Banyak kelonggaran mula diberi. Ismail Sabri dedahkan kelonggaran yang diberi

Banyak kelonggaran mula diberi. Ismail Sabri dedahkan kelonggaran yang diberi

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak pernah melarang golongan berisiko COVID-19 seperti warga emas dan kanak-kanak mengunjungi tempat awam. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata golongan terbabit hanya tidak digalakkan mengunjungi tempat awam kerana dikategorikan sebagai kumpulan berisiko.

Banyak kelonggaran mula diberi. Ismail Sabri dedahkan kelonggaran yang diberi
Banyak kelonggaran mula diberi. Ismail Sabri dedahkan kelonggaran yang diberi

“Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak mel4rang warga tua dan kanak-kanak berkunjung ke tempat awam seperti kompleks beli-belah dan sebagainya. “Bagaimanapun, kerajaan menasihatkan mereka supaya tidak mengunjungi tempat berkenaan kerana mereka adalah golongan berisiko,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.-bh

ARTIKEL MENARIK:PM menerima sumbangan bernilai jutaan ringgit daripada dua pihak ini untuk diberi kepada KKM atas satu sebab ini


COVID-19: Pelajar asing dibenar solat di masjid dalam kampus

kPUTRAJAYA: Pelajar dari luar negara yang berada di kampus universiti tempatan dibenar menunaikan solat di masjid dalam kampus universiti berkenaan jika disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu hanya membabitkan pelajar asing yang sudah berada di dalam kampus. “Kita hanya benarkan pelajar warga asing yang sudah berada dalam kampus dan disahkan negatif COVID-19 bersembahyang di masjid dalam kampus. “Malah, mana-mana pelajar asing beragama Islam yang tiba di negara kita dan disahkan negatif COVID-19, mereka juga dibenarkan bersembahyang di masjid dalam kampus sahaja,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini-bhPelaksanaan solat Jumaat diperluaskan lagi dengan memberi kebenaran kepada surau dan dewan yang sesuai, sekali gus membolehkan lebih ramai umat Islam dapat melaksanakan ibadah itu. – Foto fail NSTP

Lagi kelonggaran PKPP: Surau, dewan dibenarkan solat Jumaat

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan solat Jumaat diperluaskan lagi dengan memberi kebenaran kepada surau dan dewan yang sesuai, sekali gus membolehkan lebih ramai umat Islam dapat melaksanakan ibadah itu. Selain itu, penggunaan secara maksimum bagi ruang solat di masjid dan surau Jumaat sedia ada, turut dibolehkan bagi tujuan sama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam satu kenyataan hari ini berkata, kelulusan rasmi itu dikeluarkan selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. “Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan titah perkenan kepada resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-7 yang bersidang pada 24 Jun 2020. “Dalam melaksanakan perkara ini, pihak berkaitan hendaklah mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) terkini yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. Zulkifli turut memaklumkan, mulai minggu ini majlis ilmu di masjid dan surau boleh diadakan seperti biasa.

“Semua majlis ilmu yang lazim diadakan di masjid, surau Jumaat dan surau seperti kuliah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Dhuha, kelas fardhu ain, pengajian al-Quran dan lain-lain boleh diadakan bermula minggu ini. “Ia boleh diadakan dengan syarat SOP dipatuhi berdasarkan keluasan masjid, surau Jumaat atau surau,” katanya. Beliau turut menyarankan, supaya masjid atau surau tidak dikunci selain daripada waktu solat bagi memudahkan orang ramai menunaikan solat. “Bagi pelaksanaan solat berjemaah, pagar masjid, Surau Jumaat dan surau juga disarankan untuk tidak dikunci pada waktu selain daripada waktu solat (sebagaimana yang ditetapkan dalam SOP sebelum ini). “Ini bagi memudahkan orang ramai menunaikan solat terutama mereka yang bermusafir, penghantar makanan, barangan dan pemandu e-hailing,” katanya. Dalam kenyataan sama, Zulkifli turut menyeru semua umat Islam untuk sama-sama kembali mengimarahkan masjid, surau Jumaat dan surau.-bh
Loading...
loading...


Risiko titisan jika guna ruang atas katil bertingkat

KUALA LUMPUR: Ruang atas katil dua tingkat di asrama tidak digunakan selepas persekolahan dibuka bagi mengelak risiko penularan jangkitan menerusi titisan. Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, berkata risiko penyebaran penyakit itu di dalam bilik itu menjadi halangan untuk menerima semula pelajar pada kapasiti penuh. Selain itu, beliau berkata, kaedah penggiliran pelajar untuk kembali ke asrama mengikut sela masa dua minggu bagi setiap kumpulan mustahil dilaksanakan. “Bukan semua pelajar yang menetap di asrama tinggal di kawasan berhampiran. Sebaliknya, sesetengah mungkin berada di negeri berbeza. “Sudah tentu menyukarkan aspek penghantaran dan pengambilan semula pelajar sekiranya mereka perlu berulang-alik dari asrama ke rumah masing-masing,” katanya, malam ini. Beliau berkata demikian ketika diundang pada bual bicara dalam talian.-bh KPM melalui Garis Panduan Pengoperasian Surau Sekolah menetapkan setiap murid mesti membawa kelengkapan solat sendiri. – Foto hiasan

Solat di surau sekolah: Murid perlu bawa kelengkapan sendiri

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Garis Panduan Pengoperasian Surau Sekolah menetapkan setiap murid mesti membawa kelengkapan solat sendiri. Menurut garis panduan itu, sejadah, telekung, songkok, kopiah dan selipar untuk kegunaan ketika berada di surau atau bilik khas yang ditetapkan sebagai tempat solat, perlu dibawa sendiri. “Murid tidak dibenarkan berkongsi kelengkapan solat dan hendaklah berwuduk di tempat ditetapkan,” kata garis panduan itu. Selain itu, pihak pentadbir sekolah perlu menyelaras surau dan menyediakan jadual bertugas; sabun/peralatan sanitasi tangan; pelan laluan arah keluar dan masuk murid ke surau; serta tanda penjarakkan satu meter di pintu masuk dan keluar surau, semua ruang solat, tempat wuduk dan tandas. Murid juga boleh mendirikan solat secara bersendirian di surau atau bilik khas yang telah ditentukan oleh pihak sekolah.

“Murid tidak dibenarkan bersentuhan serta bersalaman dengan murid lain ketika berada di surau, dan perlu sentiasa mematuhi penjarakkan sosial,” katanya. Bagi solat berjemaah pula, murid boleh menggunakan surau sekolah mengikut kapasiti ditetapkan dengan mengambil kira penjarakan sosial. Murid juga perlu segera menunaikan solat berjemaah di surau bagi memberi laluan kepada jemaah yang berikutnya. Selain itu, murid boleh mendirikan solat berjemaah di bilik khas yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Bagi solat berjemaah di sekolah berasrama, sekiranya kapasiti murid melebihi jumlah jemaah dibenarkan pada satu-satu masa, kaedah penggiliran boleh dilaksanakan. Murid juga boleh mendirikan solat sama ada di bilik (asrama) atau bilik khas dalam kawasan asrama mengikut ketetapan dan peraturan pihak sekolah.

Bagi solat Jumaat, perkara itu tertakluk kepada keputusan dan arahan Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Perkara itu tertakluk kepada pemakluman rasmi kerajaan dari semasa ke semasa, dan jemaah hanya dibenarkan untuk murid, guru serta warga sekolah. Individu lain dibenar menunaikan solat Jumaat di surau sekolah termasuklah imam, bilal dan ahli jawatankuasa surau yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam negeri atau komuniti untuk mengendali urusan solat Jumaat di surau sekolah; pekerja kontrak kebersihan; pekerja kantin sekolah; pekerja perkhidmatan makanan bermasak di asrama; dan pengawal keselamatan. Dalam pada itu, pengajaran dan pembelajaran (PdP) seperti tasmik untuk Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) boleh dilaksanakan di surau dengan mematuhi penjarakkan sosial.-bh

Diskaun bil elektrik pengguna domestik dilanjutkan hingga 31 Disember

KUALA LUMPUR: Pemberian diskaun bil elektrik akan dilanjutkan hingga 31 Disember depan untuk semua pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, ketika mengumumkan perkara itu memaklumkan bahawa ia bakal memanfaatkan 7.66 juta pengguna domestik di seluruh negara yang menikmati diskaun bil elektrik antara dua hingga 50 peratus, mulai 1 Oktober depan. Beliau berkata, inisiatif membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 itu adalah lanjutan kepada diskaun elektrik diumumkan Perdana Menteri, 27 Mac lalu, menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). “Pelanjutan ini turut terpakai bagi pengguna elektrik dengan penggunaan antara 601 hingga 900 kilowatt sejam (kWj) yang mula mendapat diskaun 10 peratus menerusi Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) seperti diumumkan kerajaan pada 20 Jun lalu.

“Pengguna domestik di Sabah dan Sarawak pula akan terus menerima diskaun bil elektrik sebanyak dua peratus hingga 31 Disember depan yang akan memanfaatkan kira-kira 520,000 pengguna di Sabah dan 580,000 lagi di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Susulan pelanjutan diskaun selama tiga bulan, Shamsul Anuar berkata, dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) membabitkan anggaran sebanyak RM392 juta, akan digunakan bagi menampung peruntukan subsidi kepada pengguna di Semenanjung. Beliau berkata, Kementerian Kewangan akan memperuntukkan RM6 juta bagi membiayai diskaun atas tujuan sama untuk pengguna di Sabah dan Sarawak. “Ia menjadikan kos keseluruhan pemberian diskaun bil elektrik dari April hingga Disember tahun ini ialah RM2.62 bilion,” katanya.-bh

via Era Kini
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post