PM menerima sumbangan bernilai jutaan ringgit daripada dua pihak ini untuk diberi kepada KKM atas satu sebab ini

PM menerima sumbangan bernilai jutaan ringgit daripada dua pihak ini untuk diberi kepada KKM atas satu sebab ini

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sumbangan peralatan perubatan bernilai RM2.5 juta daripada Tropicana Corporation Bhd dan Top Glove Corporation Bhd untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

PM menerima sumbangan bernilai jutaan ringgit daripada dua pihak ini untuk diberi kepada KKM atas satu sebab ini
PM menerima sumbangan bernilai jutaan ringgit daripada dua pihak ini untuk diberi kepada KKM atas satu sebab ini

Dalam acara ringkas di Perdana Putra di sini, sumbangan Tropicana disampaikan oleh Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tan Chee Sing, manakala Top Glove diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Dr Lim Wee Chai. Tropicana menyumbangkan peralatan perubatan, iaitu meliputi mesin ventilator, mesin ultrasound dan sut perubatan bernilai RM1.5 juta.

ARTIKEL MENARIK:Mengejutkan Hanya 5 Kes Baru Positif Covid 19 Dilaporkan Hari Ini. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Luahkan Sesuatu Yang Membuatkan Rakyat Tergamam.


Top Glove pula menyumbangkan tiga juta sarung tangan bernilai RM700,000 serta peralatan perubatan, iaitu ventilator dan sut perubatan bernilai RM300,000. Menurut kenyataan kedua-dua syarikat itu, Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin akan mengagihkan sumbangan berkenaan kepada hospital dan jabatan kesihatan yang dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kegunaan petugas barisan hadapan. – BERNAMA

Harga RON95 dan RON97 turun 4 sen, diesel turun 2 sen

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun empat sen seliter masing-masing kepada RM1.65 dan RM1.95, manakala diesel turun dua sen kepada RM1.84 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 10 Julai. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan penurunan itu dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia ketika ini. “Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak m3ntah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Malaysia.travel tawar promosi, diskaun pelancongan

KUALA LUMPUR: Semua penggiat industri pelancongan, kesenian dan kebudayaan disaran mempromosi tawaran pakej istimewa dan diskaun menarik membabitkan produk serta destinasi pelancongan domestik secara percuma menerusi malaysia.travel. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, laman sesawang dibangunkan oleh Tourism Malaysia, dibuka khusus kepada ejen pelancongan, hotel dan premis penginapan pelancong. Katanya, ia adalah satu daripada usaha kementeriannya untuk membantu pihak industri mempromosi pelancongan domestik. “Langkah ini diharap dapat menyemarakkan lagi kempen Cuti-Cuti Malaysia sekali gus menggalakkan orang ramai keluar melancong bagi menyokong industri pelancongan tempatan yang sudah dibuka semula mulai 10 Jun lalu, dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). “Setakat 2 Julai (semalam), sebanyak 136 pakej dan e-voucher sudah dimuat naik dalam laman sesawang terbabit membabitkan 24 ejen pelancongan tempatan yang sudah mendaftar secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, penggiat industri yang berminat untuk mempromosi tawaran pakej dan diskaun menarik bagi produk mahupun destinasi pelancongan masing-masing, perlu menghantar permohonan melalui pendaftaran akaun terlebih dahulu di https://www.malaysia.travel/merchant.-bh

Indonesia sasar bangunkan vaksin COVID-19 dalam 18 bulan

JAKARTA: Konsortium kebangsaan Indonesia mengenai pembangunan vaksin COVID-19 menyasarkan untuk menyelesaikan penghasilan vaksin dalam tempoh 18 bulan, sebagai usaha menghapvskan pendemik itu. Pengerusi konsortium, Ali Ghufron, berkata walaupun vaksin lazimnya mengambil masa bertahun untuk dibangunkan, pihaknya tidak mempunyai masa kerana penularan wabak itu semakin serius. “Ini adalah waktu kecemasan dan kami menjangkakan pembangunan vaksin tempatan dapat dilakukan sekitar 18 bulan lagi,” katanya pada sidang media semalam. Tambah beliau, republik itu menyerahkan 16 susunan lengkap genome virus di Indonesia kepada GISAID, satu inisiatif yang mempromosikan perkongsian data virus influenza dan coronavirus. Tiga antara virus terbabit setakat ini dikenali sebagai jenis tidak diketahui manakala satu lagi disahkan sebagai ‘jenis G’.

Kajian sebelum ini mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga jenis virus berbeza yang melanda dunia iaitu jenis G, S dan V. Menurut Ali, kebanyakan contoh dari Indonesia tidak berpadanan dengan ketiga-tiga jenis virus berkenaan, sekali gus bermakna saintis tempatan perlu membangunkan vaksin sendiri dalam mem3rangi COVID-19 di negara itu. Keseluruhan susunan genome itu adalah sebahagian daripada fasa awal pembangunan vaksin, kerana ia membolehkan saintis menentukan kumpulan khusus coronavirus. Proses seterusnya akan membolehkan saintis mengesan antigen kumpulan virus di Indonesia. kata Ali lagi, Indonesia juga bekerjasama dengan beberapa negara termasuk Korea Selatan, bagi membangunkan vaksin. “Syarikat farmaseutikal tempatan, PT Kalbe Farma, umpamanya sedang bekerjasama dengan syarikat Korea Selatan bagi membangunkan vaksin berasaskan DNA virus. “Fasa dua bagi projek klinikal dijadualkan pada Ogos 2020,” katanya. – AGENSI
Loading...
loading...


COVID-19: PSBB di Jakarta dilanjutkan 14 hari

JAKARTA: Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) bagi fasa transisi atau pemulihan di provinsi Jakarta, dilanjutkan untuk tempoh 14 hari lagi. Gabenor Jakarta, Anies Baswedan, pada sidang media menerusi laman web rasmi pemerintah Jakarta berkata, proses transisi PSBB yang membenarkan beberapa aktiviti sosio ekonomi itu, akan dinilai semula sebelum berakhir tempoh berkenaan berdasarkan perkembangan semasa kes COVID-19. Pada 4 Jun lalu, Anies mengumumkan proses transisi PSBB sehingga akhir Jun, yang antaranya membenarkan rumah ibadat kembali dibuka, operasi pengangkutan awam, pembukaan pusat membeli-belah dan pemansvhan lar4ngan bekerja dari rumah, dan semua aktiviti itu perlu menjalankan protokol baharu dan operasi semua sektor itu adalah tidak melebihi 50 peratus kapasitinya.

Sekolah dan pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi. Dua hari lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo, mengarahkan pemerintah provinsi tidak melonggarkan peraturan PSBB sekiranya kes positif virus itu berterusan meningkat. Beberapa provinsi antaranya Jawa Tengah, Jawa Barat dan Jakarta mula melaksanakan proses transisi PSBB yang membenarkan beberapa aktiviti sosio ekonomi sejak awal dan pertengahan Jun lalu. Sementara itu, kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat, melepasi angka 57,000 kes, dan 2,934 pemergian. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 1,385 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes kini 57,770 dan 58 lagi pemergian berlaku dalam tempoh berkenaan. “Sebanyak 13,296 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya pada sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah pemergian tertinggi keseluruhan iaitu 926 kes diikuti provinsi Jakarta (632 kes), Kalimantan Selatan (190), Jawa Barat (177) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.-bh

Lagi kelonggaran PKPP: Surau, dewan dibenarkan solat Jumaat

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan solat Jumaat diperluaskan lagi dengan memberi kebenaran kepada surau dan dewan yang sesuai, sekali gus membolehkan lebih ramai umat Islam dapat melaksanakan ibadah itu. Selain itu, penggunaan secara maksimum bagi ruang solat di masjid dan surau Jumaat sedia ada, turut dibolehkan bagi tujuan sama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam satu kenyataan hari ini berkata, kelulusan rasmi itu dikeluarkan selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. “Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan titah perkenan kepada resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-7 yang bersidang pada 24 Jun 2020. “Dalam melaksanakan perkara ini, pihak berkaitan hendaklah mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) terkini yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. Zulkifli turut memaklumkan, mulai minggu ini majlis ilmu di masjid dan surau boleh diadakan seperti biasa.

“Semua majlis ilmu yang lazim diadakan di masjid, surau Jumaat dan surau seperti kuliah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Dhuha, kelas fardhu ain, pengajian al-Quran dan lain-lain boleh diadakan bermula minggu ini. “Ia boleh diadakan dengan syarat SOP dipatuhi berdasarkan keluasan masjid, surau Jumaat atau surau,” katanya. Beliau turut menyarankan, supaya masjid atau surau tidak dikunci selain daripada waktu solat bagi memudahkan orang ramai menunaikan solat. “Bagi pelaksanaan solat berjemaah, pagar masjid, Surau Jumaat dan surau juga disarankan untuk tidak dikunci pada waktu selain daripada waktu solat (sebagaimana yang ditetapkan dalam SOP sebelum ini). “Ini bagi memudahkan orang ramai menunaikan solat terutama mereka yang bermusafir, penghantar makanan, barangan dan pemandu e-hailing,” katanya. Dalam kenyataan sama, Zulkifli turut menyeru semua umat Islam untuk sama-sama kembali mengimarahkan masjid, surau Jumaat dan surau.-bh

via Era Kini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post