Lepas Amitabh Bachchan disahkan positif Covid 19 akhirnya kini Aishwarya Rai dan ank perempuannya pula disahkan positif Covid 19. Rupa rupanya ini punca mereka dijangkiti.

Lepas Amitabh Bachchan disahkan positif Covid 19 akhirnya kini Aishwarya Rai dan ank perempuannya pula disahkan positif Covid 19. Rupa rupanya ini punca mereka dijangkiti.

SELEPAS pelakon terkenal Bollywood Amitabh Bachchan dan anaknya aktor Abhishek Bachchan disahkan positif Covid-19, kini menantunya pelakon Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuannya turut disahkan positif virus itu.

Lepas Amitabh Bachchan disahkan positif Covid 19 akhirnya kini Aishwarya Rai dan ank perempuannya pula disahkan positif Covid 19. Rupa rupanya ini punca mereka dijangkiti.
Lepas Amitabh Bachchan disahkan positif Covid 19 akhirnya kini Aishwarya Rai dan ank perempuannya pula disahkan positif Covid 19. Rupa rupanya ini punca mereka dijangkiti.

Berita itu diumumkan Menteri Kesihatan Maharasta, Rajesh Tope menerusi perkongsian di Twitter pada Ahad. Bagaimanapun, bekas ratu cantik itu dan anaknya, Aradhya yang berusia lapan tahun tidak mengalami sebarang simptom dan akan menjalani kuarantin di rumah.

ARTIKEL MENARIK:‘Tak Sangka’ 6 Pasangan Ini Pernah ‘Berg0Iak’ Namun Akhirnya Kekal Berdamai Demi Anak..Tapi Yg Ke 2 Tu Sungguh Ta Sangka


Menurut staf perubatan Hospital Nanavati, Amitabh dan Abhishek berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami gejala ringan dan akan menjalani kuarantin di rumah. “Mereka berdua berada dalam keadaan stabil dan hanya mempunyai gejalan ringan. Abhishek akan dibenarkan pulang dan menjalani kuarantin di rumah,” katanya.

Sebelum ini, Amitabh menerusi laman Twitter meminta mana-mana individu yang berhubung rapat atau bertemu dengannya dalam tempoh 10 hari untuk melakukan ujian wabak tersebut. “Saya disahkan positif Covid-19 dan sudah dipindahkan ke hospital. Keluarga dan kakitangan sudah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan.

“Mana-mana individu yang berhubung atau bertemu saya dalam tempoh 10 hari lalu dimohon membuat ujian,” tulisnya. Amitabh turut memuat naik fotonya yang kini berada di hospital meneruis akaun Instagram miliknya. Pelakon Kabhi Khushi Khabie Gham itu dibawa ke hospital selepas mengalami masalah pernafasan. Amitabh turut dilaporkan mempunyai gejala dan dikuarantin di rumah sebelum dimasukkan ke Hospital Nanavati, petang Sabtu.

Sumber: The Indian Express

Dikatakan COVID19 Sudah Dikesan 7 Tahun Lalu. Saintis Di China Dedahkan Kebenaran Di Sebalik Khabar Berita Tersebut Dan Mengejutkan Ini Jawapan Dari WHO

COVID-19 dipercayai ditemui kali pertama di sebuah lombong yang menjadi kediaman kelawar dan tikus. SAINTIS di China didkwa telah menemukan sejenis virus yang hampir sama dengan COVID-19 tujuh tahun lalu namun tidak berbuat apa-apa untuk memberi amar4n kepada dunia. Siasatan yang dijalankan oleh Sunday Times mendkwa saintis menemui strain yang menyamai koronavirus di sebuah lombong pada tahun 2013 dan dibawa ke makmal virologi di Wuhan untuk ujikaji.

Lombong yang terletak di barat daya China itu merupakan sebuah lombong cari gali tembaga dan ia turut menjadi habitat kelawar dan tikus. Strain itu dipercayai menjadi punca enam pekerja lombong mengalami d3mam, batuk dan r4dang paru-paru pada tahun 2012, di mana dua daripadanya menghembuskan nafas terakhir.

Empat yang berjaya pulih diuji positif antibodi koronavirus. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini telah memberi tekanan kepada China untuk menyiasat dkwaan virus itu mungkin datang dari Institut Virologi Wuhan sepertimana didkwa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Institut berkenaan merupakan makmal penyakit berjangkit terbesar di dunia yang terlibat dalam eksperimen berisiko tinggi membabitkan kajian bagi mengetahui apa yang boleh menyebabkan satu-satu wabak.-astroawani

Malaysia diiktiraf berjaya urus, kawal wabak COVID-19 – PM

Malaysia telah diiktiraf antara negara yang amat berjaya di dunia dalam mengawal dan menguruskan wabak COVID-19, kata perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. -Bernama. PUTRAJAYA: Malaysia telah diiktiraf antara negara yang amat berjaya di dunia dalam mengawal dan menguruskan wabak COVID-19, kata perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.mBerucap pada perjumpaannya bersama kira-kira 250 warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini, beliau berkata kejayaan tersebut adalah berkat usaha kesungguhan dan kerjasama semua pihak di peringkat kerajaan hingga masyarakat.

“Kita bersyukur kerana Malaysia telah dapat melalui satu tempoh masa yang amat mencabar iaitu untuk menangani wabak COVID-19 yang telahpun melanda dunia dan Malaysia tidak terkecuali. “Kesemuanya ini kerana adanya usaha bersungguh-sungguh kita bersama-sama, baik di peringkat kerajaan mahupun rakyat jelata, menguruskan secara bijaksana, tegas dan berani membuat keputusan yang segera dan tepat untuk menentukan wabak penyakit ini tidak menular dalam kalangan masyarakat,” katanya. Sumber Facebook ts.muhyiddin
Beliau berkata kerajaan tidak memandang remeh sesuatu isu sekiranya ia melibatkan kesejahteraan rakyat walaupun Malaysia tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan wabak sedemikian dalam tempoh lebih 60 tahun.-awani

Belum pun reda isu COVID-19, wabak bubonik pula dikesan di China

Pesakit yang merupakan adik-beradik itu disahkan dijangkiti wabak bubonik selepas menikmati haiwan marmot.BEIJING: Dalam situasi dunia masih tercari-cari vaksin bagi mengekang pandemik COVID-19, dua kes jangkitan wabak bubonik pula dikesan di sebuah bandar di utara China pada Ahad. Kes tersebut dilaporkan di sebuah hospital di Bayannur, Inner Mongolia sekali gus mendorong kerajaan mengeluarkan am4ran berhubung penyakit itu sehingga hujung tahun ini.

Buat masa ini, terdapat risiko wabak itu akan merebak di bandar berkenaan. “Orang ramai digesa meningkatkan kawalan keselamatan diri dan mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat,” kata pihak berkuasa keselamatan tempatan. Terdahulu, pada 1 Julai, media tempatan Xianhua melaporkan terdapat dua pesakit yang disyaki dijangkiti wabak bubonik di wilayah Khovd, di barat Mongolia.

Svsp3k berusia 27 dan 17 tahun itu disahkan positif selepas melalui ujian makmal dan kini ditempatkan di dua hospital. Pesakit yang merupakan adik-beradik itu disahkan dijangkiti wabak bubonik selepas menikmati haiwan marmot. Marmot merupakan haiwan daripada spesies tupai tanah dengan nama saintifiknya Marmota. Haiwan dalam kelas herbiv0r itu dikenal pasti hidup di Asia, Eropah dan Utara Amerika. 

Dalam perkembangan sama, seramai 146 individu yang dikesan mempunyai kontak rapat dengan individu yang terlibat telah diasingkan dan dirawat di hospital. Wabak bubonik berpunca daripada bakteria yang disebarkan melalui pepijat yang hidup dalam spesies tikus termasuk marmot.Ia mampu mengambil nyawa dalam masa 24 jam jika tidak dirawat, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tahun lalu, dua individu yang dijangkiti wabak bubonik di sebuah wilayah di barat Mongolia, Bayan-Ulhii pergi buat selamanya selepas memakan daging marmot m3ntah.-awani


Loading...
loading...


Teliti semula prosedur, cara kerja pentadbiran kerajaan pasca COVID-19 – Muhyiddin

Prosedur dan cara kerja pentadbiran kerajaan perlu diteliti semula bagi mempermudah urusan pembangunan semula negara dalam keadaan normal baharu pasca-COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. -BernamaPUTRAJAYA: Prosedur dan cara kerja pentadbiran kerajaan perlu diteliti semula bagi mempermudah urusan pembangunan semula negara dalam keadaan normal baharu pasca-COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata cara lama yang dilaksanakan sejak sekian lama tidak lagi sesuai dalam situasi pasca-COVID-19 yang memerlukan penjawat awam mengubah cara kerja dalam membekalkan perkhidmatan. Pada perjumpaan pertamanya dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) sejak menerajui kerajaan pada 1 Mac lepas dan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas, beliau berkata lapisan-lapisan dalam membuat keputusan seboleh mungkin perlu dikurangkan dengan memberi kuasa tertentu kepada ketua-ketua agensi dan jabatan untuk membuat keputusan segera.

Katanya Ketua Setiausaha Negara pula boleh menjadi peneraju utama untuk mempermudahkan sekiranya kementerian atau agensi mempunyai perkara yang perlu dirunding supaya ia tidak menjadi isu yang boleh dikenakan tindakan juruaudit negara atau agensi-agensi penguat kuasa. “Ini satu tindakan yang kita tidak dapat elakkan. Langkah-langkah sebegini adalah sebahagian daripada yang perlu kita fikirkan supaya urusan-urusan untuk memulihkan semula ekonomi negara dapat kita bantu dan selesaikan,” kata Muhyiddin pada perjumpaan itu di Dataran Perdana, Perdana Putra, di sini, hari ini.-awani

COVID-19: Permudahkan urusan sijil halal

KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat mempermudahkan penyelesaian rantaian proses pensijilan halal negara, selari perubahan operasi industri itu dalam pasca COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mengakui pandemik yang mula tercetus Disember lalu, memberi t4mparan hebat kepada pelbagai industri, termasuk berkaitan halal.

Sehubungan itu, katanya, setiap penyelesaian masalah berkaitan isu pengeluaran sijil halal harus dipermudahkan, sekali gus memacu potensi sumbangan industri berkenaan terhadap pertumbuhan ekonomi negara. “Saya bercadang, masalah pengeluaran sijil halal ini kita cuba permudahkan, bukan sukarkan, dengan melengkapkan syarat-syarat berkaitan.

“Kita faham situasi COVID-19, sudah tentu ia akan menyukarkan urusan berkenaan, jadi saya akan prihatin perkara ini. “Bukan sekadar proses permohonan tetapi keseluruhannya. Jika perlu pendekkan tempoh (menanti permohonan pensijilan diluluskan), kita akan buat. Borangnya juga, kalau yang boleh disingkatkan, kita akan lakukan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran Virtual Halal School, kendalian Pusat Kecemerlangan Halal Kolej UNITI (UHAC) yang akan bermula hari ini hingga 31 Oktober ini. Menyentuh polemik pengambilalihan urusan berkaitan pensijilan logo halal oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Zulkifli berkata, butiran lanjut berhubung isu berkenaan akan dimaklumkan dalam sidang Dewan Rakyat, mulai 13 Julai ini.

“Kita akan beri satu jawapan yang tuntas, hal seperti ini saya perlu bersama dengan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). “Kita faham pasal HDC, jadi perlu bahagikan tugas atau memeterai kerjasama dengan pihak berkaitan supaya industri ini makin mantap. “Buat masa ini, sebahagian daripada apa yang dilakukan memang di bawah JAKIM, tetapi berkaitan pelaksanaan hal atau perkara lain, HDC turut memainkan peranan,” katanya.

Isu pengambilalihan urusan berkaitan sijil logo halal oleh HDC sebelum ini tercetus ketika pentadbiran kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) sehingga mengundang kritikan pelbagai pihak. Susulan polemik berkenaan, Majlis Jemaah Menteri mengambil keputusan bahawa HDC akan terbabit sebagai jawatankuasa bersama yang memberi penekanan terhadap pembangunan industri halal, berbanding mengambil alih pengiktirafan sijil halal atau perkara lain.-bh

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post