PELAKON dan penyanyi Nonny Nadirah terk1lan apabila ada pihak s3ngaja mengungkit kisah lamanya bersama bekas suami, Mustain Adnan sehingga menimbulkan sal4h faham kononnya dia belum reda dengan kesudahan hubungan mereka. Nonny, 30, berkata, dia mahu pihak terbabit berhenti meng3ruhkan keadaan memandangkan dia kini dalam proses menaikkan semula namanya dalam kerjaya seni yang terhenti sebelum ini.”Saya sudah ‘move on’.
Terasa bila ada orang lain ungkit kisah lamanya. Nonny luah rasa terkilan dengan individu terbabit tatkala dia sedang mengecapi kebahagiaan buat dirinya |
ARTIKEL MENARIK:Sharnaaz Ahmad Gembira Dapat Jumpa Anak Tiga Kali Sehari “Terima kasih Nabila Kalau Tak Saya Rasa Tak Betul”
“Lebih setahun saya cuba bangkit dari kesedihan akibat keg4galan rumah tangga sebelum ini. Berilah saya peluang dan ruang untuk bangkit semula serta terus sokong saya supaya kembali kuat. “Saya mohon kepada siapa yang cuba membuat cerita gara-gara video saya beraya di rumah bekas suami tahun lalu, sudah-sudahlah. Perbuatan itu cuma membuatkan banyak suara svmbang muncul meng3ruhkan keadaan,” katanya. Nonny mengakui dia agak terkesan apabila timbul cerita tidak enak sebegitu sebaik kisah percintaannya bersama pelakon Niezam Zaidi menjadi tumpuan, baru-baru ini. Justeru, dia berharap semua pihak supaya tidak mengvngkit kisah lalu sebaliknya memberikan sokongan kepada perjalanan kariernya sekarang. “Tiada apa yang saya pinta selain semua terus memfokuskan kepada kerjaya seni saya ke hadapan. Doakan rezeki saya terus dipermudahkan untuk menjadi anak seni yang berkualiti,” katanya. Nonny dan Mustain yang juga penolong penerbit rancangan TV mendirikan rumah tangga pada 2018 di Kota Kinabalu, Sabah. Namun, mereka berpisah pada Mac tahun lalu. Bulan lalu, Niezam memaklumkan dia dan Nonny bercinta serta merancang untuk berkahwin sebelum hujung tahun ini.-hmetro
Perkara baik tak elok dilambatkan. Akhirnya pelakon Niezam tampil buka mulut bongkarkan tarikh nikah dengan Nonny Nadirah.
Pelakon Niezam Zaidi, 28, merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah, 30, sebelum hujung tahun ini. Niezam berkata, dia sudah memikirkan perkara itu namun masih belum dapat menetapkan tarikh disebabkan masih terbabit dengan penggambaran drama. Malah, menurut Niezam dia juga mahu terus bernikah tanpa mengikat Nonny sebagai kekasih dalam tempoh yang lama. ” Memang ada perancangan ke fasa seterusnya. Kita merancang, Allah tentukan. Sebab sekarang saya masih terbabit dalam penggambaran drama Luka Di Hati Diya sehingga Ogos depan. ” Saya pun ada cakap pada Nonny nak fokus drama dulu, selepas itu baru fokus satu persatu. ” Saya cakap dengan dia juga, perkara baik tak elok dilambat-lambatkan. ” Insya Allah, nak kahwin tahun ini. Apa pun, macam dikatakan tadi, saya kena habiskan kerja dahulu. Fikir memang sudah fikir, cuma tinggal nak tetapkan lagi.
” Lagi pula, saya kena pergi kursus kahwin dulu. Ikutkan saya, nak terus nikah saja. ” Saya juga ada bercakap dengan keluarga s0al ini dan mereka okay kalau saya nak bernikah terus,” katanya kepada Harian Metro. Niezam yang juga pelakon filem M4M4 berkata, dia merancang untuk berjumpa keluarga Nonny di Sabah bagi mendapatkan restu. ” Saya belum pernah berjumpa keluarga Nonny lagi. Sebelum ini hanya menerusi panggilan video saja. ” Insya Allah, selepas penggambaran selesai bolehlah saya pergi berjumpa secara teratur. Saya uruskan satu persatu. Saya percaya niat baik ini akan dipermudahkan Allah SWT,” katanya. Mengulas mengenai perhubungan yang berlangsung sejak setahun lalu itu, Niezam menyifatkan kehadiran Nonny adalah kiriman Allah untuk dirinya, begitu juga sebaliknya. ” Kami berkenalan sejak 2016 iaitu ketika membintangi telefilem Minah Motor untuk TV3. ” Sewaktu itu, kawan biasa saja sebab masing-masing ada pasangan. ” Selepas Nonny berpisah barulah kami mula rapat. Semuanya terjadi secara tidak dijangka. ” Apabila saling bermesej dan kami putuskan untuk berjumpa. Sejak itu kami menjadi semakin rapat. ” Status Nonny yang pernah berkahwin dan berpisah bukan hlangan untuk saya berkawan dengannya. Dia seorang yang baik. ” Apa saya tahu, ketika dia tengah dalam kesulitan, saya ada. Saya ada dengan dia saat susah dan senang. ” Semasa dia tengah ‘down’, dia tidak ada sesiapa. Jadi, saya minta dia kongsi. Saya tenangkan dia dan pendek kata, sering jadi perantara untuk dia. ” Apapun, jalinan perhubungan saya dengan dia kini kerana Allah,” katanya.-Via limauais
Setelah Sekian Lama Menyepi Tiba Tiba Nonny Nadhirah Bongkarkan Kisah Peribadi Yang Ramai Tak Tahu. Tak Sangka Rupanya Lepas Berpisah Dengan Bekas Suami Ini Yang Terjadi Pada Nonny.
Dalam satu entri di Instagramnya, penyanyi dan pelakon yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia berkongsi satu video dan cerita di sebaliknya. Menurut Nonny, video tersebut adalah ketika dia membuat persembahan pada sebelah pagi, sehari selepas dia dilepaskan. “Aku masih ingat time nie dgn x tido langsung, layan nangis pastu pagi2 dah kena perform. Penat sangat. Semua org xtau apa yg dah jadi ngn life aku masa tu. Aku cuma bgtau, aku rindu mak aku. Aku simpan sorang. Orang pelik kenapa aku jadi mcm tu, aku cover sehabis baik. Tapi bila kita ada internal problem yg sgt besar dan melibatkan muka kita on screen tambah pula kena hadap sorang2 kat kehel nie. Allahu.. mmg x boleh coverlah! Pagi kena perform, petang semalam baru kena lafaz! Korang rasa? Aku simpan lama. Aku pendam semua benda.
Sbb kes aku complicated sikit. Tujuan aku share video nie utk kaum2 hawa diluar sana yg dikasari & tertindas. Ramai yg DM minta advice dari aku, yg pisah xde anak yg pisah ada anak problem dgn nafkah dan dgn masalah2 yg lain, semua rata2 bertanya mcm mana aku boleh jadi kuat. Gais aku x layak nak bg korg advice sbb aku pun failed!! Aku pun sama je mcm korg, aku x kuat. Tapi apa yg aku boleh share jika berlakunya lafaz di luar mahkamah jgnlah ditangguh, kena cepat2 rujuk di pejabat agama 0 yg berdekatan. Kalau pasangan x membantu, pergi! buat sendiri. Pasal nafkah, byk yg korg boleh tuntut lagi2 melibatkan anak! Nanti sy share dekat next entri okay. Itu info hasil dari bual bicara dekat Al-hijrah yg sy pernah join sblm nie. xtau nak bercerita dgn siapa plus korang malu bincanglah dulu dgn keluarga yg paling afdal dgn kedua ibubapa kita dan yg paling penting kalau nak share dgn kawan, carilah sahabat yg betul2 kita boleh percaya dan yg byk mengajak kita ke jalan Allah. Jangan buat keputusan terburu2. Jgn jadi mcm sy. Sblm nie, sy terlampau ikutkan perasaan mcm org xde iman. Alhamdulillah Allah masih syg sy. Dia hantar hamba Dia utk monitor sy dan alhamdulillah sy terpelihara sampai skrg. Hasil berkat dari doa dan pertolongan mereka semua. “Jika kamu mempunyai sahabat yang menolong kamu dalam taat kepada Allah, maka genggam dia, jangan lepaskan. Kerana mendapatkan sahabat yang balk adalah perkara yang sukar, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah” (Imam Shafi ‘ i) Bila mana kita betul2 buntu tak ada jalan penyelesaian jgn malu utk bercerita dgn Allah. Allah maha mendengar maha mengasihani. Tak reti solat, yg penting niat. X reti doa mula dgn al-fatihah. Allah maha mengetahui. Segala persoalan, segala kemusykilan akan terungkai satu persatu dgn izin Allah. Tak perlu dicari tak perlu dikejar.
Jika mmg kesalahan itu dtgnya dari diri sendiri, kamu pasti akan rasa penyesalan tersebut. Jika kesalahan itu dtgnya dari pasangan kamu, Allah pasti akan tunjukkan. Allah maha adil. Sentiasa bersangka balk dgn Allah. Korg nak selesai masalah dgn cara x betul,maka ianya jadi x betul. Tapi jika kamu pilih ke jalan Allah.. Allahuakhbar.. kamu sendiri akan merasa kemanisan didalamnya. Orang yg tenang selalu menang. Orang yg sabar ganjarannya Syurga Allah. “Don’t simply judge! Apa yang saya belajar tentang Islam adalah Islam itu indah & mudah. Tapi bukan bermakna kita boleh ambil mudah. “Cantik tak saya freehair? Saya boleh pilih untuk sentiasa kelihatan cantik di mata manusia, encolok mata, jadi macam penyanyi kpop, makeup 24 jam, ya saya pernah berada di situ,” tulis Nonny. Tambah Nonny, apa yang dimiliki adalah milik Allah, lalu kenapa kita perlu igkar perintahnya. Ada sebab kenapa Allah perintahkan supaya menutup aurat. “Dikira saya pilih jalan untuk kembali ke fitrah masa nama meningkat naik, tapi saya tak pernah menyesal.
“Sebab saya takut dengan Allah. Cantik macam mana pun ini semua mainan dunia, makin hari kita makin tua. Entah sempat atau tidak untuk bertaubat. “Sekarang saya dah jadi mokcik2 tapi saya gembira! Inilah ketenangan yang saya cari selama nie. Hidayah itu mahal. Paksa & latih diri untuk berubah ke arah yg lebih baik, tulis Nonny panjang lebar. Tambah Nonny lagi, dia masih berada di fasanya tersendiri dan hanya Allah Maha Mengetahui. “Lepas balik dari umrah saya diuji dengan terbolak-baliknya hati ini. Sebab tu kita dipesan jangan tinggal solat dan hari demi hari saya bagi masa kepada diri saya untuk memperbaiki diri, bukan disebabkan makhluk tapi kerana Lillahi Ta’ala. “Janganlah dikeji atau dikrittik selepas ini jika masih ada kekurangan dari diri saya. Kita semua manusia biasa. Tidak lari dari melakukan kesilapan,” tulis Nonny. Menurut Nonny, tidak menjadi masalah untuk menegurnya tapi biarlah dengan cara dan adab yang betul. “Perlahan-lahan, tapi pasti, dengan izin Allah saya akan ke arah lebih baik. “Jangan hanya suruh saya, tapi tunjukkan pada saya. Anda lebih baik daripada saya,” tulis Nonny. Nonny pernah berkahwin pada Mac 2018 bersama seorang penerbit di sebuah stesen televisyen, namun perkahwinannya itu bertahan tidak sampai setahun. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
via Era Kini
Post a Comment