Ayahnya tidak begitu kisah, ibu Shah jelas berubah mukanya.

Dia mula bertanya anak sapa? Bila aku berterus terang tentang Aqif, ayat yang keluar dari mulut ibu Shah, “Budak tu memanglah suci, tapi tak pelik kalau satu hari nanti dia pun buat benda yang sama sebab itu daging dia”. Aku terus tersentap. Serius time tu aku dah tak da mood, rasa nak balik rumah je.


Loading...
loading...


Selepas pertemuan tersebut, aku terus maklumkan pada emak dan adik-beradik yang aku tak nak teruskan perkenalan tersebut sebab aku rasa keluarga Shah mungkin tidak dapat menerima Aqif. Melalui whatsapp aku maklumkan pada Shah penolakan tersebut dan memohon maaf. Sempat aku ucapkan agar dia bertemu jodoh dengan yang lebih baik.

Esoknya, Pak cik aku datang kerumah. Dia bising kononnya aku telah memalukan dia. Siap mengeluarkan hadis tentang aku menolak lamaran lelaki soleh. Tidak cukup dengan itu, Ibu Shah turut menelifonku bertanya soalan yang sama. Aku hanya memohon maaf dan menjawab tidak sependapat. Ibunya siap cakap aku berat jodoh sebab menolak lamaran lelaki sebaik anaknya.

Salah ke jika aku menolak lamaran Shah sebab aku tak nak Aqif terus dikata hanya sebab dia anak tak sah taraf. Ya, aku tahu dalam Islam keturunan penting, salah Aqif ke jika dia datang dari keturunan yang kurang baik? Adakah jika kelak Aqif menjadi anak soleh dia masih dipandang hina disebabkan keturunannya. Bukankah agama yang menjadi ukuran keimanan sesorang.

Kepada anakku Aqif, ketahuilah kehadiranmu dalam hidup mommy merupakan satu hadiah yang sangat bernilai. Malah mommy merasanya satu ketenangan bilamana dapat meluangkan banyak masa bersama Aqif dan emak. Terima kasih mak sebab sentiasa mendengar masalah dan menerima setiap keputusan yang Aina buat.

Throwback

Aqif ditinggalkan di pejabat aku oleh bapanya. Sebagai majikan aku bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak polis, hantar baby ke hospital (ni aku yang willing sendiri) dan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk mencari ibubapa kandung Aqif. Waktu kes tersebut, Aqif berusia 2 hari dan Alhamdulillah bapa Aqif dijumpai keesokkannya.

Antara faktor kenapa aku nak ambil Aqif sebab bapa Aqif seorang warga asing yang bukan beragama islam sedangkan ibu Aqif beragama islam. So penting bagi aku untuk menyelamatkan agama Aqif. Jadi untuk kes aku, aku mengambil anak angkat terus dari ibubapa kandung Aqif cuma aku perlu mengikut prosedur mengesahkan pengambilan anak tersebut melalui pemohonan mahkamah untuk mendapatkan Notis pengangkatan.

Antara syarat mendapatkan Notis Pengangkutan bagi yang bujang mestilah warganegara dan berusia 25 tahun keatas atau sekurang-kurangnya 18tahun lebih tua dari anak angkat tersebut. Selain itu perlu mendapatkan pengesahan pengangkatan dari ibubapa kandung bayi (Aku ada buat surat Akuan Berkanun antara aku dan ibu Aqif), Sijil kelahiran Aqif (ini aku geram sebab parents Aqif tak nak bagi kerjasama, jenuh aku turun naik JPN.

Penting untuk masa depan Aqif, sekolah semua). Waktu kat mahkamah , pegawai ada tanya pekerjaan, pendapatan, latar belakang pendidikan dan tahap kesihatan serta gaya hidup aku. Sebenarnya untuk yang bujang mereka hanya dibenarkan untuk mengambil anak angkat yang sejantina. Tapi mungkin kes aku ni pegawai tu luluskan sebab latarbelakang keluarga dan adik beradik aku agaknya, sebab dia tanya semua kot. Aku anak tunggal perempuan dalam keluarga.

Mak aku pesara guru, 3 abang aku doktor, adik lelaki aku sorang peguam sharie sorang buka bakery. Sebab pegawai tu kata mungkin keluarga kami mampu memberikan kehidupan yang positif dan terjamin kepada Aqif. Lepas dah lulus simpan Notis Pengangkatan tersebut sebab selepas 2 tahun aku perlu memohon Sijil Pengangkatan dari JPN. Dalam 2 bulan lebih juga aku uruskan semua ni. Rujuk Mahkamah Seksyen berhampiran anda.

Kedua, Proses menjadikan Aqif anak susuan aku. Seminggu lepas kes di Balai polis tu aku terus berjumpa Pakar Skit Puan untuk berbincang rawatan yang sesuai untuk membolehkan aku menghaslkan susu atau dipanggil “Induce Lactation” serta menghadiri kaunseling penyusuan bersama kaunselor laktasi untuk persediaan mental dan fizikal.

Ada 2 kaedah untuk menghasilkan susu iaitu pertama melalui ubat atau suntikan dan keduanya rangsangan. Aku tak ambik suntikan aku hanya ambil ubt D0mperidone dan satu lagi pil warna putih (tak ingat nama) untuk tempoh 3 bulan. Pil ni menyebabkan perubahan bentuk badan. Macam aku dulu berat 45kg sekarang berat aku 53kg. Bertabah la mommy nanti kita workout kemudian. Ada yang ambil ubat je tapi tak berhasil, tak apa usaha dengan kaedah ransangan pula.

Untuk kaedah ransangan aku ada apply 4 cara. Pertama, hisapan baby. Baby secara semulajadi tahu cara untuk mencari payudra. Jadi, beri peluang kepada dia. Bertenang dan yakinkan diri walaupun tahu susu belum ada. Mommy jangan memaksa diri sendiri dan biarkan bayi menghisap atau melekap sahaja pada payudra.

Kedua,Alat Bantuan Menyusu (ABM). Aku guna “Supplementary Nursing System jenama Medela. Boleh beli di farmasi atau kat Lazada, shoppee ada jual. Cara guna ABM ni, 1 tiub dilekatkan pada payudara dan satu lagi tiub dalam botol susu. So baby akan menghisap payudara untuk mendapatkan susu formula tersebut.

Mula-mula memang tiada susu ibu yang keluar tapi lama kelamaan susu ibu terhasil sedikit demi sedikit. Banyakkan bersabar. Lakukan proses ini 10-12 kali dalam tempoh 24jam terutama bila baby ada tunjuk hint2 nak menyusu.

Ketiga breast pump, lepas 2 minggu aku ambil pil, doctor cadangkan mula guna breast pump, even tiada susu pun ko pump je. 3kali sehari dan 20 minit untuk setiap sesi. Lepas 2 minggu baru keluar susu dalam 1 sudu setiap kali pump, simpan. So sikit-sikit aku tukarkan susu formula ganti susu badan dalam botol ABM. Tak apa banyakkan bersabar.

Walaupun sedikit maksudnya proses penghasilan susu berhasil. Last, berurut. Mak aku kata berurut dapat meransang susu keluar. So aku try berurut. Ok la juga. Tapi kene pandai cari tukang urut. Selain ubat-ubatan dan ransangan, tolong jaga makan dan bersenam. Kalau ko tahu makanan tu boleh menyekat pengeluaran susu, takyah la ambil.

Pantang sekejap. Banyakkan bersabar dan beri peluang kepada badan dan baby anda. Selagi anak angkat anda belum berusia 2 tahun anda masih berpeluang menjadikan anak itu anak susuan. Aku mengambil masa 2 bulan untuk menhasilkan titisan susu yang pertama.

Memang rasa nak giveup. Banyakkan berdoa. Aku masih mengunakan semua kaedah kecuali ubat aku dah stop ambil. Tolong rujuk doctor. Kalau boleh tak payah la ambil produk2 supplement yang pelik-pelik. Tanya doctor terus.

Fighting!! Wassalam – Mommy Aqif  via apampink


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post